PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Wednesday, April 21, 2010

Ulamak Dianggap Tidak Penting & Terpinggir


Salam bahagia dan salam gembira dari saya kepada anda semua. Rasa terkilan apabila masyarakat sekarang ini meminggirkan orang agama dan beranggapan bahawa orang agama ini hanya sekadar baca doa, imam masjid, khalifah Yassin dan Tahlil dan sebagainya. Sering didengari di mana-mana tempat ulamak dan orang agama dihina dan dicaci, kononnya orang agama tidak tahu cakap inggeris, tidak tahu pentadbiran, tidak tahu teknologi, tidak tahu bermasyarakat, tolak pembanggunan dan banyak lagi. Sedih betul saya, apabila ulamak dan orang agama dihina dan dianggap kuno dan tidak sesuai bercakap pada zaman ini. Masyarakat sekarang ini mengatakan hebat dan bertamadun bagi orang berkelulusan luar negara, kelulusan doktor (medic), kelulusan undang-undang, kelulusan bisnes dan sebagainya. Mereka menganggap lekeh dan hina orang yang berkelulusan Azhar, kelulusan Pengajian Islam, Kelulusan Syariah, Kelulusan Usuluddin dan sebagainya. Orang agama atau ustaz dan ustazah ini tidak diperlukan untuk pembanggunan negara, tidak diperlu di dalam masyarakat dan sebagainya. Contoh dapat dilihat sekarang ini seperti kebanyakkan ibu dan bapa tidak mempunyai keinginan langsung untuk menghantar anak mereka ke Pengajian Islam, ada ibu bapa apabila anak masuk sahaja tahun 6 sekolah rendah diberhentikan anak tersebut dari sekolah arab (agama) dengan alasan anak tersebut perlu tumpu 100% untuk UPSR.

Inilah yang dinamakan masyarakat sikular mengasingkan agama dan dunia, menganggap Pendidikan Islam ini tidak penting dalam didikan anak-anak mereka. Ustaz dan ustazah tidak penting dalam keluarga mereka, ustaz dan ustazah hanya menjadi tukang membaca doa dan imam di masjid sahaja. Inilah kesalahan dan inilah yang dinamakan munafik dan fasik, kerana meminggirkan Islam dibelakang dan menganggap Islam itu hanya doa, solat, tahlil, kahwin, bercerai dan Islam tidak sesuai untuk pentadbiran, Islam tidak sesuai untuk perlembagaan, Islam tidak moden dan sebagainya.

Tidak terpikirkah kita semua, bahawa orang agama inilah yang banyak membantu kita semua dalam hal-hal yang berkaitan agama. Apabila adanya kematian, ustaz juga yang menguruskannya mayat tersebut. Apabila adanya kenduri perkahwinan, ustaz juga yang datang untuk mengahwinkan pasangan tersebut. Apabila disampuk hantu atau syaitan, ustaz juga dipanggil untuk merawat sampuk tersebut. Apabila adanya kenduri kesyukuran, ustaz juga yang dijemput untuk membacakan doa. Apabila adanya masalah agama, ustaz juga yang mereka rujuk untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Imam dan bilal di masjid, ustaz juga yang dilantik. Apabila berlakunya penceraian dan masalah didalam keluarga, ustaz juga yang menjadi tempat rujukkannya. Cuba kita fikir, kalaulah ustaz tidak ada langsung dalam negara ini, bagaimana untuk menyelesaikan masalah seperti ini. Adakah peguam nak menguruskan jenazah kita? Adakah doktor nak menyelesaikan masalah penceraian? Adakah guru bahasa inggeris nak membaca doa tahlil dan yassin? Kalaulah situasi ini berlaku dalam negara ini, maka alamatnya hancur akidah umat Islam dan sesat amalan umat Islam negara ini, kerana melaksanakan kerja ibadah dan kerja Islam tanpa belajar dan rujuk kepada orang agama.

Pernah saya melawat seorang jenazah isteri kepada sahabat saya di Johor, sedih saya melihat penggali kubur memakai rantai sebesar ibu jari menguruskan pengebumian jenazah tersebut. Terdetik di hati saya, mana orang agama dikampung ini, mana penggali kubur yang baik, tidak melakukan perkara yang haram dan tidak pernah meninggalkan solat. Inilah yang dikatakan apabila orang agama dipinggirkan, maka jadilah seperti ini iaitu orang munafik dan fasik menguruskan mayat tersebut. Kesianlah kepada jenazah tersebut, sepatutnya biarlah orang agama yang menguruskannya dan biarlah jenazah tersebut diuruskan orang yang beriman dan orang agama, supaya jenazahnya dirahmati dan dicucuri rahmat. Apabila orang agama menguruskan mayat dan menanamkan mayat, maka ada juga terkeluar dari mulutnya doa, zikir dan ayat-ayat yang sepatutnya untuk disedekahkan kepada mayat tersebut.

Tapi malangnya masyarakat tidak sedar semua ini, mereka tetap mengatakan ustaz atau orang agama tidak penting. Kalau belajar agama tidak ada kerja dan susah hendak dapat kerja. Perkara seperti ini pernah berlaku kepada saya, ketika mana saya melanjutkan pelajaran ke sekolah agama (pondok), banyak orang mengatakan “Amin hang sambung sekolah agama, hang nak kerja apa? Orang agama nih boleh jadi imam je dan tak boleh nak kerja lain? Kalau hang sambung sekolah menengah, hang boleh jadi doktor, boleh jadi jurutera, boleh jadi peguam dan sebagainya”. Saya masih ingat lagi perkataan seperti ini, mereka sebenarnya lupa bahawa rezeki yang datang adalah dari Allah dan bukan dari manusia. Alhamdulillah, apabila saya habis belajar Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Kaunseling Islam di Indonesia tidak sampai 3 bulan saya menganggur terus dapat kerja sebagai Guru Agama MARA. Sebelum saya dapat kerja pun saya dijemput untuk menyampaikan ceramah, motivasi, mengajar dan sebagainya.

Manusia akhir zaman tidak lagi menghormati golongan agama dan tidak merasa penting golongan agama dalam kehidupan mereka, maka inilah yang dinamakan akhir zaman iaitu zaman yang menanti kemusnahan disebabkan berlakunya kiamat. Masyarakat sekarang ini kebanyakkannya terdiri daripada orang yang tidak menghayati Islam dan kebanyakkannya munafik dan fasik, kerana mereka tidak menjadikan Islam sebagai panduan hidup dan meraka menjadikan orang kafir (barat) sebagai idola kehidupan mereka. Dari Sahl Bin Saad As-Saadi R.A berkata : Rasulullah SAW bersabda :

"Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan satu zaman di mana para uama' sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang 'Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)." (Riwayat Ahmad)

Apabila mereka meminggirkan golongan agama dan mengatakan golongan agama tidak diperlukan lagi, golongan agama tidak dihormati, dicaci dan dihina. Maka Allah akan mematikan para ulamak dan golongan agama supaya masyarakat moden ini menjadi sesat dan menjadikan golongan munafik sebagai pemimpin dan ikutan mereka agar mereka lebih jauh dari kebenaran agama Allah. Hal ini telah terbukti bahawa orang agama semakin berkurangan dan orang bukan agama bercakap tentang agama seolahnya mereka alim (pakar) agama. Tetapi mereka lupa setiap percakapan mereka itu adalah sesat, kerana mereka hanya menggunakan logik semata-mata dan tidak berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash ra :

“Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.” (Riwayat al-Bukhari)

Akhir sekali, marilah kita semua jadikan golongan agama sebagai panduan hidup, kerana golongan agama mengetahui akan hujah Al-Quran dan Hadis. Hormatilah mereka atas keilmuan dan keimanan mereka kepada Allah. Jangan sesekali menghina para ulamak atau golongan agama, kerana hujah mereka adalah hujah agama yang termaktub di dalam kitab Allah dan Sunnah Nabi. Jadikan mereka sebagai jalan kepada kita untuk mencari redho Allah supaya kita semua mendapat perlindungan dari melakukan dosa dan maksiat.

“Ulamak itu adalah pewaris Nabi”.

15 comments :

  1. nice entry Ustaz.semoga masyarakat pd hari ini membuka mata.:)

    ReplyDelete
  2. salam...

    entri ini mengingatkan saya tentang seseorang. terima kasih, sahabat. akhirnya saya berjaya mengimbau kembali kenangan itu

    ReplyDelete
  3. Syukran ya Ustaz.

    Alhamdulillah. Penjelasan yang amat menarik dari Ustaz.
    Namun izinkan ana menambah sedikit sebanyak mengenai apa yang ditulis.
    Tujuan ana disini bukanlah untuk menunjuk pandai, jauh sekali untuk menentang tetapi hanya sekadar menjernihkan lagi pemahaman kita bersumberkan Al-Quran dan Sunnah kepada kaum muslimin iaitu saudara Islam ana dan seluruh pembaca. Janganlah disalah anggap mengenai tulisan ini cuma sekadar untuk menambah pengetahuan dan kebenaran. InsyaAllah.

    Tidak dinafikan ulama adalah pewaris nabi namun harus di teliti "ULAMA YANG BAGAIMANAKAH YANG DIKATAKAN PEWARIS NABI"???

    Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW
    "Akan tiba suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". [HR al-Baihaqi]

    Kita harus faham bahawa ulama terbahagi kepada dua.

    1. Ulama yang mengikut seluruh Al-Quran dan Sunnah tanpa menambah dan mengurangkannya.
    2. Ulama yang menambah atau mengurangkan Al-Quran dan Sunnah mengikut hukum akal atau lebih dikenali sebagai "Ulama su".

    Jadi berhati-hatilah sepaya kita tidak tergolong didalam golongan yang tidak sepatutnya.

    Teringat ana satu pepatah orang Arab ketika ana bertemu dengan saudara ana tidak lama dahulu.

    Katanya....
    " NILAI BERLIAN ITU DATANGNYA DARI BERLIAN ITU SENDIRI DAN BUKANNYA DARI PENCARI BERLIAN TERSEBUT "

    Namun demikian, kita haruslah menghormati orang yang mencari berlian tersebut.

    Sekian.

    Sekali lagi ana memohon maaf jika ada terkasar bahasa atau tulisan ini kurang menyenangkan buat sesetengah pihak namun percayalah...

    "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".[Muhammad(47):7]

    Mohon maaf sekali lagi.

    jebbat
    hanya seorang hamba Allah
    jebbat.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Ya Ustaz, sepatutnya para-para ulama tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja. Ilmunya tinggi dalam agama. Kita perlu menghormati dan perlu menjadi idola dan ikon untuk para remaja dan sesiapa shj.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Ustaz kerana artikel ini adalah salah satu respon kepada email saya kepada Ustaz. Sedih bila org menghina, mencaci dan malah mempertikai ulama-ulama. Bukan ulama masa kini sahaja tapi ulama-ulama muktabar seperti Imam Shafie dan Imam Ghazali. Kalau nak bandingkan kita dengan mereka berdua siapalah kita. Mereka memberi banyak jasa kepada agama Allah bahkan seluruh dunia, masya Allah. Ulama macam tu orang sekarang nak kutuk dan maki, astaghfirullah.

    ReplyDelete
  6. Salam tuan blog, Ust Nor Amin dn semua pembaca...

    sy nk tambah sikit ya,
    skrng ramai org yg ilmu sedikit, tapi berlagak mcm ustaz hebat, sesedap mulut mengeluarkan fatwa/hukum sendiri, pakai logik akal, walhal tahap keilmuan dia tidak menyampai taraf mursyid pn... kalau bagi fatwa berdasarkan fatwa yg telah sedia ada tak pa jgk, ni reka sendiri...

    benda ni bnyk berlaku kt tmpt sy ustaz... tak tahulah nk ckp apa kt depa... sy rasa kt tmpt2 lain pn bnyk jga kan? mngkn ustaz blh bincangkan perkara mcm ni atau buat artikel ttgnya...?

    Maaf kpd yg terasa/terkata...

    Semoga ustaz terus mencurahkan ilmu di alam maya ini... Salam ustaz.

    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  7. apabila ulama dipinggirkan, masyarakat akan jauh tersasar dari islam. Negeri saya diperintah oleh seoarng ulama. Hebat betul negeri saya dikutuk sejak awal kepimpinan ulama hingga ke hari ini. namun, saya berjanji akan mmepertahjankan kepimpinan ulama itu.

    Shameel
    Anak kelantan

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Kepada Shameel teruskan perjuangan anda mempertahankan pentadbiran ulamak. Berjuanglah bersama ulamak sebab anda tak akan rugi. Allah akan tambahkan lagi nikmat bagi orang yang memperjuangkan agamanya dan mempertahankan ulamak.

    Anonymous isyaallah saya akan buat satu artikel yang berkaitan masalah tersebut, tapi masanya mungkin lambat atau cepat, maklumlah kerja office dan mengajar banyak. Lagipun sibuk sikit sebab dah hujung semester, jadi banyak kerja yang perlu disiapkan untuk studen saya.

    Kepada semua yang berikan komen yang berguna, saya ucapkan terima kasih atas segala sokongan anda semua dalam usaha dakwah saya ini. Saya juga tidak pandai, apa yang ada di blog ini adalah sekadar perkongsian sahaja.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.Ust mohon izin 'copy' catatan ini ke blog hamba.Jazakallahu khairan.

    ReplyDelete
  10. Salam boleh ana izinkan ambillah, ana suka anda semua manfaatkan untuk disebarkan kepada semua orang, usaha dakwah ini perlu bergerak secara ramai atau berjemaah baru berjaya.

    ReplyDelete
  11. salam Ustaz,

    Kita di Malaysia, golongan ulamak memang terpinggir jauh. Mereka ini diperlukan utk majlis tahlil dan majlis yg bersangkutan dgn keagamaan shj.

    Walaupun berkelulusan setinggi mana pun hanya golongan ini yg jarang diketengahkan.

    Di Singapura, idola mereka adalah orang terpelajar, bukan artis. Orang terpelajar dijadikan contoh kepada anak-anak muda Singapura untuk mengejar kemajuan dalam bidang sains dan teknologi.

    Di Malaysia golongan artis yg terlampau ditonjolkan sebagai idola dan mendapat liputan luas media walaupun mereka ini baru sebulan atau setahun berkecimpung dalam dunia hiburan.

    Macamana Malaysia akan menjana Melayu unggul yang Islamik kepada dunia luar?.

    ReplyDelete
  12. Betul tu Captain. Apabila saya menegur bab artis diagung2 kan. Saya dicemuh dan dianggap kolot. Astaghfirullah. Menegur dengan niat ikhlas tapi dicemuh di dalam alam maya. Budak muda sekarang hanya mementingkan hiburan semata-mata.

    ReplyDelete
  13. alhamdullillah , moga allah memberkati tuan sekeluarga. Moga-moga usaha dakwah ini akan diteruskan sehingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  14. Salam,

    Terima kasih atas kata-kata semangat anda, saya hargai begitu juga dengan anda sekeluarga mudah2an di rahmati dan dibanyakkan rezeki dari Allah.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum..entri Ustaz nie memang perlu di baca oleh rakyat malaysia khususnya yang beragama Islam. Umat Islam sekarang lebih memandang kepada kebendaan daripada ilmu. Tanpa Ilmu, manusia mudah diperbodohkan dan dipermainkan. Saya teringat kata-kata seorang Ulamak, "Jangan sampai kita memperkecilkan sesuatu yang sangat besar nilainya disisi Allah SWT". Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua..amin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG