PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Friday, May 7, 2010

Hukum Menonton di Panggung Wayang


Soalan : Adakah dibenarkan untuk kita pergi menonton di panggung wayang dan menonton filem-filem biasa yang ditayangkan? Adakah dibenarkan untuk kita menonton filem-filem lucah walaupun hanya sekadar gambar dan bukan tubuh badan yang sebenar? Apakah tanggungjawab kita terhadap muslim yang menonton filem-filem seperti ini, adakah kita mencegah dan melarangnya ataupun membiarkan mereka menonton apa yang mereka mahu?

Jawapan : Adalah dibenarkan untuk kita pergi ke panggung dan menonton filem-filem yang bermanafaat (seperti dokumentari) dengan syarat barisan antara penonton perempuan di dalam dewan hendaklah diasingkan dari penonton lelaki. Keadaan ini samalah seperti kita menghadiri seminar. Ia dibenarkan dengan syarat hendaklah ada pengasingan antara penonton lelaki dan perempuan.

Namun begitu, meskipun di bolehkan menonton wayang dengan syarat yang dinyatakan di atas, adalah lebih baik sekiranya dielakkan, supaya mata tidak terlihat aurat wanita yang hadir menonton dan juga telinga tidak akan mendengar suara-suara yang tidak enak dari para penonton didalam panggung wayang itu.

Manakala menonton filem-filem yang berunsur lucah atau filem seksi adalah diharamkan sama sekali, walaupun sekadar gambar-gambar dan bukan susuk tubuh badan yang sebenar kerana kaedah syarak dalam hal ini ialah “sesuatu perkara yang menjurus kepada keharaman, maka hukumnya adalah haram” Ini bermaksud, apa sahaja perkara yang walaupun belum benar-benar pasti menjurus kepada keharaman, tetapi mempunyai kebarangkalian boleh membawa kepada keharaman, juga sudah mencukupi untuk dinyatakan sebagai haram hukumnya.

Secara umumnya, kebanyakkan filem-filem sebegini akan menjerumuskan si penontonnya kepada perbuatan yang mengandungi unsur-unsur haram jadi kaeadah syarak ini terkena pada semua filem seksi, filem berunsur seks dan filem lucah. Maka dengan sebab itu, adalah diharamkan untuk menonton, mahupun membeli filem-filem sebegini.

Merujuk kepada persoalan bagaimanakah caranya syabab berhadapan dengan kaum muslimin yang menonton filem sebegini, seperti yang diketahui, sebahagian daripada mereka yang menonton filem seperti ini adalah orang yang rendah pemikirannya yang tidak menurut perintah dan larangan Allah kecuali orang-orang yang mempunyai belas kasihan Allah.

Namun sekiranya syabab mempunyai kaedah pencegahan yang rasional biarkan mereka menggunakannya. Mungkin orang yang mengajukan soalan ini, maksudkan perkara ini berlaku dikalangan kaum keluarganya dan dia merasa sedih dengan perbuatan mereka maka seharusnya dia membimbing mereka untuk menjauhi perbuatan ini. Didalam kes ini hendaklah dia melarang mereka dengan kaedah yang benar dan berharap Allah akan membimbing mereka ke jalan yang benar dan InsyaAllah dia akan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT kelak.

Kiriman http://
jebbat.blogspot.com

17 comments :

  1. Saya sudah tidak lagi menjejakkan kaki ke dalam wayang kerana khuatir dengan dosa. Dahulunya saya amat jahil sekali tetapi sekarang saya tak nak lagi tengok wayang. Tidak tahu kenapa rasa tak sedap hati bila masuk ke panggung wayang.

    ReplyDelete
  2. saya blum prnh menemukn pnggung wyg yg mngasingkn tmpt duduk antra lelaki dn prmpuan.
    saya dlm dilema skng ini krn pensyarah mncdgkan kami menonton wyg sbg slh satu drpd tugasan.kwn2 tdk ada mslh ttg hal ini ttp pd saya ianya satu mslh krn saya khuatir akan turut mndpt dosa krn ke tmpt yg mgkin ada org mlakukan maksiat di dlmnya.
    Adakah diharuskan utk tujuan menuntut ilmu?

    ReplyDelete
  3. Kerajaan Negeri Kelantan sudah lama mengasingkan tempatduduk antara lelaki dan wanita.Negeri lain bila lagi agaknya?

    ReplyDelete
  4. skrg ni wayang kat malaysia mana ada asing2

    kalau kita nak jugak tengok dengan kita sendiri yg usahakan untuk jauh dari berlainan jentina ni, macam mana ya?

    ReplyDelete
  5. sy ngan suami suka pi tgk wayang, tapi utk cerita yg yg kami minat je, cerita yg ada adventure, lawan2, perang ke, sekadar utk mengisi masa lapang, utk luangkan masa bersama. Dlm sebulan mahu sampai tiga kali tgk wayang, tgk keadaan jugak, kalau cerita tak best kat panggung tak lah pi. Tapi suami sy paling tak suka love story dah tu filem melayu, lagilah filem melayu skrang ni ntah apa2. Maaf ustaz, sy nak kongsi cerita je, tapi sy suka ngan apa yg ustaz katakan. Suka jugak jadi pemerhati gelagat org kite kat panggung.

    ReplyDelete
  6. salam ustaz,
    macam kalau pergi cinema, saya tak jumpa lagi la yg asing tempat duduk.. satu lagi, kalo kat KL, rasanya banyak yg iklankan arak sebelum wayang dimainkan.. so, kalo kita gi tengok cerita2 elok, katakanlah dalam keadaan duduk asing2, adakah boleh kita melihat dan dipertontonkan iklan arak tersebut?

    satu lagi, saya masih belajar di New Zealand dan akan menonton sebuah theater tak lama lagi yg dilakonkan wanita bukan Islam. boleh kah saya pergi? saya duduk agak jauh dari orang lain..

    wassalam

    ReplyDelete
  7. Salam, ada iklan arak, ini adalah perkara yang shubhah, perkara subhah lebih baik tinggalkan, kerana takut terlibat dengan perkara yang haram.

    Filem apa, kalau mendedahkan aurat adalah dosa dan melihat aurat orang juga dosa.

    ReplyDelete
  8. apakata kita suruh ust buka pawagan,pastu tempat duduk asing2, pastu cerita2.............ape eak

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Boleh awak bagi modallah, Tapi pawagam yang cerita yang berunsurkan kebaikan, agama, pelakun menutup aurat, filem yang mengajar manusia mengenali Allah dan seumpamanya. Benda yang shubhah lebih baik ditinggalkan, Itukan ada nas dari Nabi Muhammad saw.

    ReplyDelete
  10. Salam....
    Jika Saya Menonton Cerita berunsurkan agama lain....adakah dibenarkan....sebagai contoh...
    filem "Sister Act"

    ReplyDelete
  11. as salam,,,ustaz,sy ingin bertanya,apakah hukum menonton cerita yang sama di wayang??ustaz di sekolah saya mengatakan HARAM,,tapi apa pula pndangan ustaz???harap ustaz dpt terangkan...

    ReplyDelete
  12. Terima kasih untuk perkongsian ilmu diatas. Amin.

    ReplyDelete
  13. kenapa ustaz tak jumpa mana2 menteri supaya mengharamkan penayangan filem2 berunsur porno dan ganas..saya dah bosan mendengar ceramah-ceramah yg menyatakan itu boleh itu xboleh..tulis senang je tapi nak melaksanakan...? cara senang nak jawb sbb muslim itu xkuat imam..mudah terpengaruh kurang didikan agama..cakap kat anak, anak salahkan bapak..saya suka orang yang mengenal realiti kehidupan dimana dia bercakap berteraskan perbuatan..buat dulu baru bercakap..pandangan itu tabiat buruk orang melayu yang takpernah puas dengan apa yang ada depan mata. bercakap tentang isu2 begini memang tak habis tapi satu saja bolehkah kita umat islam kaum melayu melaksanakan apa yang kita fikir betul dan merujuk ke hadis2..ustaz tolong beri pandangan...maaf kalau ada silap tulis assalamualaikum.

    ReplyDelete
  14. pttla kelantan da xde panggung wayang..sy pn rs xsedap hati je bila masuk panggung wayang.insyaallah sy akn jauhkn diri memasuki tmpat camtu.takut plak mati kt ctu.thanx ustaz amin

    ReplyDelete
  15. Sya de 1 prtyaan. Ktakanla sya nk msk pwgm utk mnntn flm kmdi+rmntk brsma-sma kwn yg sma jns, adakah ia dianggap haram?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum...

    Sekarang ni kalau tak tengok wayang pun.. menonton di TV pun banyak cerita yg tak tutup aurat.. jalan jalan di shoping komplek dan tempat tempat umum pun boleh lihat aurat secara terbuka... mmm.. susah juga ni nak mengelak dari melihat aurat terbuka.. saya kadang kadang pergi juga tengok wayang dengan isteri untuk mencari hiburan.. kami biasanya tengok cerita sekadar utk berhibur bagi kami kami tidaklah terpengaruh dengan cerita sebab bagi kami itu cumalah hiburan dan lakonan semata mata :)

    ReplyDelete
  17. Saya pernah mendengar bahawa masuk ke panggung wayang ibarat sebelah kaki berada didalam neraka. Sejauh mana sahih penyataan ini saya kurang pasti. Tapi Alhamdulillah seumur hidup saya tak pernah jejak kaki dalam panggung wayang walaupun sudah diajak berkali2 ada saja halangan. Mungkin ada hikmahnya. Tengok wayang kat rumah, tutup lampu, duduk dgn family mcm sama ja.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG