Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s pergi ke Mekah untuk membina Baitullah (Kaabah). Beliau berkata kepada anaknya Ismail as :
"Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan aku satu perkara" Lalu Nabi Ismail a.s berkata: "Lakukanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada kamu" Nabi Ibrahim a.s bertanya: "Adakah kamu akan menolongku?" Nabi Ismail a.s menjawab: "Aku akan menolongmu" Lalu beliau berkata: "Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan aku supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di Mekah, sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya."
Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya. Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawa sebuah batu dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas batu tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu, di samping itu mereka berdoa sebagaimana firman Allah Yang bermaksud:
"Wahai Tuhan kami! Terimalah amal kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang yang berserah diri kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami umat yang berserah diri kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan mereka isi kandungan al-Quran serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan hati dan jiwa mereka dari perbuatan syirik dan maksiat. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."
Sehinggalah Allah SWT menyempurnakan pembinaan Baitullah (Kaabah) tersebut kepada mereka berdua. Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah dengan keadaan :

- Tinggi Kaabah sembilan hasta.
- Panjang dari paras bumi atau dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam adalah sepanjang 32 hasta.
- Lebar Kaabah dari bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat adalah seluas 22 hasta.
- Panjang dari paras bumi bermula sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman adalah sepanjang 31 hasta.
- Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad adalah seluas 20 hasta.
- Nabi Ibrahim telah membina pintu Kaabah rapat ke bumi dan tidak ditinggikan atau dibuat pintu secara sempurna sehinggalah Tubba' Al-Humairi telah membina sebuah pintu dan meninggikannya.
- Bentuk binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s adalah satu binaan sempurna yang mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala bentuk Hijir pula, beliau tidak membinanya dalam bentuk berpenjuru bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang terdapat pada masa sekarang ini. Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun.

Salam ustaz,
ReplyDeleteseorang Kristian dari Mesir dia kata Nabi Ibrahim tak pernah ke Mekah untuk bina Kaabah.. macam mana saya nak jawab?
asalamualikum....
ReplyDeletenicen3 and info
jzkk ustaz
ReplyDeleteJawablah dgn Quran sbb Quran kitab org Islam!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteApa Alasannya kata Nabi Ibrahim tak pernah ke mekah dan bina kaabah?
sebenarnya dalam kitab injil mereka juga ada menceritakan tentang pembinaan kaabah, kalau tak silap sayalah. Kitab injil yang asal yang dipegang oleh paderinya..
Kawan2 kalau ada jawapan boleh kongsikan di sini mengenai soalan kawan kita di atas ini.
Salam dalam artikel saya tupun dah ada dalil firman Allah (Al-Quran) boleh semak..
ReplyDelete"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada Kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui." (Al-Baqarah : 172)
Salam To MAHADAYA
ReplyDeleteKo kena faham kepada tafsirnya yang mengatakan bahawa baitullah itu bermaksud kabaah. Nama kaabah itu adalah baitullah, Ini sebagai simbolik. Kau bagi ayat yang mengatakan kaabah itu rumah sembelih? kau bagi ayat yang suruh kiblat ke makam ibrahim? Yang ada hanya suruh berkiblatkan dari masjid aqsa ke masjidil haram.
Kalau kau betul2 benar kau hujah kau secara fakta dan kongkrit, kalau hujah macamnih budak kampung berhinguspun boleh. Jangan guna logik akal sahaja, dalam ilmiah kena ada banyak pendapat dan fakta barulah itu dikira benar.
Our Prophet’s Great Attachment to His Birth Religion
ReplyDeleteby Ayesha Ahmed
http://www.islam-watch.org/AyeshaAhmed/Paganism-Hinduism-in-Islam.htm
MUST READ...
as salam,ustaz
ReplyDeletesaya meminta kebenaran untuk copy artikel ini untuk ruangan blog saya
Salam ambik la saya izinkan..tetapi kalau boleh masukkan rujukannya sekali
ReplyDeleteSalam Ustaz mintak kebenaran untuk ambil sepotong dua ilmu yg ade dlam ni ya..
ReplyDeleteSalam Ustaz..mintak kebenaran untuk share ilmu yg ada dalam blog niee yerr..
ReplyDeleteTerima kasih..
Assalamualaikum, kepada semua muslimin :D
ReplyDeleteSebenarnye saya sedang mengkaji tentang pembinaan kaabah. dan saya dapati bahawa Nabi Ibrahim a.s BUKAN pembina PERTAMA.kerana didalam ayat tersebut Nabi Ibrahim hanya meninggikan TAPAK kerana Baitullah telah rosak. Pembinaan Kaabah dimulakan oleh malaikat. di PUSAT BUMI. kemudian diteruskan oleh Nabi Adam dan kemudian anak2nya.... mohon sesape yg ada hadis mengenai pembinaan Kaabah. saya masih buat research lagi
salam, memang ada juga pendapat yang mengatakan pembinaan kaabah dimulakan dgn para malaikat.Selain itu, ada juga pendapat lain yang mengatakan pembinaan kaabah dimulakan dengan binaan Nabi Adam mahupun Nabi Syith. Akan tetapi, ketiga-tiga pendapat tersebut tidak mempunyai dalili-dalil yang jelas. Secara kesimpulannya, ketiga-tiga pendapat itu terbukti kedhaifannya. Para ulama` telah bersepakat bahawa orang pertama yang membina kaabah ialah Nabi Ibrahim as.
ReplyDeletehttp://rm50.ibct.my/1095
ReplyDelete