PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, June 22, 2010

Adakah lelaki lembut dilaknat oleh Allah

Gambar ini adalah gambar hiasan sahaja

Soalan :


Salam ustaz,

Adakah lelaki lembut dilaknat oleh Allah? saya dibesarkan sejak kecil seperti lelaki, tetapi kerana suasana pembesaran, menjadikan saya lebih bersifat keperempuanan. Iaitu, cara saya bercakap lembut, pergerakan juga lembut. bila remaja, saya mula suka kepada kedua-dua lelaki dan perempuan. saya tertarik dengan lelaki yg hensem dan macho. Pada masa yang sama, saya suka perempuan yang alim dan solehah. Tetapi, nafsu shahwat saya lebih terarah kepada lelaki sehinggalah sekarang. Saya tahu homoseks adalah haram dan dilaknat. Saya mencuba untuk menjauhinya dan Alhamdulillah, sekarang nafsu lebih terkawal.. Tetapi, sukar untuk saya padamkan nafsu sonsang tersebut.. Kadang-kadang mata saya masih melirik kepada lelaki hensem.. Saya cuba tundukkan pandangan mata.

saya berdoa agar saya tidak gay dan saya rasa sedikit sebanyak sudah ada hasilnya. Cuma, untuk mempunyai shahwat dengan perempuan pula agak susah. Bila bercakap dengan wanita idaman saya, nafsu saya tidak terangsang sebagaimana saya melihat lelaki hensem..

Apakah nasihat ustaz? Bagaimana harus saya lupuskan kesemua nafsu songsang ?

Selain itu, walaupun perasaan songsang mula lentur, tetapi sikap keperempuanan saya masih ada. Gaya lembut berjalan dan beraksi, cara percakapan saya. Saya rasa, mungkin sekali bercakap dengan orang sahaja, mereka sudah tahu saya jenis lembut.. Tabiat ini susah untuk saya buang. Adakah saya juga berdosa dengan menyerupai wanita dari cara ini? Sebab memang saya berjiwa lembut.

Harap ustaz boleh bagi nasihat.

Jawapan :

Takrif lelaki lembut ialah rangkai kata lembut lembai (dialek Kedah) yg bermaksud orang lelaki yg berjalan seperti orang perempuan. Lelaki yang lembut sering kali suka kepada pekerjaan wanita seperti mengemas rumah, memasak, berhias, berperasaan atau sikap seperti wanita dan sebagainya. Lazimnya lelaki lembut ini tidak suka kepada pekerjaan-pekerjaan yang berat sepertimana pekerjaan lelaki.

Lelaki yang lembut adalah anugerah Allah dan tidak dilaknat Allah selagimana dia tidak melakukan perbuatan sumbang. Semua kejadian manusia dan alam ini adalah dari Allah, mereka juga dijadikan dengan sebaik-baik kejadian tanpa cacat cela. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).” (At-Tin : 4)

Lelaki yang lembut juga memerlukan layanan yang baik sepertimana orang lain, tetapi malangnya masyarakat melayu sekarang ini rata-ratanya melayan mereka ini seperti orang yang tidak bermaruah. Sesiapa yang mempunyai sahabat, keluarga, anak atau sebagainya dianggap malang kerana mengundang kutukan atau celaan orang lain. Mereka lupa sebenarnya ini semua adalah anugerah Allah kepada keluarga atau masyarakat tersebut. Allah hendak menguji mereka bagaimana mereka mendidik lelaki lembut ini atau mereka memdidik lelaki lembut ini kearah kemaksiatan seperti seks sejenis (homoseksual), lesbian atau sebagainya. Baru-baru ini telah digemparkan dengan kisah Fadhil Min yang berkahwin songsang dengan lelaki Inggeris.

Sebenarnya lelaki lembut ini perlu dibimbing mereka ke arah yang dikehendaki oleh syariat supaya mereka tidak terjebak dalam masalah sosial seperti yang dinyatakan di atas. Keluarga perlu bertanggungjawab mengarahkan anak lelaki mereka yang lembut seperti, tidak membiarkan anak lelaki mereka memakai pakaian anak-anak perempuan, tidak membiarkan anak lelaki mereka berkawan dengan perempuan, tidak membiarkan anak lelaki mereka memasak dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan anak lelaki yang lembut tidak mempunyai perasaan perempuan atau cinta songsang.

Sebagai masyarakat, kita tidak semestinya meminggirkan mereka yang lembut ini, kerana kebanyakkan kes yang berlaku seperti pondan atau mat nyah ini adalah disebabkan keluarga dan masyarakat yang meminggirkan mereka. Sebagai masyarakat, kita seharusnya membimbing mereka ke arah apa yang dikehendaki oleh Islam dan memberikan semangat kepada mereka supaya tidak terasa hina dan terpinggir. Sebenarnya lelaki yang lembut ini juga mempunyai kelebihan yang tersendiri yang tidak mampu di buat oleh lelaki biasa. Di antara kelebihannya ialah memasak, mengemas rumah, menjahit dan sebagainya.

Sebagai seorang lelaki yang lembut, anda tidak perlu merasa diri ini hina dan menjadi bebanan kepada keluarga tersebut. Anda juga perlu ingat ini semua adalah ketentuan Allah dan setiap ciptaan Allah tidak sia-sia. Ramai lelaki yang lembut berjaya mengharumkan namanya seperti menjadi pengacara TV, menjadi artis, jadi penceramah, guru, ustaz dan sebagainya. Ini sekaligus menafikan bahawa lelaki lembut ini tidak berguna. Firman Allah yang bermaksud :

“Setiap anak yang dilahirkan adalah berkeadaan fitrah”.

Kepada sesiapa yang mempunyai sifat lelaki lembut, anak atau kawan yang lembut, mereka tetap lelaki dan hukumnya juga tetap lelaki. Mereka hanya mempunyai perwatakan sahaja lembut seperti wanita, tetapi ketentuan hukum fiqh adalah lelaki. Pergaulannya dengan perempuan tetap haram atau menyerupai wanita juga tetap haram. Ada setengah lelaki lembut ini menganggap diri mereka perempuan sehinggakan mereka berpakaian seperti perempuan, bergincu, seluar ketat, rambut sangul dan malah ada yang bertudung. Kalau yang lebih teruk lagi mengadakan hubungan songsang iaitu jatuh cinta kepada lelaki dan tiada selera keinginan kepada wanita. Ini semua terjadi adalah anggapan mereka yang tertipu dengan syaitan dengan mengatakan bahawa mereka adalah perempuan. Daripada Ibn Abbas r.a. katanya :

“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda lagi “halau mereka dari rumahmu.” (Sahih Bukhari)

Kembalilah ke pangkal jalan dan bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat dan berjanji tidak lagi mengulangi perbuatan yang terkutuk ini. Allah sangat membenci dan melaknat orang yang melakukan hubungan luar tabi’i. Berhijrahlah diri anda dari perlakuan yang lama kepada perlakuan yang baru, supaya hidup ini menjadi berkat dan menjadi hamba Allah yang baik ( Sifat Mahmudah). Seringlah takut akan azab Allah yang amat dahsyat kepada sesiapa yang melanggar perintah dan hakikat kejadian manusia. Firman Allah yang bermaksud :

“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (Al-Syams : 7-10)

Kesimpulannya

Lelaki lembut adalah dari ciptaan Allah dan ini semua adalah dari kehendak Allah. Sebagai manusia yang bertaqwa kepada Allah, maka wajiblah kita menerima segala ketentuan dan ketetapan Allah ke atas diri kita. Berbahagialah orang yang menerima ketentuan dan ketetapan Allah, dirinya akan merasa tenang dan akan ditambah cahaya iman dan taqwa di dalam dirinya. Positifkan pemikiran dan berdoa :
“aku tidak akan melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah seperti bercinta atau mempunyai keinginan songsang. Aku akan menjadi suami kepada seorang isteri yang solehah dan menunaikan segala amanah dan tanggungjawab aku sebagai suami.” Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan segala permintaan kita semua, Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani, seringlah ingatkan Allah dan seringlah memohon pertolongan kepada Allah untuk mengeluarkan diri kita dari segala kesusahan.

21 comments :

  1. Assalamualaikm..

    apabila membaca artikel ustaz ini, kaklong teringat pula cerita dari seorang sahabat dalam usrah..

    Ceritanya, ketika zaman nabi dahulu, ada seorang sahabat nabi yang sememangnya dilahirkan agak lembut (Asif, kaklong lupa nama sahabat nabi tersebut, nanti kaklong bagitahu balik)

    Tetapi dia redha pada qada dan qadar dan ketentuan serta ketetapan Allah. Walaubagaimanapun, sahabat nabi tetap berasa malu dan tersisih kerana sifat yang lembut pada dirinya. Jika dalam majlis2 ilmu agama, dia sentiasa berada dibelakang sekali


    Tetapi nak tahu dihujung hayatnya, dimana Rasulullah sendiri yang mengangkat tubuhnya untuk dimasukkan diliang lahad..menunjukkan hebatnya dia disisi Rasulullah..menunjukkan sangat sayangnya Rasulullah pada lelaki itu..

    Benat, pentingnya menerima qadar dan qadar dari Allah serta ketentuan Allah..Sahabat Rasulullah menerima pada ketentuan yang Allah tetapkan padanya. REDHA pada Qada dan Qadar ALLAh..penting dalam kehidupan seharian..;)

    ReplyDelete
  2. ibu bapa kena jaga... jangan pakaikan anak lelaki dengan pakaian anak perempuan.... dan semua yang melibatkan acara lelaki hindarkan dari anak-anak sehinggalah mereka baligh!

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Terima kasih semua atas perkongsian anda, ana alu-alukan anda semua berkongsi pendapat berkenaan artikel ini. Semoga segala perkongsian ini mendapat ganjaran dari Allah dan dapat dimanfaat oleh semua umat.

    ReplyDelete
  4. Salam,
    terima kasih Ustaz

    Sudah disenaraikan blog ini di KINI DAN SILAM (http://matamin02.blogspot.com)

    terima kasih

    ReplyDelete
  5. salam singgah ustaz.

    saya pun ada juga kawan lelaki yang lembut.terima kasig berkongsi info. :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

    ustaz, ni soalan keluar tajuk. apa hukumnya ustaz2 yg suka berceramah tapi ada sindiran, mengata dan menghebahkan keburukan orang? sy selalu dengar ceramah agama dari beberapa ustaz PAS.. dan ada unsur2 tersebut. apa hukumnya ustaz? dan jika saya mendengarnya, adakah saya turut dikira bersubahat mengumpat? antara yg biasa disebut ialah kesesatan pemimpin UMNO sama ada secara individu khusus atau parti am nya.

    saya minat politik Islam, tapi saya tak mahu terlibat dengan apa yg salah.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Salam ustaz,

    kawan kristian saya kata, Nabi Ibrahim tidak pernah ke Mekah. maka, kaabah tidak dibina oleh beliau.. sebaliknya dibina dan dijadikan tempat menyembah berhala oleh orang musyrikin. macam mana saya nak explain ustaz?
    terima kasih.

    ReplyDelete
  8. salam ustaz, lame x ziarah ini blog... nak bg pendapat laaa...

    1) Saye setuju ngan pandangan ustaz pasal lelaki lembut, itu satu anugerah dan masing2 ade kelebihan masing2... cuma masyarakat yg pandang serong especially orang2 melayu. Kalo bab hubungan songsng x smestinya lelaki lembut yg terlibat, yg macho, badan tegap, yg teserlah kejantanan pon ramai yg terjebak isu gay ni. Its depend to ourself utk halang diri dri maksiat... benda x elok tu x kan datang kalo kite berusaha utk menghindarinya... kalo jihad lawan hawa nafsu tu kite buat betol2 selamat laa dunia akhirat... (cuma soalan tu sy pelik bile masuk bab jumpe pempuan idaman x rase bernafsu ha3)... nafsu ni bukan utk pempuan idaman tpi utk isteri yg sah... kalo bernafsu kat pempuan idaman x pasal2 berzina plak... nau'zubillah...

    ReplyDelete
  9. Salam ustaz...

    lari tajuk sikit. boleh ustaz bagi komen kepada mereka2 yg meluluskan lesen judi? dan apa pula hukumnya jika orang meredhai dan bersetuju dengan keputusan itu?

    wassalam

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Terima kasih atas perkongsian anda kepada semua, ana alu-alukan pendapat anda semua.

    Masalah judi boleh sepertimana sedia maklum adalah haram kerana judi ini jelas dan terang ada nas mengatakan haram dan tiada alasan dan tiada dolak dalih lagi. Insyaallah kalau ada masa saya buatkan artikel berkaitan judi bola ini.

    ReplyDelete
  12. BENDA YANG DAH HARAM DAN TERDAPAT DALIL YANG JELAS TETAP HARAM ATAS APE ALASAN PON... ARAK UTK PERUBATAN=HARAM, JUDI UNTUK HALANG JUDI YANG UNREGISTERED=HARAM...
    UTK ORANG YANG DAH TAU HUKUM HAKAM TAPI MENGHALALKAN YANG HARAM... HARAP2 BERTOBAT...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Uztaz ,

    Saya berminat sangat apabila saya membaca cerita uztaz ini. saya pernah jatuh cinta kepada lelaki yang mempunyai perwatakan yang lembut. lalu semasa hari jadi saya , dia membawa rakan seklass dia untuk berjumpa saya,,lalu lelaki yang lembut itu bertanya kepada saya apa lagi yang saya nak , dia maki saya lah tapi uztaz saya kekal sahaja membisu kerana saya kekok sikit tentang hal perkelahian ini uztaz. saya cuma cakap "ENOUGH" tetapi dia ulang balik cakap saya dengan muka yang sombong. apabila debatan pun selesai lelaki tadi itu terus bejalan sambil ketawa..saya hairan uztaz,kenapa dia ketawa selepas dia kelahi sama saya :) pada keesokan harinya , lelaki tadi itu menentang saya sambil dia menoleh arah girlfriend suruhan dia. lalu dia tentang saya balik. pada beberapa harinya , saya selidiki bahawa itu semuanya adalah rancangan mereka uztaz.. kata lelaki itu dia mahu merosakkan hari jadii saya dan hendak membalas dendam. tapi apabila saya terjumpa dia uztaz, saya malu nak berdepan dengan dia kerana apabila saya melintasi dia , pasti saya teringat semua kenangan yang terjadi semasa hari jadi saya. sampai disini sahaja ya uztaz

    Bolehkah uztaz beri pendapat terhadap masaalah yang saya hadapi. saya masih bengang dengan masaalah yang saya hadapi sampai sekarang

    Daripada
    -Hamba Allah-

    ReplyDelete
  14. Salam

    Sebagai umat Islam yang baik dan taat kepada Allah, maka kita mesti bersabar dan redho kepada segala yang terjadi kepada kita, mungkin itu dugaan dari Allah untuk kita, mungkin itu balasan Allah atas segala kesalahan yang kita lakukan sebelum ini, yang penting muhasabah balik dan redho dengan segala benda yang berlaku, kalau kita berdendam dengan orang, sering kalilah kita berdoa dan solat dua rakaat mohon pertunjuk dari Allah.. Kalau boleh doakan dirinya sekali semoga diberikan hidayah kepadanya, mungkin dengan doa kita ini akan membuatkan diri kita jadi lega dan tidak berdendam lagi dengannya.

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Terima Kasih Uztaz atas nasihat yang diberikan dan saranan yang perlu dibuat untuk semua masalah ini~ Semoga Allah menerima segala amalan yang kita buat dan memberikan pahala yang berlipat terutama kepada uztaz yang memberikan tunjuk ajar kepada saya~ lagi sekali terima kasih uztaz~ Semoga Allah SWT merahmati uztaz. Amin~ :)

    Daripada
    -Hamba Allah-

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum..saya telah berkahwin dengan lelaki lembut dengan harapan dia berubah menjadi lelaki sejati tetapi selama 15 bulan tiada nafkah batin dan yang paling menyedihkan tiada kasih sayang n perhatian sebagaimana harus seorang isteri terima. kami berkerja di daerah yang berbeza dan tinggal berasingan. tetapi dia jrg2 balik dan menjenguk saya.saya berulang alik hampir 4 kali dalam seminggu,bangun seawal pg untuk sampai awal ke tmpt kerja.pikul tugas ibarat suami,mencari nafkah diri sendiri kerana setiap bulan tiada nafkah buat saya hatta duit minyak dan tol ulang alik pun saya tanggung sendiri,saya seperti bukan seorang isteri. saya sedar dia berkawan sgt rapat dgn seorang pekerja bawahannya sama jantina tetapi tiada bukti dia bernafsu songsang. yang pasti dia tiada nafsu pada saya. setiap hari berdoa agar dia berubah.mg masih diberi kesabaran entah sampai bila ya Allah...

    ReplyDelete
  17. Salam

    Begini saya berikan jalan, anda berhak laporkan benda ini ke jabatan agama Islam, sebab mula dulu waktu akad nikah dia telah melafazkan taklik.. Cara yang baik untuk perkara ini buat laporan ke jabatan agama Islam.. Ni bukan nak putuskan hubungan.. Bila buat laporan dia akan dipanggil dan dikauseling oleh jabatan agama Islam. Kalau dia engan jugak, maka barulah jatuh talak taklik.

    ReplyDelete
  18. Salam ustaz.

    Sy ada mengenali seorang lelaki yang baru-baru ini saya telah curigai ketulenan dia. Setelah disoal, akhirnya dia mengaku yang dia merupakan seorang bisexual. Saya mulai takut mendengar pengakuan dia. Ikutkan hati mahu saja memutuskan persahabatan tapi saya tahu saya tak patut meninggalakn dia terkontang-kanting terus menerus dibuai nafsu pelik.Katanya dia tak pernah lagi buat kerja terkutuk. Setakat mempunyai nafsu terhadap lelaki kacak. Tapi sy risau dengan pengaruh dan godaan geng yang bernafsu pelik seperti dia, dikhuatiri dia pun akan terjebak untuk melakukan perkara-perkara yang dilaknat dan dibenci oleh Allah. Saya dah puas memujuk dia untuk bertaubat. Dia nak berubah tapi masalahnya dia cakap sukar untuk die melawan nafsunya itu.

    Soalan saya: Bolehkan ustaz memberi tips untuk menyelesaikan masalah ini dan bagaimanakah caranya untuk menasihati dia? Mungkin ustaz boleh berikan nasihat di sini dan saya akan sampaikan kepada dia. Semoga dia terbuka hati untuk menerima nasihat daripada uztas pulak. Atau adakah cara lain yang boleh dia amalkan untuk berubah.Sekian terima kasih ustaz.

    ReplyDelete
  19. salam ustaz saya nak tnya ustaz boleh tak

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum Ustaz.. saya ambil artikel dari blog ustaz nok berkongsi bersama..

    ReplyDelete
  21. Saya google terjumpa artikel menarik ini.Jazakallah atas pencerahan. saya sendiri mempunyai sifat yg lembut jika hendak dibandingkan dgn rakan lelaki saya yg lain. Masa dizaman kanak2 dahulu mungkin disifatkan seorg yg sng mnangis. zaman kanak2 sy tidaklah sebaik mana. tetapi apabila meningkat remaja sy kwn dgn smua manusia.Sy sendiri pergi ke arah mereka dimana org yg boleh menerima sifat fitrah sya yg kdg kala lembut. Ibu sy melatih sy kdg kala perbuatan jalan seperti perempuan atau sbgainya bukanlah niat sy tetapi sy sendiri terlakukannya tanpa disedari.. Saya sendiri lebih tertarik kpda lelaki daripda wanita tetapi ini adalah jihad saya dan ini adalah rahsia saya dgn Allah.Sya sedaya upaya menjauhkan perbuatan yg merosakkan akidah dan iman saya. Inilah jihad sya. Jika sya terlajak sy bertaubat,bila jatuh sy bangkit sya xkan putus asa. Sya menyertai aktiviti msyarakat, memperbnykan ilmu, pergi ke majlis agama dan mencri rakan yg boleh membimbing sya, sya cuba lakukan smuanya. Jika sya lihat dri sudut pandangan masyarakat, mmg ramai yg terlajak, dan juga pandangan persekitaran masyarakat sendiri yg tidak membantu malahan cemuhan yg dilontarkan bukan solusi. Moga suatu hari nnti dpt sy sumbangkan manfaat pada msyarakat. Moga saya dpt menunaikan tanggung jwab sya sebagai hambanya yg soleh dan juga punyai jodoh yg solehah nnti aminn :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG