PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Sunday, June 13, 2010

Jom Kita Lawat & Daftar Laman Web Murabbi Ramai-Ramai

Klik Pada Gambar Untuk Ke Laman Portal Murabbi Net


Salam kepada semua kawan-kawan dan salam 1 akidah kepada semua sahabat sekalian. Saya doakan anda semua sihat dan dimudahkan segala urusan anda. Sebenarnya saya tidak ada apa yang ingin ditulis, tetapi atas rasa terharu kepada pengelola laman portal Murabbi Net yang telah berjaya mengambil kembali akaun google saya dari pencuri laman maya. Terima kasih kepada Emilife yang sudi menolong saya. Beliau adalah salah seorang pengelola laman portal Murabbi Net. Nasihat kepada sahabat semua kena berjaga-jaga takut-takut kes yang telah dialami saya akan berlaku kepada anda.

Laman Murabbi net adalah sebuah laman yang baru dan tujuan didirikan laman portal tersebut adalah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah alam maya. Pernah sekali saya dijemput untuk menjadi moderator agama kepada laman web Murabbi ini. Kepada semua kawan-kawan yang mencari ilmu-ilmu atau informasi-informasi agama, maka bolehlah melayari laman portal Murabbi net, kerana banyak ilmu agama yang didedahkan di situ. Setelah mengunjung jangan lupa daftar sekali dan iklankan bannernya di blog anda atau di mana-mana laman sesawang sebagai sokongan anda untuk perjuangan dakwahnya.

Portal web Islam, www.murabbi.net telah dibuka kepada pengunjung-pengunjung pada 30 Januari 2010, 11:30 malam. Tetapi secara rasminya, www.murabbi.net dibuka pada 1 Februari 2010. Cadangan nama asal portal web Islam ini ialah "iluvgenerasimurabbi" Ia bersesuaian dengan tema yang gunakan dalam mesyuarat agong persatuan Al-marhum Mohd Fadhiri yang lepas iaitu “Ke arah melahirkan generasi murabbi” Tetapi cadangan nama asal telah diubah sedikit supaya nama portal web Islam ini senang disebut, senang untuk di kenali, dan yang paling penting ada maksud tersendiri di mana ada kaitan dengan Al-marhum Mohd Fadhiri, dan juga merangkumi keseluruhan sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah Al-marhum Mohd Fadhiri kerana mereka semua juga pendidik-pendidik yang akan bakal mewarnai dunia pendidikan."Murabbi" yang yang boleh di sama ertikan dengan “Mualim” (Guru lelaki) atau “Mualimah” (Guru perempuan) amat bersesuaian untuk dijadikan nama portal web Islam ini . Maka “murabbi” telah dipilih dan terbitlah www.murabbi.net.

Semoga sokongan kita semua dapat memberikan semangat kepada webmasternya untuk terus menyampaikan dakwah Islam kepada masyarakat yang sentiasa mendahargakan ilmu agama. Saya juga doakan semoga laman web Murabbi Net ini menjadi satu laman yang sangat terkenal sepertimana laman IluvIslam, Halaqah, Ukhuwah dan sebagainya. Segala kerja baik laman portal Murabbi Net diberikan ganjaran yang setimpal dari Allah atas segala usaha dan pengorbanan mereka menyediakan satu media maya Islam untuk masyarakat Islam yang dahagakan ilmu agama Islam.

JANGAN TUNGGU LAGI JOM DAFTAR RAMAI-RAMAI UNTUK MEMERIAHKAN LAGI LAMAN PORTAL MURABBI NET DALAM MENYEMARAKKAN PENGHAYATAN ISLAM ALAM MAYA (INTERNET)

5 comments :

  1. salam ziarah ustaz,
    terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini :0

    ReplyDelete
  2. Salam...lama tak lawat blog..awat new entri ustaz tak masuk pun kat dashboard..heran gak...
    Ni nak tanya sikit..boleh kot no..

    1.Orang tu dia susah..lepas tu,orang dok bagi zakat,duit zakat tu dia simpan dari dulu sampai la ni ada kot dalam RM 25 ribu...lepas tu nak kira macamana tu..layak lagi ka dia terima zakat?

    2.Seseorang bagi hadiah kat kita(tak kira la hadiah apa pun)...lepas tu,hadiah tu kita pi jual pulak..lagumana cerita?

    ReplyDelete
  3. asalamualaikom, saya ingin bertanya sekiranya saya ganti puasa pada sehari sebelum ramadan menjelma, adakah puasa saya masih lg diterima?

    ReplyDelete
  4. Salam

    Maaf saya tidak dapat menjawab soalan anda atas sebab2 tertentu, saya ada tugas yang lebih penting untuk disiapkan segera.. maaf atas kesulitan yang berlaku...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG