PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, May 17, 2010

Cinta Kerana Allah


Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah SWT.

Keutamaan Cinta Kepada Orang Beriman

Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”

Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :

“Demi Allah, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Tidak sempurna keimanan kamu sehingga kamu saling mencintai. Adakah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu!” (HR. Muslim).

Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW, “Tidak sempurna keimanan kamu sehingga kamu saling mencintai”. Hadis ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.

Hadis dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda :

“Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata.” (HR. Bukhari).

Hadis dari Abu Dzar yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Hibban, ia berkata :

“Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada seseorang yang mencintai suatu kaum tapi tidak mampu beramal seperti mereka? Rasulullah SAW bersabda, “Engkau wahai Abu Dzar, akan bersama siapa sahaja yang engkau cintai.” Abu Dzar berkata; maka aku berkata, “Sungguh, aku mencintai Allah dan RasulNya.” Abu Dzar mengulanginya sebanyak satu atau dua kali.”

Hadis Muadz bin Anas Al-Jahni bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” (HR. Al-Hakim).

Manifestasi Cinta kerana Allah

  1. Disunahkan orang yang mencintai saudaranya kerana Allah untuk memberitahukan cintanya kepada orang yang dicintainya. Abu Dawud dan At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : “Jika seseorang mencintai saudaranya kerana Allah, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.”

  2. Disunahkan mendoakan saudara yang dicintainya ketika tidak bersamanya. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : “Barang siapa yang mendoakan saudaranya pada saat ia tidak bersamanya, maka malaikat yang diamanahkan untuk menjaga dan mengawasinya berkata, “Semoga Allah mengabulkan; dan bagimu semoga mendapat yang semisalnya.” (HR. Muslim).

  3. Disunahkan meminta doa dari saudaranya. Abu Dawud dan Tirmidzi meriwayatkan bahawa Umar bin Khatab berkata: Aku meminta izin kepada Nabi SAW untuk umrah, kemudian beliau memberikan izin kepadaku dan bersabda : “Wahai saudaraku, engkau jangan melupakan kami dalam doamu.”

  4. Disunahkan mengunjungi orang yang dicintai, duduk bersamanya, saling menjalin persaudaraan, dan saling memberi kerana Allah, setelah mencintaiNya. Imam Muslim telah meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di kota lain. Kemudian Allah memerintahkan Malaikat untuk mengikutinya. Ketika malaikat sampai kepadanya, ia berkata, “Engkau hendak ke mana?” Orang itu berkata, “Aku akan mengunjungi saudaraku di kota ini.” Malaikat berkata, “Apakah ada hartamu yang dikelola olehnya?” Ia berkata, “Tidak ada, hanya saja aku mencintainya kerana Allah.” Malaikat itu berkata, “Sesunggunya aku adalah utusan Allah kepadamu. Aku diperintahkan untuk mengatakan bahawa Allah sungguh telah mencintaimu sebagaimana engkau telah mencintai saudaramu itu kerana Allah.”

  5. Senantiasa berusaha membantu memenuhi keperluan saudaranya dan bersungguh-sungguh menghilangkan kesusahannya. Hal ini berdasarkan hadis Mutafaq 'alaih dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda : “Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan membiarkannya binasa. Barangsiapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi perluannya. Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu kesusahannya kelak di Hari Kiamat. Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di Hari Kiamat.”

  6. Disunahkan menemui orang yang dicintai dengan menampakkan (menzahirkan) perkara yang disukainya untuk menggembirakannya. Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitab As-Shagir, Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang menemui saudaranya yang muslim dengan menampakkan perkara yang disukainya kerana ingin membahagiakannya, maka Allah akan memberikan kebahagiaan kepadanya di Hari Kiamat.”

  7. Disunahkan seorang muslim menemui saudaranya dengan wajah yang berseri-seri. Diriwayatkan dari Abu Dzar, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda : “Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun, walau sekadar bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri-seri.” (HR. Muslim).

  8. Disunahkan seorang muslim memberikan hadiah kepada saudaranya, berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda : “Kamu harus saling memberi hadiah, maka kamu akan saling mencintai.” (HR. Bukhari)

  9. Disunahkan menerima hadiah yang diberi saudaranya dan membalasnya. Dasarnya adalah hadis daripada Aisyah riwayat Bukhari, ia berkata : “Rasulullah SAW pernah menerima hadiah dan membalasnya.” Termasuk memberikan balasan hadiah yang setimpal adalah jika seorang muslim mengatakan kepada saudaranya, “Jazakallah Khairan”, ertinya semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. Tirmidzi meriwayatkan dari Usamah bin Zaid, bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa diberi kebaikan kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, “Jazakallah Khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh dia telah memberikan pujian yang sangat baik.”

  10. Harus berterima kasih kepada orang yang telah memberikan kebaikan kepadanya. Diriwayatkan dari Nu’man bin Basyir, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit, maka ia tidak akan dapat mensyukuri nikmat yang banyak. Barangsiapa yang tidak dapat bersyukur kepada orang, maka ia tidak akan dapat bersyukur kepada Allah. Membicarakan nikmat Allah adalah sama dengan bersyukur. Dan tidak membicarakan kenikmatan bererti mengingkari nikmat. Berjemaah adalah rahmat, bercerai berai adalah azab.”

  11. Disunahkan membela saudaranya untuk mendapatkan kemanfaatan dari suatu kebaikan atau untuk memberikan kemudahan dari suatu kesulitan. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW jika didatangi peminta-minta (pengemis), maka baginda suka berkata : “Belalah dia, maka kamu akan diberikan pahala. Dan Allah akan memutuskan dengan lisan nabiNya tentang perkara yang ia kehendaki.” (HR. Bukhari)

  12. Wajib memberi kemaafan terhadap saudaranya. Diriwayatkan Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang mengajukan permintaan maaf kepada saudaranya dengan suatu alasan tapi ia tidak menerimanya, maka ia akan mendapat kesalahan seperti kesalahan pemungut pajak.”

  13. Wajib menjaga rahsia seorang muslim. Diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi dari Jabir, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Jika seseorang berkata kepada orang lain dengan suatu perkataan kemudian ia menoleh (melihat sekelilingnya), maka pembicaraan itu adalah amanah”.

  14. Wajib memberi nasihat. Imam Muslim telah mentakhrij dari Abu Hurairah ra., ia berkata; sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Hak muslim ke atas muslim yang lain ada enam. Dikatakan, “Apa yang enam itu, Ya Rasulallah?” Rasul SAW bersabda, “Apabila engkau bertemu dengan saudara muslim yang lain, maka ucapkanlah salam kepadanya; Apabila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya; Apabila ia meminta nasihat kepadamu, maka berikanlah nasihat kepadanya; Apabila ia bersin dan mengucapkan al hamdu lillah, maka ucapkanlah yarhamukallah; Apabila ia sakit maka ziarahlah; Apabila ia meninggal dunia, maka hantarkanlah sampai ke kuburnya.”


Khatimah

Semoga dengan melaksanakan petunjuk Rasulullah SAW dalam mencintai seorang hamba keranaNya, kita dicintai Allah SWT sebagaimana hadis dari Umar bin Al-Khathab, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah mempunyai hamba-hamba yang bukan nabi dan bukan syuhada, tapi para nabi dan syuhada tertarik dengan kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, siapa mereka dan bagaimana amal mereka? Semoga saja kami dapat mencintai mereka.” Rasulullah SAW bersabda, “Mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai nikmat dan kurnia yang diberikan oleh Allah. Mereka tidak memiliki hubungan nasab dan tidak memiliki harta yang mereka kelola bersama. Demi Allah keberadaan mereka adalah cahaya dan mereka kelak akan ada di atas mimbar-mimbar dari cahaya. Mereka tidak berasa takut ketika banyak manusia berasa takut. Mereka tidak bersedih ketika banyak manusia bersedih.” Kemudian Rasulullah SAW membacakan firman Allah yang bermaksud :

“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (Yunus : 62)

Kiriman dari http://jebbat.blogspot.com

11 comments :

  1. salam alaik ,alhamdulillah3,perkongsian yang baik,blh sy kongsikan bersama sahabat2 di http://www.myspace.com/semngt_saudara,trm kasih ustaz,sebenarnya ramai remaja2 yang sangat dahagakan kasih dan syg,yang asalnya milik allah,tapi jadi sebaliknya,

    ReplyDelete
  2. Salam Ustaz, Saya amat tersentuh dengan perkataan Cinta Kerana Allah.. apatah lg bl memikirkan kita cuba melakukan tp tak mampu.. itu amat tersentuh hati sy. Hidup dan mati kita hanya untuk Allah. Amin.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ustaz, saya nak forwardkan artikel ni ke dalam email dan blog sy boleh? sy amik ye, jazakallahu khairan jaza'. bagus artikel ni..

    ReplyDelete
  4. salam,

    saya benarkan ambillah, sebarkan perkara yang baik dan mengajak umat ke arah kebaikan adalah perkara yang wajib. segala artikel yang ada ambillah saya benarkan dan permohonan saya diharapkan masukkan rujukkan asalnya sebagai tanda penghargaan.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ustaz,
    saya pernah menyintai seorang wanita..dan ternyata hubungan kami lebih ke arah maksiat. Saya bgtahu dia yg saya nak berubah..saya ingin utamakan cinta Ilahi. Keputusan saya telah menyababkan dia bersedih kerana saya tidak lagi mengambil berat tentang dia.

    adakah saya berdosa kerana membuatnya sedih?
    apa yg perlu saya lakukan ustaz

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Dalam Islam tiada istilah bercinta sebelum kawin, Hubungan percintaan lahir selepas berkahwin. Biar dia bersedih atas kebaikkan tidak mengapa dan jangan rasa bersalah. Itu tindakan yang baik dan jika mahu benar2 hantar rombongan peminangan dan terus berkahwin. Anda perlu memberikan penerangan kenapa anda berkeputusan sebegitu sebagai memberikan pemahaman kepada teman wanita awak.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. alhamdulilah.. sye suke bce khatimah cinta ni.. best sgat.. sye nak jadikan cinta sye sbg syurga cinta,,insyallah.. sye nak sangat berubah.. sye mengenali seorg insan bernama shazwan.. tapi dlm mse yng sme sye ade ahmd fitry... sye taktau nak wat kptusan..kuarge sye memilh mohd shzwan..tapi dgn fitry sye dri f2 cople ngan dye.. mcm2 dugaan.. umo dye 9 tahun beza.. tapi sye takut nak beritahu ttg cnta sye &wan.. sye takut lpas sye lpas kan fit wan lupekan n kcewa kan sye.. wan dier dlu players.. tp 14sept dye telah tekad utk berubah slpas mgnali sye.. dlm mse yng sme sye dapat taw yng dier telah bezina dgn ex gf diee dlu...sye ckp ngn die sye cinta kan die krana allah.. sbb niat sye nak ubah dri die .. sye harap dier berubah... tu yang sye mahukan..tpi sye tak tau nak slesai kan masalh sye,wan, n fit..mcm mne sye nak beritahu fitri..sye tak nak dye smakin berharap&menuggu sye...umor dye telah 28 skrang.. tapi kuarge dah wat plihan tuk sye... sye terikat ..! mcm ner ustaz?

    ReplyDelete
  9. Insan yang mncari sinar Allah,

    Salam ustaz, sy sgt bertuah kerana dpt membaca artikel ustaz ini. sgt bagus artikel ni.
    Sy ada soalan yg ingin sy tanyakn kpd ustaz, dlu sy pernah bercinta dgn seorg lelaki yg sy syg dan kami tiada masalah,malah dia telahpun brjumpa keluarga sy krana niat dia btul-btul mahu mengisterikan sy (insyaAllah)cuma kami masih lg belajar dan itu yg membuatkn kami tdak dpt utk berkahwin awl, tapi sjak beberapa bulan ni sy telah putus dgnnya krana hati sy sudah mulai sdar dan bleh menerima tentang haramnya bercouple. Disebabkan itu sy telah buat keputusan utk putus dgnnya walaupun hati sy sygkn dia dan dia menerima dgn baik serta sanggup menunggu saat yg tepat utk melamar sy secara sah. Ustaz, haramkah sy mempunyai perasaan syg ini terhadap dia walaupun hanya di hati sy??

    ReplyDelete
  10. salam. di saat sy melakarkan kata2 ini sy masih bersedih atas kehilanga seorang insan yang sy sayangi dan cintai kerana Allah s.w.t. kerana dia, sy mendekatkan diri saya dengan Allah s.w.t. kerana dia sya berasa malu utk meninggalkan solat, kerana dia juga saya malu untuk mendedahkan aurat, dan kerana dia juga saya menjaga tutur kata saya.. kerana Allah s.w.t. tetapi sy saya terpaksa melupakan dia kerana dia dan saya telahpun berumahtangga.. sy taknak diselubungi dosa atas perasaan cinta ini.. dan kerana cinta ini juga membuat saya keliru..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum ustaz..terlebih dahulu saya berharap sangat jika ustaz dapat memberi respon terhadap post ini. saya seorang pemuda yang belajar di universiti tempatan dan berusia 21 tahun. saya mempunyai seorang yang saya anggap kekasih berusia 17 tahun. saya benar2 ingin menjadikan dia seorang isteri dan saya tak menganggap hubungan kami sekadar suka untuk melepas kesunyian. dan berikutan itu, saya sering sahaja menasihati dirinya agar menjaga aurat, menjaga solat dan hormat ibu bapa. hampir setiap hari saya akan telefon dia dan tanyakan aktiviti dia sepanjang hari. pada masa yang sama juga saya kerap bertanyakan tentang pakaian yang dipakainya hanya kerana ingin tahu samada dia menutup aurat ataupun tidak. Saya menjadi semakin buntu kerana saya merasakan nasihat saya, teguran saya hampir setiap hari itu menjadi satu kongkong buat dirinya. saya faham dirinya yang masih remaja, tapi saya melarangnya setiap kali kerana saya merasa rugi jika berkahwin dengan orang yang tidak menjaga aurat. saya boleh saja tinggalkan dirinya tetapi saya tidak sanggup untuk melukakan hatinya. rakan2nya sering memberitahu dia untuk memutuskan hubungan kami kerana pada pendapat mereka saya telampau mengongkong dirinya. apabila saya bertanyakan adakah dia rasa terkongkong dengan saya, jawapannya tidak. saya harap ustaz dapat beritahu saya adakah tindakan saya ini betul atau keterlaluan. untuk pengetahuan ustaz, kami jarang sekali berjumpa kerana saya menuntut di universiti dan hanya cuti semester sahaja yang membolehkan saya berjumpanya itupun bersama keluarganya. tlong saya ustaz. saya harap saya tak menyusahkan ustaz. saya berharap dia pham tindakan saya semua ini kerana saya sayangkan dia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG