PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru Kepada Semua

video



Salam buat semua rakan dan sahabat yang sentiasa mendapat naungan rahmat Allah. Bersempena Sambutan Hari Guru pada tahun 2010 ini, saya nak menyeru kepada semua yang bergelar guru, teruskan perjuangan anda mendidik anak bangsa ke jalan yang benar dan diredhai Allah. Didik dan ajar mereka seperti anak dan adik sendiri. Jasa sebagai seorang guru memang besar dan pahalanya berterusan selagimana kita mendidik anak-anak murid kita kearah jalan kebaikan dan ketaqwaan.

Jangan jemu dalam melaksanakan kewajipan yang telah diamanahkan oleh kerajaan dan Allah kepada kita. Tanggungjawab merupakan kewajipan yang perlu dipikul dan tunaikan, jika kita tidak melaksanakan kewajipan ini dengan baik, maka bererti kita menginkari perintah Allah dan berdosa kepada agama, bangsa dan negara.. Ingat wahai sekelian guru teruskan perjuangan anda dalam mendaulatkan negara, bangsa dan agama kepada tahap yang paling tinggi sekali. Segala pengorbanan dan usaha kita semua akan dianugerahkan pahala yang paling besar dari Allah SWT. Terimalah nasyid ini sebagai menghargai segala pengorbanan semua guru Malaysia.


SELAMAT HARI GURU

KEPADA SEMUA GURU-GURU MALAYSIA

3 comments :

  1. Ustaz pun guru saya juga hehe

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Guru Ustaz. Betul kata Syafrizal, Ustaz pun guru juga, guru online buat kami. Terima kasih ya Ustaz.

    ReplyDelete
  3. salam,

    Terima kasih atas ucapan anda semua, saya hargai dan mudah2an saya beristiqamah dalam perjuangan saya sebagai seorang guru.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG