PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Saturday, June 12, 2010

Mohon Maaf Kerana Tidak Dapat Menjawab Soalan Yang Diajukan


Salam bahagia kepada semua, saya minta maaf sangat kepada anda semua yang bertanya dan tiada jawapan dari saya. Sebenarnya akaun google saya di curi oleh orang yang tidak dikenali yang menghantar email kepada saya atas nama google. Dalam email tersebut dia minta username dan password saya untuk diupdate akaun google saya oleh kerana saya telah menggunakan domain beli. Berjaga-jaga kawan-kawan semua, takut masalah yang saya alami akan menimpa anda juga nanti. Sebenarnya google tidak pernah email atau meminta username dan password kepada semua pelanggannya.

Alhamdulillah akaun google saya boleh buka dan boleh masuk balik disebabkan pertolongan sahabat saya dari laman portal Murabbi dot net. Saya sangat terharu kepadanya, kerana beliau sanggup membantu saya mengambil kembali akaun google saya. Hampir satu minggu saya tidak dapat membuka akaun blog dan melihat email saya. Semua email yang dikirim oleh sahabat-sahabat semua telah hilang, sesiapa yang ada mengajukan soalan kepada saya, boleh emailkan kembali soalan tersebut untuk dijawab.

Saya mohon sedikit masa untuk menjawab soalan anda semua, kerana sekarang ini saya dalam kursus KPLI-MARA selama dua minggu dari tarikh 7-19 Jun 2010. Setiap soalan boleh hantarkan kepada alamat email asshafiee@gmail.com. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menyokong saya dalam usaha dakwah alam maya ini. Semoga segala jasa baik anda akan diganjarkan Allah dengan balasan yang setimpal. Saya doakan ada dibanyakkan rezeki dari Allah dan diberikan nikmat kesihatan yang baik.

7 comments :

  1. owh....
    sy ade dpt email..
    ckp ustaz terkandas kt luar negara n perlukan dwet tuk balik.....
    email tu suruh transfer dwet..
    die bg details..
    tu ustaz ke bukan?

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Email itu tidak benar, email itu adalah dari orang yang mencuri email saya itu. Saya tak pernah ke scotland dan hari itu saya di kampung ada kenduri. Abaikan email tersebut kerana itu email palsu. Saya tahu email tersebut kerana orang itu email juga ke akaun email yahoo saya.

    ReplyDelete
  3. sy rase tu email spam tu..so ust..pas ni xley terus klik atau folo instruction yg agak meragukan tu..takut kena tipu lg...

    ReplyDelete
  4. salam
    takpe ustaz
    jadikan ini sebagai pengajaran

    dan orang lain juga
    sekarang banyak penipuan dalam internet ni

    kita takleh percaya dgn seseorang tu

    jangan bagi benda2 sulit kepada seseorang melainkan yang betul2 kita percaya

    takpe
    kita semua jadikan amek iktibar
    smoga Allah melindungi kita dari perkara2 sbgini lagi.

    insya-Allah

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  5. salam ziarah ustaz,
    lepas ni kita semua kena lebih berhati2...
    semoga Allah melindungi kita semua dari segala kejahatan dan kerosakan
    amiiin

    ReplyDelete
  6. salam ustaz,

    saya nak cite situasi masalah saya begini,
    saya ternampak rim tayar keta saya kena kencing oleh anjing pd mlm hari,
    dan esok pagi saya pergi kerja tanpa membasuh rim keta saya tersebut dan saya dapati
    kawan saya menyandar beg keja dia pada rim keta saya tersebut ketika kami
    berborak..saya bagitahu kawan saya tu supaya beg tersebut dibasuh sebab dia sandar
    beg dia pd rim keta saya yang terkena kencing anjing..2,3 ari lepas itu saya tanya kawan saya
    dah basuh ke beg tu tapi kawan saya cakap dia tidak nampak kesan dan bau air kencing anjing
    pada beg tersebut jadi dia cuma lap beg tersebut dengan kain lembap dan sembur pewangi...

    Persoalan:-

    1- adakah beg tersebut cuma perlu dibasuh dengan air sahaja atau perlu disamak dengan air tanah

    2- jika beg tersebut yang tidak berbasuh diletak atas kusyen keta,
    tempat lain dan ada barang diletak atas beg tersebut
    adakah dikira najis juga pada tempat dan barang yang bersentuhan dengan beg tersebut walaupn beg
    tu bersentuh dengan benda lain dalam keadaan kering...

    3- hari berikut saya basuh la rim tersebut, mula saya lalukan atau jirus kan air pada tayar rim
    ngan air paip lepas itu utk memastikan najis itu hilang saya sembur air pada rim dan ada percikan
    air terkena pd body keta dan sy sembur jgk body keta ngan air, kira mcm basuh
    keta...adakah body keta pun najis sebab kena percikan air dari rim tersebut dan perlu disamak ataupn
    tidak ada apa-apa masalah...

    4- jika rim keta saya yang dibasuh dengan air sahaja tanpa air tanah tu saya sentuh dengan tangan 2,3 hari
    selepas saya basuh dan dalam keadaan kering walaupn sudah tiada kesan najis, bau dan rasa
    adakah tangan saya pun kena samak ngan air tanah...

    saya harap ustaz boleh beri pencerahan pada masalah saya ini
    tima kasih ustaz

    ReplyDelete
  7. salam ustaz…sy ada masalah yg ingin dikongsikan dan diharap ustaz dapat membantu saya. Terlebih dahulu sy ingin bagitau,sy adalah wanita normal…tetapi telah terjebak dgn cinta sesama jenis..Perkenalan kami hanyalah melalui internet,dan sy pd mulanya hanya saja suka2 menyamar sebagai lelaki di dalam ruangan chating tersebut..tetapi xsangka akhirnya ada seorg insan yg telah terpaut hati dgn sy…perkenalan kami agak lama menjangkau 3 tahun,mula dari chating di internet sehingga berbual di telefon setiap hari, dan untuk pengetahuan ustaz, kami tak pernah berjumpa dan si dia pun tak tau sy ni seorg perempuan. Sepanjang berkawan dgnnya sy telah menghantar apa saja yang dia minta dan byk duit sy berabis untuknya, kerana bagi sy, sy akan rasa gembira bila dia pun gembira..Saya mmg suka berkawan dengannya kerana sikapnya yang jujur, dan sepnjng kami berkawan semua masalah kami akan bincang bersama seperti loving couple yg lain..dan sy juga pernah berjanji dgnnya untuk berkahwin dengannya seperti pasangan yang lain, walaupun sy tau ianya mustahil kerana sy seorg perempuan. Dia juga banyak kali telah mendesak sy untuk berjumpa dan mengajak saya berkahwin dengannya, tetapi bermacam alasan untuk saya elak dari berjumpa dan membincngkan soal kahwin dengannya sebab ianya adalah mustahil dan sy sendiri tahu di dalam islam adalah haram kawin sesama jenis. Untuk pengetahuan ustaz, dia mmg dah betul2 sayangkan saya,dan sy juga sama tapi sy tak tau nak bgtau dia mcm mn, yang sy ni bukanlah lelaki seperti yg dia jangkakan dan sy juga sudah byk kali untuk memutuskan hubungan dgnnya tapi tak terdaya,sy takut untuk melukai hatinya. Akhirnya hubungan sy dengannya terputus juga apabila dia datang mencari saya dan akhirnya mengetahui sy adalah seorg perempuan sepertinya. Pada pertemuan itu dia betul2 marah dan rasa kecewa dengan saya kerana telah menipunya dan mempermainkan perasaannya sehingga dia meminta sy pulangkan semula semua duit yang dia gunakan untuk menelefon sy selama ini, sekiranya saya tak penuhi permintaannya dia mengugut untuk membuat saman kepada saya kerana menaniaya dia. Saya telah bersetuju untuk mengikut kehendaknya kerana bagi saya mmg tu salah saya, dan sy mmg benar2 menyesal akan perbuatan sy selama ini,sy juga sudah berkali2 meminta maaf dgnnya tapi dia langsung taknak maafkan sy…apakah yg perlu sy buat skrg ustaz?.Bila sy ingtkan dia,sy benar2 rs bersalah dan rs menyesal.Hari2 sy skrg penuh dgn penyesalan. Dan untuk pengetahuan ustaz, sy pun xnak semua ni berlaku terhadap diri sy dan kalau boleh sy nak dia terima sy sebagai kawannya. Tolonglah bagi pendapat, apakah perlu sy bt, sy benar2 buntu memikirkan hal ini setiap hari….(Insan yang menyesal)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG