Assalamualaikum ustaz,
Saya ingin bertanyakan tentang sanggul tinggi yang menjadi trend wanita masa kini. Setelah saya cuba untuk mencari jawapan bagi persoalan yang timbul dibenak iaitu apakah hukumnya... saya menjadi keliru kerana ada yang menberikan pendapat yang berbeza berdasarkan sebuah hadis iaitu
Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).
Ada yang menyatakan seperti ini...
Hadis yang menyatakan seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga.
Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya.
dan pendapat lain adalah seperti berikut
Ulama' Syafie menyatakan bahawa mengkerintingkan rambut adalah perkara yang diharamkan melainkan sekiranya sudah berkahwin dan diizinkan oleh suaminya.
Imam Ramli (Ulama' Mazhab Syafie) berkata dalam kitabnya Nihayatul Muhtaj :
"Dan diharamkan seorang wanita mengkerintingkan rambutnya. Sekiranya wanita itu mendapat keizinan suaminya (bagi yang bersuami) atau tuannya (bagi hamba) untuk mengkerintingkan rambutnya maka diharuskan. Ini kerana suami ada hak untuk mendapat perhiasan pada isterinya. Ini disebut dalam kitab Radatut Tolibin oleh Imam Nawawi (Jilid 2 ms 25)
Menurut ulama', seperti mana haram mengkerintingkan rambut, begitu juga dengan meluruskan rambut.
SEBAB PENGHARAMAN
Ada dua sebab bagi pengharaman ini. Ianya adalah seperti berikut:
SEBAB PERTAMA : PENGUBAHAN
Rasulullah saw bersabda :
“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu,pencukur kening dan orang yang dicukur kening,orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah” (Hr Bukhari Muslim)
Definasi pengubahan ciptaan Allah adalah seperti berikut :
“Membuat perubahan kekal pada anggota yang normal"
Menurut ulama , kekal disini tidak semestinya kekal selamanya. Pengubahan yang memakan masa berbulan-bulan juga dianggap sebagai pengubahan yang diharamkan sekiranya untuk kecantikan.
SEBAB KEDUA: PENIPUAN
Muawiyah berkata :
"Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan."
(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagi pengubahan rambut dengan teknik ini dianggap sebagai penipuan kerana manusia nampak seperti elok rambutnya padahal sebaliknya.
Kesimpulan :
Pengharaman ini untuk pengubahan yang ketara, dilihat jelas perbezaannya. dan berkekalan lama Adapun perubahan yang sedikit dengan bersikat, menggunakan gel dan dandanan rambut itu tidak dianggap perkara yang diharamkan. Malahan ini perkara yang disunatkan. Nabi saw bersabda:
"Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya." (Hr Abu daud - hasan sahih)
Rujukan: Nihayatul Muhtaj oleh Imam Ramli, Hafluz Zafaf Fil Feqhil Islami oleh Rafif Abdul Aziz Sabag, Al-Jarahah at-Tajmiliah oleh Dr soleh Fauzan.
Apa yang jelas di fikiran saya sekarang ini adalah pendapat yang kedua berdasarkan tulisan yang telah saya highlightkan.. Apakah ianya benar?
Sekian sahaja buat masa ni. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Wassalam.
Jawapannya
Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.
Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.
Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.
Jika dilihat dari trend orang sekarang ini berfesion seperti sanggul tinggi dan fesion tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesion tersebut. Pendapat saya, jika fesion tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :
“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).
Berpakaian atau bertudung sepertimana menurut Islam telah saya siapkan dalam bentuk artikel saya yang lepas. Untuk mengetahui pakaian yang dikehendaki oleh Islam bolehlah anda membaca artikel tersebut di sini.

salam ustaz. terima kasih atas penjelasan ttg perkara ini. sy mintak persetujuan dr ustaz untuk re-publish artikel ni utk dikongsikan kpd kwn2. terima kasih ustaz :)
ReplyDeletesalam.. thanx 4 d info =)
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih Ustaz atas artikel ini. Makin lama orang perempuan makin jahil dengan fesyennya. Langsung tak fikir.
ReplyDeleteAssalamualaikum, ustaz. Terima kasih atas ulasan ustaz yang jelas dan padat itu. Semoga mendapat perhatian semua umat Islam untuk mempraktikkannya.
ReplyDeletepada mula terkejut jugak saya...terbaca pasal benda ni. Ingat ke kat Qatar ni aje yang pakai macam tu, rupanya dah jadi trend kat negara kita pulak rupanya.
ReplyDeletewanita kini makin jauh tersasar dari landasan sebenar..nauzubillah..
ReplyDeletesaya setuju benar! rata2 kata kita lihat, dari pelajar, ibu, graduan universiti sampai la ke mereka yg berjawatan tinggi sudah jauh tersonsang dalam bab berhias diri.. ramai mereka suka berhias.. padahal ia untuk tontonan awam yg bukan mahram nya.. jelas sekali haram.. tapi ramai yg bagi alasan..
ReplyDeletesalam ustaz..sebelum ini saya ada juga terfikir tentangnya..alhamdulillah ustaz memberi hujjah yang sangat menyakinkan saya.seperti biasa hujjah2 ustaz tidak pernah mengecewakan saya..terima kasih ustaz..teruskan berdakwah :)
ReplyDeleteTerima kasih Mohon copy
ReplyDeleteassalamualaikm.ustaz..kaklong minta izin copy artikel ni untuk dimuatkan di dalam laman web murabbi..kaklong masukkan link blog ustaz dalam portal web murabbi..insyaALLAH sama-sama menyebarkan dakwah..jemput masuk ustaz ke dalam murabbi
ReplyDeletehttp://www.murabbi.net/
Salam,
ReplyDeleteKak Long saya benarkan untuk disebarkan dimana2 web demi manfaat umum. saya dah jadi ahli web murabbi. Teruskan usaha murni kak long tu..
salam...ustaz saya dah bersanggol tinggi ni bukan kerana mengikut trend sekarang..tp dah 5 th lepas dah..ini kerana saya mempunyai rambut yg panjang,saya meyanggulnya utk mengurangkan rasa panas kerana saya syg hendak mengunting rambut saya...adakah menjd kesalahan kpd saya menyanggul tinggi wlupun saya bertudung..saya amat keliru..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTak menjadi masalah bersanggul, tetapi jangan sampai menarik pandangan lelaki lain atau orang yang bukan mahram anda. Kalau dia boleh menarik pandangan orang bukan mahram anda, maka anda wajib mengubah sanggul anda tersebut, kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada anda dan boleh mendatangkan dosa.

Salam ziarah... mohon izin Ustaz... saya ambil sebahagian isi pos ini dan letakkan pautan di http://tazkirahs.blogspot.com/2010/05/tazkirah-larangan-wanita-besanggul.html ... Terima kasih.
ReplyDeleteSalam ziarah...
ReplyDeleteMoga entry ustaz mnjdi panduan & pngajaran kpd smua wanita di luar sana. Ramai penghuni neraka adalah wanita..jd semua kena ambil tgggjwb utk fikir risau atas hal ini. Jgn kita rasa malu & segan utk brpakaian menutup aurat dgn mematuhi syarat2nya krana agama telah mwajibkannya.Bg kaum lelaki pula jgn rasa bangga & gmbira bila lihat anak2,isteri brpakaian menjolok mata @ bpakaian tak ikut syariat.
Contohilah Saidatina Fatimah R.Anha,puteri ksyngan nabi. Beliau sanggup mewasiatkan akan pentingnya mnjaga aurat trmasuk meminta spya auratnya dipelihara walaupun ketika dlm keadaan sudah dicabut nyawa..shingga mayatnya diletakkan di dlm liang lahad pun dlm keadaan gelap gelita di mlm hari shingga tiada sesiapa pun yg dpt melihat besar @ kecil manakah bentuk tubuhnya.
Ana juga lihat wanita2 di negara luar, asalkan dia beragama Islam shj mereka sudah tutup aurat dgn smpurna,hingga kita dpt mengenali mana satu Islam @ bkn Islam, tp di negara kita...amat menyedihkan..serupa shj keadannya.Wallahu alam.
assalamualaikum ustaz..
ReplyDeletetentang hukum meluruskan rambut seperti di atas, ia adalah haram seprti yg diterangkn dalam artikel di atas btl kn?
Haram jika untuk kecantikkan dan haram kerana penipuan (orang nampak cantik disebabkan solekkan atau rambut lurus, tapi sebaliknya tidak).
ReplyDeleteKalau atas izin suami atau kehendak suami, maka itu tidak mengapa dan diharuskan.
salam ustaz,
ReplyDeletesaya amat bersetuju dengan pendapat ustaz pasal sanggul ni, dan ianya depends on niat, jika nak menunjuk2 maka ia haram kerana mudharat lebih besar. Seperti juga dlm kes make up, pada pendapat saya ianya tidak dibolehkan sekiranya utk tujuan menunjuk2, sekiranya utk menutup kecacatan atau penyakit maka ia diberi kelonggaran. Berkenaan dengan 'bonggol unta', pendapat saye ianya merujuk pada wanita zaman jahiliyah, mereka menutup badan tetapi mereka 'make up' wajah dan modified rambut (sanggul,sambung rambit, rambut palsu dll). Dan gejala ini boleh disamakan dengan kefahaman sesetengah wanita yang mungkin keliru mengenai konsep menutup aurat yang sebenar. Ade yang menyangka aurat mereka terlindung padahal masih belum sempurna ditutup(tidak menetapi etika2 pakaian yg mengikut syariat)... harap2 lepas ni semua lebih alert tentang etika pakaian Islam dan bagi orang2 yg bijak pandai, jangan kite menghukum orang yg tidak menutup aurat kerana mungkin mereka tak tau langkah2 yg betul, jadi sape2 yg bijak pandai kena laa ajar dan bimbing, bukan main kondem2 orang je... Dakwah secara hikmah :)
ustaz sy ingin bertanya..tidakkah bersanggul tinggi ini nampak seperti "sister" di gereja?
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteYang dimuliakan-NYA Ustaz,
Dewasa ini ramai yg mencelup mewarnai rambut, misai dan janggut. Apakah hukumnya? Adakah RasuluLLAH (SAW) juga mencelup rambut/misai/janggut?
Terima kasih.
Salam.
ReplyDeleteYang dimuliakan-NYA Ustaz,
Saya ingin bertanya suatu kemusykilan. Harap dapat diperjelaskan.
Bidang Pharmaceutical ialah salah satu bidang perniagaan (Jual-beli ubat kimia). Pengeluarnya ialah pengilang ubat kimia antarabangsa, pembeli dan pengedar utamanya ialah kerajaan melalui hospital, peruncit utamanya ialah kedai farmasi manakala agen jualan langsungnya ialah doktor. Pembeli/pengguna akhirnya ialah pesakit.
1) Tidak ada walau suatu jenis ubat-kimiapun yg ada label HALAL JAKIM (cuba check label strip ubat kimia yg paling popular, PANADOL).
2) Setiap jenis ubat kimia ada side effect & adverse effect (ciri utama dadah merbahaya).
3) Jenis perniagaan ini bercirikan konsep "Keuntungan atas Kesakitan Orang".
4) 90% pengilang ubat kimia dunia dikuasai kapitalis yahudi.
5) Ciri utama ubat kimia (yg disangka ubat) ialah melumpuhkan sistem saraf yg sakit, menghentikan kesakitan buat sementara, ketagihan, kalau henti pengambilan sakit datang semula (drug-dependant) , kalau ambil berterusan rosak buah pinggang atau datang pula penyakit sampingan yg lain kebiasaannya kanser. Adakah ia benar ubat atau racun?
Cuma ingin bertanya kepada Yang diMuliakan-NYA Ustaz: Hukumnya perniagaan sebegini. Belum ada ulama' yg mahu keluar fatwa (mungkin sebab ramai ulama' pun bergantung kepada ubat kimia).
Hospital sekarang sudah takda tempat parking...sentiasa full! Sepatutnya semakin manusia maju, semakin kuranglah orang yg sakit. Sebaliknya semakin ramai pula yg sakit kronik terutama komplikasi jantung, kanser pelik-pelik, selsema burung, selsema babi dan sikit hari selsema lembu dan kambing pula. Minta pandangan dari segi hukum.
Sekian.
salam...
ReplyDeletemenarik laa isu ni... tp kan kalo bab sanggul ni tak ikot sister gereja, pada pendapat saye gaya bertudung zaman sekarang yang banyak ikot style gereja... cuba perhati betol2...
bleh check bebelan saye di:
http://republikn9.blogspot.com/2010/02/terpesong-orang-berilmu-musnah-lah-alam.html
bebelan saye ni cuma teguran je, coz kadang2 orang x sedar kan :)
syukran jazilan ustaz ttg info tu............
ReplyDeleteterima kasih ustaz.. minta kebenaran utk berkongsi artikel atau entri ini dgn kawan2...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBoleh ambillah, tapi permintaan saya masukkan rujukkan asalnya ye. Sebarkanlah kepada semua orang.
terima kasih ustaz....
ReplyDeletesy pinjam artikel ustaz utk di share kpd semua...
Salam,
ReplyDeleteAmbillah dan sebarkan. Permintaan saya masukkan rujukkan asalnya dari mana sebagai tanda keikhlasan.
salam...
ReplyDeletetrima kasih ustaz..
a very good article..
sy pon ada gak tertanya-tanya ttg hal ni..
mintak izin copy n link web ustaz.
Salam ustaz..
ReplyDeleteMinta izin copy artikel..
Tq
Salam ambillah saya benarkan, kalau boleh masukkan rujukan asalnya sekali
ReplyDeletesalam ustaz,kalau niat hati kita tak mahu menunjuk tapi kita bertudung dan bersanggul, dan orang lelaki yang bukan mahram tertarik tanpa syahwat, apa pendapat ustaz? maksud saya, kita yang perempuan ni tiada niat yang tidak elok, tetapi tanpa disedari membuat kan lelalki tertarik, bagaimana hukum nya ustaz?
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKalau ada lelaki tertarik kena ubah sanggul tersebut. Sedangkan wanita yang bertudung labuh dan menutup aurat dipandang lelaki kerana cantiknya, maka wanita tersebut wajib berpurdah untuk mengelakkan berlakunya fitnah.
thanks ustaz, minta utk di kongsi artikel
ReplyDeleteAlhamdulillah..kemusykilan saya kini terjawab..terima kasih banyak2 Ustaz untuk artikel ini..saya mohon kebenaran Ustaz untuk kongsi entri ini di Facebook.. (^_^)
ReplyDeleteSalam saya benarkan, tetapi masukkan link rujukannya sekali.
ReplyDeleteassalamualaikum warahmatuallah hiwabarakatuh,
ReplyDeleteustaz,
jika kita selalu selawat pada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , tiba-tiba kita rasa terharu sehingga mengeluarkan air mata sehingga teresak-esak,lepasa tu kita rasa betapa kita sayang pada nabi kita, lantas saya bertindak balik mengucapkan salam kepada nabi muhammad. lepastu saya berkata YA MUHAMMAD TERIMA LAH SALAMKU INI DI AKHIRAT BESOK. adakah ini berdosa atau bagus amalan ini? kerana saya ini manusia yg jahil.
saya berharap sangat ustaz menjawab pertanyaan saya ini. tolonglah ustaz.
terima kasih,semoha allah merahmati ustaz
assalamualaikum
salam ustaz.mintak izin untuk dipanjangkan isu ini ya .
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteOrang yang mendapat syafaat atau pertolongan nabi Muhammad di akhirat nanti adalah orang yang sentiasa berselawat kepadanya. Jadi dari memberikan salam, lebih baik kita berselawat, sebab orang yang berselawat, melakukan amalan sunnah adalah orang yang cintakan nabi muhammad. Sebenarnya tiada dalil yang mengatakan nabi akan sambut salam di akhirat nanti kepada sesiapa yang memberikan salam di dunia sekarang ini.
Kepada Cik Kia
Boleh ambillah saya benarkan, tetapi kalau boleh masukkan link asalnya boleh.
assalaamu'alaikum ustaz , kat bawah artikel ada tertera "EJOYED READING? SHARE THIS"
ReplyDeleteTechnorati Delicious Digg Facebook Twitter
maknanya dbenarkan saya share d fb?
salam ustaz..sya dari uda jb...mak sya baru mninggal dunia...dia tak berpuasa selama 2 tahun krn sakit buah pinggang kronik...berapa fidyahnya dan bagaimana nak gantikan puasanya...hrp ustaz dpt berikan jwpn..trm ksh.
ReplyDeleteJawapan Nur :
ReplyDeleteBoleh ambillah tapi kalau copy di blog dan sebagainya pastikan memasukkan linknya sekali ye..
Jawapan anonymous :
Begini fidyahnya adalah sebanyak 30 hari tidak puasa. Begini cara mudahnya, anda pergi ke jabatan agama Islam daerah johor bahru, anda pergi ke bahagian zakat dan anda buat pembayaran dan perkiraan di situ dan mereka akan kirakan semua fidyah yang dikenakan. Saya tinggal di IKM JB.. Saya selalu solat jumaat di masjid uda. Sebab imam dia bagus.
Atau anda boleh lihat di sini
http://www.ustaznoramin.com/2010/08/pengiraan-bayaran-fidyah-puasa-secara.html
ustaz.. mtk share yer..:)
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteboleh ambiklah saya benarkan, kalau boleh masukkan linknya sekali ok.
assalamualaikum..
ReplyDeleteustaz..mohon share.. =)
Boleh ambiklah saya benarkan, tetapi kalau boleh masukkan link asalnya ok
ReplyDeleteassalamualaikum.
ReplyDeleteustaz, jadi apa yang saya faham disini, bersanggul bagi perempuan yang memang sudah sedia berambut panjang tidak haram hukumnya?? tetapi bersanggul untuk tujuan kecantikan dan untuk mendapat perhatian orang maka haram?? begitukah ustaz??
Betul tu, itu yang saya maksudkan.. Perempuan ni berhias untuk suami sahaja, bukan untuk tontonan orang ramai..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteminx izin utk saya share kpd yg lain..tqvm..=)
Assalamu'alaikum...
ReplyDeleteUstaz... Saya mohon untuk share artikel ni, disertakan dengan sumber. terima kasih.
salam ,
ReplyDeleteustaz , saya nak tanye la..sekarang ni ada yg memakai anak tudung yang ada sanggul palsu . tu pon dosa jgk x ustaz ? ada yang rambut pendek , tp pakai sanggul palsu .
assalamualaikum ustaz,
ReplyDeletesaya juga mempunyai soalan yg sama seperti Anonymous di atas
assalamualaikum ustaz..
ReplyDeletesaya mohon share artikel ini...terima kasih..^^
ustaz, mcmane dgn pemakaian sanggul tiruan plak?
ReplyDelete