PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, April 8, 2010

Setiap Muslim Wajib Berada Dalam Jemaah


Soalan yang dikemukakan ialah :

"Apakah pandangan ustaz mengenai kepentingan seseorang muslim brada dlm jemaah? Dan konflik yang lebih utama saya sedang hadapi sekarang, ialah tentang 'ingin mencari jemaah (@ cara pembawaan) yang terbaik untuk berdakwah'. Apa ye pndapat ustaz ttg ini? Apakah ciri2nya jemaah itu, dn perlukah kita sbg muslim cba mncarinya dn kmudian bgerak di dalamnya?

Jawapannya

Maksud jemaah ialah sekumpulan manusia untuk mencapai satu tujuan iaitu Islam dalam memartabatkan undang-undang Islam yang berlandaskan kepada Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Jemaah sangat penting kepada semua umat Islam, sebab Allah menjadikan manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Jika dakwah ini digerakkan berseorangan, belum tentu dakwah ini berkesan dan kurang mendapat sambutan. Jika digerakkan secara berjamaah, maka setiap kelemahan akan ditangani dengan baik menurut kepakaran bidang masing-masing dalam jemaah. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” (Al-Imran : 103)

Dari ayat Al-Quran di atas, dapat difahami bahwa orang yang berpegang teguh dengan agama Islam adalah orang yang bersatu padu dalam satu jemaah Islamiah untuk memperolehi jalan yang satu iaitu keredhoan Allah. Islam merupakan agama bersaudara diantara semua umat Islam, tidak kira dimana ia berada, warna kulit, keturunan dan bangsa. Apabila seorang umat Islam ditimpa musibah, maka wajib kita membantunya untuk mengurangkan musibahnya dengan apa cara sekalipun. Sejarah pada zaman Rasulullah saw, ketika mana ada seorang sahabat sedang nazar akibat mengalami kecederaan di medan peperangan, beliau meminta segelas air untuk minum sebagai menghilangkan daharganya. Apabila air itu sampai kepadanya, tiba-tiba sahabatnya meminta air untuk minum dan dia memberikan air itu kepada sahabatnya dengan alasan berikan air ini kepadanya, kerana ia lebih memerlukan dari aku. Apabila air itu sampai kepada sahabatnya, tiba-tiba sahabat disebelahnya pula meminta air untuk minum, dengan tidak melengahkan masa beliau berikan air tersebut kepada sahabatnya dengan alasan yang sama. Pengajaran dari cerita ini ialah betapa eratnya ukhuwah Islam di kalangan sahabat Nabi sehingga diambang mau, mereka masih mengutama sahabat mereka.

Islam dapat ditegakkan di dunia ini adalah disebabkan dari keberkatan perjuangan Rasulullah dan para sahabatnya dalam satu jemaah. Mereka mendirikan sebuah Negara Islam dan mereka bersama-sama berjuang mempertahankan kota Islam dari serangan musuh. Jelas di sini bahawa kita semua wajib berada dalam satu jemaah Islam, kerana musuh Islam sangat takut kepada umat Islam yang berada dalam satu jemaah. Semasa zaman kegemilangan Islam, setiap Negara Islam di satukan dalam satu pemerintahan Islam iaitu pemerintahan berkhalifah, sehinggakan Islam tidak mampu digoyangkan oleh pihak musuh yang sentiasa mencari jalan dan cara untuk menjatuhkan kekuasaan Islam. Apabila pemerintahan berkhalifah jatuh dan diambil alih oleh pemerintahan sikular iaitu Kamal Attatuk dengan memecahkan negara-negara Islam menjadi kecil-kecil dan tidak bersatu, sehingga memudahkan pihak musuh mengganyang dan memusnahkan umat Islam sepertimana berlaku di Palestin, Iraq, Afganistan, Selatan Thailand dan sebagainya. Ini semua berpunca dari perpecahan umat Islam itu sendiri yang tidak berada di dalam jemaah Islam sepertimana zaman Rasulullah dan zaman pemerintahan Khulafak dahulu. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Wajiblah kamu bersama-sama dengan jemaah dan berwaspadalah kamu terhadap perpecahan".(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Cara mencari Jemaah

Jemaah Islam iailah jemaah yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan jemaah tersebut berpandukan kepada 4 sumber perundangan Islam iaitu Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Jemaah yang benar ialah jemaah yang sentiasa memperjuangkan agama Islam dengan cara mencegah perkara yang mungkar dan melakasanakan perkara yang makruf. Firman Allah yang bermaksud :

“Di antara kamu ada segolongan manusia yang sentiasa mengajak manusia kearah kebaikan dan menyuruh berbuat perkara yang makruf (baik) dan mengcegah perkara-perkara yang mungkar (keburukkan) dan mereka itulah golongan yang berjaya”.

Jelas di sini jemaah Islam ialah jemaah yang menegakkan perkara yang makruf dan mengcegah perkara yang mungkar. Menurut hemah saya, jemaah Islam ini ialah jemaah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mengandungi 4 imam yang muktabar iaitu Imam Syafie, Imam Maliki, Imam Hambali dan Imam Hanafi. Inilah jemaah yang terbaik dan jemaah yang mengamalkan sunnah Nabi Muhammad dan sentiasa bergerak di dalam jemaah. Ada pendapat yang mengatakan bahawa umat Islam di Padang Mahsyar di pecahkan menjadi 72 golongan, hanya satu golongan sahaja yang diterima oleh Allah iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jemaah-jemaah kecil yang ada sekarang ini seperti jemaah tabliq, jemaah ABIM, jemaah JIM dan sebagainya. Ini terpulang kepada kita semua untuk menyertainya, tetapi sebelum menyertainya mestilah menyelidiki dahulu latar belakang jemaah-jemaah tersebut, kerana takut tersalah langkah, seperti menyertai kumpulan sesat seperti Ayah Pin, Aminah Wadut, Haji Kaha dan banyak lagi. Selidiki dahulu objektif kumpulam, latar belakang ketua kumpulan dan amalan kumpulan tersebut sebelum menyertainya. Jika didapati kumpulan tersebut meragukan dan jauh menyimpang dari asas-asas syariat, maka lebih baik jangan menyertainya. Anda juga boleh menyemak status kumpulan-kumpulan tersebut di JAKIM atau mana-mana Majlis Agama Islam Negeri.

Cara Terbaik Untuk Berdakwah

Cara terbaik untuk berdakwah sepertimana yang telah dinyatakan di atas, iaitu mestilah di dalam jemaah, kerana orang yang berada dalam jemaah ini adalah orang yang tidak sesat dan memenuhi tuntutan Islam. Metode dakwah atau manhaj dakwah banyak dan berbagai cara yang boleh kita gunakan iaitu taklim, takdib, tadris dan tarbiyah. Ada juga dengan cara hikmah (kata-kata yang baik), mauizatul hasanah (contoh yang baik) dan mujadalah (berdiskusi, berdialok dan sebagai). Terpulang kepada kepakaran kita untuk menggunakan metode yang mana mengikut kesuaian kita. Tidak semestinya dengan berceramah sahaja, tidak semestinya dengan mengedar risalah sahaja, tetapi banyak lagi cara untuk berdakwah. Boleh juga teknik dakwah digabungkan dengan teknologi seperti blog, facebook, friendster, myspace dan sebagainya. Apa-apapun terpulang kepada kita untuk mencari teknik berdakwah. Selagimana kita menyampaikan perkara kebenaran dan mencegah perkara mungkar, maka itulah yang dikira dakwah, sebab itulah objektif dakwah. Dakwah di wajibkan kepada semua umat Islam untuk memberi peringatan akan kepentingan amalan agama kepada dirinya, keluarga dan masyarakat. Hadis Nabi yang bermaksud :
“Sampaikanlah walaupun satu ayat”.

Kesimpulannya

Setiap muslim mesti dan wajib berada di dalam jemaah, kerana jemaah itulah sebagai pengerak kepada dakwah Islam. Jemaah Islam dapat menggeruni pihak musuh Islam, kerana sejarah telah membuktikan Islam itu kuat disebabkan berjemaah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenar. Jemaah juga dapat mengubati segala kepayahan, kelemahan yang dialami oleh umat Islam. Jadikan jemaah Islam sebagai satu jalan untuk menuju keredhoaan Allah.

3 comments :

  1. salam, kupasan yang baik untuk membantu kefahaman muslimin muslimat. usaha murni ini amat dihargai. hanya jemaah yang dapat kembalikan kegemilangan ummah. malangnya demokrasi bawaan musuh yang punya agenda tersembunyi sudah menyerap ke darah daging rakyat malaysia menjadi penghalang terbentuknya kesatuan yang kukuh. kita bersaing dan bertelagah dalam kekeliruan. harapan saya kita ada pilihan untuk tinggalkan demokrasi yang merosakkan ini. however, well done my friend.

    wassalam.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Jzkk ats penjelasan yg jelas mengenai kepentingan berjemaah.. Moga2 umat Islam akn kembali bersatu, satu hari nnt.. inshaAllah

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Seorang sahabat saya (di luar negara) berkata bahawa setiap kali beliau mendengar khutbah Jumaat, beliau mendengar propaganda yg memecahbelah umat dan fatwa-fatwa ilmu fiqh yg menyeleweng dari al-Quran.

    Saya berkata kepadanya:

    Samada diri kamu dibisik syaitan atau imam penyampai khutbah yg dibisik syaitan. Jika kamu rasa diri kamu yg dibisik syaitan maka mintalah petunjuk hidayah dari TUHAN. Jika kamu rasa si penyampai khutbah yg dibisik syaitan maka tinggalkanlah jemaah. Dalilnya dari surah al-Kahfi mengenai para penghuni gua yg mengasingkan diri dari masyarakat yg sesat. Juga dari at-Taubah 107-110 mengenai larangan menghampiri masjid yg didirikan golongan munafik. Terdapat juga sebuah hadis (saya harap ustaz dapat mencarinya) di mana Nabi Muhammad s.a.w mengarah para sahabat membakar sebuah masjid golongan munafik.

    Apa komen ustaz dalam kes sebegini? Saya berpendapat musuh-musuh Islam (yahudi zionis) tidak akan duduk diam ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w setelah apa yg mereka berjaya lakukan pada ajaran Nabi Musa a.s. dan ajaran Nabi Isa a.s.

    Adakah ahli Sunnah Wal Jamaah sedar taktik penyelewengan agama secara dalaman dan teratur oleh agen zionist boleh menjatuhkan kesemua 72 golongan kecuali satu? Apakah langkah-langkah pencegahan yg patut diambil untuk mengesan fitnah agen2 zionist dalam jemaah-jemaah Islamiyyah termasuk dari kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG