PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Friday, April 23, 2010

Tipu Surat beli Komputer Elak dari Income Tax


Soalan dari pengunjung

persoalan ana tentang situasi kebiasaanya penjawat-penjawat kerajaan yang membuat claim income tax bagi belian barangan seperti laptop, komputer dan sebagainya..kebiasaanya maksimun claim yang boleh dibuat oleh penjawat awam ini ialah RM 5000..persoalan ana bagaimana hukumnya bagi seseorang yang membuat claim tidak mengikut jumlah yang dibelinya.

Ana bagi contoh membeli harga laptop dengan harga RM 2699, tetapi utk claim income tax, letak harga RM 5000. Bagaimana hukumnya ustaz.

Ana tengok ramai sangat orang yang membuat seperti itu. Bagi ana ia tidak wajar kerana seolah-olah menipu, kerana jumlah belian barangan tidak seperti jumlah claim bg income tax.

Jawapannya

Sebagai seorang muslim yang mematuhi perintah Allah dengan menaati segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan Allah. Islam juga melarang umatnya menipu, kerana menipu itu ada haram dan dosa. Sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud :

“Barang siapa yang tipu daya bukan dari golongan kami”.

Hadis ini jelas dan terang, bahawa Islam tidak menggalakkan umatnya menipu dan jika menipu bukan dari golongan Islam. Masalah di atas ini, ialah masalah hukum dunia dan hukum manusia. Wajarkah kita mematuhi hukum manusia? Jawapan saya wajar, kerana ini merupakan hukum alam ataupun sunnatullah. Firman Allah yang bermaksud :

“Taatlah kamu kepada Allah, kepada Rasul dan kepada pemimpin yang mentaati Allah da rasul.”

Jika dipandang positif tentang income tax, ini merupakan hukum manusia dan tidak melanggar syariat Allah. Pada zaman pemerintahan Islam dahulu juga adanya cukai perlindungan bagi orang kafir dan orang Islam dikenakan zakat. Income tax ini dikenakan dan duitnya disalurkan untuk kegunaan awam, pembangunan negara, bayar gaji kakitangan awam dan sebagainya. Jelas di sini, income tax adalah untuk kegunaan yang berfaedah dan tidak digunakan ke arah kemaksiatan dan dosa.

Menjadi tanggungjawab rakyat negara ini membayar cukai, kerana kita adalah penduduk negara ini dan wajib mematuhi peraturan atau undang-undang negara ini. Jika ingkar dengan segala peraturan Allah, maka layaklah menerima hukuman atau tindakan negara. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk Yang bergerak serta Malaikat; sedang mereka (Malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadanya).” (An-Nahl : 49)

Berdasarkan firman Allah di atas ini, maka wajib kita semua mematuhi hukum yang dibuat oleh negara dan manusia yang mematuhi peraturan Allah. Tidak wajib bagi orang yang beriman mematuhi hukum yang jelas bertentangan dengan syariat Islam, kerana ia jelas bertentangan dengan Islam. Lazimnya hukum Allah itu bertepatan dengan hukum manusia, kerana Allah itu Tuhan sekelian Alam dan tuhan segala makhluk yang ada di ala mini termasuklah manusia.

Tidak wajar bagi orang yang menipu untuk melepaskan diri dari bayaran income tax dengan cara yang dinyatakan di atas. Kerana cara ini jelas menipu dengan memalsukan surat pembelian untuk melepaskan diri dari membayar income tax. Rezeki yang Allah bagi kepada kita semua adalah bukan hak kita, sebab itulah Islam mewajibkan umatnya membayar zakat dan mensunatkan sedekah.

Memang income tax ini adalah undang-undang manusia, tetapi kita kena ingat ini adalah ketetapan dan ketentuan Allah kepada semua manusia. Hal ini jelas dalam rukum iman yang terakhir iaitu percaya kepada qada’ dan qadar Allah. Maka bagi orang yang lari dan menipu tidak membayar income tax adalah dosa dan lari daripada sunnatullah.

18 comments :

  1. Bukan tipu ini aje ustaz. Banyak lagi penipuan dilakukan :).

    ReplyDelete
  2. hehe..x ptt x ptt..sy prnh dngr antara menipu yg dibenarkan di dalam islam adalah untuk mendamaikan kedua belah pihak..kita dibenarkan menipu supaya tidak berlaku persengketaan.kalau salah tolong betulkan ye ustaz.hehe

    ReplyDelete
  3. salam,
    ustaz kata 'kena taat kepada pemimpin yang taat kepada Allah'. Jadi dalam hal incometax saya berpendapat ia tidak digubal berasaskan syariat Islam. Kerana hal2 'islamiyah' terpulang kepada Majlis/Jabatan agama yang menajaga hal2 yang berkaitan dengannya. Bagi jabatan2 lain ni 'orang2nya' memang orang islam, tapi bila membuat sesuatu peraturan ; alquran hadis tidak dijadikan panduan, apa yang ada adalah nilai2 umum sejagat sebagai panduan...wallahuaklam.

    ReplyDelete
  4. shahbandar,
    P ramlee kata bohong sunat. Pada saya tidak ada bohong sunat, yang ada bohong harus dalam keadaan terpaksa/dharurat walaubagaimanapun bercakap benar lebih diutamakan...wallahuaklam

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Terima kasih kepada Shafril, Shahbandar dan abe awe. Dalam Islam tidak ada tipu sunat dan tipu harus sepertimana yang dikatakan oleh ustaz Rasyid iaitu guru saya di Pondok Pokok Sena dulu. Tipu yang dimaksud oleh Islam adalah muslihat. Sepertimana seorang dikejar oleh orang jahat pada zaman Rasulullah dahulu dan meminta pertolongan Rasulullah, dan Baginda melangkah setapak dan ditanya oleh orang yang mengejar orang tersebut untuk membunuhnya dan rasulullah berkata sejak aku berada disini tidak nampak pemuda tersebut.

    Memang income tax ini bukan hukum Islam dan dia adalah hukum dunia seperti mana peraturan jalan raya. peraturan Pasport dan sebagainya. Ini merupakan sunnah Alam dan sebagai rakyat negara tersebut mesti mematuhi peraturan tersebut, kerana peraturan tersebut tidak terdapat unsur2 maksiat.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Ustaz,
    bagaimana pula dengan hukumnya makan hasil dari claim yang semacam itu,halal atau tidak duit yang di claim itu sedangkan nilai sebenar barangan jauh lebih murah dari harga yang di claim.
    mmg banyak terjadi kes-kes macam ni.mohon penjelasan ustaz.

    ReplyDelete
  7. itu kira OK lagi..beli pc tp claim cukai pendapatan lebih dari yg dibenarkan...ini kes ada yg tak beli pc pun...beli resit kat kedai atau dr kawan2 dia org yg keje jual PC...banyak benda ini jadi...

    ReplyDelete
  8. salamunalaik ustaz..

    alhmdulillah terjawab soalan dari ana..syukran jazilan..jazakallahu khairan khatira..alhmdulillah..semoga ustaz terus istiqamah dalam menyebarkan dakwah islam..insyaALLAH

    dari kaklong

    ReplyDelete
  9. salam,

    Ijoks2009, carapun dah menipu, hasil2 juga haram sebab jalannya adalah haram.

    ReplyDelete
  10. salam ustaz..ana minta izin masukkan dlm blog ana ye..syukran

    dari kaklong

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Kak Long ambillah saya izinkan, saya suka sebab anda semua bersama saya menyebarkan dakwah, mari kita sama2 sampaikan perkara kebenaran.

    ReplyDelete
  12. Salam

    hehehehehe hebat komen awak, awak cari dalam kitab mana yang boleh berbohong.. Income tax ada benda yang haram ke? kat mana haramnya..

    Beginilah kalau orang berbicara agama mengikut sudut politik. Kalau bicara politik ikut sudut agama tak jadi macam ni. Islam itu tak sempit dan tak ajak umatnya mencaci orang.. Soal agama biar orang agama yang bawa sebab itu bidang dia. Islam ini kena mengaji pi tadah kitab dengan tok guru mana-mana baru faham. Ni komen orang yang tak faham agama. Saya bicara benda ini berdasarkan agama bukan politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ustaz mcm mn kalau duit income tax tu masuk poket?? hehe ade ke mcm tu

      Delete
    2. maksud sy kerajaan amik msuk poket bg pd kroni2

      Delete
  13. tiada istilah tipu sunat atau tipu harus dalam agama..menipu tetap menipu,dan ianya tetap satu dosa.

    ReplyDelete
  14. ustz mcm mana tipu isteri n pergi mnikah di sia pula?dia kata.kt xapa itu muslihat...r.tangga xbhgia krn terasa bodoh ditipu suami yg sngt diprcayai sblm ini

    ReplyDelete
  15. ...pergi mnikah di siam...pembetulan

    ReplyDelete
  16. ...katanya tipu brdosa tp apa yg dia buat itu muslihat n x berdosa ktnya. hinggakan bila pmpuan tu tpon dia dpn sy pun dia sanggup tipu kt irg lain tepon sdgkan sy nmpak nombor prmpuan itu naik pd skrin, dia pretend mcm brckp dgn ketua jbtn dia..apa xbdosa ka tu? asyik guna muslihat sj utk capai hjt menipu saya dan anak2?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG