PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, June 1, 2010

7 Sunnah Nabi Yang Patut Dilakukan


Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan ialah :

Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :

  1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.

  2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.

  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.

  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.

  5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)

Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari

Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)

Jangan Tinggalkan Masjid

Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."


Jaga Solat Dhuha

Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jaga Sedekah

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)

Jaga Wudhuk Terus Menerus

wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :

"Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Istighfar Setiap Masa

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)

17 comments :

  1. salam ustaz...

    tambahan..

    1. selalu bersugi sebelum wudhu, sebelum tidur, selepas bangun tidur..

    2. selalu memberi dan menjawab salam
    3. selalu bersalaman bila berjumpa sambil tersenyum

    4. selalu mendahulu kan salam
    5. berjabat tangan lama2 sikit
    6. menjawab salam sepenuh mungkin iaitu waalaikumussalam warah matullahi wabarakatuh..

    7. tidak meninggalkan solat witir
    8. tidak meninggalkan surah Al-Mulk dan Al-Waqiah setiap malam

    9. tidak meninggalkan Surah Al-Kahfi setiap Jumaat.

    10. selalu mendahulukan kekananan untuk benda baik sprti pakai baju, selipar, stokin..

    11. melangkah keluar atau memulakan kerja dengan basmallah..

    12. pakai kopiah bagi lelaki dan baju berlengan panjang..

    13. menyimpan janggut bagi lelaki
    14. menipiskan misai bagi lelaki
    15. cukur bulu ari2
    16. tidak menginggalkan solat qobliah Subuh
    17. datang teramat awal ke masjid untuk solat Jumaat.

    18. solat tasbih walau sekali seumur hidup
    19. bersedekah Al-Fatihah buat umat Islam, ibu bapa dan mukmin lain yg telah meninggal dunia.

    20. pakai minyak wangi halal sentiasa bagi lelaki

    21. memandang makanan yg terhidang dengan penuh mulia dan tidak membazirkannya..

    22. sentiasa mengucapkan insya Allah.. dan Alhamdulillah.. berbanding yer, okay, guarantee, nasib baik, legaaa... yes!

    23. selalu menangis takutkan Allah..

    24. berselawat kepada Rasululullah

    25. selalu ingat bahawa segala nikmat dan hasil adalah nikmat Allah kerana itu sudah ditakdirkan.. bukan kerana usaha. tapi jadikan usaha satu cara ibadah.

    26. menghadiri majlis2 ilmu..


    sekian..

    ReplyDelete
  2. Salam Ustaz...

    Entry yg bgus, smoga ianya dpt kita renungkn & berazam utk amalkannya,insyaAllah.

    "Ad-Deen Kulluhu Adab". -agama itu smuanya adab.

    Ssuatu pkara akan mnjadi AGAMA apabila kita melakukannya dgn mentaati perintah Allah Subhanahu Wataala & mlaksanakannya dgn cara yg telah ditunjukkn oleh Rasulullah Sallallahu Alai wasallam, seumpamanya mkn minum, msuk kluar tndas, tidur, naik turun knderaan shinggalah mnjalankn prniagaan & prtanian & sgala aspek khidupn di dunia yg fana ini.

    Syeikh Abdul Qadir Jailani telah bkata bhwa asas kbaikn & pintu kbajikan ialah kasih kpd Rasulullah dgn mnjadikn bginda sbgai ikutn & cntoh utama dlm smua aspek dr segi prtuturan @ prbuatan. Bgitu juga Abu Husain Ahmad bin Ali Al-Hirawi brkata bhwa ssiapa yg bramal ssuatu amalan tanpa mengikut sunnah Rasulullah, maka amalannya adalah batal. Smoga kita berusaha betulkn ibadah/amalan harian kita 24 jam ikut cara Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, insyaAllah.
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Bagus dan sangat berharga perkongsian informasi yang anda berikan, ana hargai dan mengharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua.

    ReplyDelete
  4. ASSALAM
    kita semestinya berusaha mengamalkn Sunnah2 nabi Muhammad SAW Gr mendpt kejayaan dlm semua bidang Ibadah dan duniawi kita..kita bukan setakat menyampaikan tapi kita tidak melaksanakan keatas diri kita sendiri.malah ada dianatara sunnah2 nabi ini dituntut utk dipegangi..antaranya janggut.kejayaan org ISLAM terletak dgn perlaksanaan kita.inilah yg musuh2 ISLAM takuti dan laksanakan agar kita menjauhi dari mencontohi dan melaksanakan SUnnah Nabi dgn berpegang dgn ALQURAN dan Sunnah Nabi dlm semua hal ISLAM dlm ibdaha dan duniawi malah kita menjadi diri kita musuh kpd org islam sendiri bila mana kita lihat kita mengamalkan Sunnah2 ini. wassalam

    ReplyDelete
  5. salam,
    Ustaz saya ada ditanya oleh seorang kawan beragama kristian (cina). Soalan dia ialah:

    1)Adakah lambang bulan sabit dan bintang itu lambang agama Islam? kenapa dan apa maknanya? Apakah itu dewa agama Islam?

    2)Kenapa org Islam sering mengatakan yang kitab Injil zaman sekarang sudah diubah suai (tidak asli)sedangkan org Islam beriman kepada kitab yang 4. Kalau benar kitab injil sudah dipesongkan, kenapa tak tunjukkan yang aslinya untuk nyatakan kebenaran Islam, buat perbandingan yang jelas. (Maksudnya disini, seolah2 kita org Islam hanya tahu menyalahkan tanpa menghadirkan bukti sahih, dan tiba2 mengatakan al-quran dan Islam adalah benar)

    Kelu lidah saya yang cetek ilmu ni. Saya minta pandangan ustaz tentang soalan diatas. (Maaf komen yang tak berkaitan dgn entry). Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Pasai bulan bintang nih payah juga nak jawab, tapi ana bagi jawapan logik akal sahaja. begini bulan itu adalah penyinar alam dan bintang itu adalah bernaung di bawah cahaya bulan. Jadi kesimpulannya bulan itu adalah Tuhan dan manusia hidup atas ehsan tuhan dan menjadi hamba Tuhan. Jelas bahawa Islam adalah menghambakan diri kepada Allah yang satu. semua umat tak kira warna kulit, bangsa dan keturunan semua berada di bawah Allah yang satu.

    Orang Islam beriman kepada kitab Taurat dan Injil dan Zabir yang original dan yang tidak diubah. Kitab taurat dan injil sekarang tak sama dan bukan original. Kalau sama dah lama orang kristian sembah Tuhan Allah. Dalam kitab injil ada tertulis Nabi Muhammad utusan terakhir dan kenapa orang kristian tak mau ikut. Dalam Al-Quran betul cuba buka surah al-alaq atau iqra, baca dan lihat terjemahannya yang menceritakan kejadian manusia. Ini beza dengan kitab injil.

    Nak lebih lagi kena tanya orang usuluddin bidang pembangdingan agama. Ana jawab berdasarkan sedikit ilmu yang ada sahaja.

    ReplyDelete
  7. Satu lagi, anta bandingkan antara lambang Islam dengan kristian. Islam punya lambang duduk atas sekali sebab dia bulan dan bintang dan mengelilingi dunia, ini beza dengan kristian sebab lambangnya hanya "t" palang sahaja dan tiada maksud yang tinggi seperti Islam. Hujah nih anta boleh tembak dia habis-habisan dan anta boleh kembangkan lagi hujah ini dengan logik anta. Orang kristian tak terima Al-Quran jadi susah nak guna dalil. Jadi kita gabungkan dua sumber iaitu logik dan nas Al-Quran dan Hadis lagi baik. Ini kalau anta mampu buatlah. Bagi ana cukup dengan logik sahaja dah boleh patahkan hujahnya.

    ReplyDelete
  8. salam saya nak tolong jawab lah..

    soalan 2. pasal kitab injil tu.. bukan kita tuduh.. tetapi memang terbukti mereka yg ubah dan tukar. di dunia ni ada beribu2 jenis kitab bible. setiap jenis ada perbezaan antara satu sama lain. ini terjadi dek kerana dia orang translate sana sini.bila translate maksud asal dah lari. itu masalah translate, tak kira lagi masalah dia tambah dan buang ayat2 dalam injil dan sekarang ni terhasilnya bible. orang awam kristian memang tak tahu pasal ni.. tapi ramai paderi2 masuk islam. sebagai contoh Dr. Jerald F. Dirks. dia ni bekas Minister Christian,belajar di Harvard Divinity School,USA, Doctor of Psychology. Di akhir pengajian sebelum diangkat menjadi paderi utama, mereka kena menghadiri beberapa seminars. di sinilah dia cakap, dia telah diberitahu dan didedahkan mengenai perubahan ayat2 dari Bible King James Version ke Old testament ke new testament and so on.. kiranya, ada ayat yg ditambah manusia, dan ada yg telah dibuang.. akhirnya, dia masuk Islam. dan ramai lagi la yg masuk Islam. antara contohnya Hajah Irene handono (bekas nun), Yusuf Estes (preacher), Joshua Evans (preacher) dan banyak lagi, semua ni orang2 berilmu tinggi yg ingin mencari kebenaran.. akhirnya jumpa Islam. adapun ramai Melayu yg convert ke Kristian, ia bukanlah kerana kebenaran, tetapi tertarik dengan gaya hidup bebas..

    saudara boleh baca mengenai Council of Nicaea. di sini mereka paderi2 berkumpul dan berbincang mengenai agama mereka. banyak tradisi agama dan bab ketuhanan Kristian adalah terhasil dari perbincangan ini.. berlaku juga la rekaan sana dan sini dalam agama Kristian yg tak pernah di ajar Jesus pun.

    hum, banyak sangat lagi faktanya. tapi tu mungkin boleh jadi muqaddimahnya dulu..
    Wallahu a'alam.

    ReplyDelete
  9. soalan 1: pasal bulan bintang tu, terlalu amat banyak dalam website penjelasannya. boleh google..
    tapi ni antara soalan yg orang kafir selalu tanya.. termasuklah mereka mengatakan Allah adalah nama kepada satu berhala yg berada di keliling Kaabah di zaman jahiliah lagi.. soalan2 sperti ini telah lama di jawab.. takder apa nak dimusykilkan.

    ReplyDelete
  10. Salam,
    terima kasih dan saya amat hargai dengan jawapan2 yang diberikan. terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Tambahan lagi pada jawapan tersebut, bulan bintang ini adalah logo yang digunakan oleh kerajaan Khalifah Uthmaniah yang besar dan bulan bintang itu ialah melambangkan kepada perpaduan pemerintahan Islam yang besar di antara asia, eropah dan afrika.

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Terima kasih atas perkongsian kawan-kawan semua, saya sangat menghargai pandangan anda semua. Saya harapkan juga kepada yang bertanya semoga jawapan yang diberikan oleh kawan-kawan semua, anda dapat menjawab soalan yang ditanya oleh kristian tersebut.

    ReplyDelete
  13. ustaz.. sunah nabi dalam berjihad

    Wahai para pemimpin yang ada bala tentera dilaut, diudara, dan di darat

    ”Perangilah mereka [YAHUDI], nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman”. [Surah At-Taubah (9) : 14].

    ReplyDelete
  14. salam ustaz..terima kasih..info yg sngt bermanfaat..insyarallah akan diberitahu kpd yg belum mengetahuinya :)

    ReplyDelete
  15. Salam, sy harap ustaz dapat buat research terlebih dahulu sebelum menjawab persoalan yang diutarakan tentang lambang bulan oleh saudara kita itu kerana jawapan berdasarkan logik akal mungkin kurang tepat berbanding dengan apa yang sy baca berkaitan dengan persoalan2 yang selalu ditimbulkan oleh orang yang bertanya mengenai islam. Mereka mengaitkan Allah sbg salah satu dewa yang disembah oleh arab jahiliyah sebelum kedatangan Islam.

    ReplyDelete
  16. share ya akhi..

    ReplyDelete
  17. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG