PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Wednesday, July 7, 2010

Hukum Mengumpulkan Duit Kertas Baru & Lama Sebagai Koleksi



Soalan :


Assalamualaikum ustaz..

saya ada persoalan..
saya merupakan peminat dan pengumpul banknote (duit kertas) dan coin lama dan baru sebagai koleksi..

kemuskilan saya adalah apakah hukum menjual dan membeli duit-duit ini?

yang baru dan yang lama..
yang baru dan masih digunakan..
dijual kerana ianya adalah keluaran no siri terhad..
harap dapat sedikit penjelasan dari ustaz..

terima kasih

Jawapannya :

Menurut pandangan saya yang tidak seberapa ini, orang yang suka mengumpul duit-duit lama sebagai koleksi adalah harus dan duit tersebut tidak lagi mempunyai nilainya seperti waktu ia diperdagangkan. Duit lama tersebut mempunyai nilainya tertentu kerana ia menjadi antik dan sudah pasti harganya melonjak tinggi dari nilai sebenar duit tersebut.

Yang menjadi riba ialah apabila duit itu diperdagangkan dan masih digunakan lagi dalam muamalah negara tersebut. Contohnya kalau orang tersebut membeli duit seringgi dengan nilai seratus ringgit, maka itu menjadi riba disebabkan ada unsur lebihan dalam nilai sebenar duit tersebut.

Masalah beli duit kertas baru yang mempunyai nombor siri menarik dengan harga yang tinggi dari nilai duit tersebut. Di sini saya mempunyai dua jawapan iaitu :

  1. Duit yang mempunyai nombor siri menarik itu dijadikan perhiasan dan koleksi, maka ia menjadi harus, kerana duit itu tidak diperdagangkan untuk jual beli barangan keperluan.

  2. Duit yang mempunyai nombor siri menarik itu dibeli dengan nilai harga yang tinggi dan digunakan dalam jual beli barangan, maka itu menjadi riba kerana ada unsur lebihan di situ. Begitu juga kepada orang yang mula-mulanya berniat untuk menjadikan duit yang mempunyai nombor siri menarik itu sebagai koleksi, tetapi orang tersebut tukar niatnya dan menggunakan duit tersebut untuk diperdagangkan, maka ini menjadi riba dan haram.

Harus kepada orang yang ingin melancong atau umrah ziarah menukar duitnya untuk urusan jual beli di negara tersebut. Ini bersesuaian dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 11 Zulkaedah 1425 bersamaan 23 Disember 2004 buat kali ke 164 bersetuju bahawa hukum perniagaan wang asing adalah harus.Mesyuarat juga mengambil maklum :

  1. Tukaran wang telah lama berlaku dalam Ringgit Malaysia dalam Rial (tujuan untuk menunaikan ibadah haji).

  2. Bertujuan untuk memenuhi keperluan hajat, bukan untuk mencari keuntungan semata.

  3. Kebebasan perniagaan mata wang boleh mengakibatkan keruntuhan nilai ekonomi Negara.Maka yang diharuskan hanya untuk memenuhi hajat semasa sahaja.

  4. Tukaran wang adalah keperluan ekonomi untuk pembangunan Negara.

Kesimpulannya

Wang kertas yang lama atau antik dibeli dengan harga yang mahal untuk dijadikan perhiasan adalah harus kerana wang tersebut tiada nilainya lagi dan ia di nilai seperti barangan perhiasan. Harus juga bagi sesiapa yang suka menyimpan duit yang mempunyai no siri yang cantik dan menarik untuk dijadikan perhiasan dan koleksi. Haram dan riba bagi duit yang dijual dengan harga yang mahal untuk tujuan muamalah atau urusan jual beli, kerana disitu terdapat unsur lebihan.

3 comments :

  1. Salam dan terima kasih ustaz, walau bagaimana pun kami selaku orang Islam ingin kupasan yang lebih luas lagi dengan memperturunkan dalil dari nas2 yang bernas, kerana kami semua ingin gunapakai setiap jawapan dari ustaz tanpa ada rasa ragu2.

    ReplyDelete
  2. seperti lazimnya bank negara keluarkan duit dlm folder yg mana duit itu jauh mahal dari harga pd wang kertas tersebut maka d situ sudah ada lebihan mcm mana tu?kita pula jualkan pd org lain pd kadar lain sbb upah membeli atau kos simpan adakah itu jg RIBA?bagaimana pula duit yg d beli melalui bidaan?adakah d bolehkan?sebab masing2 yg mahukan duit tersebut akan menaikan harga bidaan sehingga akhir waktu yg telah d tetapkan..berakhir dgn kedua2 penjual dgn pembida bersetuju dgn rega yg telah mmenangi bidaan adakah ianya RIBA?tkasih ustaz harap dpt bg kupasan

    ReplyDelete
  3. shahadun: Jika saudara membaca dengan teliti dan fahami betul2, saudara akan mendapat jawapan bagi soalan saudara..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG