PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, June 24, 2010

Wajib Sertu Apabila Sentuh Anjing & Babi Atau Seumpamanya


Assalamualaikum ustaz,

ada org pernah beritahu sy, kita tak perlu samak tangan apabila pegang anjing, dengan syarat kedua-dua tangan dan anjing itu dalam keadaan kering

Saya terpegang kasut yang diperbuat daripada kulit khinzir, apabila teringat info seperti yang di atas, saya pun tak samak la tangan saya sbb saya yakin tangan dan kasut tersebut kering. Betul tak tindakan saya ni?

Jawapannya

Mengikut ahli fiqh, sertu adalah lakukan kepada najis yang datang dari binatang anjing, babi dan keturunannya yang dikategorikan sebagai Najis Muqallazah. Dari Ibn Mughaffal, ia berkata :

“Rasulullah s.a.w pernah memerintahkan membunuh anjing,kemudian bersabda: “Mengapa mereka mengangap penting anjing-anjing itu?” Kemudian Rasul memberi keringanan dalam hal berkaitan anjing pemburu dan anjing penjaga kambing lalu bersabda : “Apabila ada anjing minum di dalam bekas, basuhlah bekas tersebut tujuh kali dan gosoklah dengan tanah pada basuhan kelapan..”

Jangan salah faham kepada mereka yang mengatakan samak kepada anjing dan babi apabila terkena najis tersebut. Orang melayu memang menggunakan perkataan samak terhadap najis tersebut. Samak sebenarnya digunakan untuk membersihkan kulit binatang. Perkataan yang sepatutnya digunakan adalah sertu atau membersihkan Najis Muqallazah.

Cara Sertu

Mengikut pendapat Mazhab Syafie wajib dibasuh tempat yang terkena najis Muqallazah sebanyak tujuh kali iaitu satu kali dengan menggunakan tanah (air tanah) dan 6 kali lagi dengan air mutlak (air suci pada dirinya dan dapat menyucikan orang lain). Jika di dapati najis itu tetap ada ain (nampak), baud an rasanya maka ia perlu dibasuh lagi dengan air mutlak sehingga hilang najis tersebut.

Sertu menggunakan Sabun Taharah? Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat bahawa tidak wajib atau tidak sah menggunakan Sabun Taharah untuk membersihkan najis anjing dan babi kerana kandungan tanah di dalamnya adalah sedikit iaitu 5% sahaja. Begitu juga dengan Mufti Negeri Selangor yang berpendapat bahawa tidak sah menggunakan Sabun Taharah semasa membersihkan najis anjing dan babi, kerana membersih najis tersebut mestilah dengan menggunakan tanah yang asli.

Kesimpulan dari kedua pendapat di atas ialah tidak sah sertu dengan menggunakan barang alternatif lain selain dari tanah, kecuali apabila dalam keadaan darurat sahaja seperti contoh : apabila mengunakan tanah boleh merosakkan barang yang terkena najis anjing dan babi atau boleh mendatangkan kemudharatan kepada orang yang terkena najis anjing dan babi. Maka dari itu dibolehkan menggunakan barang alternatif lain untuk membersihkan najis Muqallazah (anjing dan babi).

Barangan Yang Diperbuat daripada Kulit Babi

Wajib sertu orang yang telah menggunakan barangan yang diperbuat daripada kulit babi seperti contoh kasut, beg, dompet dan sebagainya. Babi merupakan najis yang paling berat iaitu najis Mughallazah. Cara menyucikan najis ini beza dengan Najis Muqaffafah dan Najis Mutawasyitah. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah : 173)

Ada pendapat yang mengatakan
“kalau kering kedua-duanya tidak perlu dibersihkan”. Sebenarnya pendapat ini adalah salah. Ulamak berpendapat bahawa najis anjing yang kering sahaja tidak perlu dibersihkan, kerana najis anjing itu tidak berat sepertimana najis babi. Kalau najis anjing itu basah atau lembab, maka ia juga wajib dibersihkan. Najis babi atau barang yang diperbuat dari kulit babi wajib dibersihkan kerana ia merupakan najis yang paling berat.

Kenapa Islam suruh umatnya sertu apabila tersentuh babi yang basah atau kering? Ada satu penelitian ilmiah yang diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo. Mereka berpendapat :

“Babi banyak mengandung parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai Reservoir Penyakit. Gara-gara babi, virus Avian Influenza jadi ganas. Virus normal AI (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung ke manusia. Virus AI mati dengan pemanasan 60'C lebih-lebih bila dimasak hingga mendidih. Bila ada babi, maka dalam tubuh babi, Virus AI dapat melakukan mutansi & tingkat virulensinya boleh naik hingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini pada Tahun 1968 menyerang Hong Kong dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong)."

Kesimpulannya

Islam adalah agama yang memberikan keselamatan kepada umatnya dalam semua amalan ibadah. Setiap perkara yang diwajibkan atau diperintahkan Allah ada tujuan dan maslahahnya. Sertu adalah merupakan cara yang terbaik untuk menghilangkan kuman-kuman (virus-virus) yang terdapat daripada anjing dan babi yang sudah terbukti dapat membahayakan manusia. Wajib dibersihkan kepada pakaian, kenderaan atau tubuh yang terkena najis anjing dan babi. Begitu juga dengan orang yang tersentuh barang yang diperbuat daripada kulit babi dan wajib dibersihkan dengan kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam.

374 comments :

  1. saya confuse

    perkataan najis tu bermaksud bahan buangan dari badan atau binatang itu sendiri?

    ReplyDelete
  2. dari segi science. mustahil kita pegang benda dalam keadaaan kering. kerana kulit kita akan kerap mengeluarkan peluh. begitu juga dengan anjing atau babi. tidak mungkin akan kering.

    ReplyDelete
  3. mana dalil yang men gatakan najis babi perlu disamak?bukan ke ayat Al-quran tu babi dalam kategori darah atau bangkai je..dalam hal sama 7 kali najis anjing..mengapakah Abu Hurairah yang meriwayatjan hadis tu membasuh hanya 3 kali je?

    ReplyDelete
  4. Salam

    Najis terbahagi kepada tiga iaitu najis muqaffafah, mutawasyitah dan mughallazah. Anjin dan babi termasuk dalam najis mughallazah. Segala apa yang nama anjin dan babi itu adalah najis.

    ReplyDelete
  5. Sumber rujukan Islam adalah empat iaitu Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas ulamak. Masalah najis babi ini adalah dari pendapat ulamak syafie yang mengatakan dagung babi itu perlu disamak di sebabkan najis itu berat.

    Ayat Al-Quran surah an'am 145

    Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor

    Cara menyucikan adalah mengikut pendapat ulamak syafie dan ini merupakan dalil aqli. Awak kena ingat juga hadis nabi mengatakan "ulamak warasatul ambiya". Maka pendapat ulamak itu perlu dipatuhi dan ikut kerana ia adalah pewaris nabi. Segala yang datang dari mereka adalah dari Allah dan Rasul.

    ReplyDelete
  6. Salam.

    In The Name Of Allah.

    Sudah jelas dalam Al-quran menyatakan pekara-pekara yang haram dan pekara-pekara yang dimurkai oleh Allah SWT. Segala larangan Allah SWT yang terdapat dalam Al-Quran itu tetap akan haram sampai ke hari kiamat. Tiada nas-nas yang menyatakan bahawa larangan Allah SWT di dalam Al-Quran itu boleh dihalalkan.

    Berkenaan dengan isu yang dikomentarkan ini, maka jelas ia melanggari apa yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran. Babi tetap haram, dan pekara haram tidak boleh diperhujahkan mengikut akal manusia yang cetek ini. Ia adalah syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

    Tiada persoalan yang berbangkit berkenaan dengan organ-organ badan babi, ia tetap akan haram di sisi Islam buat selama-lamanya. Maka jika ada unsur-unsur yang menyatakan bahawa organ yang terdapat dalam badan babi tersebut adalah halal, maka lampirkan bukti-bukti yang konkrit, agar mudah diperhujahkan dengan berlapang dada.

    Sebagai seorang yang suka menyatakan sesuatu pekara yang jelas haram kembali kepada pekara yang halal, maka...kembalilah kepada syariat-Nya dengan sebenar-benar, agar tidak terpesong lebih jauh dari landasan Islam.

    Untuk apa Allah SWT mengharamkan babi?

    Mengapa?

    Kenapa?



    ....kajilah jika anda seorang yang benar-benar berfikiran glokal....


    "Allah Maha Pengasih Dan Maha Penyayang"


    WaAllahuA'lam.

    ReplyDelete
  7. Salam To MAHADAYA

    Salam Islam kami ada juga pendapat ulamak yang berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, Agama hang dah la guna Al-Quran Islam, dalam ayat Al-Quran ada menceritakan agama Islam, ada surah Muhammad, ada Nama Nabi Muhammad, hang tak pecaya, jadi kesimpulannya sapa yang tak betul. Secara ilmiahnya agama yang mewakili ilmuan, ulamak dan ramai cendiakawan atau orang ramai itulah yang reliven berbanding dengan agama hangtu. Hang bagi bukti apa yang Islam tak benar? hang dakwa dalam Al-Quran ada perkataan asalama dan allaha, bahasa nih budak kecik arab dengaq gelak kat hang. Aku dengaq bahasa hang pun aku gelak. Satu lagi hujah aku, hang juga guna pendapat manusia, pendapat hang yang tidak berpendukan Al-Quran dan ikut logik akal hang. contohnya artikel hang yang mengatakan melayu adalah pewaris nabi. Mana ada dalam Al-Quran ada cerita melayu pewaris Nabi? setahu aku dalam Al-Quran juga tak de lambang naga sepertimana hang dakwa. Satu lagi hujah aku, hang sebenarnya silap sebab artikel hang antara satu sama lain juga bercanggah. mana kebenarannya? satu lagi yang betul2 membuktikan hang sesat dan tipu dan tak betul adalah setiap jawapan yang hang beri atas persoalan saya semua hujah budak kampung dan jawapan hang semua tak kena pada soalan saya. Lagi banyak soalan saya hang tak jawab seperti. Berikan contoh bahasa arab yang dinamakan kalam mufidah? berikan tasrif fail amar dan fail madi atas wazan qala. dan banyak lagi...

    Semua ini membuktikan hang sesat dan salah berbandingkan dengan Islam. Masalah babi yang hang bangkit aku dah berikan rujukan ayat yang mengatakan bangkai, darah, daging babi adalah najis. Jadi itu semuakan adalah babi, jadi kesimpulannya semua yang nama babi tetap najis. Logik.... Kalau kulit dia jadi kasut, tetap dinamakan kulit babi, kalau daging dia di masak rendang tetap dipanggil daging babi atau rendang babi. maka babi itu tak boleh pisah dan tetap najis.

    ReplyDelete
  8. Ustaz, trima kasih atas penjelasan. Teruskan perjuangan. moga dalam redha Allah sentiasa

    ReplyDelete
  9. Apa kata Imam Nawawi juga ulamak pewaris nabi(syafieyah) dan pandangan ramai ulamak lain..ttg najis babi ni..tgk ulamak ahnaf ttg samakan hanya 3 kali basuhan mengapa?..semua tu pdgan uamak jgk

    ReplyDelete
  10. Salam

    Saya tanya anda, adakah anda mazhab hanafi, adakah anda telah mendalami dari A sampai Z mazhab hanafi?

    Sebenarnya Imam-imam mujtahid ini ada kaedahnya sendiri dan kaedah mereka berbeza antara satu sama lain. Mereka juga rujuk kepada Al-Quran dan Hadis. Masalah beza pendapat ini adalah disebabkan masalah itu tiada dalil yang qat'i dan setiap ijtihad yang dikeluarkan bergantung kepada tempat dan budaya mereka. Walaupun beza pendapat tetapi mereka menghormati antara satu sama lain dan ada ketika Imam Syafie datang solat subuh di masjid Mazhab Hanafi tanpa membaca qunut dan banyak lagi kisah mereka.

    Negara ini telah mengistiharkan mengikut Mazhab Imam Syafie dan segala sukatan dan buku2 agama yang ada di Malaysia ini kebanyakkan Mazhab Syafie, maka lebih baik kita ikut mazhab Syafie, kalau nak ikut Mazhab lain dari Syafie boleh dan anda perlu mendalami ilmu mazhab lain dari A sampai Z dan jangan ambil sekerat-sekerat. Orang yang ambil sekerat2 di namakan sebagai taqlik buta dan sebahagian pendapat ulamak mengatakan orang taqlik buta tidak diterima amalannya. Sebab itulah Islam suruh dan mewajibkan umatnya belajar.

    ReplyDelete
  11. ustaz, saye nak tanye ape perbezaan kedudukan anjing antara mazhab maliki dan anak murudnya, syafi'e? sy agak keliru di sini.

    ReplyDelete
  12. mahadaya lagi?
    Hmmm penulisan mu menyesatkan orang laa... jangn bagi keliru umat Islam dan jangan putar belit fakta ye Mahadaya. Kamu kena faham Islam tu dulu baru laa bleh nak berhujah. Faham dengan keikhlasan, ketekunan, cari guru yg benar, belajar, kaji dan fahami... aku lihat sarjana2 kafir di barat lebih hebat ilmu tentang Islam berbanding kamu tetapi tidak pula mereka mengeluarkan penulisan2 bodoh mcm kamu

    ReplyDelete
  13. Mahadaya,
    Nak tunjuk pandai biar laa pandai, jangan tunjuk pandai sebab bodoh

    ReplyDelete
  14. Salam,

    Sebenarnya dua-dua kata najis. Tetapi Imam Malik kata hanya dibolehkan untuk dijadikan binatang memburu, anjing dijadikan pengawal binatang ternakan dan dijadikan binatang kawalan pertanian dan seumpamanya. Tetapi hakikatnya adalah najis.

    Imam Syafie mengatakan anging adalah najis dan ulamak2 sepakat mengatakan anjing adalah najis.

    ReplyDelete
  15. salam ustaz,
    saya menetap di luar negara sekarang..rumah saya ketika mula2 saya menyewanya dilengkapi karpet.malangnya penuh dgn bulu anjing.nak keluar akan menyebabkan kami sekeluarga terpaksa menanggung kerugian beribu2 dollar.so macamana nak buat?(kehadiran bulu anjing disedari selepas mendudukinya krn bulu anjing menyamai bulu karpet)

    ReplyDelete
  16. Salam anda perlu lap atau basuhkan sahaja dan tidak perlu samak, kerana ia dinamakan najis hukmi iaitu pada hukum dan anggaran sahaja. Kalau lebih baik lagi disamak. Kalau itupun anda tidak mampu maka anda perlu basuh sahaja.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum. kalau tangan saya yang terkena najis, kemudian saya memegang kaki saya dengan tangan yang terkena najis itu, adakah patut saja menyamak kaki saja juga?

    ReplyDelete
  18. Salam,

    Tangan dan kaki kena samak, sebab tangan anda masih lagi ada najis. kemudian dikuatiri kaki juga terkena najis dan lebih elok dua2 disamak.

    ReplyDelete
  19. jikalau najis itu ialah kasut yg diperbuat daripada kulit babi?

    ReplyDelete
  20. Salam,

    Saya dah tulis dalam artikel di atas wajib samak orang yang memakai kasut atau barang yang dibuat dari kulit babi.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum. kalau tangan saya yang terkena najis, kemudian saya memegang kaki saya dengan tangan yang terkena najis itu, adakah patut saja menyamak kaki saja juga? jikalau najis itu ialah kasut yg diperbuat daripada kulit babi?

    ReplyDelete
  22. salam ustaz. baru2 ni saya baru terbeli kasut yang diperbuat dari kulit babi. saya terpegang kasut itu dengan tangan saya, selepas itu saya dengan tidak sengaja memegang anggota badan lain kerana ketika itu saya tidak mengetahui kasut itu diperbuat dari kulit babi. adakah saya patut menyamak kesemua anggota badan saya?

    ReplyDelete
  23. Salam,

    Tempat yang anda yakin terkena najis, maka perlulah disamak. Kalau terkena tangan dan kaki, maka samaklah tangan dengan kaki.

    Jawapan kepada Farah :

    Yang mana sahaja yang anda yakin terkena najis tersebut, di situlah anda samak. Tak perlu samak semua anggota badan. Islam agama yang mudah dan jangan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  24. Salam,

    Saya lebih suka kepada pendapat Imam Nawawi RA tentang perkara ini. Imam Nawawi ialah anak murid Imam Shafie RA.

    Mengikut Imam Nawawi, gurunya tersilap dalam permasalahan samak untuk babi. Dengan kata lain ilmu kias yang digunakan tidak sesuai atau tepat.

    Bersih dengan 7 kali air dan tanah itu hanyalah untuk bijana atau bekas makanan anjing sahaja jika hendak kita gunakan dan bukannya yang lain2.

    Pendapat ini adalah lebih tepat dan praktikal. Contohnya jika anjing berburu menggigit haiwan buruan, pasti akan kena air liur anjing dan tak pernah pulak ada orang yang basuh 7 kali air dan sekali tanah pada haiwan buruan itu.

    Jika membela anjing untuk menjaga haiwan ternakan atau ladang, kadang2 anjing itu ada kena pada sayur-sayuran dan mungkin juga haiwan ternakan, adakah perlu cuci 7 kali air dan sekali tanah sebelum sembelih haiwan ternakan atau sebelum memasak sayuran?

    Ini hanya pendapat saya sahaja. Mungkin saya ada membuat salah.

    ReplyDelete
  25. Salam,

    Boleh berikan buku atau kitab rujukkan anda untuk saya semak, saya juga bukan orang yang mengetahui semua dan saya juga orang biasa, jadi saya lebih suka kalau kita jadikan blog ini sebagai tempat berusrah atau bertukar2 pendapat dan pengetahuan.

    Saya harapkan anda berikan nama kitab dan pengarangnya untuk saya buat rujukan dan sebagai usaha untuk menambah ilmu pengetahuan.

    ReplyDelete
  26. jadi sekiranya saya memegang kasut itu dengan tangan saya, selepas itu saya memegang anggota badan lain dengan tangan yang terpegang kasut itu, saya hanya perlu menyamak tangan saya?

    ReplyDelete
  27. Salam,

    Betul anggota yang perlu disamak ialah anggota yang pertama sahaja. Kalau anda tidak berkeyakinan dan masih ragu2 maka samaklah anggota yang seterusnya, Tapi anda ingatkah anggota mana yang dipegangnya.

    Sudah memadai dengan menyamak anggota yang pertama sahaja.

    ReplyDelete
  28. Salam Ustaz

    Saya dan suami mengikut feqah dari mazhab yang berbeza. Sekiranya cara suami membersihkan najis berat berbeza dari apa yang saya pelajari, boleh ke saya mengikut cara beliau kerana takut timbul pertelingkahan yang akan menjejas rumahtangga.

    Jika saya/suami telah memakai barangan kulit sekian lama seperti beg dan tali pinggang dan telah membawanya bila bersolat tapi baru sekarang kami dapat tahu barang tersebut dibuat dari kulit babi, bagaimana dan apa yang saya patut sertu memandangkan saya telah mencuci banyak seluar suami, pakaian di mesin basuh, memegang/menyentuh semua barangan di rumah dalam keadaan basah, mencuci pinggan mangkuk, talipon bimbit dan banyak lagi?

    Kalau kami sekadar basuh seperti biasa tanpa memandangkan tiada tanda nyata, rasa atau bau lagi, najis kah semua barangan, pakaian dan badan kami kerana tidak menyertu?

    ReplyDelete
  29. Salam,

    masalah suami isteri pegang mazhab feqah berbeza, sebagai isteri berbincang dahulu dengan suami dan menceritakan tentang basuhan menurut syafie. Kalau suami anda tidak mengizinkan, maka anda wajib mengikuti suami anda dan anda perlu mempelajari tentang mazhab tersebut, supaya ia tidak menjadi taqlik buta atau ikut membuta tuli.

    Pakaian yang dibuat dari kulit babi itu wajib dibuang. pakaian anda hanya di basuh seperti biasa sahaja. dan tidak perlu di samak sebab anda sudah tidak mengetahui akan benda tersebut.

    ReplyDelete
  30. Semasa baru mendirikan rumahtangga dengan suami, banyak perselisihan faham berlaku kerana perbezaan mazhab. Saya terlupa bahawa tidak semua negara mengamalkan fiqh mazhab syafie. Setiap perbuatan ibadah suami saya anggap sebagai tersesat padahal beliau hanya mengamalkan mazhab yang dipelajari di negaranya sejak dari kecil lagi.

    Alhamdulillah suami sangat sabar dalam menangani sikap dingin saya yang terlalu memikirkan mazhab syafie adalah yang terunggul. Memandangkan dinegeri kita hanya mengajar tentang ilmu fiqh mazhab syafie, apa yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan dari berlakunya perselisihan dengan suami faham pada masa akan datang?

    Berdosa kah saya jika saya mengikut ilmu fiqh seperti suami kerana ingin menjaga kerukunan rumahtangga?

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum Ustaz.

    Saya telah membaca artikel diatas mengenai barangan kulit babi. Saya juga mengalami perkara serupa di mana hanya setelah sekian lama baru menyedari barangan kulit saya dibuat dari kulit babi.

    Ada ketika saya menjadi keliru dan risau kerana saya telah menyentuh semua barangan dirumah dan tentunya dengan tangan yang basah dan baju yang telah saya cuci saya bawa untuk beribadah.

    Perlukah saya menyamak dengan air tanah keselurohan barangan dalam rumah termasok mesin basuh, tilam, barangan elektrik lain dan juga anggota badan yang saya rasa agak menyusahkan?

    Seperti yang ustaz sebut dibeberapa artikel lain diatas, menyentuh kulit babi mesti disamak dan benda lain yang disentuh juga akan menjadi najis, bagaimana pula dengan situasi yang saya alami?

    Perkara ini sikit sebanyak telah mengganggu pemikiran dan ibadah saya dan ada ketika saya merasa semuanya najis dikeliling saya sama ada dirumah atau diluar hinggakan saya terus meniggalkan solat.

    Saya harap ustaz dapat menghuraikan kekusutan yang membelenggu diri saya dan yang membuat saya rasa berdosa besar.

    ReplyDelete
  32. Salam,

    Begini ada pendapat yang ringan mengatakan bahawa barang yang pertama sahaja yang terkena naji anjing dan babi yang perlu di samak.

    Situasi anda tak perlu samak semua, sebab benda ini dah lama dan kita sendiri tak tahu mana yang kena dan tak kena, atau dalam istilah dinamakan najis hukmi iaitu anggapan najis secara hukum akal kita. maka tak perlu disamak dan cukup hanya membasuh biasa sahaja.

    Yang saya maksudkan dalam artikel di atas adalah benda yang kita yakin terlena najis dan baru lagi dan hangat lagi, maka samaklah benda tersebut. kalau basuh sahajapun sah sepertimana dikatakan oleh pendapat di atas ini. Islam itu agama yang mudah dan tidak menyusahkan.

    ReplyDelete
  33. Salam,

    Tak berdosa mengikut mana-mana mazhab, anda sebenarnya tak boleh anggap mazhab lain tak ungul dan mazhab syafie lebih unggul. Anda perlu tahu Imam Syafie adalah anak murid kepada Imam Malik. Imam syafie pergi solat subuh di tempat mazhab hanafi tidak membaca doa qunut walaupun Imam Syafie mengatakan doa Qunut itu sunat yang dituntut.

    Tak salah mendalami ilmu mazhab lain dan amalkan mazhab lain. Yang salah ialah kita ambil celup2 tanpa ilmu untuk kepenting nafsu sahaja. kalau dhorurat lain la.

    ReplyDelete
  34. Jika saya mengalami seperti hamba Allah di atas dimana saya hanya tahu najis berat seperti kulit babi setelah sekian lama menggunakannya. Saya hanya membasuh seperti biasa tanpa menggunakan air tanah semua pakaian, tikar solat, lantai dan yang lain.

    Bolehkah saya memakai pakaian, telekong, sejadah yang saya basuh seperti biasa semasa solat dan bersolat di atas lantai seperti biasa tanpa berasa waswas dan yakin semua barangan itu bersih dari najis?

    Sah solat saya yang lepas atau yang akan datang?

    ReplyDelete
  35. boleh sebab itu dikira najis hukmi dan hanya anggapan sahaja kata ada, basuh seperti biasa sahaja. Kalau benda itu baru dan nampak ain najis tersebut, maka samaklah.

    ReplyDelete
  36. Sungguh mengelirukan... sekejap kena samak sekejap tak payah. Kalau najis dah dibasuh di dalam mesin baju..semua menjadi najis lah... dan ibadah semua tak sah ..tak begitu????
    Tapi kalau samak dengan tanah semua dalam rumah jahanam lah harta benda kita... susah betol bab terkena najis berat ,,,,

    ReplyDelete
  37. Salam,

    Begini yang kena samak itu adalah anggota yang pertama pegang barang diperbuat dari babi. Barang yang kena selepas dia iaitu mesin basuh, sangkut baju dan lain-lain tak payah samak hanya dibasuh begitu sahaja.

    Point lain, kalau barang itu ada bulu atau tahi babi atau anjing yang nampak nyata dan jelas atau berbau, maka wajib di samak barang yang terkena najis yang nampak jelas seperti bulu atau tahi babi atau anjing.( najis aini)

    Kalau barang itu tidak nampak ada kesan tahi babi atau anjing atau baunya, maka tak perlu disamak dan hanya di basuh sahaja (inilah najis hukmi)

    Masalah mesin basuh anda dan barang2 dalam rumah tak perlu disamak, sebab dia tiada kesan dan tanda dan bau yang mengatakan adanya najis. maka dia hanya berkeyakinan sahaja berdasarkan barang kulit babi tersebut, maka di situ tak perlu samak hanya di basuh sahaja. Tangan anda yang mula-mula2 sekali pegang kulit tersebut di samak itu sahaja.

    ReplyDelete
  38. salam,
    maaf nk beri info sikit. samak sebenarnya istilah yg digunakan bagi perbuatan membersih kulit binatang yg halal dimakan dgn menghilangkan lemak, lendir, daging dan darahnya agar boleh digunakan oleh umat Islam.

    Adapun perbincangan mencuci najis anjing dan babi pula masuk dlm bab taharah. tidak ada kalimah samak digunakan dlm kitab2 fiqh bagi membahaskan masalah tersebut.

    wassalam.

    ReplyDelete
  39. Salam,

    Terima kasih atas info yang diberikan, betul memang samak ini digunakan untuk menyamak atau membersihkan kulit binatang yang halal dimakan untuk dijadikan alat gendang dan sebagainya.

    Memang cara mensucikan najis anjing atau babi ini tiada istilah samak yang digunakan. Tetapi ada sebahagian orang menggunakannya, kerana ia membawa maksud membersihkan najis tersebut, ia juga telah menjadi kelaziman dalam masyarakat kita.

    Ilmu yang berguna untuk ana, terima kasih atas perkongsian yang diberikan.

    ReplyDelete
  40. salam ustaz..saya nak bertanya..
    1)apakah hukum majikan saya bermain dengan anjing dan bersalam dengan saya..(saya sedar ataupun saya tidak sedar)
    2)apakah hukum nya jika majikan saya memelihara anjing di kawasan rumah nya..di bhagian tepi rumah..sedangkan selepas waktu berkerja anjing tersebut dilepaskan di sekililing rumah.dan setiap hari saya perlu masuk ke dalam rumah nya.
    3)apakah hukum nya jika mangkuk sudu saya suapkan makanan kepada budak cina tadika digunakan juga untuk makan babi atau arak ataupun anjing?
    (saya sedar ataupun tidak sedar)

    ReplyDelete
  41. salam ustaz...

    Banyak kasut berjenama yang menggunakan kulit babi dipasaran yang selalu di katakan oleh pemilik blog dan pengguna kasut2. Mereka banyak memberi pesanan agar pembaca dapat mengelak dari membeli dan mengguna produk berunsur babi.

    Saya juga ada membeli kasut berjenama dan kerana terlalu banyak membaca artikel dan blog berkaitan perkara tersebut, saya kini menjadi waswas.

    Saya ada menghantar email pada pengimport dan company kasut berkenaan dan mereka menjawab dengan memberi keyakinan bahawa kasut mereka tidak mengandungi unsur babi atas sebab orang muslim dinegara kita.

    Soalan saya mana satu yang patut saya percayai dan yakini, pengurus company kasut yang lebih mengetahui kasut mereka atau pembaca blog yang berkongsi pendapat dan pengalaman yang telah membuat saya keliru?

    ReplyDelete
  42. Salam,

    Bersalaman dengan majikan bukan muslim yang memegang anjing, maka itu tidak mengapa dan sebab dia dalam keadaan kering. anda tidak perlu samak, kalau perlupun hanya membasuh sahaja seperti biasa.

    Tidak mengapa majikan anda membela anjing dan dia bukan muslim. Anda juga tidak perlu samak, kalau ada perasaan was-was tentang kasut anda atau barang2 dijilat anjing, maka basuh sahaja telah mencukupi.

    Pinggan atau mangkuk yang digunakan untuk anjing dan babi, mestilah disamak dan digunakan seperti biasa, kalau ada bekas lain lebih baik digunakan bekas lain. kalau dia guna untuk bekas arak, maka di basuh seperti biasa sahaja. Ini tidak dapat tidak anda tidak boleh mengelak dari masalah ini.

    ReplyDelete
  43. Salam,

    Pendapat saya, ini merupakan perkara yang ragu-ragu dan was-was, tindakan yang baik adalah tinggalkan produk tersebut dan cari produk yang lain yang tidak ragu2. Banyak produk yang tidak terlibat dengan kulit binatang najis tersebut.

    ReplyDelete
  44. ustaz kalau produk itu milik suami dan beliau berkeyakinan yang ia tidak mengandungi bahan dari khinzir, mestikah saya mencari ape jua cara untuk menghalang dia dari terus menggunakannya atau mengikut saja kerana isteri tidak boleh melawan cakap suami.

    ReplyDelete
  45. Salam,
    Kalau dia berkeyakinan bahawa barang yang tersebut tidak mengandungi najis tersebut maka ia tidak menjadi masalah.

    Sebagai seorang isteri wajib mentaati suami ats perkara yang baik sahaja dan isteri wajib menegur perkara buruk suami dan tidak wajib mentaati perintah yang melanggar undang2 islam.

    Setelahh anda menegur suami anda dan masih tidak mahu mengikutnya maka itu urusannya dengan Allah, anda sebagai isteri terlepas dari kewajipan 'amal ma'ruf nahi mungkar'

    ReplyDelete
  46. Perlu kah kita beranggapan semua produk kulit diperbuat dari kulit khinzir dan menyelidik dengan terperinci bahan yang digunakan digudang membuat produk tersebut atau menghantar ke makmal yang pada pendapat saya amat menyusahkan dan tentu kosnya tinggi?

    Bukankah waswas atau ragu-ragu itu hanya permainan syaitan dan kita wajib melawannya?

    Jika kita tidak pasti produk kulit yang sudah kita beli dan gunakan sekian lama menggunakan kulit apa, perlukah kita buang semua barang barang tersebut?

    ReplyDelete
  47. Salam,

    Beginilah, hal ini bukan masalah was-was tapi masalah dosa dan pahala, sebab kalau kita tahu dan ada ragu-ragu, maka itu lebih baik dielakkan dan ini ditegaskan dalam hadis Nabi setiap benda yang ragu perlu ditinggalkan.

    Hal kajian sebenarnya kita ada pesatuan penguna Islam Malaysia dan setiap kenyataan yang dikeluarkan mereka semua berfakta dan ada bukti, bukan tuduhan. Masalah barang dari kulit babi yang jadi isu hangat sekarang ini juga berfakta.

    Kalau ada ragu2 seperti terjumpa tiga titik hitam dikulit tersebut, maka wajib dibuang sebab benda dah terbukti, kalau kita pakai masalahnya solat dan ibadah2 lain ditolak oleh Allah sebab kita dalam keadaan najis dan berhadas.

    Satu lagi susah kerana ingin memperolehi keberkataan dan untuk Islam tidak mengapa kalau memerlukan kos yang tinggi. kerana itu merupakan jihat ke jalan Allah. Biar harta habis untuk agama tak apa sebab Allah ganti dengan ganjaran lain. Kalau habis untuk duni seperti rumah besar, isteri 4, kereta besar lebih dari keperluan, kan tiada apa2 sumbang untuk agama. Bukan tak bagus dan jangan salah faham miliki kereta besar, isteri 4 dan rumah besar, bagus dan terbaik, tapi gunakan sepertimana yang diamanahkan oleh Allah

    ReplyDelete
  48. Salam,ustaz
    sye bru shj terima kasut yg dibeli secara online..ragu dgn kulit kasut t'sbut..ade 3 titik..tp x b'bntuk segi tiga..yg sye risau n runsing ni sbb sye dah pegang kasut tu..tgn sye plak pegang brg yg ade kat umah ni..even nak taip soaln ni pun tgn yg lps pgg kasut tu..(dpt kasut-trus check n search psl hal ni)..mohon beri maklum bls sgra..apa yg perlu dibuat..

    ReplyDelete
  49. ustaz,kalau gune pasir untuk samak boleh ke??

    ReplyDelete
  50. Salam
    ustaz klu da mula puasa.. pastu kite gosok gigi & kumur2.. batal x ?? habes 2 klu da buang air dlm mulut tapi masih ada rse air paip lg .. camne 2 ustaz?

    ReplyDelete
  51. Salam,

    Jawapan kepada Anonymous pertama :

    Setahu saya titik tiga itu berdekatan dan tidak berjauhan. Saya rasa itu bukan dari kulit najis tersebut. jangan risau kalau dilihat dari soalan anda di atas ini saya berkeyakinan itu bukan dari kulit najis tersebut.

    Jawapan Kepada Anonymous Kedua :

    Untuk samak mestilah menggunakan tanah bukan tanah, dalam hadis nabi juga menyatakan tanah bukan pasir. Kalau pasir yang bercampur tanah tidak mengapa dan boleh digunakan.

    Jawapan Kepada Anonymous Ketiga :

    Gosot gigi selepas matahari terbit adalah makruh, ada pendapat tak bagi langsung dan batal memasukkan benda di dalam mulut. Kalau saya lebih kepada pendapat yang kedua iaitu batal menggosot gigi ketika puasa.

    ReplyDelete
  52. ustaz,titik tu sebaris lurus ade 3 titik...bulat2 kecil..tp x mbntuk segi tiga la..

    ReplyDelete
  53. Salam..ustaz.saye juge alami mslh yg sama mcm anonymous di ats..
    beli ksut online juge..
    dh btnye pd owner blog..dan melalui penerangn yg diberi,ade yg boleh diterima pakai..ksut tu bukn dr kulit babi..
    ade sorg pelnggnnye juge mhntr komen ksut yg dijual bukn dr kulit tu..(hasil dr kulit tu dibkr-takde bau hangit-bukn kulit babi)so,pd ksut yg saye beli tu ade 3 titik lurus yg tsusun dgn baik..ade juga 2 titik..(seluruh kasut)tidak bselerak..namun 3 titik lurus tu bkedudukn mnyendeng skit..hrp ustaz fhm mksud saye..
    tu yg buat saye ragu smpi skrg ni..mak pun dh pgg ksut tu..pd pndpt ustaz,ape status kasut tu??perlukah disamak??hrp dpt mklumn sgra..terima kasih..

    ReplyDelete
  54. Salam,

    Ini adalah masalah ragu-ragu atau shubhah, Hadis Nabi mengatakan bahawa setiap benda yang shubhah lebih baik di elakkan, kerana ia menghampiri dosa dan haram.

    Rugi sedikit tak apa, jangan rugi perkara agama, kalau anda yakin tanpa ada ragu2 dengan kasut itu bukan dari sumber babi, maka pakailah dan tidak menjadi masalah.

    ReplyDelete
  55. terima kasih ats jwpn yg diberi..cume yg jd psoaln..prlu x samak??

    ReplyDelete
  56. Kalau dah ragu2 dan was-was lebih baik di samak atau disucikan dengan 7 kali air mutlak dan satu kali dengan air tanah.

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum,

    Saya nak tanya.

    1. Boleh tak Ustaz atau sesiapa berikan artikel atau link yang menunjukkan kajian yang telah dibuat ke atas anjing dan khinzir yang dapat membuktikan bahawa pentingnya atau relevannya untuk menyucikan diri setelah memegangnya.

    2. Banyak komen yang telah saya baca diatas mengatakan bahawa mereka terpegang kulit khinzir dan sebagainya, dan akhir sekali, tidak pasti bahagian anggota mereka yang mana terkena. Ustaz menjawab bahawa "samak" bahagian pertama yang terkena sudah mencukupi. Tetapi, kalau bahagian lain sudah tersentuh dan tidak "disamak", tidakkah ia masih menjejaskan kesihatan?

    3. Saya ada pelajari dari guru di sekolah saya bahawa semasa berpuasa, tidak boleh memasukkan apa-apa ke dalam ke dalam rongga badan. Adakah batal jika kita mengorek hidung atau telinga? Jika batal, mengapa? Apakah relevannya kita diharamkan untuk mengorek hidung atau telinga?

    Sekian sahaja,
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  58. Salam,

    Banyak relevannya boleh lihat dari penyakit yang ada sekarang ini seperti selsema burung, H1N1 dan sebagainya. Sebab itulah Islam menetapkan suci dengan air tanah dan air mutlak. Kalau secara ilmiah lagi saya tak mampulah sebab saya bukan bidang tersebut. Ini juga telah dibuktikan oleh sains bahawa tanah mampu menghilangkan kuman tersebut.

    2. Puasa merupakan bulan latihan untuk membendung nafsu manusia. sebab itulah puasa dipanggil sekolah asuhan atau madrasah. Korek hidung, memasukkan makanan dalam mulut, korek telinga ini merupan satu kenikmatan yang menyenangkan nafsu. Makan banyak merupakan baja kepada nafsu. Sebab itu nabi ajak umatnya makan ketika lapar berhenti sebelum kenyang. Untuk membendung nafsu semua benda yang menyedapkan ditegah dalam puasa.

    Soal link saya rasa anda boleh cari sendiri. anda search je di google atau yahoo engen pencarian, banyak benda yang akan keluar dan anda boleh memilih dan mencarinya.

    ReplyDelete
  59. Salam Ustaz,
    saya ingin bertanyakan taetang masalah sabun yang mengandungi produk dari babi. Saya telah lama menggunakan sabun jenama lux dan baru2 ni saya dapat tau ia mengandungi bhan2 dari babi iaitu glycerin. Apa yang perlu saya buat ustaz?

    ReplyDelete
  60. Salam Ustaz,
    saya ingin bertanyakan taetang masalah sabun yang mengandungi produk dari babi. Saya telah lama menggunakan sabun jenama lux dan baru2 ni saya dapat tau ia mengandungi bhan2 dari babi iaitu glycerin. Apa yang perlu saya buat ustaz?

    ReplyDelete
  61. Salam,

    Itu saya tak pasti betul atau tak, tapi memang ramai orang cakap lux ada unsur lemak babi, sebagai tindakan berjaga2 kita guna jenama lain yang halal, Tak perlulah nak samak semua badan, cukup dengan mandi sahaja sebagai tanda bersih dari unsur tersebut, sebab ini dinamakan najis hukmi yang tidak nampak ain atau bau, rasa dan warnanya...Tak perlu di samak...

    ReplyDelete
  62. Salam,
    Ustaz, saya baru berpindah ke sebuah rumah orang Cina. Saya telah menyamak semua kawasan di dalam dan di luar rumah. Masalahnya sekarang, tuan rumah ada meninggalkan tilam dan sekarang tilam itu digunakan oleh anak untuk tidur. Pada mulanya, saya tidak tahu tuan rumah memelihara begitu byk anjing dan anak-anak anjing.
    Saya sekarang asyik terfikir tuan rumah membawa anjing-anjingnya ke atas tilam yang ditinggalkan dan tilam itu digunakan pula oleh anak saya. Kadang-kadang anak saya terkencing di atas tilam itu ( saya risau najis dari anjing terserap ke cadar akibat kebasahan disebabkan air kencing dan peluh anak semasa tidur) dan saya membasuhnya cadar tilam itu di dalam mesin basuh.
    Saya risau najis tersebar keseluruh rumah atas penggunaan tilam dan pembasuhan cadar menyebabkan najis merebak ke pakaian, telekong, sejadah dll yang dibasuh menggunakan mesin basuh yang sama.
    Bagaimana saya nak mengatasi masalah najis ini?

    Terima kasih ustaz.

    ReplyDelete
  63. Salam,

    Najis ada 2 bahagian :

    1. Najis aini (najis yang dapat dilihat)
    2. Najis Hukmi (najis yang tidak dapat dilihat dan anggapan sahaja)

    Masalah anda ialah najis hukmi iaitu najis yang tidak dapat dilihat atau bekas2nya sahaja dan anggapan awak sahaja, najis seperti ini dibasuh seperti biasa sahaja tidak perlu disamak..

    Kalau najis nampak rupa bentuknya, ini dinamakan najis aini dan najis ini perlu disamak 7kali dengan air 1 kali air tanah dan 6 kali air mutlak.

    ReplyDelete
  64. slm..mcm ni sy teringat satu perkara yang agk lama berlaku..gelanggang badminton tu pernah ada anjing dan saya nmpk air liur anjing tu terjatuh...
    keesokannya sy dan kwn2 bermain kat tmpt tue..
    kena samak x? air liur mungkin dh kering.. tp kalo bola yang basah terkena air liur tue dan sy pegang bola tue.. kena samak x.. tlg ye ustz...

    ReplyDelete
  65. Salam,

    Kena samak, sebab anda nampak air liur anjing tersebut, bola dan tangan anda juga kena samak..

    ReplyDelete
  66. tp kn ustaz, sy x tau pon sbnrnya bola tue kena ke x.. tp mgkin kena la kn.. sy pon x tau kat mana kwsn air liur tue... kena ke?

    ReplyDelete
  67. Salam,

    Kalau sangkaan, tak perlu samak sebab ini dinamakan najis hukmi iaitu pada hukum anggapan sahaja berdasarkan logik anda.. Anda perlu basuh sahaja bola, gelanggang dan tangan anda seperti biasa.

    ReplyDelete
  68. owhh..tima kasih ustaz.. tak tau kenapa sejak akhir2 ni saya ada was2 dlm perkara sebegini.. pdhal perkara tu dh berlaku 2 tahun yang lalu...

    ReplyDelete
  69. Salam,

    Beringat dalam masalah sebegini tak mengapa itu yang bagus.. Soal kebersihan dan ibadah bukan perkara yang remeh.

    ReplyDelete
  70. sy mesti terpk mcm mana kalo kena..
    mcm ape yg sy ceritakan di atas.. sy nmpk air liur tu jatuh, tp x tau kat kwsn mana ats gelanggang tu... jadi x pyh samak la kn sbb sy x pasti kena ke x? kalo kena, tp sy ingtkn x kena, mcm mana? maaf byk bertanya...

    ReplyDelete
  71. salam ustaz...saya mmg cari sgt blog yang bincang isu ttg anjing dan babi ni ustaz...kemusykilan saya ialah, bagaimana dengan asap yang membakar anjing dan babi, adakah ia mewajibkan kita untuk bersamak jika terkena asap tersebut, maaf kalau soalan saya nampak macam saya jahil, tapi, saya kena cari kepastian dari persoalan yang timbul, terima kasih ustaz...

    ReplyDelete
  72. Salam,

    Jawapan kepada Anonymous pertama :

    Kalau anda nanpak terkena bola tersebut, memang nampak kat bola itu ada ain najis (kesan najis) maka perlu samak.. persoalan anda dalam komen anda yang terbaru itu was-was atau ragu-ragu, kalau begitu lebih baik di samak, sebab ragu2 ini mainan syaitan. Anda cuma perlu samak bola badminton, badminton dan tangan anda sahaja, yang lain selepas itu tak perlu di samak.

    Jawapan Anonymous kedua :

    Yang perlu disamak adalah dari Babi dan anjing, keturunannya, bekasnya dan asap api yang membakar bangkai atau asap api yang memanggang binatang tersebut. Ini ada dalam perbicaraan kitab2 lama.

    ReplyDelete
  73. salam ustaz.... saya nk tanya, smlm sy ada terbaca tentang 'status halal' bagi minyak sapi jenama QBB itu diragui halal nya...untuk makluman ustaz, saya telah membuat beberapa biskut raya menggunakan minyak sapi tersebut.. tetapi disebabkan saya ragu2, sy mahu membuang biskut tersebut..saya sudah tak mahu menggunakan minyk itu lagi.. masalh disini, perlukan saya menyamak tangan saya serta peralatan
    memasak saya yang telah saya gunakan untuk membuat biskut tersebut, seperti piring pembakar, sudu, mangkuk dan sebagainya, yang digunakan ketika penyediaan biskut tersebut... terima kasih ustaz

    ReplyDelete
  74. Salam,

    Untuk mengetahui halal atau haram benda tersebut, anda boleh buat rujukan di laman web pengguna Islam Malaysia dan JAKIM, anda juga boleh lihat di bungkusan tersebut ada tak cop berwarna hijau atas nama JAKIM, kalau ada maka itu telah di akui oleh JAKIM tentang status halalnya.

    Kalau dah pasti ada minyak binatang tersebut, maka lebih baik di samakkan pingan atau bekas yang telah digunakan. Hal ini merupakan tindakan berjaga-jaga.

    ReplyDelete
  75. Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin penjelasan tentang tanah dalam konsep samak. Adakah hanya tanah liat yang sah digunakan untuk bersamak atau sebarang tanah seperti tanah merah, tanah gambut,tanah pasir atau lain-lain lagi. Sukar bagi saya untuk mendapatkan tanah liat buat masa sekarang.

    ReplyDelete
  76. Salam,

    Tak kira tanah apapun boleh pakai, yang penting diyakini suci tanah tersebut.

    ReplyDelete
  77. salam ustaz... kalo kita samak kat tgn, pastu air tanah yang megalir kena kaki kita, kena samak juga ke kaki tue? tp najis dh x de...

    ReplyDelete
  78. Salam,

    Tak perlu samak kaki, kalau air tanah atau air itu terkena mana2 anggota badan anda.

    ReplyDelete
  79. salam ustaz......saya nak tanya jika kita termakan makanan yang seperti sneak,,,coklat..yang dibuat berunsurkan babi kena samak jugak ke.....tangan dengan mulut...?

    ReplyDelete
  80. salam ustaz......saya nak tanya jika kita termakan makanan seperti sneak,,coklat,oat cereal..yang dibuat berunsurkan babi kena samak jugak ke.....tangan dengan mulut...?

    ReplyDelete
  81. assalamualaikun ustaz...saya nak tanya ...jika saya terkena air hujan yang mengalir daripada atau ke najis anjing atau babi adakah saya perlu menyamak juga kaki saya????.....terima kasih...

    ReplyDelete
  82. salam ustaz....saya nak tanya...jika saya tak pasti samaada terkena najis anjing atau tidak kemudia saya cuba hidu..akan tetapi saya tidak pasti bau itu adalah bau najis anjing tersebut kerana ia seakan akan bau hapak....adalah ia tergolong dlm najis hukmi dan perlukah saya samak

    ReplyDelete
  83. TAMBAHAN...Saya lalu tempat najis anjing itu tetapi ia juga berbau seperti bau hapak.....

    ReplyDelete
  84. Salam,

    Jawapan kepada Anonymous pertama :

    Tak perlu samak tangan anda, dan anda kena mencuci sahaja, kerana ia tiada kesan lagi dan ia perlu dibasuh sahaja.

    Jawapan kepada Anonymous kedua :

    Air hujan yang mengalir tak perlu disamak sebab dia dimaafkan, kalau dia bertakung dan najis tersebut ada di dalamnya dan nampak sah, maka ia perlu disamak.

    Jawapan kepada MK :

    Kalau tak pasti, maka itu dinamakan najis hukmi dan ia perlu dibasuh sahaja tempat yang diragui tersebut, najis hukmi ini adalah najis yang diagak2 dari kesan tompokan, atau gerak hati kita sahaja.

    ReplyDelete
  85. salam... sya ada 2 soalan.

    1) apabila samak tgn, air tanah yg mengalit terkena kaki, perlukah samak kaki juga?

    2? adakah samak ni hanya dilakukan dimana keadaan najis tue masih baru, kalo perkara tue dh lama berlaku? kesan najis tue pon mesti dh x de...adakah perlu samak jgk?

    ReplyDelete
  86. Salam,

    Tak perlu samak kaki atau mana2 tempat yang air tanah mengalir.

    Betul kalau nampak najis itu ada dan jelas bau, rasa dan warnanya. Kalau najis itu dah lama seperti kering dan ada bekas yang ada warna, bau, rasanya, maka kena samak juga, kalau tak ada hanya gerak hati je yang kata ada, maka tak perlu disamak dan hanya dibasuh begitu sahaja.

    ReplyDelete
  87. Askum...ustaz kalau najis tu dah lame kena..tapi saye baru perasan perlu tak kita samak..sebab saya dah terpegang barang2 yang lain dan juga anggota badan yang lain..sebab mase tu saye ade terpegang berus cat yang diperbuat dari bulu babi,,tolong beri jawapan segera..t.kasih

    ReplyDelete
  88. Salam,

    Tangan anda sahaja yang perlu disamak yang lain tak payah..Walaupun dah lama tapi anda berkeyakinan, maka anda perlu samak.

    ReplyDelete
  89. salam,ustaz... semalam sy berjalan depan kedai y jual daging khinzir. mulanya sy x perasan. bila ibu sy tegur,baru sy jauhkan diri ckit dr kedai tu.. perlukah sy samak selipar sy n seluar y mungkin tkena jalan raya? y sy perasan,mcm ada air y btakung kt jalan depan kedai tu tp sy xde tpijak air tu la... perlukah sy samak selipar,seluar n stokin sy? n cadar sy sbb lps balit tu,sy terus baring kt ats katil

    ReplyDelete
  90. salam,ustaz... persoalan sy mcm di atas. perlukah kita bersamak skiranya tkena air yang mengalir dari kedai jual daging khinzir?

    ReplyDelete
  91. Salam,

    Perbahasan kitab tua atau kuning, air becak yang mengalir walaupun di situ ada najis, air mengalir itu dimaafkan dan tidak perlu samak atau basuh kerana air itu suci.

    Tetapi masalah anda ialah terpijak atau berkeyakinan terpijak air najis berat yang bertakung, kalau anda berkeyakinan anda perlu samak anggota dan kasut itu sahaja, cadar dan barang-barang yang anda pegang dan sentuh selepas itu tidak payah disamak.

    ikut kaedah, kalau najis yang kita tak nampak dengan mata kasar walaupun ia mercit kena pakaian atau anggota badan kita, najis tersebut dimaafkan sebabnya kita tak nampak. kalau kita berkeyakinan atau ragu2 maka kenalah samak atau basuh.

    ReplyDelete
  92. assalamu'alaikum, ustaz...
    nk tanye.... kalo kita tgh duduk kt kedai mkn spt kfc n tym tu pulak tgh hujan... kita lihat ada anjing y berkeliaran di halaman luar kedai mkn tu dgn badan yg basah...so,perlukah kita samak kasut sebab kita tpaksa menggunakan jalan tu utk keluar?

    ReplyDelete
  93. salam.......
    ustaz,
    1. mcmmane nk samak pakaian? perlu direndam ke? dan mcmne nk tentukan utk 1 basuhan tu?
    2. 3 tahun yg lepas,sy tnampak bbrp ekor anjing tidur di parking rmh sy dgn badan y basah sbb waktu tu tgh hujan. sy ingatkn mak sy dh samak lantai parking tu.rupa2nya,bila sy tnye smlm,dia jwb belum disamak... mcmane tu,ustaz? apa y patut sy buat skrg?

    ReplyDelete
  94. Salam,

    Jawapan kepada Zahara :

    Jangan jadi was-was sampai begitu nanti masalah,kalau benda yang kita tak nampak tak payah samak, tetapi kalau kita beranggapan atau berkeyakinan bahawa kasut kita dijilat, dipijak atau digigit oleh anjing tersebut, maka samaklah, kalau setakat laluan anjing tak perlulah. Tapi kalau was-was lebih baik samak sahaja.

    Jawapan kepada Anonymous :

    Kalau 2 atau 3 tahun yang lepas tu tak apalah benda itupun dah lama, takkan nak cari balik baju tersebut, mohonlah taubat dari Allah, sebab itulah benda najis ini tak boleh dipandang ringan, sebab dia melibatkan soal ibadah..

    ReplyDelete
  95. kalo baju y baru je kene? mcmmane nk samak ustaz? ada syarat2 nya ke?

    ReplyDelete
  96. Salam,

    Samak macam biasalah baju tersebut, buang najis tersebut, basuh dengan air tanah sekali dan air biasa sebanyak 6 kali sehingga hilang bau, rasa dan warnanya.. Kalau ada lagi tambah dengan air bersih lagi..

    ReplyDelete
  97. salam,sya da terbeli beg dr kulit babi.slps beberapa bulan baru sya tersedar yg beg tu dari kulit babi.mcm mna sya nk samak?adakah sya perlu samak satu badan sbb sya da guna beg tu byk kali?

    ReplyDelete
  98. assalamualaikum, jadi kesimpulannya dalam bab najis berat ni kita hanya perlu samak najis yang ain sajalah, yang najis hukmi yang kita tak nampak tak payahlah kita samak. Kalau tak nampak bolehlah kita katakan tiada najis, tak perlulah kita fikir yang bukan bukan-bukan, tak perlulah kita cari-cari bagi ada juga, nanti menyusahkan diri sendiri, macam tu kah ustaz?

    ReplyDelete
  99. salam.
    ustaz, sy mempunyai kwn sekerja yg membela anjing dan selalu membawa anjingnya bersama di dalam kereta. Atas tuntutan tugas, kadang2 sy terpaksa menumpang kereta mereka. Namun begitu, sebelum sy tumpang biasanye mereka akan memvakum kereta mereka. Sy masih was-was sebab masih kelihatan beberapa bulu yang tertinggal. Persoalannya, adakah sy perlu menyamak tangan/baju/beg yang mungkin terkena bulu2 anjing tersebut?
    Terima ksh atas masa n jwpn ustaz.

    ReplyDelete
  100. Jawapan kepada Anonymous pertama :

    Samak ke kawasan yang anda yakini tersentuh dengan beg tersebut sehingga hilang was-was atau ragu2 anda, kawasan yang tidak diragui tidak perlu samak.

    Jawapan kepada Anonymous kedua :

    Kalau kita tak nampak jangan pulak dok cari bagi nampak, contohnya sayur yang dibeli dari kedai, jangan pulak kita pi cari petani ada bela anjing atau tak, ini akan menjadikan lebih sulit, cukup sekadar keyakinan bahawa tiada najis. Kalau ragu2 lebih baik samak walaupun ia najis hukmi..

    Jawapan kepada Anonymous ketiga :

    kalau dah nampak dan jelas pulak ada bulunya dan anda juga was-was lebih baik samak sahaja baju dan kawasan yang terkena najis berat tersebut.

    ReplyDelete
  101. terima ksh ats jwpn n info, ustaz. -a3-

    ReplyDelete
  102. akum ustaz.. saya pernah membeli sofa 2nd hand dari kawan cina dan dia mengatakan dia tak membela anjing cuma membela hamster aje. Bila sofa tu dirumah saya, saya ada terlihat satu bulu di sofa tu dan saya tak pasti dari mana datangnya bulu itu. Tetapi sekarang saya dah menukar sarung kusion sofa itu. Apakah yg harus saya lakukan skrang. T.kasih.

    ReplyDelete
  103. Salam

    Sudah memadai dibuktikan oleh cina tersebut tidak membela anjing n anda tidak perlu mencari jawapannya lagi tentang bela atau tidak anjing tersebut.. Dalam masalah anda, kalau anda was-was sama ada bulu anjing ataupun tidak, maka lebih baik anda samak sahaja sofa tersebut n perbuatan tersebut lebih baik n diyakini..

    ReplyDelete
  104. salam..masalahnya sekarang sarung yang lama tu talah dibuang dan ditukar kepada yg baru. Dan saya merasa yakin dan tidak was was lagi setelah ditukarkan sarung yg baru ini. Seperkara lagi ustaz....maafkan saya bertanya lagi..sekiranya bulu anjing itu kering perlukah kita samak?

    ReplyDelete
  105. Assalamualaikum Ustaz, kalau ada rezeki kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru yang baru dibeli tak lama lagi. Rumah tersebut masih dalam pembinaan dalam 80% siap. Masaalahnya rumah tersebut ditumpang siap tidur, makan dan minum lagi oleh pekerja bukan Islam di situ. Saya ada nampak tin-tin arak bertaburan di luar rumah tersebut. Saya tengok-tengok juga dalam rumah tu kalau ada apa-apa yang mereka masak dalam rumah tu takut-takut masak babi ke, apa ke, tapi tak nampak la apa-apa yang mencurigakan saya.
    1. Bila saya nak pindah nanti bagaimanakah cara-cara saya nak menyucikan rumah tersebut?
    2. Saya ni banyak fikir yang bukan-bukan, banyak yang saya suka fikir ni "kalau-kalau". Apakah amalan dalam Islam yang boleh saya buat untuk mengurangkan saya daripada memikirkan perkara yang "kalau-kalau" ni? Terima kasih.

    ReplyDelete
  106. Jawapan kepada Anonymous pertama :

    Bulu anjing kalau kering tak perlu di samak.. Kalau anda berkeyakinan dan tak was-was tak apalah..

    Jawapan kepada Musa :

    Cara masuk rumah baru, basuh dahulu rumah tersebut sehingga bersih, kalau boleh alirkan air pada setiap penjuru n ruang rumah tersebut sehingga yakin bersih..

    Soal tu sebenarnya tak perlu kita pikir n syak bukan2, bersangka baik sahaja, kalau anda was-was lebih baik anda samak sahaja rumah tersebut sehingga anda yakin.. Cara ini akan menjadikan anda tenang n tak pikir bukan2 lagi.. Was-was ini adalah dari syaitan..

    ReplyDelete
  107. jadi ustaz confirm kita kene samak kalau terpegang kasut kulit babi dan pakai kasut tersebut untuk mencuba?walaupun kita yakin tak nampak najis tersebut? tapi diatas ustaz ade mengatakan "Betul kalau nampak najis itu ada dan jelas bau, rasa dan warnanya. Kalau najis itu dah lama seperti kering dan ada bekas yang ada warna, bau, rasanya, maka kena samak juga, kalau tak ada hanya gerak hati je yang kata ada, maka tak perlu disamak dan hanya dibasuh begitu sahaja."

    ReplyDelete
  108. Salam

    Persoalan anda dah confirm memang kasut tersebut dari kulit khinzir, maka ia wajib disamak, sebabnya anda telah yakin n sah memang kulit khinzir, kalau anda hanya rasa n tak was-was tak apa tak perlu samak. contohnya rumah yang dibeli dari cina, rumah itu hanya dibasuh sahaja tak perlu samak.

    ReplyDelete
  109. Salam ustaz.
    Saya ada satu persoalan. Saya pernah dengar yang pinggan mangkuk bone china mengandungi tulang khinzir. Makanan yang diletakkan dalam pinggan tersebut macam mana? Boleh makan ke? Bagaimana sudu yang diletakkan dekat pinggan mangkuk tersebut? Harus samak ke? Kalau kita menggunakan sudu tersebut, harus samak ke anggota badan yang pegang sudu tersebut? Syukran ustaz. Semoga Allah merahmati.

    ReplyDelete
  110. baru baru ni saya ada membeli kereta dari used car(pemilik asal orang cina).semasa saya membasuh,saya ternampak ada bulu kat carpet alas tempat pijak kaki.kemudian saya tertanya tanya adakah bulu anjing atau bulu kucing atau bulu binatang lain.yang pastinya saya x pasti bulu binatang tersbut.dlm hal sebegini wajibkah saya menyamak?harap penjelasan dari ustaz..terima kasih...

    ReplyDelete
  111. Salam

    Jawapan kepada M :

    Kalau ikut perbahasan kitab lama apa2 yang ada kaitan dengan binatang anjing dan babi wajib di samak.. Jadi makanan tersebut yang masuk dalam pingan campuran tulang babi tak boleh makan dan semua benda yang terkena pingan tersebut kena samak.

    Jawapan kepada mie :

    Kalau begitu keadaannya, lebih baik anda samak, sebab untuk mengelakkan keraguan dan itu tindakan yang baik..

    ReplyDelete
  112. terima kasih atas jawapan ustaz. satu lagi soalan.sebenarnya carpet tu saya dah buang,sememangnya saya pun tak suka dengan carpet,sbb saya ada asma.persoalanya semasa saya membasuh kereta saya,ada bulu(x pasti bulu anjing@bulu binatang lain)yg terkena tangan saya dlm keadaan basah,tapi saya dah buang bulu tersebut dari tangan saya,tapi tangan saya belum disamak.kemudian saya memegang stereng dan panel kereta yg lain, dashboard umpamanya.adakah tempat2 tersebut juga perlu disamak?..harap penjelasan ustaz.maaf bnyk bertanya

    ReplyDelete
  113. Salam ustaz. terima kasih atas jawapan yang diberikan. cuma nak tanya satu lagi soalan yang saya tak berapa pasti jawapannya. jadi kalau barang barang yang terkena pinggan tersebut (contoh:sudu) dan kita gunakan sudu tersebut tanpa menyamaknya, perlu ke kita samak tangan kita? syukran ustaz!

    ReplyDelete
  114. Jawapan kepada mie :

    Samak tangan sahaja dan kereta anda, benda yang lain selepas itu tak perlu disamak..

    Kalau anda was-was juga lebih baik anda samak sahaja satu kereta, ini bertujuan untuk menghilangkan keraguan di dalam diri anda.

    Jawapan kepada M :

    Kalau tangan kita memegang pingan tersebut, maka perlu disamak. dan benda-benda yang pernah digunakan bersamanya.

    ReplyDelete
  115. Salam. Apa hukum menggunakan barang yang tidak disamak? Terima kasih.

    ReplyDelete
  116. Salam

    Kalau tak samak, dia akan ganggu ibadah, makanan dan sebagainya, hatipun lama-lama jadi gelap.. samak najis anjing dan babi adalah tuntutan syarak, kalau tak samak dosalah.

    ReplyDelete
  117. Ustaz tumpang tanya,suatu hari di supermarket adik saya membantu ibu saya mengangkat beberapa kotak untuk kegunaan di rumah..kebetulan di hadapan kami ialah seksyen makanan tin yang tidak halal dan berkemungkinan besar mengandungi babi. Masalahnya di sini,saya rasa ketika adik saya membawa kotak itu,kotak itu terlanggar tin-tin tersebut,dan kebetulan di hadapan kami terdapat beberapa orang,jadi saya pun tolong adik saya mengangkat kotak tersebut,dan saya khuatir saya tersentuh bahagian kotak yang saya ragui terkena tin-tin tersebut..
    tapi kini saya telah menyentuh banyak barang dan saya was-was sama ada benar atau tidak saya tersentuh najis..ataupun terkena tin itu dimaafkan?
    atau haruskah saya menyamak semua benda yang telah saya pegang??

    ReplyDelete
  118. Salam

    Dalam masalah ini jangan kita mencari apa benda ada dalam tin, siapa buat, bagaimana kilang dia, ada babi atau tak.. cukup sekadar kita yakin bahawa tin itu bersih dari benda2 tersebut.. cukup dan tak perlu cari dan ragu2 dan tak perlulah nak samak.

    Kalau kita yakin dalam tin itu ada najis tersebut yang tin itu terjatuh kena kotak barang kita, ini juga tak perlu disamak, sebab bukan ain najis itu sendiri yang kena kotak. Tak perlulah nak disamak.

    ReplyDelete
  119. aqilah lee abdullahJanuary 3, 2011 at 11:39 AM

    salam..
    ustaz..
    1. ape perbezaan antara samak dan sertu..?
    2. bolehkah kite gantikan tanah dengan sabun kimia (peluntur, detergent, sabun bsuh bju, sabun mandi dll)
    3. mengapa ulamak' memilih tanah digunakan dalam pembersihan ini? apakah kerana tanah mempunyai sifat2 tertentu?

    ReplyDelete
  120. Salam

    1. Samak sebenarnya adalah digunakan untuk kita membersihkan kulit binatang yang halal seperti kulit kambing, kulit lembu untuk dijadikan gendang dan sebagainya.

    perkataan samak di dalam masyarakat melayu islam ini popular digunakan dalam masalah membersih najis berat iaitu najis anjing dan babi.

    masalah sertu itu saya tak pasti, sebab saya tidak tahu maksudnya.

    2. Tidak boleh digantikan dengan sabun kimia malah sabun taharah juga tidak boleh sebab dalil menyatakan gunakan tanah.

    3. Bukan ulamak ini ditegaskan di dalam dalil hadis nabi iaitu :

    “Rasulullah s.a.w pernah memerintahkan membunuh anjing,kemudian bersabda: “Mengapa mereka mengangap penting anjing-anjing itu?” Kemudian Rasul memberi keringanan dalam hal berkaitan anjing pemburu dan anjing penjaga kambing lalu bersabda : “Apabila ada anjing minum di dalam bekas, basuhlah bekas tersebut tujuh kali dan gosoklah dengan tanah pada basuhan kelapan..”

    Jadi jelas di sini setiap benda yang telah nyata jelas di dalam dalil Al-Quran atau hadis tidak boleh diubah dan tidak boleh dibahaskan lagi..

    Ada kajian yang mengatakan bahawa tanah ini dapat menghilangkan kuman yang terdapat pada anjing dan babi tersebut.. manusia juga ditanam di dalam tanah sebab nak elakkan busuk yang memualkan.. jadi tanah juga boleh dijadikan alat untuk bersuci.. kalau nak lihat bahan kimia, belum tentu lagi semua bahan kimia itu suci iabergantung kepada camourannya. tapi jelas dia dapat menghilangkan bau, dan warnanya, tetapi kumannya belum tentu lagi..

    ReplyDelete
  121. salam..
    ustaz..
    sy ada terpegang kasut kulit babi seminggu yang lalu dan tidak menyamak tangan sy kerana kwn sy kata kalau kering tak payah samak..
    setelah baca blog ustaz ni, baru saya tahu saya kena samak tangan saya dl..

    soalan saya, adakah saya perlu menyamak tangan saya walaupun sdah semingu berlalu tangan saya tersentuh kasut kulit babi??

    ReplyDelete
  122. salam ustaz,

    saya nak tanya, bagaimana kalau kita telah mengecat seluruh rumah dengan berus bulu babi,adakah perlu menyamak kesuluruhan rumah?
    bagaimana pula jika ada bulu-bulu babi yang terlekat di dinding,perlukah kita menanggalkannya sebelum kita menyamakanya?

    atau bolehkah kita mengambil ijtihad ulama-ulama lain yang menyatakan bulu dan kulit babi dan anjing adalah suci? (dengan menganggap keadaan ini adalah darurat (bukan sengaja mencari), sama seperti keadaan kita mengambil ijtihad ulama lain semasa melakukan tawaf iaitu tidak batal wuduk apabila bersentuhan lelaki dan perempuan bukan mahram). Pada dasarnya kita memang mengikut ijtihad/mazhab imam syafie, cuma apabila timbul masalah atau kesukaran yang sukar dielakkan ini, barulah kita ambil ijtihad ulama lain. Mohon pandangan ustaz.

    Terima kasih.

    Mohon

    ReplyDelete
  123. Salam

    Kalau cat ni nak samak bagaimana? memang tak boleh samak, mohonlah kemaafan kepada Allah, dan waktu akan datang anda kena lebih berhati2 dalam hal ini.. Dalam masalah ini kita jangan dok pi cari berus itu buat dari mana, sapa buat kalau cari ini masalahnya, cukup dengan kita yakin pada mulanya sahaja bahawa bulu cat itu adalah suci.

    ReplyDelete
  124. Salam Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal,

    Saya membeli tali pinggang tanpa di sedari ia nya di buat dari kulit babi. Saya memakai nya setelah beberapa bulan, jadi saya tidak ingat sudah berapa jenis seluar saya pakai denagn tali pinggang yang diperbuat dari kulit babi dan saya tidak ingat selain dari tangan saya memegang tali pingang, entah bahagian tubuh badan mana kah lagi yang tersentuh.

    Soalannya

    1) apa yang patut saya buat? selain dari menyamak tangan saya.

    2) apa mesti saya samak seluar saya?

    ReplyDelete
  125. Salam

    Samak tangan dan seluar yang anda masih ingat, yang lain tak perlu sebab anda tak pasti dan yang lain dimaafkan..

    ReplyDelete
  126. Askum ustaz....klu mmber sye mkn mknan mengandungi babi,slps selesai dia makan dia trus menyentuh tubuh badan saye..adekh saye perlu samak tempat yang di sentuhnye... T. Ksh

    ReplyDelete
  127. salam ustaz.. sblum ni kami ade pg rctikal kt rmah warga tua. smua pghuninya cina.. kbtulan hari 2 pghuninye msk babi.. bau 2 mngkin terkne kt bju kami.. apa hukum nye?
    1 lagi kami dngr org ckp mkn je yg xboleh..slain pda 2 bleh.. bleh ustaz terangkn?

    ReplyDelete
  128. Anonymosu Pertama :

    Tak perlu samak, tapi sebagai tidakan berjaga-jaga dari benda yang subhah, maka lebih baik samak..

    Anonymous Kedua :

    1. Bau Masakan babi tak menjadi masalah dan tidak perlu samak, kalau terkena asap, wap dari dapur yang dimasak, maka anda perlu samak.

    2. Ada dalil yang mengatakan haram daging, darah dan keturunan babi sama ada dimakan dan atau sebagainya.

    ReplyDelete
  129. salam ustaz,

    saya baru beli handphone baru dan diberikan cover kulit percuma (utk dipasang pada handphone supaya tidak calar).lepas beberapa hari saya dapati cover kulit handphone tu diperbuat daripada kulit babi.

    masalah: handphone alat yang sensitif.kalau dicuci dengan air tanah maka hanphone tersebut akan jadi kotor atau lebih buruk lagi mungkin rosak sbb alat elektronik x boleh kena air.pada bahagian2 keypad hanphone juga tanah boleh terlekat dan masuk.sy nk mintak pendapat ustaz bagaimana nk samak handphone tu?

    ReplyDelete
  130. Sebab itulah kalau mula beli kita dah yakin halal cukup jangan dicari dari mana kulit tu, kalau dah cari memang jadi masalah.. Begini jadinya susah la, sebab semua benda yang dipengaruhi najis tu kena samak dengan 7 air 6 air mutlak dan 1 air tanah..

    ReplyDelete
  131. Salam Ustaz,

    Kakak saya mengoreng manggi tiba tiba saya teringat bahawa rencah maggi itu mengandungi lemak babi perlukah meyamak kuali itu

    ReplyDelete
  132. ustat...kalo sentuh bungkusan makanan haram...kena samak ke tangan kita?

    ReplyDelete
  133. ustat....kalau saya sentuh makanan ringan seperti coklat yg mengandungi lemak babi....lpas tu sye sntuh handphone n barang2 lain....perlu saya samak semua?

    ReplyDelete
  134. ustaz. saya menyamak dengan cara.

    -mengambil segenggam tanah dan basahkan..
    -sapu tanah yg basah tu pada tmpat yg terkena najis...
    -basuh sebanyak 6 kali
    ...
    btol x?

    ReplyDelete
  135. Anonymous pertama :

    Kalau bungkusan itu tidak tercemar, maka tak perlulah samak, tetapi bungkusan itu memang tercemar, maka perlulah samak.

    Anonymous kedua :

    Tak perlu samak, sebab bungkusan itu tidak dicemari..cuma bahagian dalamnya sahaja yang dicemari.

    Anonymous ketiga :

    Betul tu caranya, tapi lebih baik tanah tu dibancuh dahulu dalam air..

    ReplyDelete
  136. mksd sye...saya da beli makanan ringan yg slalu ade kt pasaraya ....selepas itu saya sentuh da makan makanan tu.sye selalu mebeli makanan tu....1 ari...sye dnga berita makanan tu x halal.adakah sya prlu samak 1 bdan?(sebab kn da mandi sume...da sentuh 1 bdan)sye mandi wajib sekali....adakah sye perlu samak n mandi wajib semula?

    ReplyDelete
  137. assalamualaikum.

    ustaz, beberapa hari lepas, ada tiga ekor anak anjing mengekori saya. selalunya, memang saya buat tak tahu. tapi, disebabkan pada masa tu saya bawak makanan, anak2 anjing tu ikut saya. saya menjerit sebab rasa macam terkena pakaian saya. tapi tak pasti sama ada yang terkena pakaian saya tu bungkusan makanan yang saya bawa.

    persoalannya; perlukah saya samak pakaian saya? tapi, saya sudah basuh malah pakai untuk solat. sah kah solat saya? mcm mna dgn pakaian lain yang dibasuh sama? sya tak tahu sama ada betul atau tidak anjing itu terkena pakaian saya. jadi, mcm mna?

    ReplyDelete
  138. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  139. sambungan..

    ada yang beritahu saya masa tu, tak basah tak apa. tapi, bila baca artikel ni, saya salah. rasa sangat bersalah & takut, apa perlu dibuat?

    ReplyDelete
  140. Anonymous pertama :

    Tak perlu samak semua badan, samak sahaja tangan anda tu..yang pegang tu tangan.

    Anonymous kedua :

    Jawapan ringkas, samak tempat yang anda ragu2 lebih baik dan ia lebih menenangkan anda dari ragu2.. kalau gigitan anjing mestilah basah dengan air liyur dia.

    Jangan terlalu berjaga-jaga sangat dan was-was sangat sebab dia akan menyebabkan anda semua jadi was-was.

    ReplyDelete
  141. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  142. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  143. ustaz...sye da tye td...tp ustaz blom jawap....saya perlu mandi wajib semula ke?

    ReplyDelete
  144. ustaz...sye da tye td...tp ustaz blom jawap....saya perlu mandi wajib semula ke?

    ReplyDelete
  145. Soalan anda yang mana? saya dah tak perasan, kalau nak tengok kat atas tu tak tau mana satu..

    ReplyDelete
  146. salam ustaz, saya nak tanye.... dulu saye pernah terpijak lopak air yang mempunyai najis anjing, saya memakai kasut tersebut sehingga hilang kesan ainnya.... selepas itu saya samakkan kasut tu dengan 1air tanah dan 6 air mutlak... pertanyaan saya adakah baldi n tempat yg saya gunakan untuk itu wajib saya samakan sekali??? atau basuh seperti biasa sahaja???

    ReplyDelete
  147. assalamualaikum..
    ustaz saya ade pertayaann... kawan saya terpijak air liur ajnjing lalu masuk kedalam kereta saya dalam keadaan kasutnye basuh.... adakah saya patut menyamak alas kaki kereta saya???
    lagi 1 kalo saya terpijak alas kaki kereta saya tu pula dalam keaadaan basah adakah saya patut samak kasut saya itu walaupun kesan ainnya x nampak????

    ReplyDelete
  148. xpe ustaz...sye ulang soklan balek.....cni...kalo mandi wajib tanpa samak najis....sah ke mandi wajib tu?

    ReplyDelete
  149. assalamualaikum..
    ustaz saya ade pertayaann... kawan saya terpijak air liur ajnjing lalu masuk kedalam kereta saya dalam keadaan kasutnye basuh (jalan keadaan basah selepas hujan).... adakah saya patut menyamak alas kaki kereta saya???
    lagi 1 kalo saya terpijak alas kaki kereta saya tu pula dalam keaadaan basah adakah saya patut samak kasut saya itu walaupun kesan ainnya x nampak????

    ReplyDelete
  150. Anonymous pertama :

    Baldi dan tempat itu tak perlu disamak, sebab dia tidak terkena najis..yang perlu samak adalah kasut tersebut sebab terkena air takungan najis anjing..

    Anonymous kedua :

    Samak tempat jijak kami tu sebab dia keadaan basah, dan anda juga perlu samak kasut anda juga..

    Anonymous ketiga :

    Sah mandi wajib tu, sepatutnya anda kena samak najis tu dulu dan baru mandi..kalau dah mandi kemudian samak tempat yang terkena najis tersebut.. Mandi tetap sah.

    ReplyDelete
  151. owh.. terima kasih ya ustaz.... tp kalo x tahu dan sy blum samak saya pakai dalam keadaan basah sehingga merebak ke kaki adakah patut saya samak kaki saya juga ustaz??? minta maaf sebab banyak bertanya

    ReplyDelete
  152. Salam kalau tak tahu tak apa dimaafkan..tapi bila kita dah tahu, kena samak jangan buat2 tak tahu pulak dosa..

    ReplyDelete
  153. adakah boleh samak megunakan pasir

    ReplyDelete
  154. sahkah solat jika terlupa menyamak

    ReplyDelete
  155. salam ustaz bagaimana kalau kasut saya terpijak air kencing lalu saya pakai kasut tu sehinnga tidak ainnya sdh tidak kelihatan...selepas bebrapa hujan saya guna kasut tersebut dalam keadaan hujan menyebabkan kasut dan kaki saya basah (kesan ain najis sudah tiada) wajibkah saya samak kaki, atau kasut saya juga?????

    ReplyDelete
  156. Assalamualaikum ustaz, bagaimana kalau kasut saya terpijak air kencing anjing lalu saya pakai kasut tu sehinnga kesan ainnya sdh tidak kelihatan...selepas bebrapa hari saya gunakan kasut tersebut dalam keadaan hujan menyebabkan kasut dan kaki saya basah (pada waktu ini kesan ain najis mmg sudah tiada) haruskan saya samak kaki, atau kasut sahaja yang perlu saya samak????

    ReplyDelete
  157. salam ustaz , saya ada bahulu yang ada kandungan babi tetapi bahulu itu kering perlukah saya samak tangan saya

    ReplyDelete
  158. salam ustaz ,kawan saya bertanya dia belum lagi samak tangan dia sebab tak ada tanah liat yang bersih bolehkah guna tanah yang lain

    ReplyDelete
  159. salam ustaz,saya terpengang makanan yang mengandungi babi dan tersentuh barang saya ,saya belum lagi samak tangan saya perlukah saya samak barang saya itu makanan itu kering seperti soalan an amonymous kedua atas dari saya

    ReplyDelete
  160. salam.Adakah kita perlu samak atau hanya dibasuh biasa pada tempat-tempat yang tidak melibatkan solat seperti pada kereta atau kasut? ini adalah kerana pengertian najis itu sendiri ialah benda kotor yang menyebabkan solat tidak sah.

    ReplyDelete
  161. salam ustaz,saya ade tersentuh secara tak sengaja dgn buku yg diperbuat dari kulit babi...perlukah saya samak tangan saya sbb masa tu sy berada dlm keadaan kering...sya tdk mempunyai ilmu yg tinggi dlm agama ni ustaz...ada yg mengatakan kalau berada dalam keadaan kering tak perlu disamak...boleh ustaz bantu saya?berada dlm keadaan ygg keliru sbb perkara dah berlaku agak lama...

    ReplyDelete
  162. Anonymous pertama :

    Boleh menggunakan pasir yang bertanah, kalau pasir batu yang tidak bertanah tidak boleh.

    Anonymous kedua :

    Tidak sah solat sebab anda dalam keadaan najis

    Anonymous ketiga :

    Wajib samak kasut dan kaki itu walaupun dah lama dan hilang ain najis..

    Anonymous kelima :

    Wajib samak tangan yang memegang bahulu yang ada najis babi.

    Anonymous keenam :

    Boleh guna tanah lain dari tanah liyat dengan syarat tanah itu suci.

    Anonymous ketujuh :

    Wajib samak tangan anda yang pegang makanan yang mengandungi babi.

    Anonymous Kelapan :

    Wajib samak ketempat yang tidak dibawa solat, sebab kuatiri dia terkena pakaian..itupun kalau kita nampak, kalau tak nampak dimaafkan.

    Anonymous kesembilan :

    Keadaan yang kering adalah najis anjing sahaja bukan babi, kalau tersentuh barangan yang diperbuat dari babi atau najis babi kena samak walaupun kering..

    ReplyDelete
  163. tapi barang nak kena samak ke sebab dah banyak barang saya sentuh sebelum itu dan saya tak ingat barang itu

    ReplyDelete
  164. dan badan saya pun saya sentuh perlu ke samak seluruh badan ...maaf usaz lupa nak beri salam

    ReplyDelete
  165. salam ustaz ,saya hendak samak pinggan kerana terkena makanan yang megandungi babi ,sebelum samak itu saya tersentuh pinggan itu perlukah saya samak tangan saya

    ReplyDelete
  166. salam ustaz ,saya ada memasak pada dua tahun lepas dan tahun ini baru saya tahu bahawa ajimoto yang saya gunakan itu mengandugi babi perlukah saya samak kuali dan pinggan yang dihindangkan itu dan semua pinggan itu pernah dihidangkan masakan yang mengunakan ajimoto itu.

    ReplyDelete
  167. salam ustaz ,kakak saya ada memasak maggi itu dan saya baru tahu manggi itu mengandungi babi dan kakak say telah masak macam macam mengunakan kuali itu dan dihidangkan di tas pinggan perlukah saya samak pinggan itu

    ReplyDelete
  168. salam ustaz ,ketika saya hendak samak ada semut dalam tanah itu dan saya membuang semut itu sah samak saya itu

    ReplyDelete
  169. terima kash ustaz (:

    ReplyDelete
  170. saya kena samak tangan ke satu badan ustaz?
    =anonymous ke9

    ReplyDelete
  171. Anonymous pertama :

    Samak yang pertama kali sahaja disentuh, selepas itu tidak perlu disamak lagi.

    Anonymous kedua :

    Samak benda yang pertama sahaja kena, benda yang seterusnya tak perlu.

    Anonymous ketiga :

    Tak perlu samak badan yang terkena pingang, cukup samak pingan itu sahaja.

    Anonymous keempat dan kelima :

    Sepatutnya anda tak perlu cari dibuat dari apa, cukup anda yakin sahaja ajinamoto itu tidak mengandungi babi..cam ni jadi susah la..

    Anonymous keenam :

    Sah guna tanah tu, semut bukan najis.

    Anonymous kelapan :

    Samak tangan sahaja tak perlu samak semua badan.

    ReplyDelete
  172. jaid apa saya perlu buat ustaz anonymous 4 dan 5

    ReplyDelete
  173. Samak sahaja tempat yang diyakini terkena najis tersebut.

    ReplyDelete
  174. Assalamualaikum ustaz.Setiap najis anjing yang ada ainnya, apabila dibasuh bersih sebersihnya sampai hilang ainnya tanpa disamak, adakah ia najis aini lagi ataupun sudah jadi najis hukmi? Dan apabila kita sentuh tempat tadi,adakah mesti disamak tangan kita,sedangkan ia sudah tiada ainnya? terima kasih ustaz - Ali Aziz

    ReplyDelete
  175. Najis anjing mesti disamak mengikut syarak, walaupun telah dibasuh sehingga hilang najis tersebut, dia tetap kena samak dan tidak boleh dibasuh seperti biasa, lagipun bekas najis tersebut sudah pasti najis anjing.

    ReplyDelete
  176. Salam Ustaz.

    Di Singapura ada dijual Sabun Cecair Sertu Al-Mughalazoh yang diperbuat dari tanah liat asli dikeluarkan oleh Fiqh Consultancy milik Ustaz Abdul Rahman. Produk ini telah diluluskan oleh Majlis Ugama Islam Singapura dan para Ulama Singapura dan sah diguna untuk menyamak benda yang terkena najis berat iaitu 1 bahagian sabun sertu dan 6x air bersih. Apa pendapat Ustaz?

    ReplyDelete
  177. Salam

    Saya punya pendapat lebih kepada menggunakan tanah asli sebab tanah asli tidak dicampur dengan sabun, Lagipun ada dalil yang jelas mengatakan guna tanah bukan sabun walaupun dicampur dengan tanah.

    ReplyDelete
  178. Assalamualaikum ustaz,
    tanah untuk samak ni, diambil dari tanah mana ustaz? dan perlu ke kita letak air kat atas tanah tu ustaz?

    ReplyDelete
  179. Salam

    Mana-mana tanah pun tak apa, janji ia bersih dan suci.. Campurkan air dan basuhkan kepada tempat yang terkena najis..

    ReplyDelete
  180. salam ustaz , baju saya terkena makanan yang mengandungi babi lepas tu saya samak baju itu perlukah saya samak tangan saya jugak

    ReplyDelete
  181. salam ustaz ,kawan saya kata perencah maggi itu mengandungi babi ,saya dah lama makan manggi itu selepas itu saya samak tangan saya perlukah saya samak mulut saya

    ReplyDelete
  182. perlukah samak tangan jiak terpegang minyak wangi yang mengandungi alkohol

    ReplyDelete
  183. salam ustaz ,saya ingin bertanya sekiranya ayam itu tidak disembelih dengan nama allah perlukah kita samak tangan kita pakaian yang terkena itu

    ReplyDelete
  184. Anonymous Pertama :

    Samak baju sajaha dan tangan tak payah sebab dia tak kena makanan tersebut, kalau kena badan baju dan tangan samakkan sekali semua.

    Anonymous Kedua :

    Tak perlu samak mulut, apa buktinya yang dia kata ada mengandungi babi.. dan ia telah diakui oleh jakim tentang halalnya.. Kalau tiada bukti alasan tu tak boleh terima.

    Anonymous ketiga :

    Perlu samak tangan yang terkena minyak wangi babi.

    Anonymous kelima :

    Tak perlu samak tangan yang terkena bangkai ayam atau ayam yang disembelih bukan nama Allah.. Sebab dia najis mutawassitah bukan muqallazah.

    ReplyDelete
  185. ustaz kalau guna sabun badan yg berstatus haram mcm mane ustaz???

    ReplyDelete
  186. Salam Ustaz,

    Saya ada kemusykilan tentang najis berat ie khinzir.

    1) Saya berada di pejabat dan meragui kulit kasut yang baru saja saya pakai hari ini.

    a) Sepanjang saya berasa was-was, bolehkah saya terus memakai kasut itu sehingga saya pulang ke rumah kerana tiada kasut lain?

    b) Saya tidak yakin untuk bersolat, jadi berdosa kah saya meninggalkan solat dan mengqada' apabila pulang nanti?

    c) Kerana saya was-was, jadi saya perlu menyamak kaki dan tangan saya yang telah menyentuh secara langsung kasut itu. Bolehkah saya menganggap najis hukmi ke atas bahagian badan lain seperti muka yang saya ada sentuh dengan tangan saya serta pakaian saya?

    2) Wajibkah kita menyamak pinggan mangkuk terpakai yang kita tidak ketahui sama ada pernah digunakan untuk menghidang makanan tidak halal seperti daging khinzir? Saya ada mendengar pendapat bahawa tidak perlu, cukup sekadar membasuh.

    Terima kasih Ustaz.

    ReplyDelete
  187. ustaz...kalo sye beli handphone 2nd...check2 india pki sbelum nie...kot2 dye pgg anjing ke babi ke....kne samak ke tgn n fon tu??

    ReplyDelete
  188. ustaz...kalo sye beli handphone 2nd...check2 india pki sbelum nie...kot2 dye pgg anjing ke babi ke....kne samak ke tgn n fon tu??

    ReplyDelete
  189. ustat. pki minyak wangi ada alkohol kene samak ke?

    ReplyDelete
  190. ustat.adik saya ada beli berus lukisan....tpi saya x tau kepala berus lukisan tu dari bulu ape atau dari sumber apa....sye takut dari bulu khinzir...ape perlu saya buat??addakah sye tetap kne samak?

    ReplyDelete
  191. ASSALAMUALAIKUM ustaz.
    ketika di gym. saya lalu disebelah laki cina yang sedang memegang botol yang terbuka penutupnya dan saya rasa air itu ialah protein drink yang biasa digunakan oleh org di gym. saya terasa seperti setitis air tersebut terkena tgn saya. tanpa melihatnya dan tanpa mengetahui ada atau tidak air itu di tangan saya pn lap di span. adakah saya perlu samak sedangkan saya tidak pasti ia mercik atau tidak?adakah itu cuma perasaan bahawa air mercik. saya nak check pn tak boleh sebab saya dah lap. dan air protein itu pun sesetengah brand menggunakan babi sebagai salah satu proses. adakah saya perlu usaha sehingga tanya kepada cina itu apa brand dia guna? minta maaf jika soalan saya agak pelik. saya harap dapat jawapan dari ustaz. terima kasih.

    ReplyDelete
  192. Syaiful Anuwar :

    Jangan guna lagi, terus tukar kepada sabun yang halal..

    alongsmom :

    Tinggalkan benda yang was-waskan itu perkara yang terpuji dan lebih baik.. Jadi tinggalkanlah kasut tersebut.

    Tinggal solat disebabkan was-was atau alasan yang tidak munasabah kecuali tertidur, lupa, koma adalah dosa besar.

    Anonymous pertama :

    Jangan cari sapa yang pakai henpon tu, kalau cari jadi masalah, cukup kita yakin benda itu bersih.. kalau cari n was-was kemudian ada bukti kata hendpon itu kena najis anjing atau babi, maka kena samak la.

    Anonymous Ketiga :

    Pakai minyak wangi akohol tak perlu samak dan ada pendapat yang kata halal dan ada pendapat kata haram pakai minyak wangi akohol, terpulang kepada kita nak pakai pendapat yang mana.

    Anonymous keempat :

    Kalau kita ragu jangan pakai, kalau kita yakin pakai dan tak perlu samak.

    Anonymous kelima :

    Kalau air tu kena badan kita tanpa disedari, maka ia dimaafkan dan tak perlu samak. Kalau sedar dan memang air itu dari babi dan anjing, maka ia perlu disamak tangan tersebut.

    ReplyDelete
  193. Assalamualaikum Ustaz!

    Kita adalah negara berbilang kaum. Tentunya kita berkawan, berjiran dan bekerja dengan bangsa cina yang kebanyakannya makan khinzir atau memelihara anjing.

    1) Perlukah kita menyamak tangan setiap kali berjabat tangan atau menerima sesuatu pemberian dari mereka?

    2) Adakah kita mesti mengelak atau memberi alasan setiap kali bila undangan harijadi atau rumah terbuka pada tahun baru Cina di rumah mereka?

    ReplyDelete
  194. Assalamualaikum Ustaz, kira-kira 25 tahun lalu ketika saya belum baligh tapi dah boleh mengingati, saya yakin ada anjing bersentuhan kena paha saya. Tak tahulah anjing tu kering atau basah. Adakah perlu samak sekarang? Waktu itu apa yang saya tahu, budak-budak lagi. Adakah saya dihukumkam kepada najis tersebut?

    ReplyDelete
  195. Assalamualaikum Ustaz, saya nk tmbah penanyaan musa said tu.. bnda2 yg dia pegang slama 25 tahun 2 mcam mna??

    ReplyDelete
  196. Assalamualaikum ustaz,

    Sorry, terpaksa tanya juga ustaz, saya nak beli handphone kawan saya, dia membela anjing tapi dia kata anjing tu tak pernah terkena handphone tu. dia juga makan babi, so macamana ustaz,boleh ke saya beli dan guna handphone tu, Terima kasih banyak2 ustaz, Allah sahaja lah yang boleh memberikan pahala kepada ustaz =)

    Amir

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG