Tuesday, May 4, 2010

Orang Baru Ustaz Nor Amin


Salam sejahtera kepada semua pengunjung dan rakan blogger saya, buat seketika waktu saya tidak dapat melayan dan mengupdate blog ini, kerana saya dianugerahkan cahaya mata pada 01 Mei 2010 (anak pertama). Bersyukur kepada Allah atas segala rezeki yang diberikan. Anak saya selamat dilahirkan pada jam 10.45 malam, hari Sabtu, tarikh 01 Mei 2010 di Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang.

Kali pertama melihat anak, hati gementar dan sayu apabila melihat rupa anak yang telah dianugerahkan Allah. Malam itu juga anak saya selamat diazankan dan diiqamahkan sebagai sunnah Nabi Muhammad saw, supaya kalimah Tayyibah memasuki dalam dirinya dan terhindar dari ganguan syaitan. Anak perupakan anugerah Allah yang sangat besar hasil hubungan perkahwinan suami dan isteri. Anak juga merupakan tanggungjawab ayah dan ibunya untuk memastikan anak tersebut menjadi manusia yang soleh dan solehah. Apa-apapun kita cuba berikan didikan yang baik kepada anak dan tertunai tanggungjawab dan kewajipan mendidik anak menjadi insan yang berguna dan bertaqwa.

Setiap kelahiran merupakan fitrah semula jadi dan setiap kelahiran diibaratkan seperti kain putih yang kosong dan bersih. Ibu bapa yang bertanggungjawab untuk mencorakkan anaknya sama ada menjadi mukmin atau menjadi Yahudi. Jangan sesekali merasa bebanan terhadap kehadiran anak, kerana anak ini merupakan rezeki dari Allah. Kita sebagai manusia hanya bertawakal dan berusaha dan yang menentukan rezeki anak-anak adalah Allah.

Saya memohon maaf atas ketidak layanan semua pertanyaan, email, persoalan dan sebagainya, kerana masa tidak begitu mengizinkan dan terlalu sibuk. Biasalah anak pertama, sibuk lain macam sikit, sebab tiada pengalaman lagi. Insyaallah tidak saya akan melayan semua pertanyaan sahabat dan pengungjung semua pada masa akan datang. Segala kesulitan dan kelambatan saya mohon maaf dan semua itu datang dari diri saya sendiri. Saya doakan anda semua diberikan nikmat kesenangan dan ditambahkan iman dan taqwa.

35 comments:

Syafrizal on May 4, 2010 6:15 PM said...

Masya Allah. Murah rezeki Ustaz. Semoga dia menjadi anak yang akan menyambung perjuangan Ustaz. Amin.

::Umiliya6677:: on May 4, 2010 6:44 PM said...

assalamualaikum...salam ustaz...syukur semuanya selamat tahniah ya untuk ustaz dan isteri...semogo khalifah kecil ini akan menjadi seorang pejuang yg memperjuagkan hukum Allah amin... tahniah sgt2 dr umiliya dan keluarga..semoga rezeki ini akan kekal hingga akhir hayat dunia dan akhirat

iqbalsyarie on May 4, 2010 6:48 PM said...

Subhanallah..insyaAllah bertambah lagi seorang pejuang.Tahniah ustaz~

dayangredzuan on May 4, 2010 7:50 PM said...

tahniah ustaz

naqhiah khalida on May 4, 2010 8:47 PM said...

salam..tahniah yaa ustaz.sudah jadi bapa.=)

feyus on May 4, 2010 9:07 PM said...

Alhamdulillah Ustaz. Rezeki Allah bg kat Ustaz.Tahniah ye Ustaz..Anak Ustaz lelaki ke pompuan Ustaz?

izzad b* on May 4, 2010 10:10 PM said...

moga beriman mcm bapaknya..

Liana on May 4, 2010 10:24 PM said...

alhamdulillah...tahniah! moga jadi anak yg soleh..

Ustaz on May 4, 2010 10:37 PM said...

Salam...
Mabruk ya sheikh.. Moga Allah mengurniakan pejuang yang hebat

Izlyn on May 5, 2010 12:03 AM said...

Salam Ustaz...Alhamdulilah, tahniah yer.

miro chan on May 5, 2010 5:39 AM said...

alhamdulillah..tahniah ya..

Admin Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri on May 5, 2010 7:31 AM said...

alhamdulillah..mabruk ya ustaz diatas kehadiran cahaya mata penyeri baitul muslim..subhanallah, comel anak ustaz..semoga anak ustaz bakal menjadi anak yang soleh, mujahid islam untuk dalam memperjuangkan agama Islam..ameen

mohd azli on May 5, 2010 8:22 AM said...

tahniah ustaz.. apa nama anak ustaz tue??

INA on May 5, 2010 8:42 AM said...

Tahniah ustaz atas anugerah Allah s.w.t ini..semoga keluarga ustaz bertambah ceria..

C++ on May 5, 2010 8:43 AM said...

Alhamdulillah... moga jadi pejuang Islam satu masa nanti... InsyaAllah..

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

nza on May 5, 2010 8:53 AM said...

Alhamdulillah....TAHNIAH.....lahir di hari pekerja, semoga jd anak yg menyenangkan hati org2 disekelilingnya dan rajin bekerja nnti...Lelaki ke perempuan?????

taufiq on May 5, 2010 9:56 AM said...

tahniah shaykh!!!

Ju@Lucky^Mummy on May 5, 2010 9:57 AM said...

Alhamdulillah.. tahniah ya ustaz..
moga2 jadi anak soleh..

zaidi ali on May 5, 2010 10:57 AM said...

AlhamduliLLAH. Tahniah ustaz.

Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadanya, pada hari dia dilahirkan, pada hari dia meninggal dan pada hari dia dibangkitkan hidup kembali...

Amin..amin ya Rabb il 'alaminnn.

IbuHakimHaikal on May 5, 2010 11:36 AM said...

Salam uztaz..Tahniah..syukur alhamdulillah..semoga isteri dan anak ustaz sihat2 hendaknya.. :)

Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on May 5, 2010 5:44 PM said...

Salam,

Kepada semua yang mengucapkan ucapan kepada saya dan keluarga saya, saya sangat menghargai anda semua, saya juga doakan anda semua dibanyakkan rezeki dan ditambahkan iman. Anak saya adalah anak lelaki. Maaf nama belum diistiharkan lagi, sebab nak tunggu hari ke tujuh buat kenduri akikahnya, tahniknya dan istiharkan namanya. Ini adalah untuk memperolehi pahala sunnah Nabi Muhammad saw.

Nama nanti saya buat artikel lain. Terima kasih sangat saya hargai dan sangat terharu kepada anda semua.

melatidaisy on May 5, 2010 8:50 PM said...

salam alaik ..

mabruk utk ustaz sekeluarga..semoga bertambah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga dengan kehadiran permata hati ini..barakallahu fikum jami'an :)

syahbandar87 on May 5, 2010 10:02 PM said...

salam ustaz..semestinya keluarga ustaz amat bahagia dengan kelahiran seorng anak yg akan menambahkan lagi seri rumah tangga ustaz.sy jg tumpang gembira akannya.dan sy juga doakan muga anak ustaz akan jadi seorang pejuang agama..insyarallah..

ustaz nor amin on May 5, 2010 10:48 PM said...

salam,

terima kasih atas ucapan anda semua, ana hargai anda semua.

Werdah on May 5, 2010 11:15 PM said...

Salam Ustaz.

Tahniah kepada ustaz sekeluarga. Bertambah keberkatan dalam rumahtangga ustaz dengan kelahiran ini, insyaAllah.

cicitHJHASSANu on May 6, 2010 1:36 AM said...

salam alaik..mabruk ya ustaz

anakmuaallaf on May 6, 2010 9:12 AM said...

Salam alaik..alhamdulillah .Tahniah ustaz.Semoga ustaz dan zaujah terus berbahagia dan dimurahkan rezeki dan dianugerahkan kesihatan yang sentiasa pro-aktif.

sLave_oF_Almighty on May 6, 2010 9:27 AM said...

Salam ustaz..

Alhamdulillah.. Turut tumpang gembira dgn kebahagiaan ustaz..

Lahir lg seorg mujahid di bumi ini.. InshaAllah.. =)

Semoga kain putih itu sentiasa suci dn kekal putih berseri, tidak mudah terwarnai oleh kotoran2 msyrkt akhir zaman.. Amin~

jebbat on May 6, 2010 10:24 AM said...

Alhamdulillah...

Tahniah buat Ustaz sekeluarga...

MOHD AMIR MORAD on May 6, 2010 7:10 PM said...

tahniah...ustaz.....dulu masa saya baru dapat anak...umur baru 24...tanya orang tua...apa patut buat.....orang tua pun bagitau...'hang kena bang dulu mula-mula keluaq dari perut...alhamdulillah..la ni dpt 2 orang dah..sepasang...sulung darjah 1...'

ustaz eds on May 6, 2010 10:32 PM said...

salam ustaz...tahniah atas kelahiran zuriat terbaru...

Centado on May 7, 2010 7:49 AM said...

tahniah ustaz.
semoga ditambahkan keberkatan dalam hidup

Anonymous said...

salam ustaz..tahniah diatas kelahiran anak sulong..semoga rezki bertambah-tambah

Ringgo on May 7, 2010 11:15 AM said...

salam .. apa kabar orang baru ari ni.. semoga sihat dan bertambah comel.. dimurahkan rezki dan kebahagiaan yg berkat sekeluarga dunia akhirat ..

LIPISLADY on May 7, 2010 11:30 AM said...

Assalamualaikum Ustaz, Tahniah diatas kelahiran cahaya mata yang pertama, dah Selamat Hari Ibu untuk ibu dia.

Saya dah letak banner ustaz.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Comment

Followers

 
Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template Vector by DaPino