PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, July 5, 2010

Di Manakah Nilai Tudung Wanita


Salam kepada semua, artikel yang disediakan ini diambil dari kawan saya iaitu Ustaz Khir semasa Kursus Diploma Pendidikan UPS-MARA di KPTM Bangsi Selangor. Saya tertarik dengan artikelnya dan disiarkan sebagai perkongsian untuk semua. Mudah-mudahan artikel ini dapat memberikan manfaat untuk semua.

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Sebab itu syariat menetapkan supaya wanita pakaiannya adalah pakaian yang longgar dengan warna yang tidak menarik menutup seluruh badannya dari kepala sampai ke kaki.

Kalau dilihat pada nilaian dunia, barang-barang berharga seperti intan dan berlian dibungkus rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga wanita. Kerana wanita bermaruahlah dia tidak disuruh ditonjolkan tanpa keperluan yang tertantu; dengan batas-batas tertentu. Dia mesti bergelanggang dalam gelanggang yang boleh dan sesuai untuknya sahaja yang telah ditentukan garis-garisnya oleh syariat. Wanita tidak selayaknya mengorbankan maruah dandirinya semata-mata mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dan di sana sini kita dapat saksikan para wanita kita memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari orang bawah hingga orang atasan, dari peringkat pelajar-pelajar sekolah hinggalah ke pekerja-pekerjadi pejabat-pejabat.

Namun begitu, pelbagai gaya tudung dipakai. Tudung kadangkala tidak lengkap dipakai, pakai tudung tapi masih nampak batang leher, nampak dada, pakai tudung tetapi di masa yang sama pakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai gaya tudung dipakai. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok didalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu semua bukannya untuk mengelakkan fitnah tetapi menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang manaakan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Dan pakaian yang boleh melindungi wanita dari jadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik,up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas.Bertudung tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak rasa diri ini hina, masih banyak dosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh pakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung yang masih cari boy friend. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung,perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita tutup aurat tetapi tidak terus memperbaiki diri lahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi baikilah diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, suka berdengki, suka berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Kalau sudah mula menutup aurat elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan boy friend. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada pengaturan Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama bila dalam waktu bekerja. Cuba didik diri jadi orang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengkeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam ini indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk amalkan Islam. Baru orang bukan Islam hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekelian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

21 comments :

  1. salam ustaz...terima kasih atas teguran ustaz saya akan amalkan apa yang ustaz kata.... islam itu indah kita sendiri yang mengotorinya dengan bepakaian yang tak sepatutnya...mengunpat mengeji sesama sendiri... saya harap saya akan berubah menjadi yang lebih baik dari sekarang....

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ustaz. alhamdulillah dengan adanya artikel sebegini, dapat memberi kesedaran kepada para muslimat kita.
    kakchik mohon izin ustaz untuk menyalin dan berkongsi artikel yang sama di blog Keluargaku Sayang. kakchik nak salin dan terus masukkan dalam update ya ustaz sb laptop rosak dan taks empat nak kembali membaca jawapan ustaz. guna pc pejabat ni kurang selesa utk hal peribadi.
    terima kasih ustaz.

    ReplyDelete
  3. salam ustaz,

    syukran utk artikel ini,hakikatnya mmg masih ramai yg tidak faham atau pn buat2 tak faham dgn konsep bertudung yg betul dan menepati syari'at..sy yakin artikel ni mampu bg kesedaran kpd pembaca terutamanya muslimat2 di luar sana.sy mohon izin copy n kongsikan kt blog nanti..inshaAllah..jazakallah ustaz.

    ReplyDelete
  4. salam ustaz

    info yg terkesan dihati..sejauhmana aurat dipelihara namun ciri2 'bersolek'(tabbarruj) masih diamalkan..

    peranan tudung sbg pembentuk diri perlu diperluaskan..artikel ini satu muhasabah tentang nilai tudung..satu perkongsian yang mohon diperpanjangkan..

    ReplyDelete
  5. Salam kepada Kak Cik Ainhany & Melati Daisy saya benarkan anda copy dan panjangkan artikel ini untuk disebarkan kepada semua, tetapi permintaan saya masukkan rujukkan asalnya. Teruskan menyebarkan artikel ini sebagai satu usaha mencari redho ilahi

    ReplyDelete
  6. pada pendapat saya, kewujudan tudung untuk berfesyen terlalu banyak dan meluas hinggakan para muslimah merasa keliru. boleh agaknya pakai tudung sebegitu. kalau tak boleh kenapa tidak dipantau? hinggakan ada sahabat saya yg asalnya bertudung labuh telah bertukar ke tudung bawal. mungkin kempen menjaga aurat tidak sehebat kempen bertudung fesyen. jika ditanya saya, tepuk dada tanya iman :)

    ReplyDelete
  7. Salam ukhwah ustaz..
    Orang zaman moden sekarang memakai tudung hanyalah sekadar berfesyen bukannya krn agama...bagi mereka menutup aurat hanya dgn memakai tudung tanpa mempedulikan cara berpakaian. Teruskan usaha ustaz menyebarkan artikel spt ini...

    ReplyDelete
  8. salam...
    syukran atas artikel ini...
    subhanallah... Islam itu mmg indah...
    moga diri ini tidak tergolong dalam kalangan yg tabarruj..
    moga kalian jg bertudung ikhlas kerana-Nya. Amin=)
    Insya-Allah...

    ReplyDelete
  9. saya ada buat 2 kisah pasal perempuan ni
    huhu

    http://joegrimjow.blogspot.com/2010/06/joana-dan-perempuan-perempuannya-2.html

    ReplyDelete
  10. salam..
    mohon copy ustaz, sy akan sertakn skl rujukan aslny..

    jzkk

    ReplyDelete
  11. salam ustaz.. mohon utk copy dan sebarkan pada pembaca blog saya. saya akn linkkan blog ustaz di blog saya nt. jmpt dtg ke blog saya jgk ustaz. salam ukhwah.. bersama kita martabatkan semula Islam di bumi ini.. Insyaallah..

    ReplyDelete
  12. assalamu'alaikum ustaz.
    sye nak tanye .
    if sye gune tdung dgn cara yg btol , tp sye letak brooch kat belakang leher smpi mnampakkan bentuk leher ttapi tak la menampakkan leher clearly. bleh ker?

    ReplyDelete
  13. Salam

    Islam tidak menghalang berfesion, tetapi ia perlu mematuhi syarak, kalau nak bubuh brooch kat mana sekalipun jangan sesekali menampakkan body sahaja atau benda2 yang boleh mendatangkan gairah atau syubhah.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum ustaz,

    Saya mohon untuk share artikel ni, disertakan dengan sumber. terima kasih.

    ReplyDelete
  15. :) ilmu yang bermanfaat, minta izin nak kongsikan di belog saya juga ye Ustaz =D

    ReplyDelete
  16. Salam

    Ambiklah saya benarkan, kalau boleh masukkan linknya sekali ok...

    ReplyDelete
  17. saya suka akan artikel ini..
    ianya bagus jika di paparkan pada majalah2 islam..agar semua orang akan mngetahiunya..

    ReplyDelete
  18. assalammualaikum.....ustaz..
    saya mohon share artikel ini...sebab ia banyak memberi manfaat untuk diri kita semua...=)

    ReplyDelete
  19. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG