PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, May 13, 2010

Cara Menegur Kesalahan Ibu Bapa


Soalan

Bagaimana cara yang terbaik untuk menasihati kedua ibu bapa tentang batas pergaulan anak angkat lelaki dan perempuan dengan mereka? Ibu bapa saya tidak mahu menceritakan perkara yang sebenar mengenai asal usul anak angkatnya. Mohon sedikit pendapat dan perkongsian Ustaz tentang masalah ini.

Jawapannya

Sepertimana yang telah saya nyatakan dalam artikel-artikel yang lepas, bahawa bukan kerja yang mudah untuk menyampaikan kebenaran. Bak pepatah melayu “telan anak mati bapa, telan bapa mati anak”. Walaubagaimana kebenaran perlu ditegakkan dengan apa cara sekalipun mengikut kemampuan kita. Siapa lagi kalau bukan kita mencegahnya, jangan diharapkan orang lain untuk mencegahnya, kerana sikap yang begitu akan merosakkan semua. Walaupun kita sering solat dan menunaikan segala yang makruf dan tidak melakukan segala yang mungkar, dalam masa yang sama kita tidak pernah mencegah kemungkaran yang berlaku disekeliling, maka jawapannya Allah tetap akan humban kita ke neraka Allah juga kerana tidak menunaikan amanah atau kewajipan yang telah diberikan oleh Allah untuk menyampaikan dakwah.

Masalah di atas ini agak rumit untuk menyelesaikannya, kerana anak tidak boleh mengecilkan hati kedua ibu bapanya. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).” (Al-Isra : 23)

Sebagai anak yang bertanggungjawab untuk memelihara dan mencegah kedua ibu bapanya dari siksaan api neraka Allah yang sangat dahsyat. Untuk menegur kedua ibu bapa ini perlu mempunyai metode atau kaedah yang sangat halus (hikmah) supaya hati dan perasaannya tidak terguris. Cara hikmah ini boleh digunakan dengan cara pertuturan yang baik dengan rasa merendah diri kepada kedua ibu bapa. Contohnya “mak saya mohon maaf atas segala kesalahan atau derhaka saya terhadap mak, saya sebenarnya hendak menegur mak atas kesilapan yang telah mak lakukan seperti keluar rumah walaupun sejengkal mesti menutup aurat, ini bukan kehendak saya, tapi ini kehendak Allah. Orang yang tidak menutup aurat akan dibakar rambutnya di akhirat nanti, takut mak siksaan Allah”. Ini sebagai contoh sahaja, mungkin anda semua mempunyai ayat yang lebih halus dan hikmah untuk menegur kedua ibu bapa anda. Kalau anda semua ada pendapat mengenai masalah ini boleh dikongsikan di ruangan komen di bawah ini.

Ada setengah ibu bapa, mereka lebih suka dengan cara berbincang diwaktu-waktu lapang dengan anak-anak mereka di rumah atau di luar rumah. Kalau cara ini mengikut hemah saya, lebih mudah sedikit dari cara di atas, kerana ibu bapa yang bersifat terbuka lebih mudah untuk ditegur, selalunya mereka tidak akan berkecil hati akan teguran anak-anak mereka. Ibu bapa yang terbuka juga mudah untuk menerima segala pandangan anak-anak mereka dengan hati yang ikhlas dan bersifat kekeluargaan. Anak-anak yang mempunyai ibu bapa seperti ini, boleh menegur dengan cara terus terang tanpa ada ayat-ayat bunga bagi anak yang tidak pandai menggunakan ayat-ayat bunga. Walaupun ibu bapa anda bersifat terbuka, maka lebih baiklah anda gunakan juga bahasa-bahasa yang berbunga dan cantik di dengari oleh ibu bapa anda dan hatinya tenang dan mudah menerima segala teguran yang hikmah.

Ada sebahagian ibu bapa yang egois atau tidak mahu langsung mendengar teguran anak-anak mereka dengan alasan mereka lebih dahulu makan asam garam dari anak-anak mereka. Ini juga susah untuk menegur kesalahan yang telah dilakukan oleh ibu bapa. Menurut saya, ibu bapa seperti ini boleh ditegur dengan menggunakan orang lain yang rapat dengannya, seperti saudaranya yang dipercayai, ayah (tok wan) dan ibu (nenek) mereka, sahabat mereka dan sesiapa sahaja yang rapat dengan mereka. Selalunya mereka akan mudah menerima teguran dari orang yang dipercayai atau dihormati oleh mereka. Malah mereka akan akur dengan segala teguran orang tersebut.

Ada juga ibu bapa yang langsung tidak boleh terima teguran anak, sahabat, saudaranya, teman-temannya dan sesiapa sahaja. Ini sangat susah dan perlu mempunyai strategi yang baik menurut kemampuan anak tersebut. Selalunya teguran dari anak akan kesalahan ibu bapa tersebut, mereka akan mengatakan bahawa anak tersebut derhaka dan masuk ke neraka. Persoalannya siapa yang derhaka dan siapa yang berdosa, anak tersebut tidak berdosa dan tidak derhaka dan cuma menjalankan kewajipan sebagai seorang anak yang soleh dan solehah. Nasihat saya, kepada sesiapa yang ingin menegur kesalahan ibu bapanya, jangan takut dengan istilah derhaka dan dosa jika teguran anda betul dan mengikut segala teknik yang ada dalam dakwah Islam. Kecualilah teguran anak dengan menggunakan perkataan yang kesat, kasar atau sebagainya untuk menegur kesalahan ibu bapanya, maka hal ini barulah dikatakan dosa. Untuk mengetahui teknik atau cara menegur yang lain dari saya nyatakan di atas ini boleh klikkan di sini.

Kesimpulannya, sebagai seorang anak yang bertanggungjawab dan melaksanakan amanah Allah terhadap kedua ibu bapanya, mestilah menegur kesalahan ibu bapanya dengan cara yang baik dan hikmah. Kerana anak tersebut telah memelihara ibu bapanya dari siksaan api neraka Allah. Jangan takut kepada segala kesulitan yang akan dihadapi, takutlah kepada Allah yang sentiasa memerhatikan perbuatan dan percakapan kita. Jadi seorang anak yang soleh dan solehah dan sentiasa mendoakan kebaikkan kepada kedua ibu bapanya. Doa kepada kedua ibu bapa :

“Ya Allah ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihanilah kepada kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihani dan menyayangi aku sewaktu kecil dahulu”.

43 comments :

  1. Ya Allah ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihanilah kepada kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihani dan menyayangi aku sewaktu kecil dahulu

    ReplyDelete
  2. Salam ustaz..
    saya ingin menanyakan satu perkara..sya telah mendapat peluang pekerjaan di syarikat besar dengan gaji lumayan.tempat kerja tersebut di selangor.Tapi bapa saya tidak mengizinkan sya pergi kerana alasan tiada saudara diasan..sya ingin mendapatkan kerja tersebut adakah derhaka saya sbg seorang anak hany kerana ingin mendapatkan pekerjaan untuk mengubah kehidupan keluarga?

    ReplyDelete
  3. saya betul2 tiada niat menderhaka..niat mendapat kerja tersebut hanya untuk mengubah kehidupan keluarga dan membantu bapa..sbg anak sulung tambahan 2 adik yang masih belajar serta memerlukan kewangan yang banyak jd sya bertanggungjwb menolong mereka...tapi egois bapa saya yang keterlaluan membuatkn sya sedih..masuk ini dah 3 kali rezeki sya dihalang oleh ayah sendiri..sya dah byk berkorban..kerja yang sya dapat ini ialah pekerjaan tetap yang menjamin masa depan kami sekeluarga..tolong bg pandangan apa harus sya buat kerana syarikat tersebut masih menunggu jwapan sya dan memberitahu nama sya mungkin akan di `black list` jika sya menolak jawatan ini..

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Bawa berbincang dahulu anda dengan bapa anda, kalau boleh gunakan ibu anda sebagai orang tengah. Anda juga boleh gunakan adik beradik bapa yang terdekat sebagai perantaraan untuk menjelaskan masalah ini.

    Sepatutnya seorang anak wajib mentaati perintah ibu bapa. Kalau bapa anda tidak bagi juga, maka anggaplah ini tiada rezeki. Jangan sesekali menderhakainya kerana keberkatan sesuatu pekerjaan anak terletak kepada redho kedua ibu bapanya.

    Cuba berbincang dahulu dengan bapa dan jelaskan apa kelebihannya dan kepentingannya kerja tersebut dan diri anda yang ingin sangat pekerjaan tersebut.

    Saya doakan semoga bapa anda dilembutkan hatinya untuk menerima rayuan anda.

    ReplyDelete
  5. salam ustaz yang dihormati..
    sy amat mengingikan penjelasan apakah hukum jika saya menegur ibubapa saya, dan teguran yang dilakukan walaupan dengan cara yang berhikmah tetapi membuatkan meraka terasa hati dengan saya, adakah saya dikira sebagai anak yang derhaka??
    ~terima kasih atas perhatian yang diberikan~

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Menegur ibu bapa atas kesalahan dosa dengan hikmah adalah tidak dosa, sebab itu menjadi kewajipan kita sebagai anak memimpin ibu bapa ke jalan yang benar. Menjadi derhaka adalah anak yang tidak menghormati ibu bapa, tidak mahu mendengar teguran yang baik dari ibu bapa, mengabaikan ibu bapanya dan seumpamanya.

    Menegur ibu bapa itulah yang dikira sebagai anak yang soleh dan anak yang sentaisa memberikan keselamatan dunia dan akhirat. anak seperti ini banyak ganjarannya di akhirat nanti.

    ReplyDelete
  7. salam ustaz,

    saya ingin bertanya......

    Bagaimanakah cara terbaik untuk menegur kedua ibu bapa kita?

    apakah dosa sekiranya kita menegur kedua ibubapa kita?

    sekiranya teguran yang kita lakukan itu tidak dapat diterima oleh kedua ibubapa kita, apakah cara yang terbaik untuk kita menegur?

    sekian, terima kasih.

    wassalam

    ReplyDelete
  8. Bacalah kat artikel saya di atas, sy telah berikan serba sedikit caranya..

    Yang penting tegur dengan cara hikmah n bijaksana n tidak memaki n menghina ibu bapa, mau dengar atau tak itu dia dengan Allah...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum ustaz...saya nak tanya adakah berdosa jika seorang anak menegur adiknya untuk kebaikan pada keluarga tetapi mendapat tentangan daripada bapa,situasi ini menyebabkan berlaku ketagangan dan bapa memarahi sehingga menghalau si abang dari rumah...tapi abang tetap balik rumah dan telah memohon maaf melalui mesej...si abang takut untuk mohon maaf sbb mungkin si ayah masih marah dengan pertengkaran tersebut...tetapi selepas itu si abang tetap bersalam dengan ayah jika ingin keluar bekerja...adakah si abang dikira derhaka pada bapanya sbb berlaku ketegangan?
    dan satu lagi, saya ingin bertanya adakah si anak itu derhaka jika berlaku satu salah faham,salah faham berlaku seperti berikut...
    1)anak sebelum kahwin ada berhutang dengan saudara mara dan telah berjanji dengan ibu bahawa akan bayar semua hutang saudara mara apabila bekerja kelak,setelah bekerja si anak ada membuat pinjaman peribadi untuk bayar hutang saudara cuma lupa beritahu ibunya yang pinjaman peribadi tersebut telah lulus dan si anak sudah pergi membayar hutang tersebut...ibu kecil hati kerana anak tidak memberitahu tantang kelulusan pinjaman tersebut, tetapi berlaku salah faham kerana si anak ingat yang ibunya sudah tahu tentang kelulusan pinjaman tersebut sebab si anak waktu nk membayar hutang ibunya berada di tempat yg sama dan si anak memikirkan si ibu sudah tahu kelulusan pinjaman tersebut,adakah derhaka kerana salah faham tersebut?dan pada masa yg sama bapa telah mengatakan si anak tersebut derhaka pdhal si anak tidak ada niat langsung untuk derhaka pada ibu bapa malah si anak ada niat untuk membiayai ibu sekiranya ibu ingin mengerjakan umrah di mekah...untuk pengetahuan ustaz si bapa selalu cakap lepas dan marah x tentu pasal walaupun untuk benda yg kecil...minta penjelasan ustaz.

    ReplyDelete
  10. Salam

    Boleh lihat post ini tentang jawapan soalan ini

    http://www.ustaznoramin.com/2010/05/cara-menegur-kesalahan-ibu-bapa.html

    http://www.ustaznoramin.com/2010/02/bagaimana-cara-menegur-seorang-kawan.html

    ReplyDelete
  11. salam ustaz. sy ada ibubapa yg tak ambil berat soal ugama. ibu saya mempunyai kekasih begitu juga denga ayah yg ada kekasih lain. mereka masih suami dan isteri. ibu mempunyai ego yg teramat. saya pernah menegur ibu atas sikap nya. tetapi dia bersumpah dan memaki hamun saya. ibu bersumpa sekiranya saya melawan ibu saya akan hidup susah sehingga ati. apa pandangan ustaz?

    ReplyDelete
  12. Salam

    Orang yang bersumpah ni adalah orang jahil dan sumpah ni tak boleh pakai, sebab yang menentukan takdir adalah Allah bukan hamba.. Tak salah dan jangan takut untuk menegakkan kebenaran, banyakkan doa kepada Allah semoga mereka terbuka pintu hati.. Islam tidak pernah meredhokan perkara jahat dan dosa.

    ReplyDelete
  13. terima kasih ustaz. salam

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum ustaz..
    Saya telah berkahwin selama 3 tahun dan dari awal perkahwinan ibu saya kurang berkenan dengan suami saya kerana tidak ada pekerjaan yang tetap dan dari keluarga miskin.
    Kami suami isteri hidup bahagia dengan rezeki yang Allah kurniakan tidak kira sikit atau banyak.Ibu saya banyak banyak masuk campur dalam hal rumahtangga saya.Banyak kali saya menasihati ibu dan suami saya menegur dengan cara yang baik namun kami dituduh mencari gaduh dan terus tidak membenarkan kami memijak rumahnya di kampung..sehingga ke hari ini saya terus berkecil hati,merajuk dan menyepikan diri daripada keluarga.
    Apakah tindakan yang sepatutnya saya lakukan?
    Adakah saya berdosa merajuk dan menyepikan diri daripada keluarga?
    Minta komen, pandangan dan jawapan ustaz..terima kasih

    ReplyDelete
  15. as salam, ustaz, saya merupakan anak sulong dalam keluarga. dan baru2 ini saya telah dimarahi oleh ibu saya kerana saya tak tau cara mengajar ibu saya menggunakan laptop. kerana kesalahan saya itu, ibu saya memarahi saya sambil menengking saya didepan adik lelaki saya. die mengatakan bahawa tidak ada rasa hormat langsung pada dia dan amarahnya tidak berhenti setakat itu, ibu saya akan mula mengungkit tentang hal2 dulu yang membabitkan ayah saya dan keluarganya...ibu saya mmg ada masalah ngan ayah saya dan keluarganya sejak mereka mula berkahwin..saya sudah menyatakan bahawa saya tidak tau bagaimana cara utk mengajarnya..lalu die membandingkan saya dengan adik ke 3 saya.ibu saya meminta penjelasan saya sambil dia memukul saya depan adik saya. sebelum ini saya tidak melawan dan sanggup badan saya berbirat birat kne bantai, namun kali ini saya tak tahan lantas saya bangun dan meminta ibu saya duduk untuk dengar penjelasan saya..waktu itu saya mampu lagi mengawal emosi dan saya langsung tidak meninggikan suara atau berkata yang kesat..ibu menganggap itu satu perintah dari saya dan berkata saya sudah derhaka padanya kerana menyuruh dia duduk. walhal saya menyuruh ibu duduk kerana dia sedang marah dan menengking2. saya akhirnya menangis, dan adik saya cuba menolong saya.. bagaimana harus saya beri penjelasan jika ibu dalam mood 'mengamuk'..ibu tuduh saya macam2..die marah abah tapi di semburkan amarahnya pada saya..die juga kata saya tak reti minta maaf..tapi berapa juta kali maaf saya sebutkan pada dia tapi dia suruh saya senyap. saya bertanyakan apa salah saya yang dia buat dia terguris dengan saya..ibu suruh saya fikir sndiri.

    -adakah sya bersalah kerana menyuruh ibu duduk utk dgr penjelasan saya semasa dia sedang dalam keadaan marah?

    ibu juga selalu menengking abah kalau mereka bergaduh pasal duit. abah saya bergaji kecil dari ibu, jadi ibu banyak cover dri segi pbelanjaan dapur dan lain2. itu yang menyebabkan abah banyak berdiam semasa dia dimarahi. ibu juga sudah lebih 10 tahun tak balik ke kampung abah..nenek pernah menangis kerana ibu tak pulang ke kampung abah..ibu sanggup berhari raya pertama di KL semata2 tak mahu pulang ke kampung abah atau bkerja pada hari raya.sbelum ini adik abah pernah meminta maaf pada ibu kerana pernah menuduh ibu yg bukan2 satu masa dulu..tapi ibu tak pernah lagi memaafkannya.utk pngetahuaan ustaz, ibu saya anak yatim.jadi di kampungnya cuma tinggal adik2 ibu saja.jadi dia akan menyelitkan statusnya sebagai anak yatim semasa ibu sedang marah dan saya tak tahan cara ibu memarahi abah seolah-olah abah tu sorang budak, bukan seorang dewasa. ibu juga pernah kata, jika ada kehidupan selepas mati, ibu mahukan suami yang perfect utk ibu, bukan abah. tapi ibu masih mahukan anak2 ibu..saya amat bkecil hati dgn kata2 ibu. sampai mcm itu skali ker dia bencikan abah?
    -abah mnyuruh saya slow talk ngan ibu tapi tak menjadi..jadi, macam mana cara saya nak menegur ibu agar lebih blembut hati dan menerima abah dan keluarga abah seadanya..

    (terima kasih kerana mbaca luahan saya)
    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum..luahan saudari seakan akan senario kehidupan saya..saya mengerti dan faham keadaan saudari..harap saudari banyak bersabar dan berdoa ye.. :)

      Delete
  16. Salam ustaz, ibu sy akan menyambut kelahiran yg ke 61. Sy ingin membawa dia ke mekah utk umrah sebagai hadiah. Dr sy utk ibu. Tapi ibu tak mahu, malah dia mintak sy hadiahkan dia sebuah laptop. Sy sedih ustaz ibu sy sy lebih pentingkan harta dunia dari ibadah.

    ReplyDelete
  17. salam ustaz..sy merupakan anak perempuan kedua dalam keluarga..ibu dan bapa sy baru sahaja bercerai dan akhir bulan ini edah ibu sy akan habis.masalahnya di sini ustaz,perbuatan,percakapan dan kelakuan ibu sy sudah jauh berbeza dari dulu sewaktu ibu menjadi seorang isteri..penceraian yg berlaku disebabkan ayah sy mempunyai perempuan lain.sejak bercerai ibu melarang sy menemui ayah kerana ibu mengatakan ayah tidak bertanggungjawab.jiran-jiran yg berdekatan rumah sy juga sering menyuruh sy menegur perbuatan dan pemakaian ibu yang jauh berbeza dari dulu.kalau dulu ibu keluar menyapu sampah di hadapan rumah pun mesti memakai tudung namun sekarang ibu keluar ke bandar langsung tidak memakai tudung malahan pakain ibu juga semakin sendat mengalahkan sy anak remajanya..semua jiran-jiran sering mengata perihal kelakuan dan pemakaian ibu sy.ini memberikan tekanan yg hebat untuk sy.malah sy selalu menegur ibu dengan baik seperti meminta maaf terlebih dahulu sebelum menegur setiap perbuatan yg ibu sendiri mungkin tak sedar.suatu hari sy pergi menemui ayah sewaktu ibu keluar bersama jiran sy..sy memberitahu ibu bahawa sy mahu keluar pada petang itu.tujuan sy menemui ayah kerana ingin membincangkan dengan lebih lanjut tentang kemasukan belajar sy ke uitm pertengahan disember nanti.tiba-tiba sy mendapat panggilan dari ibu,bila sy menjawabnya telinga sy dihadiahkan dengan kata-kata kesat yg sangat menyakitkan hati.selepas itu,ayah segera menghantar sy pulang ke rumah.di rumah ibu mengamuk dan bercakap dengan lantang sekali di hadapan jiran sy bahawa sy anak derhaka dan lebih menyebelahi ayah sy kerana ayah orang kaya sedangkan ibu orang susah..sumpah ustaz,sy tak pernah terniat nak memihak kepada ayah mahupun ibu..kedua-duanya sy sayang..ibu menyatakan setiap teguran sy padanya merupakan kurang ajar dan anak derhaka..tapi sy ingin jelaskan di sini sy menegur ibu dengan meminta maaf terlebih dahulu sebelum menegurnya..derhaka kah sy ustaz??salahkah seorang anak menegur seorang ibu?sungguh sy takut di gelar anak derhaka.tapi sy buntu memikirkn di manakah sebab sy digelar anak derhaka.kini ibu sering menceritakan kepada jiran-jiran dan sesiapa saja yg datang ke rumah bahawa sy anak derhaka kerana lebih memihak ayah dari ibu.hal ini sangat memalukan sy dan abang sy.setiap kata-kata ibu seolah-olah kami anak-anak tidak mempunyai hati dan perasaan. untuk pengethuan ustaz,pengajian sy di uitm nanti akan memerlukan kos yg tinggi.ayah telah menyatakan bahawa jika ibu tidak membenarkan ayah menemui sy maka ayah tidak akan menyara sy selama sy belajar di uitm nanti..sy bingung.kalau sy mengikut kata-kata ibu untuk tidak menemui ayah maka sy akan semakin susahkan ibu kerana terpaksa menanggung pengajian sy.sedangkan sy tahu ibu tidak mempunyai wang untuk menyara sy selama 3 tahun di uitm nanti..tolong lah sy ustaz..adakah sy anak derhaka kerana telah menegur seoarang ibu?untuk pengetahuan ustaz juga,ibu sering meninggalkan sy pada malam hari kerana berjumpa dengan teman barunya..wajarkah seorang ibu meningggalkan anak gadisnya yg berusia seawal 18 tahun di rumah sekitar jam 2 pagi??wajarkah seorang ibu menyumpah dan mengelar sy anak derhaka hanya kerana sy menegurnya dan pergi menemui ayah kandung sy?untuk pengetahuan ustaz juga ibu pernah menyatakan "anggap ibu k0rang dah mampos!pergilah cari ayah yg k0rang sanjung sangat tu"..wajarkah seorang ibu yg beragama islam mengeluarkan kata-kata kasar sebegitu?kini hampir seminggu sy dan abang tidak bercakap dengan ibu kerana takut dihina da diherdik lagi oleh ibu.makanan yg sy belikan untuk ibu juga langsung tidak disentuh oleh ibu..esok merupakan hari raya korban.tapi hubungan sy dan ibu tetap dingin..ibu seolah-olah membenci sy..apabila berselisihan di dalam rumah ibu mesti membuat muka.ustaz,adakah sy merupan anak derhaka?jika benar di mana kesalahan sy ustaz?silalah tegur sy..tunjukkan sy jalan yg benar seandainya sy salah..

    ReplyDelete
  18. salam ustaz...saya mempunyai seorang sahabat..dia sering mengadu kepada saya bahawa..ibu bapa nya selalu memarahinya pada sesuatu yang bukan dia lakukan..bagaimana hendak mengatasi masalah ini?
    hidup sahabat saya itu dikongkong macam budak kecil sehinggakan sangat susah sekali untuk keluar rumah..saya buntu untuk membantu sahabat saya itu...dan dia mengatakan ingin lari dari rumah..tolong lah saya ustaz..saya sudah buntu..

    ReplyDelete
  19. ustaz, bapa sy tidak byr ansuran blnn keretanya hingga di blacklist dan kereta itu ditarik oleh pihak bank...die kemudiannya mengambil kereta sy yg baru sy beli guna duit biasiswa dan ayah brjnji akan byr ansuran blnn kereta trsebut krn ayah guna utk jlnkan prniagaan. mlgnya ayah sering tk byr dan pihak bank sering call sy utk lgsaikn tggakan hutang kereta..sy sering byrkn tggkan kereta trsebut. ayah hntr org bank utk cari sy spy kereta itu direfinance...sy trpksa brstuju...slps itu ayah masih tk byr blnn kereta trsebut dn pihak bank sering call sy utk byr tggakan yg masuk hmpir 4 bln... skrg nama sy disenaraihitam oleh bnk negara... sy try apply loan utk tutup hutang itu malangnya bnk pon tk luluskn...sy sgt trtekan.... sy call ayah bgtau tntg sikapnya yg tk suka byr hutang hingga keretanya dulu ditarik dan nama sy skrg disenaraihitam...ayah sgt marah dan mengatakan perkara biasa klu tk byr hutang kereta...ayah juga ckp yg sy hany ptgkan diri sndiri... sy tlh memnjam wang dari seorang kwn baik dan melangsaikan baki hutang kereta trsebut utk mmbrsihkan nama sy.... skrg ayah sering menuntut supaya pertukaran hak milik kereta kpd namanya... sy sgt risau klu2 kereta trsebut dijual kerana ayah prnh minta kereta itu dijual utk dptkan wang dan ambil kereta yg baru dgn guna nama sy juga… sy risau klu ayah jual kereta trsebut, dia akan meminta kereta adik beradik sy yg lain utk digunanya... ayah sy sering habiskn masa lepak2 waktu mlm di warong hingga lewat pagi...sy tlh buat smpnn yg cukup utk ayah tunaikn haji pd thn2 akan dtg spy ayah blh berubah...ayah tiada langsung tggungan.. bil2 dirumah ibu yg settlekan krn anak2 kirim wang stiap bln... persoalannya ustaz, adakah sy derhaka krn tidak tunaikan prmintaan ayah utk prtukaran hak milik kereta trsebut krn ayah marah2 dan mengungkit2 mmbsrkan sy. 2) bagaimana cara nk tegur sikap ayah yg suka buat hutang dan tidk prnh nk mmbyr…..krn ayah juga prnh brhutang rm3 ribu dgn saudara mara dan kami adik beradik+ibu trpaksa mmbyrnya. Tolonglah ustaz…sy sgt trtekan dgn sikap ayah…

    ReplyDelete
  20. salam
    bagaiman kalau sya dapat tahu ibu saya curang tp ayah sy tahu dy xtegur ibu sya..
    ustaz bantu la sy cara mcm nk tegur ibu sy.. sy da msg dy msg ngn jantan lain.. sya kesian adik sy yg bngsu dduk ngn ibu sy slalu nmpk ap yg jadi.. bila ayah sy keja mesti ibu gayut telipon dlm bilik.. siap kunci pintu lagi.. sya sedih sgt ustaz..
    bantu lah sya.. saya ank perempuan sulong.. km 3bradik dan dua2 laki..

    ReplyDelete
  21. salam ustaz, saya buntu. saya mengharapkan respon dari ustaz. lama saya mencari seseorang untuk berbica maslah ini. org sekeliling tidak faham kerana maslah ini amat rumit dan sy tidak mahu mengaibkan keluarga sendiri. susah sgt untuk saya cerita tapi saya akan cuba. masalah ini bermula apabila ayah saya berkahwin lagi 1. dan sikap ibu semakin hari semakin teruk. kami tidak salahkan bapa kami kerana memilih untuk berkahwin lain walau mula hati kami adik beradik sangat sedih dan sering menyoal dalam hati mengapa ayah kami bertindak sedemikian. tapi, setelah berfikir dan mendengar penjelasan daripada ayah, kami redha. sejak dari kecil kami perhatikan sikap ibu yang tidak menunjukkan rasa hormatnya pada ayah. untuk pengetahuan ustaz, ayah saya bekerja jauh dari rumah dan pulang dal 2-3 dalam seminggu. mungkin kerana ini, ibu bersikap kurang mempedulikan ayah.ibu jarang sekali memasak untuk anak2 dan suami. kami sedih jika org lain mengatakan makanan kegemaran mereka adalah masakan ibu, kerana kami tak tau masakan ibu kami bagaimana. ibu kami tidak mesra dgn anak2 dan oleh kerana itu, kami adik beradik semakin jauh dgn ibu. ibu juga selalu marahkan kami sedangkan kami tak tau ape slah yg kami lakukan atau kesalahan itu tidaklah terlalu besar sehingga patut dimarahi sedemikian. sedih sangat. kami yg sudah dewasa ini boleh terima lagi, tetapi sangat kesian pada adik2 yg menjadi mangsa marahnya. perkataan yg keluar dari mulut ibu sering menyakiti hati org sekeliling. kesihan pada pengasuh kami yg telah menjaga kami sejak saya lahir (kini 21thn). die sering menjadi korban dgn kata2 marah dari ibu kami. itu salah, ini salah. semua tak betul. malah kami lebih rapat dgn pengasuh kami.die lebih memahami perasaan dan hati kami. kami tidak dapat kasih sayng seorang ibu, tapi pengasuh kami telah memberi kasih sayangnya kepada kami. ibu memegang jawatan yg agak tinggi dan pendidikan yg lebih tinggi dari ayah. mungkin itu punca nya, atau ibu dibesarkan dalam keadaan org sekeliling bersikap kasar yg mungkin juga menjadikan ibu bersukap kasar pada anak2 dan ayah. ~bersambung~

    ReplyDelete
  22. salam ustaz, saya buntu. saya mengharapkan respon dari ustaz. lama saya mencari seseorang untuk berbica maslah ini. org sekeliling tidak faham kerana maslah ini amat rumit dan sy tidak mahu mengaibkan keluarga sendiri. susah sgt untuk saya cerita tapi saya akan cuba. masalah ini bermula apabila ayah saya berkahwin lagi 1. dan sikap ibu semakin hari semakin teruk. kami tidak salahkan bapa kami kerana memilih untuk berkahwin lain walau mula hati kami adik beradik sangat sedih dan sering menyoal dalam hati mengapa ayah kami bertindak sedemikian. tapi, setelah berfikir dan mendengar penjelasan daripada ayah, kami redha. sejak dari kecil kami perhatikan sikap ibu yang tidak menunjukkan rasa hormatnya pada ayah. untuk pengetahuan ustaz, ayah saya bekerja jauh dari rumah dan pulang dal 2-3 dalam seminggu. mungkin kerana ini, ibu bersikap kurang mempedulikan ayah.ibu jarang sekali memasak untuk anak2 dan suami. kami sedih jika org lain mengatakan makanan kegemaran mereka adalah masakan ibu, kerana kami tak tau masakan ibu kami bagaimana. ibu kami tidak mesra dgn anak2 dan oleh kerana itu, kami adik beradik semakin jauh dgn ibu. ibu juga selalu marahkan kami sedangkan kami tak tau ape slah yg kami lakukan atau kesalahan itu tidaklah terlalu besar sehingga patut dimarahi sedemikian. sedih sangat. kami yg sudah dewasa ini boleh terima lagi, tetapi sangat kesian pada adik2 yg menjadi mangsa marahnya. perkataan yg keluar dari mulut ibu sering menyakiti hati org sekeliling. kesihan pada pengasuh kami yg telah menjaga kami sejak saya lahir (kini 21thn). die sering menjadi korban dgn kata2 marah dari ibu kami. itu salah, ini salah. semua tak betul. malah kami lebih rapat dgn pengasuh kami.die lebih memahami perasaan dan hati kami. kami tidak dapat kasih sayng seorang ibu, tapi pengasuh kami telah memberi kasih sayangnya kepada kami. ibu memegang jawatan yg agak tinggi dan pendidikan yg lebih tinggi dari ayah. mungkin itu punca nya, atau ibu dibesarkan dalam keadaan org sekeliling bersikap kasar yg mungkin juga menjadikan ibu bersukap kasar pada anak2 dan ayah. ~bersambung~

    ReplyDelete
  23. ~sambungan~ sikap ibu yang sering mengungkit menyebabkan kami rasa adakah ikhlas apa yg ibu buat seblm ini.keadaan bertambah rumit apabila baru2 ini ayah menunaikan umrah bersama isteri ke2. saya dan kakak telah menghantar ayah ke airport kerna amat kesihankan ayah dan tak nak menyusahkan org lain. tak ingin org berkata anak ada tapi tak boleh harap. apabila ibu dapat tau yg kami menghantar ayah, ibu kerap menalifon kami sambil menjerit2, marah, tuduh yg bukan2..kami sudah tak tahan mendengan dan saya mengambil tindakan untuk tidak mengangkat panggilannya. lebih baik begitu daripada pergaduhan tercetus apabila penggilan dijawab. sejak kes ini berlaku, saya adik beradik boleh dikatakan setiap hari mendapat byk sms dari ibu. bukan untuk bertanya khabar tapi melemparkan kata2 kasar seperti anak biadap, kurang ajar, dll, kami memang tidak faham dgn perangai ibu. ibu juga selau sms ayah dgn kata2 kesat. yang pada kami tidak patut seorang isteri bertindak demikian. ayah saya sgt baik, lembut dan penyabar. kalau lah lelaki lain, mungkin dah lama tinggalkan isterinya. ibu sya sering memburukkan ayah saya pada adik beradiknya, juga pada kami. sedangkan kami kenal ayah kami. susah nak terangkan. hanya kami yang tinggal sebumbung dengannya tahu keaadan sebenar. mungkin org luar akan tetap menyalahkan lelaki dalam hal ini, tapi kami tahu yg ayah kami bukan org seperti itu. tolong kami ustaz. kami pernah meneman ibu berjumpa org pandai berubat, dan ibu meminta org berkenaan membuatkan hingga ayah menceraikan isteri keduanya,,tapi akhirnya org itu tidak dapat berbuat demikian dan menasihatkan ibu agar redha tapi ibu tidak mendengar malah mengatakan die tak ade ditempatnya. ibu membawa kami lagi menemannya berjumpa seorang tok bomoh yg kononnya boleh melakukan permintaan ibu, tapi setelah sampai di rumah nya sya dan kakak bertegas menghalang perbuatan itu setelah melihat keadaan rumah itu. seterusnya ibu tidak membawa kami lagi, malah meminta pertolongan adik beradiknya berjumpa pengamal perubatan islam yg agak terkenal dan pengamal perubatan itu juga tidak dapat melakukan itu memandangkan perkara tersebut dihalang dalam islam. kata ibu kepada adik beradiknya bahwa kami tak boleh diharap dan tidak memberi sokongan kepadanay. tidakkah ibu saya nampak bahawa Allah melarang perbuatan itu. apabila kami memberitahu, ibu marah kami dgn teruk dan mengatakan 'jangan tunjuk warak' dan sebagai nya..sekarang segala perbuatan ibu jelas lari dari akidahnya. ibu tak pernah tinggalkan solat, mengaji, solat sunat. tapi hanya Allah yang tahu niat hatinya. apabila mengaji, handphone di sebelah sambil sms ayah dan kami dgn kata2 kasarnya dan ugutan. ibu juga tidak hormat pada keluarga belah ayah, malah ibu bapa mertuanya. arwah nenek saya pernah terasa hati aats perbuatannya. ibu juga pernah menghantar sms kepada saya dan kakak dgn mengartakan dia tidak halalkan kami menghantar ayah ke airport. sedih hati kerana kami tidak rasa perbuatan kami ini berdosa. byk lagi yg ingin diceritakan tapi biarlah setakat ini saja. ustaz, tolong kami, adakah perbuatan kami ini berdosa dan bagaimana melembutkan hati ibu supaya dia redha atas semua ujian ini.. terima kasih, salam.

    ReplyDelete
  24. ustaz, blog ni masih aktif ker tidak? kenapa ustaz tk bls prtanyaan semua mereka di atas?

    ReplyDelete
  25. rasenye dah tak aktif. kesian pada yang bersungguh-sungguh meluahkan perasaan tu.

    ReplyDelete
  26. Ustaz pun pening..panjang sgt nk baca. Ada masalah tu x perlu komen sbb dh ada jwpnnya kt atas

    ReplyDelete
  27. Aslmualaikum ustaz,
    sy nk tanya,sy dh banyak kali nasihatkn mak,adik n akak sy supaya tutup aurat n solat, tapi dia owg x nk buat malah meraka marah sy kerana suka nasihatkan dia owg. adakah sy tergolong dlm 4 golongan yg akan di tarik ke neraka oleh perempuan jika adik n akak sy masih melakukan perbuatan tersebut.

    ReplyDelete
  28. Mak saya selalu menyumpah saya "kau anak derhaka" and even cakap "kau bukan anak aku. Anak tak guna" time dia marah. I thought she would understands me tapi sebaliknya dia laknat saya. Saya x kuranh ajar pon kat dia. Tapi dia selalu menyumpah saya. Saya dah x tahan. Dulu sya sexy n social. Skrg dh btudung. Nanti x pasal2 sya berubah mcm tu balik. Saya benci kalau mak saya menyumpah sebab sumpah itu doa.

    Saya x tahu macam mana nak discuss ngan mak sebab dia ego. Asyik dia jer yg betul and dia x pernah nak paham saya n xpernah nak dengar luahan hati saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Ibu sya pun trkadang begitu, kadang kita rasa luluh klau orang tua sendiri yang berkata seperti itu. Tapi saya x ambil kisah pun. Sebab sya tahu kadang orang tua marah dengan mereka punya cara/gaya masing2. Ada yang main maki..ada plak yg main lempar plak, yg bagusnya ada yg main setakat nasehat. Sya sedar mereka marah sebab kita juga yang buat hal, sebab ada perkara yang x kena. Tapi law saya pikir2 lagi.. sejuta kali ibu saya memaki ataupun menyumpah saya, x boleh lawan dengan kasih sayang yg dia berikan kepada saya selama ini dan hingga kini. Memang kami berlainan iman, tapi Alhamdulillah.. hingga kini Alloh tetap menyatukan kami dalam kasih sayangNya.

      Delete
  29. assalam ustaz,bagaimana untuk menegur bapa yang selalu menghabis kan masa bermain games poker di facebook ? itu hanya lah kerja yang sia2 ..

    ReplyDelete
  30. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete
  31. salam ustaz,

    saya dtg dari keluarga yg tidak menitik berat ttg agama. parents saya cuma hantar saya ke sekolah agama dan mengaji saje. Takde sorang pon dari keluarga saya yang solat. puasa pon x lengkap. Alhamdulillah saya sedar awal semenjak saya tinggal dgn mak cik saya. masalah saya ialah saya risau akan keluarga saya especially parents saya. tiap2 malam mereka habiskan masa dgn karaoke dan hiburan. sekarang ayah saya tidak ade sebelah kaki akibat diabetes. die ade byk penyakit tp die ttp x sedar. malam hari karaoke dan die sgt menitik berat barangan branded dan mewah. sy x beberapa minat ape yg keluarga saya suke. pendek kate saya totally lain dari pendapat mereka. saya risau sbb sekarang umur ayah saya dah 57 tapi masih tak sedar. mak saya pulak, selagi ayah saya x solat die xkan solat. saya pernah marah sekali tp ayah sy kate saya kurang ajar. saya sgt dilemma dan risaukan mereka. saya x tau bagaimana nak membantu mereka. boleh ke ustaz bagi idea?

    ReplyDelete
  32. ass

    pak ustad saya ingin menanyakan, bagaimana menyikapi ibu yang sangat otoriter, dan egois,. setiap saya memberikan pendapat saya ,. ibu sya menialainya selalu slah,. jadi saya diam atw bicara di mata ibu sya selalu salah,.
    saya harus bagaimana

    ReplyDelete
  33. salam..ustaz ..saya ada soalan untuk ditanyakan..ibu saya selalu menyumpah saya dengan perkataan perkataan yang tidak boleh saya nyatakan disini sejak dari saya kecil..ayah saya telah meninggalkan dan lari akibat suka berjudi berhutang along...jadi selepas tamat spm saya tidak menyambung pelajaran saya oleh kerana ibu saya tidak membenarkan dan hanya kalut dengan duit..
    ibu saya bekerja dan gaji sekitar rm800..saya ada memberi duit juga bulanan pada ibu..tapii dia sering memaki hamun saya dan menyumpah malah membandingkan saya dengan anak org lain dan mengatakan saya anak derhaka,hidup saya tak akan selamat..bukannya saya ingin berkira dengan ibu tetapi saya harus bajet utk menampung bil dan lain lain..adakah saya tergolong dalam kategori anak derhaka?apakah yg harus saya lakukan..dari dahulu dia sering menyumpah saya dan kakak kakak saya sehinggalah saya kadang kadang tidak mahu bercakap langsung oleh kerana xmahu ibu memulakan topik duit dan menyumpah saya lagi dengan kata kata anak haram,sial dan derhaka...mohon pandangan dari smua..saya tahu saya tidak mampu memberikan duit sebanyak yg dimahukan tapi sekurang kurangnya selalu saya berdoa kepada Allah agar satu hari nanti Allah akan buat ibu mengerti..sehingga kini saya belum berkahwin dan berumur 26 tahun seorang perempuan..malahan kakak pertama saya sering menokok tambah seolah menghasut ibu saya berkenaan duit saya...:'( mohon pencerahan

    ReplyDelete
  34. Jika seseorang ibu menderhaka kepada ibunya..lepastu anaknya marah kepadanya..adakah anak ini menjadi anak derhaka?

    ReplyDelete
  35. salam..ustaz ni hidup lagi ke tak? bagilah respon pada yang bertanya..

    ReplyDelete
  36. salam ustaz . saya nak bertanya apakah hukumnya jika anaknya ingin menyambung pelajaran di peringkat tinggi tetapi ibu bapa tidak mahu menanggung anaknya dan berdosakah ibu bapa itu ? padahal anaknya ingin membanggakan ibu bapanya tetapi ibu bapanya tidak mahu menanggungnya

    ReplyDelete
  37. Salam ustaz. Bagaimana cara yang betul untuk menyuruh ibu mertua saya agar bersolat. Beliau sudah berusia lebih 75 tahun dan masih sihat walafiat tapi tidak bersolat. Apabila masuk waktu dan kami anak beranak bersolat, dia buat tidak endah sahaja walaupun diajak solat bersama. Terus terang saya risau dan buntu bila memikirkan orang yang tidak takut pada Allah dan tidak bersolat walau usia telah begitu lanjut. Kedua ibubapa saya merupakan orang yang bersolat walaupun sewaktu sakit tenat dan tidak mampu untuk bangun. Harap dapat bantuan dan nasihat ustaz kerana saya hanya menantu perempuannya sahaja. Wasalam

    ReplyDelete
  38. Salam Ustaz, ayah saya selalu memaki hamun adik2 saya. Walaupun adik-adik saya membuat kebaikan tapi dipandangan matanya tetap buruk. Dari zaman persekolahan lagi, dia memang tidak mengambil tahu tentang adik2 saya. Segala masalah berkaitan adik2 dia humbankan atas kepala saya. Ibu saya cuba untuk menegurnya tetapi ibu saya pulak yang dimarahinya. Sehingga ibu saya juga turut tertekan. Die pernah sakit tenat dan selalu diurusi oleh ibu dan kami adik beradik. Apabila dia sihat dia beranggapan adik2 bantu dia kerana perlukan sesuatu darinya. Kami sekeluarga sangat terbeban dengan sikap ayah. Mohon nasihat ustaz.

    ReplyDelete
  39. Assalammualaikum .. ustaz ? saya buntu ustaz .. ibu sayaa suka melayan lelaki warga bangladesh .. setiap hari dia akan menelifon lelaki tersebut ..Setiap hari juga dia akan ke pekan untuk berjumpa dengan lelaki tersebut.. Sudah berulang kali saya menasihati mak saya .. TAPI tak berhasil ustaz .. Malahan mak akan memarahi saya balikk ..Mak saya memberitahu saya yang dia hanya berkawan dengan lelaki tersebut .. Tapi tak logik lah kalau setiap hari call and jumpa kalau dia anggap lelaki itu sebagai kawan .. Perkara niy dah lama berlaku ustaz .. saya tak tahan ustaz .. saya cukup kasihan pada ayah saya .. dia terpaksa mengikut semua kehendak mak saya .. Sekiranya ayah saya tidak menunaikan permintaan mak saya .. Mak saya akan mengamukk .. Dia akan membaling semua barang didalam bilikk .. Tak cukup dengan itu , dia akan membaling semua barang kaca di dalam almari ..Itu yang berlaku pada malam ini ustaz..Mak saya mahu kekedai mamak di pekan .. Ayah melarang dan berkata yg dirinya penat dan tidak mahu pergi ..Then mak saya mula naik berang ..Habis baju ayah dilemparkan keluar bilik ..Dan selepas itu mak saya terus ke pekan seorang diri dengan menaiki motosikal .. Lebih sejam mak saya keluar barulah dia pulang .. Mak hanya duduk diluar dan tidakk masuk .. setelah beberapa minit kemudian mak ke pekan semulaa .. pada waktu itu jam sudahpun pukul 11 .. Ustaz .. Bantu saya ustaz .. Saya mulaa tak tahan dengan semua niy .. WASSALAM

    ReplyDelete
  40. salam..terlalu byk persoalan dan luahan masalah.sy rasa ustaz sudah buat yg termmpu.nk layan semua persoalan mmg xsempat rasanya. minta sahabat2 semua bacalah nasihat yg ustaz tulis diatas. fahamilah nasihat tersebut dan cuba aplikasikan. selebihnya kita berdoalah kepada Allah mohon dilembutkan hati diberi hidayah utk ibu bapa yg bermasalah. doa biarlah menjadi rutin harian begitu juga dgn solat hajat. janganlah doa kadang2 je.mohonlah sepenuh hati seikhlasnya pd Allah.. seburuk mana pun ibu bapa kita tidak jadi alasan utk kita pun jadi derhaka pd mereka. bagi yg mmpunyai ibu bapa yg bermasalah memang pahit, menyampah dan membencikan asyik kita sbg ank yg kena mengalah sedangkan kita x salah. tapi terimalah hakikat ibu dan bapa tetap org yg perlu disanjung tinggi dlm islam. bkn bermakna xblh ditegur tp biarlah berhemah. apapun sabarlah wahai sahabat2 yg punya ibu bapa yg bermasalah ni.teruskan berdoa insyaallah. ingatan utk saya yg juga mmpunyai ibu yg sgt keras hati, xnk terima teguran ank, berkata2 kesat yg meluluhkn hati. saya pun akn terus berdoa moga Allah lembutkn hatinya dan berikan hidayah pd nya. sesungguhnya sakit melahirkan tu xde tolok bandingnya..

    ReplyDelete
  41. Salam ustaz .sy ade seorg mak .dia selalu surh sy buad kerja rumah .tp bila sy nak mntk apa yg sy nak .sy takpernah dpt. Akak sy yg pemalas pun selalu dpt henset,kamera ,laptop ,baju mcm2 lg. Sy sehelai baju pun mak sy takbelikan .bila sy bersuara menyatakan hak sy .sy dituduh sbg anak derhaka .sy pun ingin hidup mcm org lain .die kata sy asyik menyusahkan die .kalau sy mntk duit ,die bg .tp msty die ckp "tu pun mujur aku nak bg".sy tak guna duit tu .sy anggp mak sy tak ikhlas .sy sedih sngt. Sy takde tmpt mngadu .adik beradik sy semua nya dah sde kehidupan masing2 . Sy dilayan terul tiap2 hari mcm bibik tal berupah.ade ke istilah ibu derhaka ustaz ??apa yh perlu sy lakukan ?sy buntu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG