PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Saturday, May 29, 2010

Kasut Crocs Ada Kalimah Allah


Assalamualaikum,

Now, ramai dah mula bercakap mengenai kasut crocs mempunyai kalimah Allah pada logonya. Saya harap ustaz dapat memeberi pandangan dalam hal ini. Boleh dikatakan ramai orang Malaysia pakai brand ini samada original mahupun yang tiruan.

Jawapannya

Umat Islam dari zaman Nabi Muhammad sehingga sekarang tidak sepi dari cubaan musuh Islam untuk menyesatkan akidah umat Islam. Berbagai cara, teknik dan metode mereka gunakan untuk jatuhkan akidah umat Islam. Dahulu mereka gunakan teknik kekerasan iaitu peperangan, pembunuhan dan penindasan untuk menyekat kebangkitan umat Islam. Tetapi teknik ini seringkali menghadapi jalan kegagalan dan kebuntuan musuh Islam. Sekarang mereka menggunakan kaedah baru iaitu dengan menggunakan psikologi, hiburan, budaya dan penindasan. Mereka masukkan siaran-siaran yang melalaikan seperti filem-filem keagamaan mereka, pelakon yang tidak menutup aurat, 18 sx dan sebagainya. Teknik baru yang digunakan oleh musuh Islam ini sangat berkesan sehingga dapat memecahkan beberapa fahaman umat Islam, di antaranya ialah seperti Islam librare, Islam sikular, Islam Moden, Islam Tradisional dan sebagainya. Apabila Islam telah berpecah mudah bagi mereka untuk menghancurkan Islam sepertimana yang telah berlaku kepada zaman kejatuhan pemerintahan Khalifah Uthmaniah Turkey. Sekarang umat Islam tidak terbela lagi sehingga darah daging umat Islam sama nilainya dengan ikan-ikan busuk di pasar malam dan pasar minggu.

Umat Islam sekarang menghadapai masalah sosial yang paling serius dan susah untuk diubati lagi, kecuali dengan undang-undang Islam. Sering kita dengari di dalam media masa, umat Islam paling ramai dengan sumbang mahram, seks bebas, buang anak, penyalah gunaan dadah, rempit, malas belajar dan sebagainya. Ini semua berlaku adalah dari agenda terancang musuh Islam dahulu, kini dan selamanya hingga kiamat.

Yang Terbaru, ialah penghinaan Kalimah Allah di kasut, tatu badan, rantai samseng, tali pinggang dan sebagainya. Ini semua merupakan penghinaan kepada agama Islam dan umat Islam. Selagi mana umat Islam tidak bersatu, maka selagi itulah musuh Islam berani untuk menghina Islam. Sebenarnya saya dah buat satu artikel berkaitan masalah ini, klik sini untuk membacanya.

Kembali kepada perbahasan asal artikel ini, masalah logo kepada kasut crocs yang hangat diperkatakan oleh orang sekarang ini. Setelah saya lihat logonya memang sangat serupa dengan kalimah Allah sama ada original atau tiruan. Pendapat saya, lebih baik elak dari membelinya dan elak dari memakainya, kerana kita dikira bersekonkol melaksanakan kerja jahat syarikat tersebut dalam menjatuhkan maruah Islam. Walaupun kita kuat sembahyang, tutup aurat, kuat sedekah dan berbagai ibadah yang lain kita buat, tetapi masih menggunakan kasut berlogo kalimah Allah, maka tiada gunanya ibadah kita selama ini, kecualilah kepada orang yang tidak tahu bahawa kasutnya ada kalimah Allah. Inilah yang disifatkan oleh Nabi Muhammad bahawa umatnya di akhir zaman diibaratkan seperti buih atau sampah di lautan, tiada tindakan yang boleh dibuat untuk membasmi masalah kasut logo kalimah Allah ini.

Saya percaya ada sebahagian umat Islam akan mengatakan bahawa
“inilah kerja ustaz dan orang agama itu tak boleh ini tak boleh semua haram”. Ada yang kata “alamak ustaz kasut nih sedap pakai dari kasut-kasut lain, kerana ia mudah dan senang, nak ambil air wuduk pun mudah nak pi jamban pun mudah”. Anda semua perlu ingat, Walau apa cara sekalipun hatta menggadaikan harta dan nyawa untuk mempertahankan Islam, maka wajib kita kena buat dan tiada terkecuali, kerana menjaga agama adalah kewajipan bagi umat Islam semua. Biarlah susah sikit untuk perkara dunia dan senang untuk perkara akhirat. Ganjaran sangat besar bagi orang yang sanggup mengorbankan dirinya untuk menagih cinta Ilahi. Kerja sebagai seorang Ustaz atau pendakwah ini sangat berat dan membetulkan salah orang, kalau bukan ustaz membetulkan salah orang siapa lagi. Adakah artis akan membetulkan salah masyarakat? Jelas ini memang kerja ustaz dan pendakwah, memang kena tegur kesalahan orang dan bukan menegur kesalahan binatang atau haiwan.

Saya seru kepada semua, jom kita boikot syarikat kasut tersebut dengan rasa sensetifnya terhadap penghinaan kalimah Allah tersebut. Inilah cara yang kita mampu buat dari yang lain dan kita sama-sama doakan agar kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap syarikat-syarikat yang meletakkan kalimah Allah kasut dan sebagainya. Sebagai tanggungjawab Islam, maka wajiblah kita menyampaikan perkara kebaikan kepada saudara-saudara sesama Islam mengenai masalah ini. Saya akan buat aduan JAKIM tentang masalah kasut yang menggunakan kalimah Allah ini, sebagai rasa bertanggungjawab.

75 comments :

  1. salam ustaz..

    tetapi kalimah itu muncul bila kita tambah sesuatu,sebagaimana bila kita buang ekor 't' akan jadi salib

    adakah ia kebetulan?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya, saya memakai kanta lekap semasa solat dan berpuasa kerana ada masalah rabun dan selesa memakai kanta lekap dari cermin mata, adakah sah solat dan puasa saya, harap ustaz dapat menjawabnya..

    ReplyDelete
  3. Salam

    Kalau tak muncul kalimah Allah tak mengapa.

    Masalah pakai kanta lekap, itu tidak menjadi masalah dalam solat dan puasa. Masalah puasa juga tidak terbatal kerana mata itu tidak tergolong dalam rongga seperti hidung, telinga, qubul dan dubur.

    ReplyDelete
  4. salam ustaz, tq for sharing this..macam2 cara org kafir nak mengenakan org islam kan...anyway...sesama islam la yang kena ingat mengingati kan..

    ReplyDelete
  5. salam ustaz..sy ingin menyambung persoalan samada jatuh talak ataupun tak kepada si ibunya..dan persoalan samada anak bertanggung jawab.katakan si anak telah pun menasihat supaya ibubapanya merujuk jabatan agama dan pada masa yang sama mereka kata mereka masih sah suami istri kerana mereka tahu apa yg jadi waktu tu dan si anak tiada ditempat kejadian..soalan sy sudah terlepas kah tanggungjawab sianak itu tadi selepas dia menasihat ibubapanya seperti yg ustaz shorkan..dan dia tak berani dh untuk buat lebih2 lagi lps ni,mungkin itu shja penyelesaian yg mampu dibuat kerana dia bukanlah saksi sbb tiada bukti,dan pd masa yg sama dia tidak boleh berlebih-lebih,nanti dituduh anak derhaka.sdh terlepas kah tanggungjwbnya slps menasihat spt ustaz shorkan tu.apa pendapt ustaz

    ReplyDelete
  6. maaf ustaz..sy cuma ingin tahu juga lebih lanjut selepas membacanya masalh tersebut dr si penanya..sbb ianya memang agak menarik

    ReplyDelete
  7. Salam kpd ust amin dan sekalian pembaca...
    apa khabar ustaz? semoga sihat hendaknya...


    isu kasut crocs ni mmg hebat diperkatakan skrng...
    'crocs' adakah ia membawa maksud crocodiles? atau ada makna tersirat disebaliknya? tetapi yang peliknya kasut crocs ni adalah hasil kerja org cina yg tinggal dimalaysia... dan yg ciplak adalah dari thailand...

    apa pun, bagi yang dah memiliki kasut ni, tak perlulah sampai nk buang kasut tu, beli mahal2 pastu buang, tak ke membazir... amalan membazir itu kawannya adalah syaitan, dan berdosa hukumnya...

    jadi kepada yang dah memilikinya, eloklah di kikis sahaja logo crocs tu dan gunakan spt biasa, yg penting lps ni tak beli yang baru dah... kepada yang belum beli, elok tak pyh beli, sbb ia sebahagian daripada syubhah...

    sekadar berkongsi...


    Terima Kasih...
    Wallahua'lam,
    Wassalam...
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, penyelesaian yg bagus..

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Syahbandar, sebagai seorang anak kena menasihati ibu bapanya itu wajib. Tetapi kalau mereka tidak mahu dengar, maka terlepas dari tanggungjawab anak menasihati ibu bapa tersebut, sebab telah menasihatinya. Masalah lafaz cerai, memang tanpa saksi, tetapi kalau mereka tidak mengaku, maka itu mereka yang tanggung dan Allah sahaja yang tahu. Kita sebagai anak terlepas dari tanggungjawab menasihati mereka.

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Orang Gombak, saya setuju dengan pendapat awak, bagi siapa yang dah beli, kikislah logo tersebut yang menyamai kalimah Allah, bagi siapa yang tak beli lagi, lebih baik jangan beli. Saya juga harap anda sihat seperti biasa dan dibanyakkan rezeki dari Allah.

    ReplyDelete
  11. salam ustaz...minta izin utk link artikel ni di blog saya...tkasih..

    ReplyDelete
  12. salam ustaz..

    info yang baik...sebelum jd parah

    ReplyDelete
  13. Salam..

    Imej itu muncul sekiranya kita memikirkannya muncul. Bosan dengan kajian yang remeh temeh macam ni. Dulu kata Pokemon dan Digimon haram sebab maksudnya menghina Islam. Lepastu, singkatan Assalamualaikum iaitu Akum yg biasa dtaip mesej mambawa maksud tertentu. Apa Islam ni? Benda macam ni yang menjadi pertikaian.

    Ingat dulu kes kepala singa susu sejat F&N yang ada kalimah ALLah..sampai kesitu. Percayalah, ini semua kebetulan!!!

    ReplyDelete
  14. Salam,

    Nonie ambillah saya benarkan, saya alu-alukan anda menyebarkan dakwah Islam kepada semua umat Islam.

    Anonymous, kalau kebetulan tak apa, bagaimana kalau benda itu dirancang oleh Yahudi atau Musuh Islam? Kita tak tahu perkara yang sebenarnya. Kalau ya pun benda itu kebetulan, apa salahnya kita menyatakan yang hak dan meminta syarikat tersebut tukar logonya. Ini tidak salah. Jangan pandang ringan perkara sebegini, kerana Islam itu bukan perkara yang ringan.

    ReplyDelete
  15. terima kasih atas info ustaz.untuk semua umat Islam..tapi saya cadangkan ustaz tk payah campur aduk BM dan BI jadi cacat bahasa..elok la klau nk guna BM terus gunakan BM..atau gunakan BI sepenuhnya..

    Now, ramai dah mula bercakap...

    Salam...

    ReplyDelete
  16. Ustaz...kalau boleh gunakan ..widget..Histats.com...untuk tahu bilangan pengunjung..sebab kalau kita pakai widgeo..byk iklan yang tak senonoh keluar dlm blog Ustaz...so hati2..

    ReplyDelete
  17. itu logo tiruan... yg asli nya tak sama.. mulut buaya tak menganga pun

    ReplyDelete
  18. saya nih neutral dalam bab nih
    macam entry saya pasal isu nih
    saya sokong anonymous diatas - imej itu muncul sekiranya kita memikirkan
    padahal sebenarnya tak ada apapun
    baik berfikiran positif
    kalau tak sampai bila pun kita di tahap yg sama
    just my opinion

    ReplyDelete
  19. benda yg tak jelas tak terang tak kelihatan tak payah la dicari2 direka2 dan diheboh2kan. Lebih baik tuan ulas perkara HARAM yg jelas nyata seperti JUDI BOLA SEPAK tu.

    ReplyDelete
  20. Salam,

    Terima kasih atas pandangan anda semua, maaflah saya sebenarnya tak mau nak ulas panjang, tapi ada permintaan. Saya bukan nak heboh2 benda yang tak masuk akal, tapi apa-apapun saya ucap terima kasih atas komen semua.

    Ok tidak mengapa atas segala kritikan anda, sekurang2nya dapat menjadikan saya lebih matang.

    ReplyDelete
  21. Salam,

    Saya memang tak cukup ilmu, menyampaikan adalah wajib dan ada hadis yang mengatakan bahawa "sampaikanlah walaupun satu ayat sekalipun". Jadi ana dah lepaskan kewajipan ana. Ana tak belagak dan tidak menunjuk2, apa yang ana tahu ana sampaikan apa yang ana tak tahu ana diamkan dan bertanya orang yang lebih alim.

    ReplyDelete
  22. macammana plak dga judi bola ustaz??

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum ustaz,

    Smg sht. Sy cdg isu kasut jenama crocs yang sekali pandang nmpak kalimah Allah lebih baik di bawa ke pihak yang lebih berautoriti, dalam masa yang sama kita juga jelas pada semua orang.

    Jika isu kasut ini dibawa ke persatuan pengguna contohnya..mungkin dari pihak persatuan pengguna akan teliti lebih jauh dan apa2 tindakan susulan selepas itu..

    ReplyDelete
  24. berhentilah dari buat kajian yang bukan2..
    kalimah Allah asalnya bagaimana? bukan ke huruf dalam keadaan terpisah-pisah..

    ReplyDelete
  25. pada pandangan saya smuanye satu kebetulan..kenapa lah kite selalu memayahkan bnde2 yg remeh temeh cam nie...pada pendapat sy uztz,lambang buaya tu tetap lambang buaya...tp bile da terbalikkan dipusing2 dilukis2 cam2 boleh jd kn..entah lah uztz..kadang kite sendri memeningkan bnde yg tah pape..smuanya pd nawaitu kite kan uztaz...salam..

    ReplyDelete
  26. petg kemarin adik sy cal bagitau yg slipar crocs tu de kalimah allah..terkjut saya...trus sy tgok pd slipar sy sy pakai..bila dtgok2 berkali2 sy xtau kat mane kalimah tu...puas sy tgok..xjuga perasan..tgok dalm tenet..bile dlukis kalimah tu trus nmpk...pendapat saya juga saya mengatakan yang lambang tu tetap buaya ustaz..btul pandagn di atas..smua hnye nawaitu kita...tergamak ke kite nk pjak kalimah allah???pkir la...smua hnye nawaitu kita...allah je yang tahu..

    ReplyDelete
  27. Salam,

    Saya pun tak pernah beli dan pakai selipar ini, memandangkan ada orang tanya saya jawablah. Saya lihat gambar seperti ada kalimah, Saya jawab apa yang benar menurut gambar tersebut. Memang betul segala pendapat anda semua. Ana tak nafikan.

    ReplyDelete
  28. Jodi tetap haram dan ada nas yang qat'i tentang judi dan tiada hujah yang dapat menghalal atau mengharuskan judi.

    ReplyDelete
  29. http://images.search.yahoo.com/search/images;_ylt=A0oGdG9PfQJMsX4AJ2NXNyoA?ei=UTF-8&p=crocs%20shoes%20logo&rd=r1&meta=vc%3Dmy&fp_ip=my&fr2=tab-web&fr=yfp-t-701-s

    Assalamualaikum ustaz..
    boleh layari laman web di atas and cuba beri penjelasan mengenai lambang kasut crocs original. tq

    ReplyDelete
  30. setiap logo yang di reka msti ad mksud.so kne tanye la pereka logo ni tok kepastian.cntohnye..
    1.knapa logo 2 d reka mcm 2
    2.knape amik buaye,bkn binatang len...
    3.knape buaye 2 mcm berdiri,bkn meniarap..as usual normal buaya.

    law dy dpt jawab dgn jwpan yang munasabah n msk akal,..its up 2 u guys..

    ReplyDelete
  31. salam
    saya rasa ustaz telalu cepat mbuat andaian dan megajak org supaya boikot syarikat kasut tersebut.hanya dengan bpandukan logo itu sahaja..
    islam itu adil
    ustaz org agama..pgikut ustaz ramai..
    dengan mgajak org boikot mcm ni tampa usul periksa..adakah ustaz terpikir ada org akan hilang punca pendapatan????

    sedangkan ustaz sendiri mgaku pada comment anonymous.. "Anonymous, kalau kebetulan tak apa, bagaimana kalau benda itu dirancang oleh Yahudi atau Musuh Islam? Kita tak tahu perkara yang sebenarnya."

    mcm mana ni...ada KALAU2 dah ajak org boikot!!!

    ReplyDelete
  32. Salam,

    Kebetulan sebab kita tak tahu tak apa, dan itu tidak menjadi masalah dan dimaafkan. Boikot syarikat yang letak tanda Allah pada kasut, itu perkataan umum, tak semestinya kepada kasut crocs sahaja dan mana2 kasut yang ada. sebelum ini ada syarikat kasud yang cap Allah di kasud dan masuk dalam majalah Al-Islam tak ingat edisi bila. Masalah rezeki itu Allah yang bagi, bukan manusia, masih banyak lagi kasut yang lain boleh di jual, Sepahaman saya dan dimaklum oleh sahabat2 blogger yang original tak nampak kalimahnya. Harap anda cek sendirilah. Kalau anggap saya menyekat pendapatan orang tak tahulah. Tapi kalau kuat keyakinan kepada Allah bahawa Allah akan berikan rezeki, maka senang dunia dan akhirat.

    Saya tak ketelaluan, saya kata di atas kalau nampak dan lebih baik dan tidak kata jangan pakai, maka lebih baik kita mencegahnya. Ini tak salah dan menghindarkan benda yang ragu2kan lebih baik dari membuatnya.

    ReplyDelete
  33. setuju dengan pelita

    ReplyDelete
  34. macam mana dengan isu boikot?
    perlukah kita boikot ustaz...

    ReplyDelete
  35. Salam,

    Saya mengeluarkan pendapat berdasarkan persoalan yang ditanyakan pengunjung. Boikot seperti mana yang dinyatakan di atas. Yang tulis pen marker itu bukan saya, orang yang tanya hantar gambar itu mai kepada saya, jadi bila lihat begitu ada tanda macam2, memang patutlah dikatakan tak boleh. Kalau siapa tak mau terima terpulang dan saya tak paksa. Saya bersikap lapang dada dalam masalah ini. saya dah kata kat atas orang tanya dan hantar gambar itu, bukan reka cerita.

    ReplyDelete
  36. kalimah Allah tu kite kene sengetkan kedudukan dia baru nmpak kalimah Allah tu..
    perlu ke kite sengetkan sedangkan ia tegak??
    sape yg timbulkan isu ni?
    tu hanya lambang buaya..
    knpe mreka pandai2 sengetkan untuk mnampakkan kalimah Allah tu..
    keliru.

    ReplyDelete
  37. tahniah pada ustaz kerana ada rasa tanggung jawap dan akan buat aduan pada JAKIM tentang masalah kasut yang menggunakan kalimah Allah ini.

    adakah ustaz akan buat benda yang sama pada judi bola?

    ReplyDelete
  38. salam..cuma dari pandangan aku..aku ta pakai crocs..tapi terpanggil untuk bincang isu ni..klu bleh bincng secara intelectual..bukan emosi..aku ada buat research pasal crocs..dari pencipta sampai la camne kompeni dia beroperasi..pencipta die org new york..cek kt sini
    http://www.boefoundation.org/george-boedecker/
    ..pastu aku saja la google brand2 lain yng kononnya menghina nama allah..sumanya ada trend yang sama..konon2nya macam tulisan nama Allah..even nokia..cek kat sini
    http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/04/10/nokia-menghina-nama-allah-swt/

    so kesimpulannya..aku ta rasa yg Crocs nih sengaja nk tulis nama Allah..banyak benda lagi lam dunia nih yang serupa..contohnya huruf t yng macam salib..

    dan pada org2 yg asik suruh boikot barang barat kat page nih..stop being a hypocrite..korang patut stat dulu dengan stop menggunakan komputer atau laptop yg mmg sistem operasinya di buat oleh org kafir..

    ReplyDelete
  39. Salam,

    Islam tidak melarang umatnya bermuamalah dengan orang kafir selagi mana benda itu tidak melanggar hukum atau undang2 Islam. Jadi tak perlulah boikot semua barang kafir, sebab Nabi dahulu pernah meminjam duit kepada orang Yahudi. Yang perlu adalah apabila ia menghina Islam. Contohnya barang yang jelas ada benda yang haram, perlulah di boikot, benda yang ada penghinaan umat Islam perlulah. Kalau semua nak diboikot, alamatnya pakai kudalah kita...

    ReplyDelete
  40. Masalah judi, boleh buat bantahan dan aduan, tapi orang yang kecil macam kita nih sapa yang nak dengar, orang politik dan golongan ulamak atasan pun tak didegari. Ada hadis yang mengatakan tegur ada tiga cara iaitu, dengan tangan (bagi orang yang mampu iaitu kerajaan), tegur dengan lidah iaitu bantah, ceramah dan sebagainya. Tegur dengan hati, ini adalah selemah iman. Tapi jangan di diamkan dan menegak benang yang basah. Benda yang haram tetap haram benda yang halal tetap halal.

    ReplyDelete
  41. ustaz mari kita sama2 boikot kerajaan BN
    kerana mhalalkan judi di malaysia

    ReplyDelete
  42. takot dgn dunia sekarang... penting kn wang, keselesaan, duniawi dr mempertahankan islam... apa salah nye kalo xpkai crocs tu... kebetulan ke sengaja ke xtergamak rsenye bile ternmpk kalimah Allah letak nya di kaki.. sedih...

    ReplyDelete
  43. asalamualaikum,

    saya terpanggil untuk membincangkan isu nih bukan sebab saya crocs..beli pun ta mau..tapi saya rasa agak keterlaluan lah pemikiran bangsa melayu..kita suka sangat menghukum tanpa soal selidik..kt sini link saya..yang mana saya ada cek profile pencipta crocs yg original..saya jugak ada masukkan link produk nokia yg jugak dikatakan menghina..tapi masalahnya bagi saya amat meragukan..sebab sumanya mempunyai trend yg sama..perlu lukis nama Allah..lagipun saya rasa agak melampau kerana didapati seperti sengaja tulis huruf "aliff" pada lambang crocs tersebut..

    yang paling penting..saya faham dengan niat untuk menjaga nama Allah..tanggungjawab kita sebagai uslim..tapi rasanya tanggungjawab jugak untuk kita mengkaji sebelum menghukum..

    saya bekerja di sektor swasta yang mana mmg di kelilingi oleh non-muslim..saya cuma takut dengan isu2 seperti ini menggambarkan bertapa rendahnya ilmu dan agak extreme pendekatan yang kita gunakan..saya lihat ada yang cakap..buatan israel lahh..padahal origin kasut nih dari new york..dan yg cetak rompak dari cina..

    kita diberi akal fikiran supaya dapat menimbang..jangan sampai nk jadi hero melayu..kita membuatkan org bukan Islam nampak yang agama Islam nih sempit..

    Semoga kita diberkati oleh Allah S.W.T.
    cuma pandangan saya..ustaz boleh komen di link saya
    http://chotthinkabout.blogspot.com/2010/05/produk-yang-menghina-nama-allahmuslim.html

    ReplyDelete
  44. assalamualaikum,

    Tak payah cerita banyak sape2 yang nak sangat pakai kasut crocs tu korang pakailah. Korang pijaklah kalimah Allah tu. Punya banyak brand selipar dgn kasut nak jugak pakai yg tu.

    ReplyDelete
  45. sapa suruh beli kat pasar mlm punya? dah la beli brg ciplak, brg ciplak tu sama la ngan barang curi. crocs pasar malam punya cap lain, yg ori xdak boya nganga punya, siap boya tu senyum.. pkai yg cap tiruan nak heboh2 plak.. bygkan produk tu korang yg buat penat2, kena ciplak, tiba2 plak ada org terlampau kreatif buat camni.. ntah pa2

    ReplyDelete
  46. aku nyer crocs sandal hadiah besday.. mmg ori..masa awek aku beli kat midvally tu harga dia rm299..
    logo dia aku tgk sekang ni serupa dgn logo yg berbentuk kalimah ALLAH tu.. kalau aku tau pasar malam punya logo sejibik mcm orinyer.. baik aku perintahkan awek aku beli kat pasar malam je..rm19.90 je..hahaha..

    ReplyDelete
  47. Assalmualaikum..

    maaf mencelah..
    sbnrnye, pd pndpt sy la kn, ni slh satu cr rg kafir tuk memecah belah kn umat islam..
    spt yg anda sume tgk, rmai yg m'pertikai kn ttg logo ni..
    dr isu yg remeh, then d'perbesarkn..
    dah d'perbesarkn, mne yg taksub & emosi akn mnegangkn keadaan..
    ble k'adaan da jd tegang, mst tmbul nye p'gaduhan..
    dr p'gaduhan, t'jadi nye p'pecahan..
    kte kne pk luar dr kotak..
    sbb kdg2 pe yg d'luar kotak tu jd strategi t'baek..

    ptt nye kte kte carik kata sepakat & jln p'nyelesaian bkn tegangkn lagi keadaan..

    andai kata t'salah kata,
    t'silap bicara,
    t'guris hati,
    mohon d'maafi,
    dr hujung rmbut hingga hujung kaki..


    aDik™

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum semua.. sya setuju dengan pendapat adik nazri tadi.. kepada anda semua, fikirlah dengan cara yang matang.kalau benda x betul,kalau anda/ sape2 nak memperbetulkan, perbetulkan dengan cara budi bahasa yang elok2. x ada sape yang x pernah buat silap. bincangkan dengan cara yang rasional.jangan duk asyik persalahkan ustaz je.. kalau ada cadangan, bentangkan cadangan itu dengan cara yang sopan. maaf semua..

    ReplyDelete
  49. Ada jugak orang tak berakal..kalo ikut mane pun kite tengok,kalo dah nampak macam kalimah allah tak payah la kite pakai.pakai kat kaki pulak tu.apa punya benak la.kalo tulis nama mak bapak atas kertas,pastu pijak pun tak sanggup.ni lak pijak nama tuhan sendiri.jangan terlampau lebih kurang aje pasal isu kalimah allah ni.berat la sikit.dah sah2 itu sebahagian dari cara kafir nak menjatuhkan maruah orang islam.jangan amik mudah benda ni.

    ReplyDelete
  50. kita sbagai umat islam perlu peka. kalau dah ustaz yg bg pendapat, sudah tentu lah lagi yakin, sbb mereka org yg berilmu dlm bab agama...mengapa masih ada yg hendak pertikai kan, kalau sayang nak buang sandal tu.. tak payah nak tegak kan benang yg basah. semata-mata masih nak pakai juga.

    ReplyDelete
  51. salam..ustz, sy copy link ni utk diletakkan di Facebook yea..

    ReplyDelete
  52. salam....apa hukum facebook ustaz...dengar kata dana keuntungan dari facebook disalurkan untuk yahudi

    ReplyDelete
  53. Tak payah imiginasi tinggi sangat, mana ada orang tulis kalimah Allah, alif dan lam bercantum? dan atas ha ada sabdu? rujuk balik tulisan jawi

    ReplyDelete
  54. Salam,

    Hukum facebook akan saya siapkan satu artikel berkaitan dengannya. Insyaallah jika ada masa lapang saya akan buat satu artikel berkaitan facebook.

    Orang yang imiginasi tinggi tak payah pakailah sebab jatuh haram kalau dia pakai, kerana logo tersebut dia dah nampak perkataan Allah. Kalau orang yang tak imiginasi tinggi tak jadi masalah pakailah sebab dia tak nampak logo itu sama dengan perkataan Allah. Ayat Al-Quran juga menyarankan umatnya berfikir, maka fikirkanlah untuk mencari kebenaran bersandarkan 4 sumber hukum Islam iaitu Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas ulamak.

    Tak payah dok debat dan bersikap lapang dada atas segala masalah ini. Saya juga tidak menghalang dan hanya mengeluarkan pendapat kepada saudara yang bertanya. Pastikan setiap perkara yang dilakukan tidak melanggar perintah Allah.

    ReplyDelete
  55. mcm mana ustaz nak kena boikot ke tak ni....

    ReplyDelete
  56. Benda dah imiginasi macam ada kalimah Allah, nak beli buat apa, nak pakai buat apa, faham2 lah maksud saya tu. Kalau yang tak nampak tak apalah pakailah tak payah boikot.

    Kalau kaedah Islam, air sejuk atau air masak, di niatkan sebagai arak, maka air masak itu jatuh haram walaupun niat sahaja air arak.

    ReplyDelete
  57. Janganlah kita yang nak menjatuhkan agama kita sendiri..bila kita yang keluarkan fakta bahawa lambang CROCS tu sebagai nama ALLAH maka orang kafir akan semakin galak membelinya untuk 'memijak' kita..yang ruginya siapa?kita jugak kan..?Hentikanlah mencari kontroversi..
    lagipun bukannya ejaan ALLAH yang dibuat di situ..renung2kanlah..

    ReplyDelete
  58. Jangan TAKSUB sangat wahai sahabat2ku..

    ReplyDelete
  59. Salam,

    Masalah ini bukan mencari kontroversi dan bukan menyekat rezeki orang dan bukan masalah Taksub, ini masalah pandangan dan hukum. Saya dah jelaskan di atas bahawa saya tidak menghalang dan tidak ada kena mengena dengan orang kafir. Sudah semestinya orang kafir (harbi)itu musuh Islam, Apa tindakkan kita?

    Berapa kali saya tegaskan ini sekadar pendapat atas persoalan yang dikemukakan. Saya juga telah berikan kaedahnya. Kalau tak setuju tak mengapa, teruskanlah pakai dengan hujah anda sendiri. Kalau taksub saya mesti cerita dalam artkel saya jangan pakai langsung dan semua barang kafir jangan pakai. Lapang dada dan buka minda..

    ReplyDelete
  60. saya pernah berdebat tentang hal ini di facebook.. malah seorang hamba Allah ini mengatakan saya "typical malay" yang berfikiran sempit..
    entahlah.. mempertahankan agama sendiri dikatakan berfikiran sempit.. dunia akhir zaman..
    di akhir perbualan kami beliau berkata sinis "hey, good luck with your dakwah"
    saya tak ambil hati jika beliau mahu merendah2 kan saya.. saya pun masih dahagakan ilmu agama.. tapi entahlah kenapa beliau beria2 sangat mempertahankan croc beliau yang mahal itu..
    malah saya bertambah sedih apabila saya melihat masih ramai saudara islam saya menyarungkan kasut tersebut dengan bergayanya..
    mungkin bagi peminat croc saya terlalu berimaginasi tinggi, berfikiran sempit dan sebagainya.. tapi apabila saya lihat awan membentuk kalimah Allah, saya amat mengagumi kejadian tersebut..
    sudah tentu saya tidak boleh berdiam diri apabila melihat kalimah Allah di kaki saudara saya.. saya mohon maaf andai ada yang tidak selesa dengan komen saya ini..

    ReplyDelete
  61. assalmualaikum ustaz, saye nk tanye kalau kite bakar khalimah yang memaparkan khalimah Allah, kalau dh hilang khalimah tersebut, bolehkah kite memakainye??

    ReplyDelete
  62. assalamualaikum..ini sebahagian drpd pndapat dripda pmikiran sy.. sekiranya kita yakin dan was-was dengan tulisan tersebut ada persamaan atau mirip2 kalimah allah, jadi kikis atau jadikan tulisan tersebut supaya berlainan dengan apa yang kita anggarkan kalimah allah sekiranya kita hendak terus memakainya..tuhan berikan kita akal untuk berfikir, tuhan berikan kita kudrat supaya kita dapt menjalankan perintahnya dan tuhan berikan kita ilmu supaya dapat kita menilai yang mana baik dan yang mana buruk.. wallahhualam..

    ReplyDelete
  63. salam..
    aku nak kongsi ckit pengalaman..aku kena marah dengan budak-budak rumah sewa sebab pakai croc nie..padahal bagi aku benda tu bagi aku kebetulan ajer..bila masa orang terlalu obses sangat jadi camtu la..padahal xsedar duk tegur org pakai baju nike..padahal nike itu dewi kemenangan untuk orang-orang majusi...tension tol pasal croc nie...

    ReplyDelete
  64. Trm ksh ustaz. Ramai yang x perasan benda camni

    ReplyDelete
  65. Salam,

    Itu terlalu tasub sangat sampai macam2, sepertimana saya kata kat atas, itu terpulang kepada anda semua untuk memakainya, kalau takut buang saja logo tu dan pakai la kasut tu tak jadi masalah. Buat apa buang kasut tu, beli mahal2, kasut tu tak masalah yang masalah logonya.

    ReplyDelete
  66. ustaz, saya baru hari ini mengenali blog ustaz.
    alhamdulillah terlalu banyak infonya.

    mengenai isi crocs ini, saya setuju denga ustaz. lebih2 lagi masih banyak pilihan di pasaran. Ini mengenai sensitiviti umat Islam. Hairan, mengapa yang bersetuju dikaitkan pula dengan typical malay segala bagai? Pertama sekali niat. Anda yakin lah, anda boikot jenama ini kerana tertera nama Allah, anda dapat pahala. Niat yang baik bukan?

    lagi satu, saya melihat seperti melayu Islam sekarang terlalu liberal. Contohnya apabila kita mengaitkan sesuatu dengan agama, cepat sekali menunding jari, dia typical Malay. Saudara saudari, anda harus sedar propaganda non muslim untuk menjatuhkan Islam itu terlalu banyak dan halus caranya. Salah satu hiburan, keduanya pakaian dan seterusnya banyak lagi.

    Mungkin ini juga propaganda, mungkin juga tidak. Tapi mari, kita sama2 ikhlaskan hati tidak menapak lagi kasut ini kerana sensitiviti kita sebagai Umat Islam.

    Lagi satu, saya rasa kita tidak rugi, sebab kita masih banyak pilihan lagi kan?

    wallahualam.

    ReplyDelete
  67. salam...
    umat islam sendiri sekarang suka pandang remeh pada smua benda mcm ni,bile ade org pertikaikan atau menegur,mula la ade yg mrh..sedangkan,org yg tak berpesan2 kpd kebenaran tu kan org yg rugi..tu psl musuh2 islam senang nk jatuhkan kte...sbb kte ni mmg ramai yg buat endah tak endah je dgn agama kte sndiri..benda,kalau tak nampak..takpe la..ni klau dah nmpak siap ade org boleh lukis kalimah Allah kat kasut tu,sampai lg ke hati awk2 nk pijak..kalau takbtul,takpe la..tp kalau btul niat org yg buat logo tu supaya org pijak kalimah tu,tak ke kte ni jd org yg menyokong pemijakan kalimah tu??so,btul ke tak btul, benda yg syubhah,tinggalkn je la..yg dah ade kasut tu,kikis je bhgian tu..tak susah pn klau kte mmg btul2 niat ikhlas kerana Allah..hidup ni kte nak berkat kan.. =)

    ReplyDelete
  68. Salam Ustaz,

    Saya ada pendapat yang berbeza. Bagi saya, dalam logo itu, tiada tanda nama Allah lansung. Cuma yang saya lihat ialah gambar buaya.

    Bagi saya, perkataan Allah itu di bayangkan pada gambar logo dan ini hanyalah menampakkan tuduhan melulu dan boleh dikatakan keterlaluan pada syarikat kasut itu, mungkin secara tak perasan dah 'menfitnah'?

    Jika hanya bayangan yang sebegitu diambil kira sebagai bentuk perkataan Allah, maka saya boleh membayangkan di mana-mana sahaja macam kat atas ubat gigi, kat telefon, kat kerusi, kat meja, kat atas sejadah.

    Ini hanya pendapat saya, jangan buang masa dengan perkara yang tak pasti macam ni. Orang Islam takkan berani kata sesuatu itu benar tanpa boleh membuktikannya.

    ReplyDelete
  69. Salam,

    Saya tak buang masa, Ini sekadar pendapat dan pandangan dan jawapan bagi orang yang bertanya, Sebenarnya buang masa kalau isu ini diperdebatkan, kerana ini adalah masalah remeh.

    Islam mengharuskan semua perkara selagimana tiada dalil yang mengatakan haram. Kalau awak kata bukan mirip kalimah Allah, pakailah dan taj jadi masalah dan tak dosa. Orang yang kata ada kalimah Allah jangan pakai dia jadi haram dan seolah menghina Allah.

    Saya tegaskan di sini saya tak fitnah, cuma menyuarakan pendapat. Kalau nak kira fitnah dah banyak la saya dan ustaz2 lain fitnah.

    Sebenarnya dalam masalah ini mesti berlapang dada dan masing2 ada pendapat berdasarkan ilmu yang diberi oleh Allah.

    Saya minta maaf kalau artikel saya menyentuh perasaan anda. dan saya mohon maaf atas kesilapan saya.

    ReplyDelete
  70. sy dah peratikan btl2 lambang croc tu ustaz...pd mata sy mmg laaaa ada nampak kalimah allah,walaupun sedikit kabur.jd sy ambil inisiatif sy sendri,sy kikis lambang tu sampai hilang....biasa laaa ustaz rugi plak sy klu buang,sbb harganya mahal tu.tp hakikatnya sy x pernah pakai lg kasut tu sejak sy beli.

    ReplyDelete
  71. ustaz, sya mnx kbnran ambil link ni ltak dalam facebook ye..
    trima kasih

    ReplyDelete
  72. sudah2la pasal crocs...semuanya depend pd niat kita...xpakai crocs pun xpe...lgpun tu hnya slipar je...beli sliper jepun pun da ok...ni gara2 nk keselesaan dn megah sbb beli yg mahal2...hidup biar besederhana bro...lain la dgn jenama kereta atau motor...masing2 ada functionnyer tersendiri..ni cume slipar je babe...hnya mampu elakkn kita dr duri, paku, najis je...nothing special...xke membazir tu amalan syaitan..ada akal xnk guna...apa beznya megah2 ni..berbalik pd niat..beli tu nk megah ke, nk tunjuk ke atau nk lindungi kaki dr terdedah pd bnde yg xdiingini...

    lgpun design crocs ni klakar la...apa yg canik pun, xtahu la...oh yea, baik drpd korunk bdebat nih yg korunk dpt sikit modal untuk bekalan akhirat ni, korunk cuba hisab atau muhsabah diri korunk tu sblom korunk punya nyawa dcabut oleh Allah..supaya di sana nnty, tempoh hisabnya akan berkurang...

    skadar beri pndangan...

    ReplyDelete
  73. alhamdulillah
    untuk kasut spatu crocs sudah Q lepas dari pertamaa beli

    ReplyDelete
  74. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG