PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Sunday, July 18, 2010

Cinta Antara Dua Darjat


Cinta Ilahi dan Cinta Insan

Utamakan cinta Allah SWT daripada cinta sesama manusia...

Cinta itu terbahagi lima :

  1. Cinta manusia kepada Tuhannya.

  2. Cinta manusia kepada dirinya.

  3. Cinta kepada orang kerana kecantikannya.

  4. Cinta kepada orang kerana ketinggian budinya.

  5. Cinta kepada orang yang berjasa kepadanya

(Petikan dari Kata-kata Hukamak)

Istilah cinta seringkali disempitkan penggunaannya oleh masyarakat kita. Apabila terpacul kalimah hikmat tersebut, maka akan terbayanglah di fikiran kita hubungan sesama manusia di antara lelaki dan perempuan. Seharusnya kita sedar bahawa perbincangan megenai cinta itu terlalu luas, dan pecahan pada cinta itu sendiri terlalu banyak.

Dan semestinya cinta yang selayaknya diletakkan di kedudukan yang tertinggi adalah cinta hamba kepada Rabb Al-Jalil. Cinta inilah yang perlu didambai dahulu sebelum kita sibuk mengejar cinta selainnya.

Cuba kita renungkan senandung Tokoh Wanita Sufi, Rabiatul Adawiyah. Moga kata ucapnya yang t'susun indah akan m'jadi pedoman utk kita semua...

"Aku mencintai-Mu oh Tuhan tercinta,
Dengan cinta yang penuh kesenangan,
Kerana Engkaulah yang layak untuk itu,
Adapun cinta hawa,
Maka aku sibuk mengingati-Mu,
Daripada yang lain,
Dan yang menjadi kelayakan-Mu,
Ku harap kau bukan tabir untukku,
Hingga aku dapat memandang-Mu,
Maka ujian dalam hal ini dan itu,
Bukan untukku,
Melainkan hanya untuk-Mu..."

Bagaimana kita hendak menuju CINTA YANG HAKIKI...sudah tentu kita perlu berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang beriman...hamba-Nya yang melaksanakan tuntutan-Nya seraya meninggalkan larangan-Nya...dan menjadi umat yang menyerahkan diri kita ke hadrat Rabb Al-Jalil di samping mengamalkan Islam sebagai cara hidup...

Hanya taqwa yg menjadi nilaian samada kita berjaya mengejar cinta-Nya ataupun kita masih berada di dalam pencarian...

Cinta Muslim: Cinta Islamik?

Ingin saya mengingatkan kepada semua (termasuklah diri saya sendiri), sebelum berkasih-kasihan sesama manusia dengan menegaskan bahawa diri kita benar-benar terkawal dengan syariat-Nya, cermin diri kita dahulu adakah kita mampu melaksanakan apa yang kita tegaskan itu. Jangan jadi orang-orang yang dimurkai Allah SWT, sebagaiman firman-Nya :

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat ? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan..." (As-Shaff : 2-3)

Kita kata kita mampu bercinta tanpa melanggar adab dan tatacara Islam. Kalau sememangnya kita mampu untuk laksanakannya, silakan. Tetapi sekiranya kita masih ragu-ragu samada kita mampu memelihara diri kita atau tidak, tak perlulah nak sibuk-sibukkan diri dahulu. Mengaji dahulu hingga habis tentang adab pergaulan antara lelaki dan perempuan...

Inilah berdasarkan pemerhatian saya, pada mulanya berniat ikhlas untuk bercinta dengan hasrat untuk menjaganya dari sebarang noda dosa. Jangan lupa, iblis laknatullah sentiasa berada di sisi kita untuk 'mencucuk' kita dan seringkali kita 'terkena' dengan 'cucukan' itu...

Dari inilah terbit dosa-dosa natijah dari hubungan percintaan sebelum kahwin. Niat asal dah mula lari. Pada mulanya bercinta lillahi Taala, tetapi akhirnya niat itu terbabas dan seterusnya menyumbang dosa pada diri pelaku itu sendiri...

Kesimpulannya, sekiranya kita merasakan bahawa diri kita ini masih belum lengkap dengan perisai Iman dan Islam untuk menangkis serangan godaan-godaan syaitan, maka tinggalkanlah. Tidak perlu dikejar cinta yang lahir kerna dunia semata, kerana Yang Maha Pemberi Cinta pasti akan menemukan kita dengan cinta sejati seandainya kita terus patuh menghadap kepada-Nya...

Sekilas pandangan dari hamba-Nya yang dhaif...
Moga kita semua akan ditemukan dengan cinta-Nya yang Maha Agung...amin... Bersamalah kita berusaha untuk menggapai hasrat dan tujuan utama kita dihidupkan di muka bumi Allah ini sebagai khalifatulardh, insyaAllah...

Allahu Ta'ala a'lam...

Ya Allah...
Aku memohon cinta-Mu...
Dan cinta orang yang mencintai-Mu...
Serta semua amalan yang mendekatkanku
kepada cinta-Mu...

Petikkan dari Groups Yahoo

5 comments :

  1. ustaz, salam, nak copy paste. jzzk.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Ambillah saya izinkan, permintaan saya masukkan link asalnya sebagai rujukan.

    ReplyDelete
  3. hebat sungguh ustaz aku ni..bagus ustaz..masukkan ilmiah2 mcm ni..

    ReplyDelete
  4. sgt setuju ustaz!bercinta ni mcm makan juga la us kan?kalau kita tak lapar,jgn makan sbb nanti kita kena obesiti.Makan hanya jika lapar.Sama dgn cinta.Cinta bila kita sudah bersedia utk bernikah,bukan sblm bersedia utk nikah~
    Post baru:Ini baru mukaddimah aje

    Say suka blog ust~!best!

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Ikbal terima kasih atas pandangan dan penghargaan, teruskan berblog dan istiqamah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG