PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, June 10, 2010

Status Hukum Facebook


Salam....

Apa hukum facebook ustaz...dengar kata dana keuntungan dari facebook disalurkan untuk yahudi?

Jawapannya

Facebook adalah laman sesawang yang sangat popular dan sangat mudah berkomunikasi di seluruh dunia. Facebook juga merupakan laman yang sangat efektif untuk menyebarkan apa-apa maklumat dan apa-apa iklan perniagaan, kerana ia dapat dilihat oleh semua orang seluruh dunia. Lazimnya facebook digunakan untuk ahlinya berkomunikasi bersama kawan-kawannya dan juga kemudahan untuk soal-soal tugasan atau pekerjaan. Ada individu mengunakan facebook untuk mengisi masa lapangnya, ada mengunakan facebook untuk mencari kawan-kawan lama, ada mengunakan facebook untuk perniagaan dan sebagainya.

Pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York. Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama. majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008. Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion. Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008.

Status hukum

Menurut Ustaz Zaharuddin dalam blognya berkata :

“Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.”

Katanya lagi :

“Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk tidak membuka dan menyertai facebook. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.”

Hujah yang mengatakan harus adalah disandarkan kepada hadis Nabi yang bermaksud :

"Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari)

Muamalah Islam tidak melarang umatnya untuk berniaga atau urusan keduniaan dengan orang bukan Islam, kerana ini tidak melibatkan perkara yang dilarang oleh agama Islam. Sebagai ingatan, selagimana muamalah atau urusan keduniaan itu tidak melibatkan agama atau sensitiviti agama, maka selagi itulah ianya menjadi harus. Kalau melibatkan sensitiviti agama, maka ia jatuh haram.

Pandangan saya

Pertama : Harus

Facebook merupakan medan yang paling baik untuk menyebarkan dakwah, kerana ianya luas dan tiada tapisan, setiap berita yang dimasukkan akan dilihat oleh semua orang seluruh dunia. Saya juga mempunyai akaun facebook dan saya hanya menggunakan akaun facebook untuk menyebarkan artikel-artikel blog saya yang berkaitan dakwah kepada sahabat-sahabat di facebook dan jarang saya gunakan facebook untuk sembang-sembang kosong dan tidak pernah sembang perkara-perkara yang laqa atau tidak berfaedah.

Harus juga bagi sesiapa yang menjadikan facebook sebagai tempat mencari kawan-kawan lama, menjadikan facebook sebagai medan pertanyaan, menjadikan facebook sebagai urusan pekerjaan dan seumpamanya. Kerana aktiviti ini tidak bercanggah dengan Amal makruf dalam Islam.

Kedua-dua perkara di atas ini tidak melibatkan transaksi kewangan kepada facebook dan ianya semata-mata sosial. Ada orang mengatakan bahawa sebahagian keuntungan facebook akan diberikan kepada negara haram Israel. Awas!!! Jangan sesekali klik kepada iklan yang terdapat di sisi kanan facebook, kerana facebook akan memperolehi duit dari iklan tersebut.

Kedua : Haram

Jika facebook dijadikan sebagai tempat untuk mencari kesilapan orang, mengutuk orang, menghina orang, menyebarkan perkara yang dilarang oleh Islam, menyebarkan fitnah, laqa sehingga lupa solat dan sebagainya, maka ini menjadi haram, kerana Islam melarang umatnya melakukan perkara yang sia-sia dan perkara sia-sia itu adalah sifat syaitan dan mazmumah.

Menyertai segala skim atau pelaburan yang ditawarkan oleh facebook, sepertimana skim infinity downline, iklan perklik facebook dan sebagainya, maka ini menjadi haram kerana bisnes tersebut bercanggah dengan muamalah Islam dan sedikit sebanyak menyumbangkan dana kepada negara haram Israel untuk membunuh umat Islam Palestin.

Kepada sesiapa yang tidak bersetuju dengan pendapat saya, maka itu tidak mengapa dan mungkin anda mempunyai hujah yang tersendiri. Pesanan saya lagi, setiap perkara yang dilakukan bersandarlah kepada 4 sumber hukum Islam iaitu Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas atau bersandarlah kepada dalil naqli dan aqli. Berbeza pendapat adalah fitrah kejadi manusia. Selagimana setiap perkara itu tidak mempunyai dalil qat’i atau dalil yang jelas mengatakan itu adalah haram, maka selagi itulah kita perlu merujuk kepada yang alim atau berijtihad (orang yang ada ilmu sahaja) bersandarkan dalil naqli dan qat’i.

Orang yang ragu-ragu dan takut, maka lebih baik tolak terus dan jangan menggunakan facebook. Perbuatan ini lebih baik dan orang tersebut tidak was-was dan ragu-ragu lagi akan tindakkannya. Kaedah Islam lebih baik elak dari melakukan perkara yang subhah atau tidak jelas halal dan haramnya. Janganlah pula terus menuding jari mengatakan ustaz-ustaz yang ada akaun facebook itu tak betul atau menyokong Yahudi membunuh umat Islam Palestin. Anda semua perlu faham, setiap ustaz itu ada hujahnya tersendiri dan hujah mereka selalunya bersandarkan kepada nas-nas Al-Quran, Hadis dan pendapat ulamak yang muktabar.

33 comments :

  1. Assalamualaikum ustaz...

    aku tiada komen perihal ini. mana-mana individu yang melabelkan orang-orang ugama sebagai orang-orang yang bersekongkol, sememangnya perlu dielakkan sangat2. mengapa agaknya? bukan laman facebook saja datang dari yahudi; enjin carian google yang kita guna hari2 itupun dari mereka jua. jadi? aku umpamakan bahawa individu serupa ini sebenarnya benci tapi sayang dalam diam. rasanya lebih bahaya sayang dalam diam sebab kita tiada tahu mengagak isi hati orang lain di dunia ini. sekian.

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. salam,
    facebook kalau tak sumbang kat yahudi xpe lah. itu hukumnya harus sahaja. tapi skang ni remaja habiskan masa dengan FB.. baca Quran dan cari ilmu agama semakin kurang.. ada internet, instead of baca bahan2 agama, ramai yg buka FB dan bersosial.. bukan tak bagus.. tapi sia-sia aje.. kalau non-Muslim macam tu, xpe.. tapi ni orang Islam.. duk lagha je lagi.

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Saya jarang sekali buka FB sebab jadi fed up tengok ada rakan2 yang seolah2 riak nak tunjuk melancong kesana sini...nak tunjuk kereta...kalau boleh nak tunjuk semua yang bagus2 je..macam dah ada unsur2 riak pula..

    ReplyDelete
  4. mahadaya.. dalam Quran memang tak der hukuman sebat untuk peminum arak, tapi ada dalam hadis Nabi. ko ni anti hadis ke? kalau anti hadis, hukummnya kafir. kau ni kafir ke? kalau ko tak rujuk hadis, macam mana kau semayang? berapa rakaat? berapa rukun Islam dan rukun iman kau? semua tu tak der dalam Quran, ada dalam hadis je. Reti?

    ReplyDelete
  5. mahada; nape ngan ko nie? ..ko x tahu ke yg majlis 2 ulama menetapkan sesuatu berdasarkan al-quran & hadis..napa lak ko anggap ulama mcm tuhan? nape anggap mereka mcm firaun??? siapa yg firaun...entah2 ko kot yg firaun..

    ReplyDelete
  6. Satu artikel yg sgt menarik. Semoga Umat Islam terutamanya blh menilai yg mn yg buruk dn yg mana yg baik..
    Facebook ada kebaikan dan keburukan.
    Tidak dinafikan yg mana Facebook jg menjadi satu laluan untuk kita berdakwah.

    ReplyDelete
  7. Dia (mahadaya)memang dah sesat pun. Tidak mengaku Islam lagi dan sekarang ini menganut agama baru "asalama". Nak kata kapir, tak berani aku. Tapi nampaknya dah "tak sama macam kita"...

    Sekarang dia merayau cari penganut baru, nak sesatkan orang muda (Islam) supaya menganut agama dia. Alquran katanya telah diubah oleh para sahabat... dan nabinya bukan Muhammad tapi nabi Ibrahim. Hadis tak main la bagi dia. AlQuran hanya alat mainan menyesatkan orang jahil melalui tafsiran sendiri. Arak halal bagi agama dia... hmmmm kesihan aku padanya. Dah tak dapat ditolong lagi.

