PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Friday, May 14, 2010

Awas Dengan Website Sesat Dari Fikrah Islam


Salam sejahtera kepada anda semua, saya doakan anda semua berada dalam keadaan sihat dan diberikan nikamat kesihatan untuk melaksanakan segala amanah Allah. Sehari yang lepas (13 Mei 2010) saya diminta oleh seorang sahabat yang dikenali sebagai kulaan untuk memantau dan meneliti sebuah laman blog (Kebenaran Asalama) yang diragui akan penulisan artikelnya yang berkaitan dengan Islam. Apabila saya ziarah blog tersebut memang mendapati tulisannya memang berbeza seperti perkataan Allah, Muhammad dan sebagainya. Mulanya saya tidak perasan lagi penyelewengan artikel blog tersebut. Tetapi apabila saya baca artikelnya yang bertajuk “Melayu Pewaris Nabi” saya sangat terkejut dan tulisannya sangat menyimpang jauh dari perbahasan Islam. Jika anda semua ingin melihat sendiri blog tersebut, sila klik di sini.

Saya datangkan beberapa perbahasan dan dakwaan beliau kononnya bangsa melayu mempunyai persamaan dengan Nabi. Di antara penulisannya ialah :

“Kebanyakan bangsa Melayu mengikuti sesuatu agama yg ingin di terapkan kpd mereka. Apabila Malaysia merdeka, bangsa ini masih dijajah dan penjajahan ini adalah dlm bentuk agama. Perhatikan bangsa2 lain di dunia, apabila negara mereka di beri kemerdekaan, rakyatnya diberi kebebasan memilih agama yg ingin di anuti. Ini juga terdpt di dlm firman tuhan di dlm al quran iaitu tiada paksaan di dlm beragama. Perkara ini tidak terjadi kpd bangsa Melayu dan apakah muslihat di sebalik semua ini? Mengapakah bangsa Melayu merupakan satu2nya bangsa di dunia yg dijajah menggunakan agama? Adakah bangsa Melayu ini asalnya menganut agama hindu atau bangsa ini merupakan bangsa yg paling di geruni kebangkitannya sehingga terpaksa di jajah menggunakan agama? Musuh2 tuhan memang mengetahui ttg kehebatan bangsa Melayu dan satu2nya cara untuk mereka dpt menakluki dunia ialah dgn memastikan bangsa Melayu tidak kembali kpd agama nenek moyang mereka.”

Jawapan saya

Petikan di atas ini saya ambil dari muqadimah artikelnya. Pembetulan dari ayat Al-Quran yang digunakan beliau iaitu “tiada paksaan dalam agama”. Ayat ini dituju khas kepada orang non muslim untuk memilih dan menentukan agamanya, Islam juga tidak memaksa orang non muslim memeluk Islam. Hal ini berbeza dengan orang Islam yang ingin keluar dari agama Islam. Hukuman yang sangat berat bagi umat Islam yang murtad (keluar dari Islam) iaitu akan dikenakan hukuman Hudud. Kesimpulan dari ayat tersebut bahawa Islam tidak memaksa non muslim memeluk Islam dan umat Islam berkewajipan menyampaikan dakwah kepada non muslim.

Penjajah Inggeris datang ke Tanah Melayu adalah bertujuan untuk menyebarkan agama mereka iaitu kristian. Tujuan mereka menjajah negara-negara umat Islam adalah untuk mematahkan pengaruh Islam di Tanah Melayu yang ketika itu sangat terkenal seperti Melaka, Aceh dan Tanah Jawa. Orang Barat menjajah Melayu bukan sebab kehebatan orang melayu, kalau betullah orang melayu hebat, sudah lama penjajah kalah dalam peperangan menakluki Tanah Melayu dahulu.

Katanya lagi tentang masalah tulisan jawi di dalam artikelnya iaitu :

“Hanya bangsa Melayu menggunakan tulisan huruf2 arabaya. Semua kitab2 yg diturunkan tuhan kpd nabi2 menggunakan satu bahasa sahaja iaitu bahasa arabaya. Bangsa Melayu di zaman dahulu merupakan bangsa yg mahir dgn kitab2 yg di turunkan tuhan dan mereka merupakan tenaga pengajar bagi penganut agama nabi Ibrahim. Perkara ini jelas terbukti dgn kebanyakan negara2 luar dtg untuk mempelajari agama dari bangsa Melayu. Tulisan jawi ini diwariskan kpd org2 Melayu melalui hijrah Raja Iskandar ke Timur dan bangsa Melayu di zaman dahulu yg mempunyai segala kelebihan berbanding bangsa lain di dunia.”

Jawapan saya

Sebagai pembetulan kepada penulisannya mengenai bahasa yang diturunkan oleh Allah kepada rasul-rasulnya dengan menggunakan bahasa arab. Jawapannya Allah itu Maha mengetahui dari segala yang bahru (makhluk) dan Allah juga sangat mengetahui segala bahasa yang ada di dunia ini. Allah sangat sukakan bahasa arab kerana Rasulullah di turunkan kepada bangsa arab. Bahasa dalam syurga Allah juga bahasa arab. Sebenarnya kitab-kitab yang diturunkan Allah kepada rasulnya mengikut bangsa rasul tersebut. Contohnya seperti Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa dalam bahasa Ibrani. Nabi Musa adalah dari keturunan Israel (Yahudi) dan bahasa mereka adalah bahasa Ibrani. Kitab Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad dalam bahasa Arab kerana bangsanya adalah bangsa arab. Kalaulah semua kitab diturunkan dalam bahasa Arab sudah tentu pengikut-pengikut Nabi Musa, Nabi Isa dan Rasul-rasul yang lain tidak faham dan payah untuk menerima dakwah mereka.

Petikan dari tulisannya lagi :

“Adakah Islam membawa tulisan jawi kpd bangsa Melayu sedangkan mereka sendiri membariskan al quran dan meletakkan tanda dgn alasan al quran tidak boleh dibaca tanpa baris dan tanda. Ini merupakan satu pembohongan yg jelas kerana mana2 bahasa di dunia, huruf2 lah yg membentuk perkataan dan bukan tanda. Cuba eja perkataan Islam di dlm jawi, tentu ianya di eja Alif Ya Sin Lam Mim bukan? Ini bermakna bangsa Melayu di zaman dahulu menganut agama nabi Ibrahim iaitu Asalama kerana ianya di eja Alif Sin Lam Mim.”

Jawapan saya

Penulisannya di atas ini mengenai huruf-huruf tulisan jawi. Penulisan jawi ini di bawa oleh ulamak-ulamak arab yang datang berhijrah ke Tanah Melayu. Ini bertujuan untuk memudahkan lagi proses dakwah dan pembelajaran Al-Quran. Saya tidak tahu tulisan yang digunakan di Tanah Melayu sebelum masuknya Islam. Orang melayu dahulu tidak pandai menulis, tidak pandai membaca dan bangsa yang sangat ketinggalan jauh dari bangsa lain, sebab itulah Melayu dijajah dahulu. Apabila Islam masuk di Tanah Melayu barulah dikenali dengan tulisan jawi dan baru terwujudnya pengajian-pengajian pondok dan sebagainya. Semua ini hasil pengajian orang melayu di Negara Arab dan belajar kepada bangsa arab yang berhijrah ke Tanah Melayu. Rasa saya tulisan jawi lama ditentukan bunyinya dengan baris, tetapi barisnya tidak dizahirkan seperti contoh بوم (bumi) atau بولو روم (bulu roma) dan banyak lagi. Tulisan jawi baru yang diguna pakai sekarang ini barulah mengikut perkataannya atau mengikut ejaan rumi. Jelas di sini bahawa tulisan jawi juga diambil dari kaedah bahasa arab.

Petikan dari artikelnya lagi :

“Musuh2 tuhan memang mengetahui hakikat ini, maka mereka berusaha menghapuskan penggunaan tulisan jawi di kalangan bangsa Melayu kerana di khuatiri penipuan ini di kesan.”

Jawapan saya

Pandangan saya yang menjadi musuh Allah itu adalah penulis blog tersebut yang berani mengatakan bahawa dirinya dari bangsa melayu berketurunan Nabi dan dia sebenarnya tidak sedar dirinya itu adalah orang yang munafik iaitu orang yang menyesatkan umat Islam yang lain. Setahu saya, anak cucu Nabi Muhammad saw mempunyai nama Syed, habib atau syarifah di hadapan nama mereka. Memang ada orang Melayu yang mempunyai nama-nama seperti syad, habib dan syarifah, kerana keturunan mereka telah bercampur dari darah Arab yang datang berhijrah ke Tanah Melayu dan berkahwin dengan orang tempatan. Tulisannya yang mendakwa dirinya dari bangsa melayu keturunan Nabi ialah :

“Hamba sebagai seorang Melayu dari keturunan nabi2 akan membangkitkan semula bangsa hamba dengan izin Tuhan yg maha kuasa. Ungkapan Takkan Melayu Hilang Di Dunia adalah ungkapan keramat bagi bangsa hamba. Walau berbagai cara di lakukan bagi menghapuskan bangsa hamba namun janji tuhan untuk membangkitkan semula agama yg diredhainya melalui bangsa hamba pasti tercapai. Bangsa yg hamba sayangi ini akan melaungkan semula kalimat kebesaran tuhan dan sekali lagi menakluki dunia. Berkat nabi2 dan para rasul yg diutus bagi meninggikan agama tuhan, taida yg mustahil di lakukan. Orang2 di dlm bangsa hamba yg memperkecilkan kebolehan bangsa hamba, mengkhianati nenek moyangnya sendiri.”

Kesimpulan

Sebagai pelayar internet untuk mencari bahan-bahan agama, mestilah anda mengetahui dahulu asal usul penulis tersebut dan mesti mengetahui bidang pengajian penulis tersebut. Ini penting untuk memastikan bahawa setiap artikel yang disiarkan tidak sesat dan bertepatan dengan kehendak agama. Saya kuatir kepada orang yang gemar mencari bahan-bahan ilmu Islam di internet tanpa mempelajari di kelas-kelas kuliah di masjid atau tempat lain, kerana orang seperti ini kurang pengetahuannya dan asasnya tidak mencukupi untuk menafikan perkara yang batil atau sesat. Setiap perkara yang diterima tanpa asas yang kukuh dari dalil-dalil aqli dan naqli atau bukan dari hujah-hujah ulamak yang muktabar, wajib ditelitikan dahulu artikel tersebut, supaya anda tidak tersesat dan tertipu dengan artikel tersebut. Tindakan yang paling baik, setiap artikel yang diragukan wajiblah merujuk kepada orang yang lebih arif atau lebih mengetahui seperti ustaz dan ustazah atau tokoh-tokoh agama yang dikenali anda semua.

Selepas anda membaca artikel saya ini sebarkanlah kepada semua orang sama ada rakan-rakan anda, keluarga anda, jiran-jiran anda dan semua untuk mengelakkan mereka terpedaya dengan dakyah-dakyah orang yang sentiasa ingin menyesatkan umat Islam jauh dari pangkal jalan. Saya izinkan anda semua untuk copy artikel ini dan diletakkan di blog, website dan laman-laman sesawang untuk disebarkan kepada orang ramai. Tetapi permohonan saya masukkan link rujukkan asalnya sebagai tanda penghargaan dan amanah anda terhadap tuan artikel tersebut. Sebenarnya banyak lagi laman-laman website yang jauh menyimpang dari ajaran Islam yang terdapat dalam dunia internet ini. Jika anda hendak mengetahui laman-laman yang telah disenaraikan oleh saya bolehlah klik di sini.

Gambar Blog Tersebut


Klik pada gambar untuk paparan lebih besar

13 comments :

  1. Salam...

    terus terang yang saya langsung tidak berminat berbicara lebih tentang sesuatu yang saya tidak ketahui. tapi orang jenis ini [penulis blog asalama] tetap akan menegakkan hujahnya sendiri yang diikutinya dengan berbekal hujah dangkal yang ada padanya. aduh, kasihan sungguh. kena lapor dengan jabatan agama kalau jumpa spesis manusia sebegini. tangkap dia.... sekian

    wassalam [...]

    ReplyDelete
  2. salam. ustaz, mungkin boleh ulas tentang blog PENCINTA ISLAM. Ana merasa sangat tertanya-tanya tentang isinya. syukran.

    http://pasvspas.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. salam...terima kasih kerana memberitahu kepada kami ttg blog tersebut yang menyesatkan akidah umat islam. semoga Allah membalas amal jariah ustaz.

    ReplyDelete
  4. salam terima kasih atas sokongan anda semua kepada ana, ana sangat hargai, tolong sebarkan dan mari kita sama-sama cari sapa meneraju blog tersebut. Benda ini tak boleh biar sebab takut orang tak ada ilmu terpedaya dengan hujahnya.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum ustaz
    mamat mahadaya ni banyak kali dh cuba komen kat blog saya.

    dan saya ada nampak dia komen kat blog laen gak..

    sesat mamat ni..

    Dalam Al-Quran ada menyebut "Hold to forgiveness; command what is right; But turn away from the ignorant./Jadilah seorang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang yang jahil [7:199]"

    kita yang sedar kena sebarkan bahaya ajaran sesat dalam internet kat orang laen..

    skarang ni banyak sangat blog2 yang ngaku diorang tau bila tarikh kiamat,apa la itu la..

    bahaya sungguh ..jika orang takde ilmu baca abis diorang.

    kalau berbicara pasal kiamat dan sebagainya ni,biar berlandaskan al quran dan hadis.jangan maen taram sahaja.

    adeh.

    ape2pon. kepada yang membaca blog,kita kena ingat.perkara paling penting untuk kita cari adalah keredhaan Allah.bukan cari tarikh kiamat bila.

    kerana tarikh kiamat hanya diketahui Allah sahaja.

    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  6. sllm.saya ingin mndapat jwpn yg tepat n benar dari ustaz apa hukum pemimpin2 dan negara islam yg ada hubungan dgn pemimpin2 dan negara yahudi dan memudaratkan ekonomi negara umat islam yang lain.apa hukum melulusan lesen judi bola dan permit konsert pittbull yang mendekatkan diri remaja2 islam pada judi arak n zina.

    ReplyDelete
  7. salam,

    hmm..punyalah kemelayuan sampai berani ckp mcm2. payah betul. mampukah pihak berkuasa agama 'menjentik' org mcm ni?

    lg satu yg famous kat internet ni ialah tentang kelebihan wanita berbanding lelaki. contohnya:
    --> Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
    bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

    Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat
    pahala 12 tahun solat.

    Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2
    1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

    Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang
    menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

    ada di sini: http://carijodohislam.com/MALAYSIA/node/1223

    masalahnya, betul ke kelebihan2 tersebut?

    ReplyDelete
  8. Assalamualikum..

    Dia kata dia melayu keturunan nabi2....ada betul tu..semua manusia kan berketurunan nabi Adam..:)..baik yahudi..cina ..india..mat salleh..eskimo..hehhee benarkan?

    hehe..kita doakan beliau supaya diberi hidayah oleh Allah SWT..jgn la kita mendahului Allah dalam melaknat manusia yang lain..kita tiada hak itu..hak kita adalah ingat mengingati..sesama yang lain..sesama manusia.jangan mendahului takdir kata pesan seorang mursyid..dan pesan seorang mursyid yang lain..semua mahkluk adalah dari Cahaya...Allah Taala..jadi kena hormat dan saling ingat mengingati...

    jika seoarng kafir Allah boleh beri hidayah sehingga memeluk Islam..apakah mustahil untuk seorang Islam yang telah sesat untuk kembali ke pangkal jalan..??...jika seorang kafir kita dakwah tantang Islam..mengapa saudara Islam kita sendiri harus di anaktirikan?..

    usah dipinggirkan..kita sesama doakan yang terbaik untuk dia supaya mendapat hidayah dan petunjuk Allah..ada sebab mengapa Allah izinkan dia menulis blog itu..hanya Dia yang Maha Mengetahui..

    Surah Al Baqarah ayat 216 : "dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia memudaratkan kamu. Allah SWT mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"

    al fatihah....pada Roh penulis blog berkenaan...
    dgn harapan mendapt Nur Cahaya Ilahi...ameen ya robbal alameen...

    Wassalam..

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Memang betul Allah jadikan baik dan buruk dalam dunia ini, tetapi Allah melarang manusia melakukan keburukan dan kejahatan, Kenapa Allah adakan dosa dan pahala? Kena fikir tu.

    Kita bukan membencinya, tetapi membenci perbuatannya. Kalau tidak tiadalah yang dikatakan dakwah. Tujuan dakwah adalah untuk menerangkan perkara yang makruf dan mencegah perkara yang mungkar. Kalau kita tidak membenci perbuatannya, seolah kita meredhoi perbuatannya yang akan menyesatkan orang lain.

    Kalau bukan kita untuk memelihara agama siapa lagi. Kenapa berlakunya peperangan badar, peperangan uhud? cuba fikirkan. Kenapa Allah turunkan Al-Quran untuk memberitahu tentang dosa dan pahala. Kenapa dalam ayat Al-Quran adanya ayat-ayat yang mengancam orang yang tidak beriman dan melakukan dosa.

    Dalam hal agama kita kena tegas, kerana agama tiada kelonggaran kecuali dalam masalah2 tertentu, seperti terpaksa memakan makanan yang haram ketika darurat.

    Tapi apa2pun mudah2an dia mendapat hidayah Allah dan kembali ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
  10. Dosa dan pahala ibarat keadilan. :)

    ReplyDelete
  11. Jawapannya Allah itu Maha mengetahui dari segala yang bahru (makhluk) dan Allah juga sangat mengetahui segala bahasa yang ada di dunia ini. Allah sangat sukakan bahasa arab kerana Rasulullah di turunkan kepada bangsa arab. Bahasa dalam syurga Allah juga bahasa arab.

    Di atas adalah sebahagian dari tulisan ustaz... Persoalannya adakah betul bahasa yang digunakan oleh Allah didalam syurga ialah bahasa arab.... Sedangkan seperti yang kita tahu persoalan akhirat adalah sesuatu yang ghaib. Dan Allah itu sendiri sesuatu yang ghaib dan bahasanya tentulah sesuatu yang ghaib juga...Bahasa Arab hanyalah sesuatu wadah yang bersifat baharu yang tidak ghaib yang hanya sebagai alat dari perpindahan kata katanya yang bersifat ghaib kealam yang bersifat bunyi dan huruf. Adakah sesuatu yang berbunyi dan berhuruf boleh disamakan dengan sesuatu yang ghaib. Maha suci Allah dari bersifat baharu. Sedangkan seperti yang kita tahu Allah itu salah satu dari sifat sifatnya tidak menyamai dengan segala sesuatu. Adakah bahasanya pun sama dengan bahasa yang sering kita gunakan hari hari yang bersifat baharu pula..? Kalau begitu tidak MUKHALAFATUHU LILHAWADIS lah Allah Taala itu. Maha suci Allah tidak bersifat begitu.

    Berbalik kita pada persoalannya...Setiap wahyu yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad adalah dari kata kata Allah yang bersifat ghaib itu kemudian baharulah nabi menyatakannya dalam bahasa arab kerana ia berbetulanan kena dengan bahasa yang digunakan nabi dan kaumnya.Dan Allah pula memilih bangsa dan bahasa arab kepada nabinya yang terakhir untuk menyampaikan risaalahnya diatas dunia ini. Dan dari bahasa itu dapatlah kita mengambil ajaran dari kata kata Allah didalam Al Quran itu melalui terjemahan kepada bahasa bahasa yang ada didunia ini.

    Persoalannya sebelum nabi menyampaikannya didalam bahasa arab,nabi menerimanya melalui wahyu yang disampaikan oleh malaikat yang diarahkan oleh Allah Taala untuk menyampaikanya kepada nabi. Dan bahasa apakah yang disampaikan oleh Allah kepada malaikatnya..? sebelum sampai kepada nabi...Tentulah ini satu persoalan yang ghaib. Dan persoalan yang ghaib tentulah tidak sama dengan yang baharu.Dan kita yang baharu adakah layak untuk meyamakan sesuatu bahasa yang ghaib, yang pemiliknya pun ghaib,yang pemiliknya tidak sama dengan segala sesuatu. Adakah layak sesuatu yang baharu meletaksama tarafkan sesuatu yang tidak bersifat kesempurnaan dengan sesuatu yang suci..kekal..dan..MUKHALAFATUHU LILHAWADIS.

    ReplyDelete
  12. asalama ajaran kafir lagisesat di bawa oleh kassim ahmad laknatullah. semoga kassim ni cepat mampus. macam-macam ajaran dia bawa termasuk anti hadis dan bacaan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG