PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Saturday, June 26, 2010

Kesalahan Wanita Dalam Berpakaian




Melihat kepada dunia sekarang, wanita-wanita Islam tidak mengambil berat soal aurat mereka. Pemakaian mereka ada kalanya tidak dapat dibezakan dengan wanita-wanita barat. Bahkan ada yang lebih teruk dari segelintirnya. Tetapi tidak ketinggalan juga bagi yang memakai tudung. Cara pemakaian tudung mereka tidak menepati apa yang dituntut oleh Islam. Antara kesalahan yang dilakukan adalah :

  1. Bagi wanita, aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

  2. Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

  3. Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

  4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

  5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

  6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat/kuliah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

  7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

  8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Petikan Dari Murabbi Net

Pendapat Ustaz

Firman Allah yang bermaksud :

“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

Lagi Firman Allah yang bermaksud :

“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

Hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Kesimpulannya

Wahai sekalian wanita Islam kembalilah kamu semua ke ajaran Islam yang sempurna atau kaffah. Sesungguhnya diri kamu akan selamat di dunia dan di akhirat, Islam bukan agama yang membebankan kamu semua, tetapi Islam adalah agama yang paling cantik dan dapat menyelamatkan kamu dari fitnah dunia. Jadikanlah Khadijah dan Aisyah isteri Rasulullah saw sebagai contoh tauladan kamu semua kerana sesungguhnya mereka adalah umul mukminin (ibu mukmin).


14 comments :

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Di sisi syarak Allah yang mulia, lelaki dan wanita yang membuka auratnya akan diadili di mahkamah Daulah Khilafah (Daulah Islam/Negara Islam) dengan hukum syarak. Sekiranya sabit kesalahan, mereka boleh dihukum dengan hukum takzir, samada dipenjara atau dirotan. Inilah tanggungjawab pemerintah yang seharusnya umat Islam ketahui.

    ReplyDelete
  3. Salam ustaz, ana tambah sikit:

    Sesungguhnya menutup aurat merupakan kewajipan buat semua Muslim lelaki dan perempuan. Dan mengapa dititikberatkan kepada wanita? kerana mereka ini ada daya penarik dan jika tidak dipelihara maka akan menimbulkan fitnah dan ketidakseimbangan (almayu'ah) dlm masyrakat. Ianya bukan diskriminasi tetapi satu ketetapan utk menjaga dan memelihara maruah dan ketinggian martabat wanita itu sendiri. sesungguhnya Islam itu amat memelihara penganutnya terutamanya wanita.

    Apakah syarat hijab/berpakaian disisi syara'?

    1) Pakaian itu menutup keseluruhan badan. Bukan dedah sana sini.

    2) Tidak memakai pakaian yg jarang.

    3) Tidak menarik perhatian/menimbulkan rase kurang senang/bernafsu pada yang memandang.

    4) Tidak ketat.

    5) Pakaian tidak menyerupai lelaki atau sebaliknya.

    6) Pakaian tidak menyerupai pakaian non muslim. dan yg last ni ana tengok banyak pada style tudung zaman moden skang ni... kadang2 muslimah x perasan yg gaya pemakaian mereka menyerupai penutup kepala penganut agama lain. Tak salah nak bergaya tapi jagalah tata tertib dan adab sabagai Muslim especially pada perkara2 yg melibatkan akidah

    ReplyDelete
  4. salam ustaz.
    saya mohon penjelasan ustaz pada ayat ini:

    “ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

    adakah bermaksud:
    1- bonggol itu rambut berikat yang dilitupi kemas oleh tudung?
    2- tidak boleh ikat rambut tinggi-tinggi sehingga menampakkan bentuk sanggul?
    dan
    3- macamana dengan ikatan bagi yang berambut panjang? kerana kalau tak ikat kemas-kemas dan tinggi-tinggi, anak-anak rambut akan keluar ditepi-tepi tudung.

    terimakasih ustaz.
    amat-amat perlukan penjelasan dari orang yang arif.

    ummu luqman

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Boggol yang digambarkan dalam Hadis yang anda bagi itu adalah wanita yang tidak bertudung tetapi memakai rambut dan disangul seperti bonggol unta.

    Kalau bertudung pun apa tujuan anda buat rambut berbonggol unta? adakah anda hendak berkelihatan cantik dan menarik, kalau ada niat ini semua maka ia adalah haram dan inilah yang dimaksudkan dalam hadis tersebut.

    Kecuali wanita yang mempunyai rambut yang panjang tetap terpaksa dan permintaan suaminya bersanggul tinggi, maka ini diharuskan.

    Saya dah buat artikel berkaitan sanggul tinggi ini boleh rujuk di link bawah ini

    http://www.ustaznoramin.com/2010/05/sanggul-tinggi-trend-tudung-masa-kini.html

    ReplyDelete
  6. Salam ustad,

    Andai kita mempunyai pemimpin yang dikagumi,tapi isteri pemimpin kita tidak pakai tudung labuh atau dgn lain perkataan tidak tutup kepala bila mengikut suaminya ke majlis rakyat.

    Bagaimana cara nak tegur dan siapa yang berhak tegur ,sedangkan dia selalu bercakap tentang islam.

    Kalau tidak tegur berdosakah rakyat dan juga pendakwah.

    Tolong jawab ustad ana nak tahu dan mungkin orang lain juga nak tahu.

    ReplyDelete
  7. salam ustaz

    shukran atas penjelasan yg amat bermakna dan jelas itu. dan juga, saya dah baca artikel berkaitan. maka fahamlah saya, maksud sebenar ayat berkenaan.
    maka tidak perlulah rambut yang panjang dipotong untuk mengelakkan nampak sanggulnya.
    biasanya ramai perempuan mengikat rambut yang panjangnya melepasi bahu, tinggi-tinggi dan kemas-kemas bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, cuma memastikan tiada rambut terlepas keluar.
    tapi tidak dinafikan ada juga kerana fesyen
    wallahu'alam

    tkasih sekali lagi ustaz
    salam

    ummu luqman

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Masalah isteri pemimpin tak pakai tudung, sebenarnya ada hadis nabi yang lebih kurang maksudnya iaitu cegahlah kemungkaran dengan tangan kamu jika berkuasa, jika tidak mampu hendaklah ubah dengan lidah kamu dan tidak mampu lagi ubahlah dengan hati kamu dan maka ubah dengan hati itulah selemah2 iman.

    Secara kesimpulannya kita tidak berkemampuan untuk mengubah pemimpin sebab kita tiada kuasa, yang layak menegurnya adalah orang agama dalam parti tersebut. sebagai rakyat biasa boleh tegur dengan hati sahaja dan juga dengan tangan apabila mengundi nanti.

    ReplyDelete
  9. Salam ustaz,

    beberapa orang kawan lama saya datang dari luar negara. dulu kami agak sosial. ada lelaki dan perempuan. mereka akan berada di tempat saya dalam 3 hari macam tu sebelum melancong ke bandar lain.. bolehkah saya bawa mereka berjalan2 di bandar saya kerana pergaulan saya risau kan pergaulan dan perbualan2 lagha nanti.. tapi kalo saya tak ikut, nanti mereka kecil hati pula..

    wassalam.

    ReplyDelete
  10. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Diwajibkan mendengar dan taat (kepada pemimpin) ke atas setiap Muslim sama ada dalam hal yang dia suka atau benci selagi mana dia tidak diperintah untuk melakukan maksiat. Jika dia diperintah melakukan maksiat maka tidak wajib untuk mendengar dan tidak wajib taat." (Hadis riwayat Bukhari)

    jika isterinya pun tak di ambil tahu dengan Islam, maka rakyat yang dipimpinnya pun sama laa.. tobat tobat.. maksiat..

    ReplyDelete
  11. Assa'kum, saya nak pendapat @ hukum. Saya pernah menonton satu vcd, dimana dalam vcd tersebut salah seorg ahli panel menyatakan lebihkurang mcm ni "Menutup Aurat Ni Perkara Kecil Kerana Dalam Kubur Tidak Ditanya Samada Menutup Aurat Atau Tidak". Bagi org tu sure Munafik...tapi masalahnya org tu merupakan bekas Pengerusi Yadim....

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Menutup aurat mempunyai dalil yang jelas atau qat'i sekali yang tidak dapat dibahas lagi, Islam telah wajibkan umatnya menutup aurat, tak boleh dipertikaikan lagi. Punca untuk mengelakkan seksaan kubur dan boleh jawab soalan kubur, perlu melaksanakan perkara yang makruf seperti menutup aurat. Memang tidak ditanya dalam kubur tapi tutup aurat dan amalan lain boleh membuat ahli kubur itu menjawab soalan yang ditanyakan.

    Dalil dia boleh rujuk di dalam artikel saya di atas ini.

    Bagaimana pula ayat yang mengatakan "jangan hampiri zina" bagaimana dengan ayat amal makruf nahi mungkar" dan sebagainya.

    ReplyDelete
  13. mintak izin copy ye..

    ReplyDelete
  14. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG