Kosmo Online, Tarikh 18 Mei 2010
KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.
Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.
Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.
Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit. (Kosmo)
Pandangan Ustaz
Malu-malu apabila membaca artikel surat khabar ini. Saya sebagai seorang guru agama sangat jijik apabila mengetahui bahawa seorang pendidik yang berstatuskan ustazah mengadakan hubungan seks dengan warden asrama. Ini sekaligus memberikan tanggapan sangat negatif masyarakat kepada semua ustaz dan ustazah dengan mengatakan “ustaz dan ustazah juga tak betul macam mana nak ajar orang”.
Berat apabila memegang status ustaz dan ustazah ini, kerana kesalahan kecil yang dilakukan akan dianggap besar oleh masyarakat. Sepatutnya sebagai seorang guru agama wajib mempertimbangkan setiap perbuatannya dahulu, kerana masyarakat sentiasa memerhatikannya. Inilah bahananya kalau setiap perbuatannya didahulukan dengan nafsu yang sentiasa bersahabat dengan syaitan. Alangkah baiknya jika setiap perbuatannya didahulukan dengan pertimbangan iman di dadanya, nescaya tidak akan sesat di dunia dan di akhirat.
Jadikan kerjaya sebagai seorang ustaz dan ustazah sebagai kewajipan untuk menyampaikan dakwah Islam kepada semua masyarakat dan bukan sebagai kerjaya untuk memperolehi gaji yang lumayan dan tiada kerja lain yang boleh dibuat melainkan menjadi ustaz dan ustazah. Niat mulanya sudah tidak betul, maka tidak hairanlah kalau kita dengar ustazah melakukan maksiat seperti orang lain. Ini adalah disebabkan oleh individu berkenaan tidak bertanggungjawab terhadap gelarannya sebagai seorang ustaz dan ustazah. Ini yang dikatakan sebagai penyakit masyarakat, harapkan ustazah dan ustaz sebagai pendidik tetapi mereka juga diibaratkan sebagai ketam yang mengajar anaknya berjalan bengkok. Apa-apapun kita berdoalah kepada mereka supaya kembali ke jalan yang benar.


Assalamualaikum sahabat.
ReplyDeletesememangnya inilah berita yang ditunggu oleh musuh2 agama setelah mereka terkedapatan disidangmediakan... kasihan, pandai benar mereka mencari kesalahan... akhir zaman, sudahnya pasti begini
Sori Ustaz..
ReplyDeleteGua nak tanya pandangan ustaz pasai artikel saya nih... http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2010/05/hakim-mahkamah-syariah-takut-siapa.html
ustaz, sebagai manusia yg tidak akan lari dari buat silap, macam mana sepatutnya kita buat supaya kita dapat memaafkan dan cuba melupakan kesilapan seseorang tu seandainya dia sudah bertaubat kepadaNya?
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteastaghfirullah..terperanjat saya. tak kisah la title apa dipegang wanita itu. namun, aliran pendidikan yang disandangnya itu yg paling penting. iya, semua manusia buat silap. tapi bukankah 'silap' begini boleh dielakkan..sedih membacanya..
Saya dapat tau citer ni lama dah Ustaz. Baru saje keluar di media. Video mereka dah lama tersebar. Cuma saya tak nak buat kesimpulan je. Memang menyedihkan.
ReplyDeleteSalam ustaz,
ReplyDeleteustaz boleh semak tak tulisan saya ni
http://shuk1104-05.blogspot.com/2010/04/rezki-nikmat-dan-takdir.html
sebab ianya hanya knowledge saya sahaja yg tidak berpandukan ilmu yg bertauliah.. terima kasih.
benarkah citer ni ustaz.. hu3..
ReplyDeletesaya takut dieorg pandai2 wat citer..
kata ustazah lah, arden lah, tu lah, ni lah,
hu3.. kosmo mana leh caya.
dierorg ahli maksiat juga.. hu3..
dieorg malukan kita ni ustaz...
hmmm..sgguh myedihkan DUNIA masa kini..
ReplyDeletesmoge kita sentiase dlindungi ALLAH drpd melakukan sebarang maksiat :)insyaALLAH
SALAMS..
ReplyDeletePengHIGHLIGHTan segera/kilat SALAHLAKU esp dalam kalangan yang bertitle ustaz/ustazah di media meme telah menjadi TREND...
Apalah yang nak dihairankan sangat...kerana title itu..ustazah/ustaz membawa makna cikgu/pendidik dan tak semestinya yang berLINEkan /berSTATUSkan guru agama...
So,jika tajuk seumpana itu diHIGHLIGHTkan kat media massa..sure sangat-sangat IA LAKU mcm goreng pisang panas dijual pada musim hujan..
Kepada PELAKU...eloklah banyak-banyak istighfar dan bertaubat nasuha..Mudah-mudahan diampuni ALLAH segala dosa dan berusaha memperbaiki diri dengan mendalami serta mengamalkan segala ajaran yang diperintahkan ALLAH...Mudah-mudahan segala keterlanjuran tidak akan berulang..InsyaAllah
salam,
ReplyDeleteBagi orang yang faham memang tidak menjadi masalah kepada title ustaz dan ustazah, tetapi yang menjadi masalah masyarakat awam yang terpahat dalam hati dan fikiran mereka yang mengatakan ustaz dan ustazah hanyalah orang yang mengajar agama dan berpendidikan agama. Ini yang menjadi cabaran kepada kita semua. setitik nila rosak air timba.
Saya tak percaya pada mulanya, tapi inilah yang dikatakan serangan pemikiran dan cabaran kepada orang agama. Sesungguhnya musuh Islam sentiasa bersedia dan menunggu orang agama tersilap langkah, silap je sikit tapi kecohnya seolahnya seperti buat dosa besar. Tapi masalah ini memang dosa besar dah dia kena minta ampun kepada Allah dan bertaubat nasuha.
kerana nafsu, hilang rasa malu, hilang kehormatan hilang maruah diri.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteApabila manusia sudah tidak takut TUHAN, maka dia akan terikut syaitan dan setan. Maka amatlah penting semasa proses menuntut ilmu di Pusat Pengajian Islam agar diterapkan kursus "Keperibadian ulamak/ustaz/ustazah yang amat takut kepada TUHAN".
dunia akhir zaman semakin teruk
ReplyDeletemalu den baca
Assalamualaikum ustaz....
ReplyDeleteAna dah jumpa banyak kes yang melibatkan ustaz dan ustazah ni yang tidak menunjukkan wajah sebenar orang agama ni.
kat sekolah...ana pernah jumpa ustaz yang jadi jurulatih renang perempuan, ustazah yang jadi guru pengiring pertandingan tarian, ustaz yang bertanyakan bayaran bila dijemput utk berceramah dan macam2 lagi....amat malang bagi ummat ini.
salam...
ReplyDeletetak sangka sampai begitu sekali..
dah banyak dah cerita mengenai kes-kes sebegini,
moga2 mereka bertaubat kelak..
Salam..
ReplyDeleteMasyaAllah...ujian sungguh!
Dunia sudah akhir zmn & smakin di penghujungnya...
Proses tapisan dan pemilihan sedang brlangsung sdikit demi sdikit tnpa kita sedari.Ssungguhnya pintu taubat masih trbuka.. Ya Allah ampunkn dosa sluruh ummat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Ttuplah sgala keaiban kami,tingkatkan IMAN kami di dunia serta naikkan DARJAT kami di akhirat. Amin.
Betul tu ustaz...bahaya sgt..lagi2 golongan mcm ni..
ReplyDeleteITU SEBAB ISLAM ANJURKAN BERKAHWIN DAN JANGAN TANGGUH2...ITULAH SEBABNYA BILA UNDANG2 ISLAM TIDAK DILAKSANA
ReplyDeleteIslam sudah susun jalan yang halal melalui perkahwinan. Mengapa pilih yang haram?
ReplyDeleteSeorang saja yang melakukan kesilapan. Kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga..
usrazah ni orang umno ke orang pas? kalau nak tahu ustazah ni ialah isteri manjungmari.... tu yang manjungmari dok hangin semacam sekarang niiii
ReplyDeleteas-salam,tertarik dengan artikel tersebut, teringat ungkapan" tidak beriman seseorang itu,selagi belum diuji.." betul ke ustaz..
ReplyDeleteSalam semua..
ReplyDeleteApa pandangan ustaz dengan laman web ini:
http://1asalama.blogspot.com
Tulisan2nya mampu membalikkan akidah umatIslam.
dia bukan Islam pun. Dia beragama Asalama. kitabnya bukan al-quran, tetapi al-qurana. Nabinya juga bukan nabi Muhammad, tetapi nabi Mahamada. Dia bersolat tetapi kiblatnya Makam Nabi Ibrahim, dan bukannya Baitullahi Ka'abah.
ReplyDeleteDia telah samakan agama islam dengan agama Hindu, yang katanya Brahma dalam kitab Hindu itu adalah Nabi Ibrahim. Dan mengatakan Hawa bukannya isteri kepada Nabi Adam, bahkan merupakan roh tuhan (Allaha) yang bersama2 setiap manusia yang dilahirkan.
Persoalan di sini, mengapa Ustaz Amin menjadi salah seorang 'pengikut' (follower) blog 1asalama ini? Adakah ustaz redha dgn dakwah agama 'Asalama'nya? Mohon penjelasan ya ustaz.
Salam,
ReplyDeleteAlasan saya follow dia sebab saya follow dia dahulu baru baca artikelnya. Follow dia tak bererti saya meredhoinya dan artikelnya, perkara yang batil tetap batin perkara yang hak tetap hak.
Sekurang2nya saya follow dia tahu ada ustaz yang sedang memantaunya. dan saya telah jawab persoalannya dan sebarkan bahawa blognya adalah sesat dari agama Islam.
Jangan anggap ustaz follow dia adalah meredhoinya, jangan sesekali ada anggapan negatif seperti itu. Sinarilah diri kita dengan anggapan positif. Nabi pernah duduk bersama bapa saudaranya. Tetapi nabi tidak meredhoi agama bapa saudaranya.
Contohnya lagi kalau pencegah maksiat masuk dalam tempat maksiat, bukan untuk buat maksiat, tetapi untuk benteras maksiat. Kalau ustaz ada bersama orang penagih dadah, bukan bererti menghisap dadah, tetapi untuk berdakwah. Kalau ustaz cap ayam saya tak tahulah.
Salama,
ReplyDeleteHamba telah beri statement kat JAIM 22/5 ttg agama yg hamba anuti dan JAIM takde point nak amik tindakan kat hamba. Hamba bawakan hujjah al quran dan hamba malah mengajarkan ustaz2 tu bahasa Arab. Hamba akan berdebat pula dgn mufti Melaka lepas ni.
Solawat adalah perisai dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Jadi kalau golongan yg mengaku beriman melakukan perbuatan keji jelas kesesatannya. Bagaimana dibenarkan mengajar sedang diri sendiri tidak tidak dikawal. Perosak bangsa.
Di dlm al quran tuhan firmankan sesiapa yg menjual ayat2 tuhan untuk keuntungan di dunia, di akhirat tiada balasan syurga untuknya.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteAwak jumpa ustaz nama apa? saya ada kawan di situ? boleh saya tanya kawan saya di situ tentang status anda di sana, Baguslah berdebat dengan mufti melaka. Tapi sepengetahuan ana, anta berada dalam kesesatan dan membawa agama baru selain dari Islam.
Ana takut anta mempunyai artikel seperti itu untuk mencari keuntungan diri anda. Berdasarkan nas yang anda berikan di atas adalah tiada balasan syurga.
Ana nak tanya anta, berikan dua contoh bahasa arab yang mengandungi jumlah al-mufidah iaitu mengandungi kalam, kalim dan kalimat. Bukan apa ana nak tau anta ni betul2 ke pandai bahasa arab.
Tak perlu guna bahasa arab kalu x tau makna. Getik lak hamba. Ana tu maksud sebenarnya ialah Sesungguhnya. X caya, gi cari dlm al quran huruf Alif dgn Nun bertemu, ada ke maknanya saya? Anta tu bukan bermaksud engkau sebab dlm al quran engkau ialah Ta. Jadi Alif Nun Ta di baca Anata yg bermaksud Sesungguhnya Engkau.
ReplyDeleteMudah tertipu dgn bangsa firaun (arab).
Salam,
ReplyDeleteawak yang salah, huruf alif bertemu dengan nun syadah adalah anna atau enna (sesungguhnya). yang ana bermaksud si sini adalah alif nun alif baru maksud ana (saya), jadi anta ini bukan pandai bahasa arab, sebab itu anta tak tahu perkataan ana.
Kalau anta pi haji atau umrah atau melancung di negara arab anta guna panggil orang arab "ta" dan ..... sebagai saya. tobat lahum orang arab pening dengan bahasa arab anta, tak kena gaya orang arab itu suruh pi belajar bahasa lain.
laa kan dulu dah ada..seorang abid yang sangat taat kepada allah sehinggakan anak murid yang diajarnya leh terbang..akibat pujukan syaitan lahanattu akhirnya kita hilang permata sebab dia zina , bunuh dan murtad...so harap kita agar ustazah dan warden tu..segera diijabkabulkan..bilarlah allah tentukan hukuman..sebagai insan kita maafkan kesalahannya dan berdoa mereka taubat nasuha... dah begitulah jalan taqdir yang mereka pilih janganlah sampai niat lari dari islam..dah salah jalan kita kembali kepangkal jalan..iman ini ada pasang surutnya dan ujian yang datang tidak sama antara satu dan yang lain. Ingat orang yang melakukan dosa zina still can masuk syurga if she or he insaf dan taubat but dosa orang rasuah, riba dan seangkatannya Allah dah sediakan neraka jahanamlah tempatnya.....renung-renungkan....Kita tak sokong zina..but things happen islam ada jalan penyelesaiannya...from me bowlingbola@yahoo.com.sg
ReplyDeletepd peribadi sy yg kurang ilmu,media tidak sepatutnya mengheboh salah laku yg dilakukan oleh ustaz@ustazah@pelajar agama..demi
ReplyDeleteuntuk menutup tanggapan dan memandang serong kpada mana2 ustaz @ ustazah yg lain yg tidak bersalah..duk asyik menghebohkan seorg ustazah yg buat ksilapan? kenapa xsibuk mereka yg bukan ustazah entah xtahu berapa ramai yg membuat ksilapan yg sama?cuba kira berapa nisbah?tp yg xsebeberapa mana ni lah dr kalangan ustazah dan ustaz lebih di gembur2..sy tgk media seolh2 hanya mncari tajuk utama untuk melariskan perniagaan...maruah agama..apa akn jd bila smua dh hlg respek pd ustaz@ustazah..
Salam,
ReplyDeleteSaya sokong dengan pandangan anda, sepatutnya perkara ini tak perlu digemburkan, saya sebenarnya apabila baca artikel berita ini, aduh rasa malu sangat dan rasa macam masyarakat akan pandang serong kepada orang agama. Yang paling saya risau adalah tanggapan masyarakat kat orang agama. Apa-apapun manusia semua tak terlepas dari melakukan dosa, Yang penting bertubat kepada Allah atas kesalahan yang dilakukan.
salam ustaz,
ReplyDeletesaya dah tengok blog mahadaya tu. dia memang rasa diri dia betul belaka. kalau kita biarkanlah saja dia dengan agama dia, dan kita dengan agama kita, bolehkan ustaz? bukan ape, nanti makin bertambah dia menghina Allah dan menghina Nabi Muhammad.
Salam betul juga kata anda, tapi yang saya risau orang lain yang membaca takut terpengaruh dengan dakyahnya. Satu lagi menjadi kewajipan kita untuk membenteras kemungkaran dan jika kita tak buat dosa, tapi kalau dia tak mau dengar itu terpulang kat dialah, yang penting kita dah tunai tanggungjawab.
ReplyDeleteTuan mahadaya, jika tuan benar, dan jika yakin dengan ajaran tuan, sila bercakap menggunakan bahasa pertuturan tuan di mana2pun, bila2pun.ramai boleh faham.
ReplyDeletesaya rasa tuan tidak akan berani tampil berbahasa dgn bahasa tuan..betulkan saya jika saya salah
ish3 sapew mahadaya tu?
ReplyDeletegile ke
sy ni bdop form 1 baru belajar arab tau.(hehehe x de niat nk bebrbangga)
kalu alif nun -inna-sesungguhnya
kalu alif nun alif- ana -saya
jgn nk bwk ajaran sesat pulak
MAAF JIKA BAHASA SAYA KURANG SOPAN
HA!
ReplyDeletesatu lagi sy nk tanya ape maksud al-mahadaya 2
maaf lah sy tak pernh dgr prkataan 2
sy dah tengk blog mahadaya 2.AYAT KURSI PON SALAH
(rasenyelah)
Saya pun tak pasti apa maksud dia bubuh nama mahadaya...
ReplyDeletexsuka dgn akhbar yg suka mnonjolkn berita2 mnyakitkn hti n memalukn org.. mcm METRO..meluat dgn metro...
ReplyDelete