PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, July 8, 2010

257,000 anak luar nikah membimbangkan


Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tahun 2000 hingga Julai 2009. Sebanyak 30,978 kelahiran yang terdaftar membabitkan bayi beragama Islam. Perangkaan kelahiran tanpa bapa mengikut beberapa agama yang lain adalah 18,085 bayi beragama Hindu; 17,236 (Buddha); dan 3,395 (Kristian). Sumber rasmi JPN.

Sangat memalukan umat Islam yang paling ramai atau mejoriti dalam masalah kelahiran luar nikah berbandingkan dengan agama lain. Sepatutnya umat Islamlah yang lebih baik dari umat agama lain, kerana Islam telah melarang umatnya melakukan maksiat atau zina. Islam juga telah menetapkan hukum yang tertentu bagi orang yang melakukan zina dan maksiat.

Kepada siapa yang patut dipersalahkan. Adakah ini salah ibu bapa? Adakah ini salah guru-guru? Adakah ini salah orang agama? Adakah ini salah pemerintah? Jawapan saya ialah semuanya salah sebab tidak menjadikan cara hidup Islam sebagai penghayatan umat Islam. Subjek pendidikan Islam hanya dijadikan sebagai mata pelajaran dan bukan dijadikan penghayatan. Hukuman syariat tidak ditegakkan secara menyeluruh sehingga berlakulah masalah zina, maksiat dan sebagainya. Sepatutnya semua pihak tidak perlu menuding jari kepada sesiapa dan semua pihak perlu bersatu tenaga mencari metode atau penawar untuk mencegah gejala sosial ini.

Percayalah, musibah besar akan diturunkan oleh Allah kepada umatnya yang jauh lupa kepada Allah dan tidak mengamalkan lagi ajarannya. Apabila musibah atau bencana datang tidak mengira usia, mangsa, keturunan dan semua manusia akan dimusnahkannya. Sebelum datangnya musibah Allah, maka lebih eloklah kita semua jadikan kehidupan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dijadikan sebagai cara hidup. Jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dan sumber kehidupan kita semua. Nescaya semua masalah ini dapat dihindarkan tanpa perlu bermodalkan duit yang banyak seperti sekarang ini. Islam itu agama yang indah dan sangat sesuai diamalkan dari dahulu, kini selamanya hingga ke akhir hayat.

14 comments :

  1. akhir zaman ust....salah saya juga sbb kekuatan saya hanya terhad kpd penulisan dan doa sahaja..kalaulah saya PM,insyaAllah saya janji akan banteras ini semua.Kalau saya Pemimpin yg diberikan amanah,saya janji akan kawal hiburan yg menyesatkan ini..tapi malangnya Allah hanya beri saya kekuatan utk memilih pemimpin,jd terpaksa saya pilih org yg nak islam...ingat,Nabi s.a.w pernah bersabda; seseorang pemimpin itu memiliki salah satu drpd kunci iaitu kunci kebaikan atau kunci keburukan.Dgn kuasanya,dia mampu membuka seluas-luasnya pintu kebaikan dan dgn kuasanya juga dia mampu menutup seketat-ketatnya pintu kebaikan".

    Latest post:Perlukah kita berdoa..?

    ReplyDelete
  2. kesal dengan sikap umat islam..
    kite harus lah sentiasa berdoa supaya dihindari dari maksiat yang keji ini...

    ReplyDelete
  3. pelik perangai manusia ni..lagi ditegah lagi tu la dia nak buat. yg "tak baik" tu bagai memanggil2, nampak cantik utk dilaksanakan. dosa tolak tepi dulu. dah tua nanti taubat nasuha la. mcm tu kan, ustaz?

    ReplyDelete
  4. Masha'Allah. Pihak yang berwajib seharusnya benar-benar telus mengambil bahagian dalam membanteras zina di kalangan anak-anak muda kita. Penyakit bangsa atau umat kita semakin parah. Mudah-mudahan Allah SWT membuka pintu hati mereka supaya mereka sedar akan dosa yang mereka tanggung dan bala yang akan menimpa mereka. Ameen.

    ReplyDelete
  5. salam ustaz,mohon copy dan paste di myspace sy :) di http://www.myspace.com/semngt_saudara .smg allah memberkati usaha ustaz, amin3 ya allah

    ReplyDelete
  6. Ternyata jelas di bawah pemerintahan pemimpin sekular yang memisahkan agama dari kehidupan, syariat Islam itu memang tidak dapat diterapkan secara keseluruhan.

    Adakah mereka ini tidak takut dengan ayat yang Allah turun kan??

    "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." (Surah An Nur Ayat 2)

    Insya Allah, jika syariat Islam dilaksanakan secara keseluruhan oleh pemerintah, akidah umat Islam pasti akan terbela, segala perkara maksiat pasti akan dibanteras. Kerana itulah memang tanggungjawab pemerintah.

    ReplyDelete
  7. Salam

    Kepada semangat senyuman saudara, ana benarkan anda ambil artikel dalam blog ana untuk diluaskan penyebarannya. Permohonan ana masukkan rujukan asalnya...Teruskan usaha anda yang murni ini.

    ReplyDelete
  8. salam, begitu teruk bejatan sosial yg melanda negara kita, sebab tulah bala Allah bertimpa-timpa kena kepada seluruh umatNYA ....marilah kita sama-sama berusaha menegakkan Islam di dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.

    ReplyDelete
  9. Salam MAHADAYA dengan agama asalama yang tiada istilah dalam bahasa arab dan tiada makna, hanya awak sorang sahaja yang buat makna itu sendiri. Ayat Al-Quran pun awak guna Islam punya dan cuma tukar perkataan Allah dan muhammad sahaja kepada Allaha dan muhamada. Orang yang pakar bahasa arab seluruh dunia akan gelak kat awak sebab bahasa arab awak tiada kaedah. Awak baca sejarah siapa yang menjatuhkan Islam, orang Islam ke barat asalnya. Saya dah jumpa artikel awak yang diubah dari artikel asal melayu waris nabi. Jangan dok belagak dan dabit dada, awak itu sebenarnya golongan yang sesat sebab awak seronok sendiri sahaja. Dah tak boleh hujah guna ayat al-quran, kemudian tak mau ikut ayat Al-Quran. Faham tafsir tu baik-baik siapa yang merosakkan Islam.

    Dah la buat malu je hujah tanpa fakta dan hujah yang kongkrit. Hujah seperti anda ini dinamakan hujah budak kampung atau orang gila isim sahaja.

    ReplyDelete
  10. ustaz,
    bila tengok anak anak yang BC mereka tercatat tiada nama bapa,saya jadi sayu sangat.apalah nasib mereka.Yg salah ibu bapa,tapi yg nak membawa malu hingga kemati,anak yang tak bersalah itu.Kesian kan.

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Kalau undang2 dunia tidak berteraskan kepada undang syarak, maka inilah musibahnya, kalau dia berpandukan kepada syarak, maka selamat semua manusia.

    ReplyDelete
  12. adakah aurat anak luar nikah kepada bapanya (yg menganakluarnikahkannya)sama dengan aurat terhadap bukan muhrim?sbb ada ustazah saya yg ckap mcm tu...

    ReplyDelete
  13. Betul kata ustazah tu, anak tak sah taraf auratnya adalah sama seperti orang bukan mahram.

    ReplyDelete
  14. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG