PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, May 10, 2010

Majlis Aqiqah dan Tahnik Anak Ustaz

Berselawat Bersama Kawan-kawan Ustaz Kumpulan Nasyid Aff-One

Majlis Selawat Nabi Kepada Anak Ustaz

Majlis Tahnik (Belah Mulut) Kepada Anak Ustaz

Kenduri Aqiqah Anak Ustaz

Kenduri Aqiqah Di Kampung Isteri Ustaz


Salam berbahagia kepada anda semua, dah lama saya tak tengok blog ini disebabkan dengan berbagai-bagai kesibukkan, sibuk dengan anak isteri yang berada dalam pantang, sibuk dengan kerja disebabkan pemantauan dalaman kualiti ISO dan banyak lagi. Saya mohon maaf kepada anda semua yang bertanya masalah-masalah agama atau sebagainya, kerana saya tidak dapat menjawab soalan anda semua.

Pada Tarikh 07 Mei 2010, Hari Jumaat Malam Sabtu selepas solat Isyak saya mengadakan kenduri Aqiqah, Tahnik (belah mulut) yang disempurnakan oleh Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Mutalib Bin Maaruf, cukur kepala dan penetapan atau pengisytiharan nama Nuruddin Bin Nor Amin Sayani kepada umum. Semua ini bertujuan untuk mendapatkan pahala sunat, kerana ini merupakan sunnah Nabi Muhammad saw sewaktu beliau melaksanakan perkara yang sama kepada cucunya Hassan dan Hussin. Alhamdulillah selesai semua tanggungjawab tersebut dan saya perlu meneruskan perjuangan hidup ini untuk memberikan pendidikan yang sebaiknya kepada anak sulung saya ini dengan apa yang dikehendaki oleh syariat Islam. Ini penting kerana masa depan anak-anak tergantung kepada ibu bapa anak tersebut, jika silap pendidikan yang diberikan maka rosaklah anak tersebut. Jika benar pendidikan yang diberikan sepertimana yang dikehendaki oleh Islam, maka selamatlah anak tersebut di dunia dan di akhirat.


Bukan senang hendak mendidikan anak, banyak cubaan dan dugaannya. Kadang-kadang di rumah betul didikannya, tetapi di sekolah dan di luar rumah belum tentu betul didikannya. Ini semua cabaran umat Islam, kita tidak boleh lari dari semua keadaan ini, yang perlu kita buat ialah laksanakan semampu yang boleh untuk memberikan didikan yang baik menurut Islam kepada anak. Banyakkan berdoa supaya anak tersebut menjadi anak yang soleh. Sering bertawakal setelah berusaha mendidik anak. Sering bergantung dengan Allah, kerana pemantauan ibu bapa sahaja tidak mencukupi untuk memastikan sikap dan tingkah laku anak.

7 comments :

  1. Masya Allah Ustaz. Moga-moga anak Ustaz mengikut jejak langkah ayahnya memperjuangkan agama Allah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ya Ustaz.

    Semoga akan lahir keberanian jejak kesungguhan didikan Rasulullah SAW sebagaimana Omar Al-Khatab, Muhammad Al-Fatih atau Salehuddin Al-Ayubbi dan para pejuang Islam yang telah terbukti perjuangannya semasa memerintah 2/3 dunia dibawah naungan Islam...

    Allahuakbar!!!

    ReplyDelete
  3. Tahniah Ustaz... Saya juga mohon dari Ustaz utk mendoakan kebaikan anak saya ye Ustaz.TQ2.

    ReplyDelete
  4. Salam Ustaz.

    Alhamdulillah dan masyaAllah dapat ustaz sempurnakan majlis.Semoga anak ustaz menurut jejak langkah ustaz jadi orang2 yang berjasa kepada agama Allah SWT. Allahumma Amiin

    ReplyDelete
  5. salam ustaz

    alhamdulillah...mudah2an anakanda menjadi ulamak satu hari nnti...syukurlah tugas dan tggungjawp utk seorang bb telah sempurna namun tugas mmbesarkan mnjadi makan mencabar...doakan kami juga...

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Terima kasih atas ucapan semua, saya sangat hargai dan saya doakan anda dan keluarga anda di rahmati oleh Allah dan dibanyakkan rezeki. Saya juga doakan anda anda semua menjadi seorang pembela agama iaitu mujahid dan mujahidah sejati.

    ReplyDelete
  7. salammualaikum ustaz..buleh berikan penjelasan..bagaimana cara yg sebenarnya membuat tahnik ini..kalau ade dalil2 hadith yg sohih or ayat2 al-quran..minta tlg sertakan sekali yea..setahu sy..kebanyakkan yg dibuat skrg adalah adat2 kita sahaja..sy teringin nak belajar ape yg di ajar oleh ALLaH n RASUL s.A.W.....wallahualam..

    sy dgr jg ini adalah perbuatan nabi malah pengkhususuan kepada nabi sahaja..betul ka?minta pencerahan dari ustaz..syukran

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG