PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, June 15, 2010

Kenali 9 syuhada Mavi Marmara

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:


1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.


3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.


4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.


5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.


6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.



7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.


8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.


9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.

Petikan Dari Harakah Daily

10 comments :

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. al-Fatihah...
    Mampukah saya menjadi sekuat mereka apb masanya telah tiba....

    ReplyDelete
  3. salam ustaz.. Al-fatihah..
    mohon copy letak di blog ye
    terima kasih

    ReplyDelete
  4. Al fatihah buat mereka semua..

    ustaz nak tanya, saya minat dalam bidang comparative religion. saya skrang sedang menuntut di luar negara. bolehkah sya ke gereja setiap hari ahad untuk mengetahui apa yg mereka buat, apa yg diajar dan sebagainya?

    minta pandangan ustaz. terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Semoga dibalas dengan Syurga utk mereka yang syahid ini...Amin.

    ReplyDelete
  6. Al fatihah..

    sy mohon izin buat post ini di blog ye..syukran.

    ReplyDelete
  7. Salam

    Jangan masuk dalam gereja lagi, cari seorang yang alim tentang Islam dan persoalan kamu. Jadikan ia sebagai rujukan. Setiap permasalahan yang timbul kena tanya orang Islam yang alim dan jangan tanya orang yang tak de ilmu.

    Tengok dulu kenyataan Al-Quran tentang Yahudi dan Nasrani. Jadikan ia sebagai asas panduan. Mulakan dengan membaca kitab mereka yang hampir dengan kandungan injil yang asli iaitu injil barnaba. Jangan masuk dalam gereja lagi kerana ada unsur2 syihir di dalamnya.

    Amalkan doa rabbana la tuzik qulubana bak da izhadaitana wahablana min ladunka rahmah innaka antal wahab.

    Ada apa hubungi ustaz balik

    ReplyDelete
  8. al-fatihah utk mereka..
    nenek mohon link di blog nenek ya

    ReplyDelete
  9. Sedang kita masih menjalani kehidupan di dunia ini, kesembilan lelaki ini mungkin sudah memulakan kehidupan di Syurga Allah yang kekal selamanya. Subhanallah... saya tabik org2 yg berani mcm ni. Saudara seagama dan kemanusiaan punya pasal, apa2 pun sanggup diredah. Moga roh mereka dicucuri rahmat. Moga kita juga akan pergi dlm keadaan yg dirahmati Allah S.W.T. Insha Allah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG