Saturday, May 22, 2010

Rasulullah SAW Dihina Lagi



Molly Norris, seorang kartunis di Seattle telah membuat deklarasi bahawa 20hb Mei adalah hari ‘Everybody draw Mohamed Day’ (Hari untuk semua orang melukis Mohamed). Begitu biadab sekali tindakan si kafir ini. Kini, ‘Facebook’, laman web sosial yang berpengkalan di AS pula menyokong tindakan tersebut. Persoalannya sekarang, apakah tindakan kita umat Islam terhadap kebiadaban ini? Apakah kita masih lagi mengharapkan para pemimpin umat Islam yang dayus dan khianat untuk berbuat sesuatu? Kaum kuffar akan terus menerus menghina, membunuh dan merampas hak kaum Muslimin kerana kita hidup berpecah-pecah, tanpa kesatuan politik dan intelektual. Realitinya, kaum kuffar masih terus berani melakukan semua ini kerana ia masih dibenarkan oleh para pemimpin umat Islam yang khianat.

Alasan yang digunakan oleh Barat adalah tidak lain tidak bukan, kebebasan. Sesungguhnya kebebasan yang mereka laung-laungkan itu hanyalah merupakan alasan untuk terus menghentam Islam. Apakah ratusan Muslim yang dipenjara di Guantanamo Bay tanpa pertuduhan menikmati kebebasan seperti mana yang dilaung-laungkan Barat? Apakah individu di Barat yang mengkritik peristiwa ‘Holocaust’ bebas berbuat demikian? Hakikatnya terlalu banyak perkara yang boleh diketengahkan yang menunjukkan sikap hipokrit Barat dalam mengenengahkan idea kebebasan.

Barat mengetahui bahawa umat Islam tidak akan dapat berbuat apa-apapun kerana kita tidak hidup di bawah Islam sebenar yang akan melindungi kita. Mereka tahu bahawa kaum Muslimin lemah dan tidak bermaya tanpa kesatuan politik di bawah Daulah Islam. Namun, ramai antara kita kaum Muslimin masih buta dan terus leka dengan suasana hari ini tanpa ada sedikitpun kesedaran bahawa keadaan hidup kita hari ini , tanpa Islam sebagai Deen yang syumul, bukanlah keadaan yang diredhai Allah.

Junjungan besar kita, Muhammad SAW adalah makhluk Allah yang paling mulia. Baginda adalah Rasul kita. Baginda adalah penyelamat kita. Apakah kita akan terus redha dengan perilaku kaum kuffar yang terus menerus menghina Islam dan Rasul kesayangan kita ini? Barat sedar bahawa provokasi seperti ini akan membakar semangat kaum Muslimin dan ini memberikan mereka justifikasi yang lebih kuat untuk ‘War on Terror’ yang mereka pelopori. Dan mereka begitu ghairah berbuat demikian kerana mereka tahu, tiada siapa yang akan membela kita. Namun sejarah mengingatkan kita ketika George Bernard Shaw, seorang penulis Inggeris ingin membuat suatu penulisan negatif mengenai Rasulullah, kewujudan Khilafah Uthmaniyyah yang pada ketika itu sudahpun lemah, adalah cukup untuk menghalang penulis ini dari meneruskan hasratnya. Di dalam biografinya, tertulis:

‘I had long desired to dramatise the life of Mahomet. But the possibility of a protest from the Turkish Ambassador - or the fear of it - causing the Lord Chamberlain to refuse to license such a play, deterred me.' [Hesketh Pearson's biography of George Bernard Shaw]

(Saya telah lama ingin menulis drama mengenai kehidupan Muhammad tetapi kemungkinan adanya protes dari duta Turki – atau kebimbangan mengenainya – sehingga Lord Chamberlain menolak dari memberi lesen bagi drama ini, telah menghalang saya (dari menulisnya)

Kiriman dari http://jebbat.blogspot.com

12 comments:

Anonymous said...

salam.. hum memang cam ni la orang kafir.. tak der keje. kalau tak silap, pelukis karikatur Nabi Muhammad (S.A.W) yg asal dari German beberapa tahun dulu, mati terbakar kerana rumah dia terbakar.. Kalau benar cerita ni, mungkin ia balasan dari Allah.. tapi berita ni katanya dilindungi oleh kerajaan German.

akuinsanlemah on May 22, 2010 4:06 PM said...

kerja! kerja! kerja!
mari satukan ummat!
mari islahkan ummat!
kerja!

p/s: percaya bahawa KITA akan bersatu dan tangani bersama dengan syarat..

terus bekerja demi Allah!

Syafrizal on May 22, 2010 4:47 PM said...

memang kurang ajar..
yang di Denmark pun sama

Anonymous said...

eh, silap, denmark kot bukan German..

Sidratul Muntaha on May 22, 2010 7:01 PM said...

Assalamualaikum ustaz.

Tadi petang kat buletin 1:30 kuar berita orang arab buat tunjuk perasaan suro kerjaan mereka haramkan face book sebab sebarkan yg buruk2 pasal Nabi kita.

kebanyakn pengguna FB orang islam jugak.Kalo ikut ustaz,relevan tak boikot FB demi hal ni?Macam kita boikot Coke and Mc D...

Terima kasih.

Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on May 22, 2010 10:04 PM said...

Salam,

Pendapat ana wajar juga buat boikot FB kalau dia itu melampau sangat. Masalah ini juga telah diceritakan oleh ustaz zaharuddin dalam blognya yang mengatakan bahawa kalau kita berurusan perniagaan atau meletakkan iklan berbayar atau FB berbayar adalah haram kerana ekonominya di sumbangkan kepada Yahudi. Kalau setakat nak cari maklumat dan teman-teman diharuskan. Tapi FB ini merupakan medan yang paling baik untuk sebarkan dakwah. Masalah boikot itu terpulanglah kepada masing2. Allah berikan akal fikiran dan fikirlah sebaik yang mungkin.

Rizal30 on May 23, 2010 12:00 AM said...

salam,

islam dihina kerana kita umat islam tak bersatu padu. umat islam hanya pada nama tapi cara hidup, pegangan byk ikut yahudi dan nasrani (kristian).
akibat tiada kesedaran tentang agama, mengagungkan budaya yahudi nasrani inilah yg berlaku sekarang.

kembalilah semua umat islam kepangkal jalan. kembali ke landasan sebenar, kembali kepada pegangan agama kita Islam...

Allahu Akhbar!!!

Mr.Z on May 23, 2010 11:14 AM said...

salam...
mereka sudah semakin berani sampai sanggup buat perkara sebegitu. orang kafir tidak akan berhenti memerangi Islam selagi agama Islam tidak lenyap..

Slave of Almighty on May 23, 2010 11:42 PM said...

Salam..

Stuju dgn ustaz.. Jom boytcott FB!

Yup, mnfaatnya ada, namun mudaharat yg dibawa?

Anonymous said...

A'kum...
Maafkan saya. Ini semua adalah ujian drp allah untuk menguji umatnya samada bersabar atau sebaliknya.Sabar itu separuh drp iman. Separuh lagi carilah sendiri dimana jua untuk menjadi hamba yang taat dan patuh

Anonymous said...

Salam,
Bagi saya jangan boikot. Kita guna kan FB untuk dakwah kepada puak2 yang jahil mie.Janganlah guna FB utk berseronok sahaja.Ambil kesempatan atas kemudahan yang disediakan untuk Islam.
Mudah-mudahan dengan issue ini umat Islam akan bersatu.Amin Ya Allah

ila on May 30, 2010 9:42 PM said...

Menghina Nabi Muhammad SAW sememangnya pegangan kaum kafir. Umat Islam perlu percaya bahawa menghina Nabi Muhammad SAW dan Kitab Al-Quran samalah seperti menghina ALLAH SWT yang MAHA BERKUASA. Wajib kita membenci golongan kafir yang sebegini. Kafir yang akan terus dilaknati ALLAH SWT. Sama-samalah kita berdoa semoga ALLAH SWT akan membalas kebiadapan mereka dengan azab yang maha hebat dan semoga mereka menuju kehancuran yang abadi.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Comment

Followers

 
Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template Vector by DaPino