    ReplyDelete
  8. betul tu tok seriau.. saya bukan nak kata dia kafir.. tapi menolak hadis atau anti-hadis memang kafir la hukumnya.. sebab dia dah menafikan Rasulullah. sedangkan orang Islam mengucap dua kalimah syahadah dan wajib pula beriman kepada Rasul dgn Nabi Muhammad selaku rasul terakhir. kalau tak guna hadis, macam mana dia nak define dan perjelaskan Al-Quran? mahadaya ni tak belajar ulum hadis agaknya.. Ya Allah.. semoga kita terlindung dari ajaran sesat mahadaya ni..


    Allah dia sebut Allaha
    Islam dia sebut Assalama

    lepas tu dari Quran mana ntah dia terjemah cerita pasal naga la apa sume..

    ReplyDelete
  9. mahadaya,

    betul nabi Muhammad (SAW) membawa ajaran Nabi Ibrahim. tidak ada siapa menafikan. bahkan semua nabi juga membawa agama yg sama iaitu agama Islam. di dalam Al-Quran Allah menyebut 'sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam'
    cuba lah saudara cek ayat 19 surah Ali-Imran. terang2 Allah nyatakan agama Islam, dan bukannya ia tuduhan orang Arab kepada Nabi Muhammad.

    Dalam surah Al-Hajj Allah berfirman:

    [42]
    Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu (wahai Muhammad), maka (yang demikian tidaklah pelik) kerana sesungguhnya sebelum mereka: Kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), serta Thamud (kaum Nabi Soleh) telah juga mendustakan Rasul masing-masing;

    [43]
    Dan (demikian juga) kaum Nabi Ibrahim dan kaum Nabi Lut;


    Ayat di atas jelas merujuk kepada Nabi Muhammad dan turut di selitkan nama Nabi2 lain seperti Nabi Ibrahim. jadi, dengan secara clear nya Allah jelas mengiktiraf Nabi Muhammad. bahkan ada di dalam Al-Quran satu Surah yg bernama Surah Muhammad.

    jadi kenapa saudara ingin menafikan Nabi Muhammad? sehingga nak menyebut nama Nabi Muhammad pun tak mau.. Jika anda beriman dengan Al-Quran, anda wajib beriman dengan Nabi Muhammad. jika anda beriman dengan Nabi Muhammad, segala suruhan dan larangan (hadis dan sunnah) baginda, wajiblah juga anda imani.

    anda bukan sahaja anti hadis, bahkan merubah maksud ayat Al-Quran.

    sila baca sirah Nabi. sila baca tafsir ibnu kathir. AWAS ! anda sedang berada dalam kesesatan. adakah anda ingin mengatakan Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Hanifah, Imam Shafie, Imam Maliki, Imam Ibnu Taimiyyah, Dr. Yusof Qardhawi, Dr. Wahbah Zuhaili dan lainnya sebagai sesat kerana percaya kepada hadis?

    adakah anda ingin mengatakan segala perbuatan Nabi Muhammad adalah salah dan bertentangan dengan AL-Quran?

    adakah anda ingin nyatakan semua sahabat2 Nabi seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Ali, Saidina Omar dan lain2 sesat kerana mereka berpegang kepada hadis Rasulullah?

    saudara wajib belajar ulumul Quran dan Ulumul Hadis. jangan biarkan diri saudara terperangkap dengan fahaman salah dan sesat.

    seperi yg saya tanya sebelum ini:

    adakah anda mengucap 2 kalimah shahadah?
    adakah anda solat 5 waktu sehari semalam?
    adakah anda berpuasa 30 hari di bulan Ramadhan?
    adakah anda menunaikan zakat di bulan Ramadhan?

    jika anda hanya berpandukan Al-Quran, tanpa adanya rujukan Hadis Nabi.. maka jelas, anda tidak melaksanakan rukun2 Islam di atas dengan sempurna.

    jadi, konklusinya, anda membawa satu ajaran atau agama baru, anda menjadi pencipta agama baru yg menjadikan Quran sebagai rujukan, namun diputar belit kan. anda menolak hadis dan sunnah.

    nasihat saya, kembalilah kepada kami semua. masih belum terlambat untuk bertaubat. ntah macam mana kamu boleh terjebak dalam ajaran sesat ini.

    mengucaplah 2 kalimah shahadah.. bersolat lah meminta petunjuk dari Allah.

    ReplyDelete
  10. Asalamualaikum Ustaz Nor Amin.

    Terima Kasih kerana menjelaskan tentang kekeliriaun yang membelenggu diri saya sejak sekian lama.

    Semoga Allah dapat membalas jasa ustaz

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Mahadaya apa yang anda cakap ini dulu anta kata Nabi Ibrahim keturunan Arab dan arab itu adalah Keturunan atau Dari Yahudi, Sekarang awak Nafi pulak Nabi ibrahim bukan Yahudi, Mana satu yang betul. Cuba awak cakap kami ada mendustaika kalimah la ilaha illallah. Anda yang memesongkan kalimah tersebut. Awak cuba nyatakan bahasa arab anda sapa yang boleh paham? Arab Jordan, Arab Mesir, Arab Saudi, Arab Kuid dan sebagainya. Saya rasa mungkin semua arab tak faham. Awak kata arab penipu, tetapi awak rujuk kepada kamus dan tafsir perkataan Al-Quran. Mana tafsir awak, mana kamus awak. mana kaedah arab awak?

    TAK PAYAH NAK DEBAT PANJANG2 JAWAB DULU SOALAN SAYA YANG LEPAS DAN SEKARANG INI, TIDAK APA HUJAH AWAK TAK BEGUNA, JANGAN ANGGAP SAYA TAK JAWAB SAYA KALAH, DEMI AGAMA ISLAM SAYA TIDAK AKAN MENGALAH.

    ReplyDelete
  12. Salam mahadaya hang jangan dok tanya pasai ulamak Islam, dan tak payah dok hujah pasai tu lagi, jawab dulu soalan saya tu yang lepas dan sekarang, lagi banyak hang komen lagi banyak aku tanya soalan. Malangnya semua soalan yang aku tanya hang tak jawab. Bererti hang jahil dan tak benar. Kalau benar dah lama hang jawab dengan ilmiah.

    ReplyDelete
  13. Salam kepada Ustaz Amin....

    Saya harap tuan delete semua tulisan mahadaya, dia dah banyak kali kami larang, tapi sebok gak duk sebarkan fahaman sesat dia tu....

    Saya harap ustaz delete utk mengelakkan dr org ramai terutamanya org baru dr memasuki blog dia, bahaya tu.... boleh terpesong dibuatnya, sampai ke blog sy pn dia dah masuk....


    *mengenai fb, sy rasa, kita boleh gunakan ia sebagai 'senjata makan tuan...' :)


    Wallahua'lam,
    Wassalam...
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  14. salam betul tu ustaz.. sila delete je komen mahadaya yg membawa ajaran sesat tuh. sah2 dia bukan lagi orang Islam. bunyi nye keras.. tapi tu lah kenyataan. apa agama dia ntah. dari tok guru mana dia belajar Al-Quran pun kita tak tahu.

    ReplyDelete
  15. Mash'Allah liked reading your blog jzk for sharing

    ReplyDelete
  16. MAHADAYA: AJARAN APE YE YG AWAK BAWA? HATI2 DLM PERCAKAPAN DAN TINDAK TANDUKMU... TAKUT MEROSAKKAN AKIDAH.

    PENDAPAT2 KAMU JELAS BERCANGGAH DENGAN APA YG TERKANDUNG DALAM AL QURAN DAN HADIS. PENAFSIRAN MU SALAH DAN TIDAK TEPAT...

    AGAMA DAN PERSOALAN AKIDAH BUKAN UNTUK DIPERMAINKAN, NAUZUBILLAH. BERHATI2 WAHAI SAHABAT... SEGALA TEGURAN DARI SAHABAT2 DI SINI BUKAN UNTUK MENGHUKUM KAMU ATAU MENGAIBKAN KAMU, TETAPI ATAS DASAR TANGGUNGJAWAB DALAM MEMBETULKAN SEGALA SALAH FAHAM TENTANG AGAMA ISLAM...

    ISLAM BERDIRI DENGAN BEGITU TEGUH DENGAN ASAS YG BEGITU KUAT DAN AMPUH, MAKA JANGAN KITA SESEKALI MENCEMARINYA DAN MEROSAKKAN ISLAM ITU DENGAN PELBAGAI PENDAPAT YG BERCANGGAH DAN MENYELEWENG DARI ISLAM... KAMI MENASIHATI KAMU TETAPI KAMU BERDEGIL, SEKIRANYA KAMU MUSLIM KAMU BERTAUBATLAH, SUBURKAN DALAM HATI KAMU RASA KASIH DAN SAYANG PADA AGAMA MU, SEKIRANYA BANYAK YG KAMU BELUM FAHAM TENTANG ISLAM, CARILAH ILMU ITU DENGAN HATI YG SUCI IKHLAS. JANGAN KAMU MENCARI ILMU ITU DENGAN NIAT UNTUK TUNJUK PANDAI, BONGKAK ATAU KERANA INGIN MENCARI PENGIKUT...

    INGAT, ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU, ISLAM ITU MUDAH, APA YG DITERANGKAN DALAM AL QURAN, SUNNAH SEMUA DAH CUKUP DAN TERANG, JANGAN SESEKALI KAMU MENYALAH TAFSIR SEMUA ITU DAN MEMBERI PENDAPAT BERLANDAS HAWA NAFSU SEMATA2.

    MENITIK AIR MATA KU BILE MELIHAT KOMEN2 MU...
    AKU TIDAK ADA SECEBIS RASE KASIHAN PADA KAMU SEKIRANYA KAMU MEMANG SENGAJA MEBUAT KACAU BILAU TERHADAP UMAT ISLAM, JADI TANGGUNGJAWAB KAMI UNTUK MEMBETULKAN KEADAAN... MENITIS AIR MATA KU KERANA KASIHAN MELIHAT DAN MENGENANGKAN APA YG AKAN TERJADI PADA MUSLIM2 DI LUAR SANA YG MASIH LAGI TERCARI2 IDENTITI DAN JATI DIRI, MEREKA RAMAI YG HILANG ARAH DAN PANDUAN HIDUP, KEMUDIAN MUNCUL PULA GOLONGAN2 SPT KAMU YG MENGELUARKAN PENDAPAT2 YG AKAN MENYEBABKAN UMAT ISLAM SEMAKIN KELIRU DAN SESAT...

    CUKUPLAH MUSUH2 HARI INI YG MENYERANG ISLAM DENGAN BEGITU RAKUS SEKALI, JANAGN KAMU TAMBAH BARAH INI...

    HARAP KAMU FAHAM!

    P/S:
    KALAU BUTA, KAMU CARI TONGKAT,
    KALAU SAKIT KAMU CARI UBAT,
    KALAU JAHIL KAMU CARI ILMU,
    KALAU KELIRU, KAMU CARI GURU.

    ReplyDelete
  17. PESAN SAHIB AL -FADHILAH SHAYKH MUFTI PROF.DR.ALI JUM'AH " HENDAKLAH ENGKAU BERIBADAH KEPADA ALLAH MENGIKUT APA YANG DIKEHENDAKINYA. BUKANNYA MENGIKUT APA YANG ENGKAU KEHENDAKI

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. SALAM USTAZ, SAYA LETAK BANNER BLOG USTAZ KAT BLOG SAYE...
    HARAP2 USTAZ SUDI KONGSI LEBIH BANYAK ILMU, SAYA NI PON BANYAK YG JAHIL LAGI...

    BLOG SAYE: http://republikn9.blogspot.com

    SEGALA PERHATIAN USTAZ SAYA DAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  20. Salam,

    Saya hapuskan ayat anta, ana tak berani nak kata ayat Al-Quran sebab terjemahannya tak ikut kaedah bahasa dan kaedah usul quran. Ana tak mau terjemahan munafik ada di blog ana, kerana itu sesat. Kita hapuskan benda yang sesat dan benda yang batil itu adalah tuntutan Allah, sepertimana Amal Makruf Nahi mungkar.

    Alamak merewang lagi mamat nih, aku tak kata Nabi Ibrahim itu sesat atau musyrik. Aku cuma pertikaikan perkataan dalam artikel anda yang tak terjawab itu, anta kata Nabi Ibrahim keturunan Yahudi dan anta juga menafikan, mana satu yang betul. Inilah sifat orang musyrik yang tak sedarkan diri, Orang yahudi tak mengaku dia musyrik tetapi hakikatnya musyrik seperti anta.

    Tak payah hujah lagi, tak payah buka topik baru lagi, jawab dulu soalan ana yang lepas dan baru ini. Kalau tak anta bukan kebenaran dan ana doakan Allah bukakan hati anta yang musrik dan munafik ini.

    ReplyDelete
  21. RILEK USTAZ, KONTROL MACHO...
    BIARKAN JE DIE JAWAB SOALAN USTAZ TU DULU,
    TENGOK TAHAP MANE DIE PUNYE ILMU ATAU TINGGI MANE DIE PUNYER PUTAR BELIT...

    KALAU DIE TERLEKA, KITA BAGI INGATAN,
    KALO DIE MISKIN, KITA BAGI MAKAN,
    KALO DIE SESAT KITA TUNJUKKAN JALAN,
    KALO DIE MEMANG JAHIL, KITA SUAPKAN DIDIKAN :)

    ReplyDelete
  22. Kalau ikut hukum alQuran dan Sunnah, mamat nie layak kena pancung.... Munafik dan pendusta..
    Mendusta firman Allah dan menafikan hadis Nabi.. Sudahlah sesat malah menyesatkan orang lain, eeii banyak dosa nak kena tanggung... tak takut ke? Ada hati nak masuk syurga pula dan kata orang lain menjadi ahli neraka. wahhh hebatnya die.

    Wahai Mahadaya (perasan dia "Mahadi" kot?)Jika kamu bukan umat Muhammad dan menafikan kenabian dan kerasulannya, tunjuklah kepada kami kitab yang diturunkan kepada nabi Ibrahim as yang menjadi pegangan syariah kamu itu. Jangan rujuk alQuran kerana alQuran adalah kitab umat Muhammad saw.

    Aku tak nak kata kamu tu "bodo", tapi nampaknya kamu mem"bodo"kan diri sendiri. Agama yang kamu jaja dan lelong tu "sesat" wahai mahadi palsu!

    Aku amat kesian kat anak bangsa yang tertipu dengan dakyah songsang yang dia bawa. Moga Jais dapat tangkap mamat nie segera, hantar ke kem kemunting...

    ReplyDelete
  23. KAH3 MAHADAYA AYAT AWAK NI KELAKAR KAH3...

    MAHADAYA CAKAP: (Jadi, hamba perjuangkan al quran dan kitab2 terdahulu supaya org2 Islam tiada hujjah nak kata al quran itu untuk org Islam.)

    TAPI SEBELUM TU KAMU CAKAP: (org Islam bukan baca al quran dan faham pun, semua hukum amik kat kitab2 yg ditulis oleh bangsa arab munafik.)

    KITAB SIAPA YANG KAMU NAK PERJUANGKAN???

    PLEASE JANGAN BUAT LAWAK...

    KAMU NAK PUTAR BELIT YE?
    KAH3 BOLEHNYA KAMU MEMPERSOALKAN PULAK BARIS DAN TANDA DLM AL QURAN, KAMU TIDAK MEMEPELAJARINYA DAN KAMU KONDEM MACAM2...

    ILMU BARIS, TANDA DALAM AL QURAN DIPANGGIL ILMU AL DABT, RASM WA FAWASIL AL QURAN...

    KAMU BIJAK KAN?, KONON NYE TERER ARAB KAN?

    PEGI BACE KITAB:

    'RASMU AL MASHAF WA DHABTU, BAINA TAUQIIFI WAL ISTILAAHAATI HADITHAH'

    CAKAP BANYAK TAK GUNA... CAKAP GUNA ILMU, BUKAN HAWA NAFSU, BUKAN ATAS DASAR KEFANATIKAN :)

    ReplyDelete
  24. sah... sama ada kau ni memang orang kafir, ataupun kau dah murtad MAHADAYA.. kalau kamu murtad, cepat lah taubat. kalau kamu memang kafir, jangan nak buat kacau kat sini.

    kau kata Al-Quran diturun tanpa baris? memang la tak der baris, dah di turun dalam bentuk bunyi.. bila di tulis, kena la ada baris untuk mudahkan pembacaan.

    baik, sekarang kamu meragui Al-Quran, tapi yang peliknya, yang kamu baca Quran buat ape? lagi menyesatkan, kamu siap ada terjemahan dalam bahasa Melayu la pulak.

    kalau bukan agama Islam, agama apa? ASALAMA? buktikan dari mana kamu dapat nama Asalama nih? dari kitab apa yg kau baca sehingga terjumpa nama Asalama nih?

    tak lain tak bukan, kamu amik dari Quran, dan kamu yang pandai2 terjemah...


    dah la wei... sedar lah.. kau dah membatalkan iman kau.. cepat la pulang kepada Islam.. jika kamu mati murtad, jenazah kamu HARAM disolatkan..

    ReplyDelete
  25. sapa tak nk guna facebook, beralih la kpd http://www.millatfacebook.com/ yg ni org islam yg punya..pengnti facebook...mari sign up dan rapatkan ukhuwah sesama islam..

    jgn layn mahadaya ni ustz & kwn2, dia gila isim..& jngn pnggil dgn nama mahadaya, tp pnggil mahaperdaya, tu pnggil yg lyk bgi dia sbb dok sebarkn ajrn sesat dia tu..nak msuk syurga tpi pertikai 2 kalimah syahadah..sdgkn 2 kalimah syahadah ni kunci syurga..semoga dia insaf & kembali ke jalan yg lurus..

    ReplyDelete
  26. Salam ukhuwah untuk semua. Saya rasa mahadaya ni bukanlah orang islam, tapi mungkin manusia jahil yang tak beragama atau pun dari kalangan syaitan manusia yang sentiasa cuba menyesatkan umat Islam.

    Dia ni sebenarnya pengecut, dalam blog dia tak tunjuk pun siapa dia sebenarnya untuk mengelak dari diketahui umum....

    Maaf sekiranya bahasa saya agak kasar...

    ReplyDelete
  27. salam ziarah semua sahabat2...
    layan world cup lagi best laa dari layan mahadaya tuuu

    ReplyDelete
  28. Salam,

    To MAHADAYA, hang cuba semak balik kat mana2 buku, mana2 tokoh sejarah, mana2 ilmuan dan tak payah tanya ustaz atau ulamak sebab hang tak pecaya kat ustaz dan ulamak. Saya rasa mesti depa kata kitab2 yang diturunkan bukan berbaris dan juga bukan huruf dan ayat kitab2 diturunkan melalui malaikat jibril kepada nabi2nya dengan mengajar nabi2nya dengan talaqqi (berhadapan), mana hujah dan sandaran hang yang mengatakan ayat Al-Quran atau kitab2 lain turun dengan huruf yang hang perjuangkan dalam artikel hang2.

    Sebenarnya ayat al-quran dikumpulkan pada masa pemerintahan khulafak ar-rasyidin. Hang terjemah tupun dan hang baca tupun adalah dari hasil pengumpulan khalifah ar-rasyidin. Sebenarnya kalau macam2 hangpun salah juga sebab hang baca ayat yang orang arab kumpul dan tulis.

    Jawab dulu hujah aku yang lama dan yang baru, sebab tu aku suruh jawab, lani tambah lagi soalan aku, kalau tak hang tak benar. Islam yang benar.

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum Ustadz, mohon izin diberi laluan..

    MAHADAYA ada membela jin pendamping besar dari golongan ifrit laknatullah. Setiap kata katanya bagaikan iblis pengaku tuhan yg tidak akan meengaku tunduk inhina' dihadapak adam kita sebagai anak cucunya.
    Doakanlah kebaikan dan kesejahteraan mudahan Allah membuka hatinya yg jahil tentang agama dan hukum hakamnya.

    sama sama layari http://alamjin-tuankelarias.blogspot.com

    Assalamualaikum ustadz.

    ReplyDelete
  30. assalamulaikum..
    ustaz,boleh mintak izin untuk copy link ni..

    ReplyDelete
  31. mahadaya alkasim ahmadi almunafiki alkafirin altalibarutl iblisi, assyaitani addajali al rashad khalifahi al kazzibi alpembuhungi albangangi aljahili altak makan samani albekas kominisi alsosialisi al ahli jahannami. Kalau mamat ni mampus layak mayat dia lontar kat kandang babi je. Buaya lebih baik dari mamat ni. Babi atas sikit taraf dari dia ni. SEMOGA CEPAT MAMPOS DAN CEPAT MASUK NERAKA. Dah puas orang nasihat x mau dengar. Dah lah x pernah skolah agama tap=tap kata dia yang betul. Kalau jumpa dia sorang-sorang tepi jalan jangan ragu-ragu langgar je sampai mampos. Kalau hidup dia ni menyusahkan umat islam je. Lebih jahat dari kristian dan yahudi. PUI. Mintak Tuan Kelarias bagi mampus sibangsat ni cepat-cepat.

    ReplyDelete
  32. Salam, saya buka blog MAHADAYA dan saya was-was tentangnya. Minta tolong Ustaz laporkan pada pihak berwajib agar pihak berwajib boleh siasat tentang apa yang diperkatakan di blognya. Saya juga melihat ada beberapa orang pengikut dalam blog beliau. Cegah sebelum terlambat. berikut adalah laman blog beliau.
    http://mahadaya-asalama.blogspot.com/

    ReplyDelete
  33. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG