PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Friday, July 16, 2010

Program ESQ Training Haram Atau Halal?


Salam Sejahtera kepada semua kawan-kawan semua, baru-baru ini kita semua digemparkan dengan pengharaman Kursus Motivasi ESQ Training oleh Mufti Walayah Persekutuan iaitu Datuk Wan Zahidi Wan The. Beliau mengatakan bahawa program ESQ Training mempunyai unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam. Beliau juga mengatakan bahawa program ESQ mempunyai kesamaan dengan liberalisme dan pluralisme.

Saya juga terperanjat dengan fatwa yang mengharamkan program ESQ tersebut. Sebelum ini juga saya ada hasrat untuk menghadiri program ESQ ini dan ingin menilai cara dan manhaj yang digunakan sehingga dapat menarik minat dan merubah sikap umat Islam yang telah menyertainya. Apabila saya mendengar fatwa tersebut, maka saya berkeinginan untuk meneliti terlebih dahulu, betulkah ada unsur-unsur liberalisme dan pluralisme seperti yang didakwakan. Hasrat saya bukan ingin menidakkan keputusan Jawatan Kuasa Majlis Mufti Wilayah Persekutuan. Tetapi ingin menilai sendiri benarkah ada unsur-unsur yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Saya melayari beberapa laman web dan laman-laman surat khabar online mendapati bahawa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bermuzakarah di Putrajaya, pada 14 hingga 16 Jun 2010 selama tiga hari telah bersetuju untuk memutuskan bahawa program ESQ yang berasal dari Indonesia tersebut harus dilaksanakan di negara ini. Tetapi secara bersyarat iaitu adanya pengawasan penuh panel syariah dilantik syarikat terlibat. Keputusan tersebut dicapai setelah muzakarah berkenaan berpuas hati dan berpandangan bahawa kebanyakan unsur keraguan yang terkandung dalam kursus ESQ Leadership Training boleh diperbetul dan diperjelaskan.

Asas-asas pertimbangan Jawatankuasa Fatwa Majlils Kebangsaan dalam membenarkan program motivasi ESQ ini adalah:

  1. Ahli-ahli muzakarah bersetuju mengambil pendekatan berbincang, mendidik dan memperbetulkan apa jua keraguan ditimbulkan daripada terus menghukum.

  2. Sikap keterbukaan dan kesediaan pengurusan ESQ untuk berbincang dan menerima teguran serta pembetulan terhadap apa jua yang difikirkan boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam.

  3. Program ESQ dijalankan secara terbuka dan sesiapa sahaja boleh mengikuti dan memberi komen.

  4. Lapan mufti yang merupakan ahli muzakarah dan beberapa timbalan mufti telah menyertai program ESQ memaklumkan tiada unsur bercanggah prinsip asas akidah dan syariah Islam.

  5. Kewibawaan anggota panel syariah ESQ yang merupakan tokoh-tokoh agama dan ahli akademik yang telah lama berkecimpung dalam bidang keilmuan Islam.

  6. Pandangan para ulama dan persatuan Islam Indonesia seperti Nahdatul Ulama, Majlis Ulama Indonesia bahawa kandungan program ESQ tidak mengandungi unsur-unsur bercanggah Islam.

  7. Program ESQ juga telah dilaksanakan di beberapa negara Islam lain seperti Brunei dan Arab Saudi selain di Singapura.

  8. Tokoh-tokoh agama, ahli-ahli politik, ahli-ahli akademik dan pelbagai peringkat ahli profesional, artis, pelajar dan sebagainya telah mengikuti program ESQ

Kemudian menurut Pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang mengatakan bahawa :

“Program motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd (ESQ) tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam selain tidak mempunyai unsur-unsur yang membawa kesesatan. program itu juga tidak ada kena mengena dengan fahaman liberalisme dan pluralisme.”

Pandangan Saya

Ini sekadar pandangan sahaja, jika dilihat dari kesan perubahan orang yang menyertai program ESQ Training memang memberangsangkan, ini juga menunjukkan bahawa program ESQ sangat berkesan dalam membentuk akhlak dan penghayatan Islam kepada pesertanya. Berdasarkan pendapat Persidangan atau Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan dan Tan sri Harussani Zakaria mengatakan bahawa program ESQ Training tidak mempunyai unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah Islam dan tiada pahaman liberalisme dan pluralism.

Berdasarkan dari itu saya cenderung memegang pendapat Muzakarah dan pendapat Mufti Perak yang mengatakan harus dan tidak bertentang dengan akidah Islam. Saya lihat juga penasihat atau Ketua Penal Syariah Syarikat ESQ Training adalah orang yang sangat berpengalaman dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama iaitu bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Mustafa Abdul Rahman untuk memantau, menasihati dan menambah baik modul latihannya.

Saya juga berpendapat, selagimana program ini dipantau oleh Jawatan Kuasa Muzakarah Kebangsaan dan selagimana mempunyai penasihat atau Panel Syariahnya sendiri, maka selama itulah setiap modul dan buku-buku yang dihasilkan akan dipantau dan akan diperiksa supaya setiap programnya tidak bertentangan dengan akidah atau batas-batas yang ditetapkan oleh Islam.

Saya tegaskan di sini dan memohon maaf kepada sesiapa yang berpegang kepada pendapat yang mengharamkan. Saya sangat menghormati pandangan yang mengatakan haram berdasarkan hujah yang diberikan. Dalam Islam berbeza pendapat adalah fitrah kejadian manusia. Marilah kita bersama-sama mengembangkan atau memperkayakan ilmu Islam dengan pandangan yang bersih tanpa ada sikap ingin bermusuhan antara satu sama lain. Sesungguhnya perkara yang baik itu datang dari Allah dan perkara yang tidak baik itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Wallahu a’lam…

42 comments :

  1. Dlm kes fatwa dan istinbat hukum, saya lebih bspendpt sm spt keputusan fatwa Pjbt Mufti Wilayah (PMWKL).

    Fatwa pengharaman ESQ perlu diasaskan mesti dilihat dari dua sudut. Pertama, pegangan aqidah. Kedua, tradisi kerohanian Islam berasaskan manhaj thoriqah al-muktabarah.

    Perbahasan hukum dikalangan para ulama yg alim hanya berkisar pd perspektif kedua. Perspektif kedua tidak dihuraikan secara terperinci dlm fatwa PMWKL. Bahkan tidak dihuraikan jg oleh para ulama yg alim semasa ini krn hanya ulama yg arif memahami hakikatnya. Ada wajarnya kes sebegini mendapat perhatian mantan Mufti Negeri Sembilan, al-fashil Syeikh Murtadza.

    Bg memahami tradisi kerohanian Islam iAllah akan dpt menilai dan melihat dgn lebih baik akan kesilapan2 yg ada pd program ESQ.

    Satu cth yg ble dberi. Untuk memperoleh kemantapan kerohanian Islam, seseorang Muslim perlu dibimbing oleh mursyid arif billah. Perjalanannya bermula dengan "maqam" Islam, kemudian Iman dan akhir sekali Ihsan. Bukan bermula dpd ihsan. ESQ membawa pdekatan ihsan. ada special jumper yg dgunakan.

    Pkara yg paling rumit dtentukan adalah apabila kejahatan meniti dsebalik kebaikan. Hanya yg terang mata hatinya dapat menilai dgn lebih baik iAllah.

    Sekadar perkongsian ringkas. Wallah alam.

    ReplyDelete
  2. Maaf.. sekadar pendapat jujur..

    Bila dapat tahu esq diharamkan, saya mula pelik. Atas sebab apa diharamkan?

    Bagi saya, esq adalah 1 program yg sgt bgs, sebab dpt meningkatkan rasa kecintaan pada Pencipta kita selain sentiasa mengingatiNya di kala susah dan senang..

    Senang kata esq ni cuma program motivasi je.. Pelik juga ada yg berpendapat berlainan..

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  3. salam ustaz.
    nk tanya pendapat psl pakai braces.. apa hukum nya?? tp pki bkn sbb ada kemudharatan pada diri. pki sbb nk cantik n such thing la..

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Saya sangat bersetuju juga dengan pendapat anda, sesungguhnya anda lebih banyak membincangkan perkara ini dari sudut tasawuf. Terima kasih atas pendapat dan pandangan yang bernas.

    Kepada Dya Adriza, terima kasih juga atas pandangan anda, sebenarnya bersalahan pendapat ini adalah fitrah. Pendapat mufti wilayah persekutuan juga betul dengan hujah yang diberikan. Bagi saya kedua-duanya betul. Inilah yang dikatakan kehebatan Islam.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Kepada Anak Muallaf, boleh cerita secara ringkas apa yang dimaksudkan braces, saya bukan tahu sangat tentang pakaian orang sekarang ini. Ini juga adalah satu perkongsian.

    ReplyDelete
  6. salam..

    saya lebih suka dengan pendekatan mufti wilayah..
    jika ia lebih kepada sesuatu yang diragukan lebih baik ditinggalkan...lagipun komen Panel Syariah ESQ mengatakan bahawa "memperbetulkan apa jua keraguan"..saya tidak pasti adakah perkara akidah boleh dikompromi...

    hmm..saya juga hairan walaupun 8 mufti telah bersetuju dan satu mufti tidak setuju iaitu mufti wilayah..kenapa ESQ masih mahu berdebat dan memperbesarkan ia di media? adakah kerana kuala lumpur adalah lubuk untuk mereka mengaut keuntungan?

    lihat sajalah masalah sosial dan liberalisme agama yang di amalkan di Indonesia? adakah wajar bagi mereka yang mengamalkan liberalisme di sana ingin mengembangkan pemikiran mereka di sini? dan pada pandangan saya perlukah diperbesarkan industri ESQ di Malaysia seolah olah ianya hanyalah satu-satunya program motivasi yang ada di sini?

    pendapat saya ustaz..jika di izinkan...sama seperti kisah kisah drama Indonesia yang ditayangkan di Malaysia..terkesan dengan "sound efeknye" dan latar belakang kisahnya namun tidak lebih daripada sekadar tayangan sahaja...

    jika benar ESQ merupakan program motivasi terbuka...ayuhh usah diganggu fatwa mufti wilayah buat sajalah di negeri negeri lain yang mengiakan program mereka...bagi saya yang telah melihat sendiri program tersebut..ia tidak lebih hanya satu persembahan yang digimikkan dengan bunyi sound system yang hebat serta bagaimana usaha mereka untuk membuatkan peserta menangis...

    maafkan saya ustaz jika komentar saya ini tidak menepati...dan saya cadangkan ustaz untuk baca kronologi mufti wilayah dan fatwa mufti wilayah di website jabatan mufti wilayah...

    akhir kalam..tahniah ustaz dengan kelahiran blog ustaz yang bermanfaat ini...

    salam...

    ReplyDelete
  7. salam...saya sebagai salah seorang alumni ESQ tertarik dengan topik ni
    memang benar, fatwa pengharaman ESQ cukup menggemparkan
    tambah2 lagi kepada kami, alumni ESQ
    mungkin ilmu saya agak kurang untuk memperdebatkan isu ini
    cuma bagi personalnya bagi saya, ramai yang salah tafsirkan ESQ ni sebagai ceramah agama
    sebenarnya ESQ ini adalah human resourse Training yang berdasarkan al Quran & hadis
    tidak hanya orang Islam sahaja yang mengikuti ESQ ni, tapi ramai juga non-Muslim yang join..
    alhamdulillah, kesannya kepada mereka cukup memberansangkan
    ramai juga alumni non_Muslim yang kian tertarik dengan Islam
    dan sebagai remaja, saya cukup takut dengan gegala2 maksiat yang menjadi2, khususnya dikalangan remaja
    alhamdulillah, ESQ telah membuatkan saya bertambah yakin dan cinta kepada Allah
    bergetar jiwa dan raga saya pabila merasa saya begitu kerdil di hadapan Allah...
    cubalah Ustaz...sertailah dulu ESQ..

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Saya sangat menghargai dan penghormati pandangan anda semua. Inilah yang dikatakan keindahan Islam yang terdiri dari berbagai pandangan. Islam itu syumul dan berkembang dan Islam adalah agama yang paling sesuai dari semua bidang yang tidak bertentangan dengan akidah. Setiap yang ada di dunia ini adalah harus kecuali ada dalil yang haram.Jika di nilai dari programnya adalah baik dan perlu diterapkan sebagai salah sebuah metode dakwah. Cara berdakwah ini banyak bil hal dan bil lisan. Ana jugak tidak setuju dengan yuran yang dikenakan sebab terlalu mahal dan menghalang orang yang tidak mampu untuk menyertai.

    ReplyDelete
  9. wah aku belum pernah ilut ESQ sih, tapi kalo manfaatnya bagus untuk umat ya baik2 aja kan. . . asal ada niat yg baik karena Allah SWT

    ReplyDelete
  10. salam ustaz...
    sy pernah dengar ESQ ni.tp belum pernah hadir.tengokkan sambutan org ramai mmg hangat.pernah terfikir utk hadiri ttp masa membataskan.biarlah org berkelayakkan yg membuat penilaian.lagipun zaman ini kita bebas mengikut pendapat ulama yg yg kita 'sukai' ttg apa yg masih diperselisihkan dan bukan sesuatu yg dah tetap spt pengharamam judi,arak dll.ttp jika kita sendiri masih was-was/curiga baik tidak payah ikut.sebab itu dunia hari ini boleh pertikai fatwa sebahagian ulama kerana mengikut pendapat ulama lain.kecualilah ada khalifah yg mengazetkan sesuatu fatwa,dan ia wajid diikut tanpa gagal.
    -Wallahua'lam

    ReplyDelete
  11. Kalau tak lakukan ESQ ni tak boleh ke ustaz? buat org ramai confius je nih.

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Islam itu luas, jadi jangan kita sempitkan. Tak buat pun boleh tapi kuranglah satu metode dakwah moden. Benda ini pada dasarnya adalah harus, jadi terpulanglah nak buat atau tak nak buat.

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Saya setuju dengan pandangan anda Pacifist, itulah hakikatnya. Sebab tiada dalil Al-Quran atau Hadis yang mengharamkan ia secara jelas. Terpulang kepada umat Islam untuk pakai yang mana. Yang penting kena ada hujah setiap fatwa yang dia pakai.

    ReplyDelete
  14. Semua orang nak beri pandangan, saya pun nak beri pandangan.

    Pandangan Mufti Perak tak boleh pakai sebab dia sendiri tidak konsisten dengan pendiriannya dalam banyak hal termasuk soal politik dan dia secara terang-terangan menyokong UMNO sedangkan dia tidak perlu berbuat demikian.

    Pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan bersifat conditional, bersyarat, dan ini bermakna tidak jelas, tidak kuat pendirian, dan tidak hitam putih. Tidak ada keputusan qat’ie. Dalam makna lain, program ESQ itu termasuk syubahat. Apa makna syubahat? Syubahat itu dekat dengan haram.

    Kepada yang terpegun dengan ESSQ, tepuk dada tanya iman. Terpegun dengan metodologi ESQ yang menggunakan kehebatan multimedia sehingga menggetarkan jiwa dan menyebabkan anda menangis atau kerana keinsafan yang mendalam dan berpanjangan?

    Adakah ESQ berakhir dengan individualisma dan keluarga atau berakhir untuk merubah suasana mungkar dalam negara yang ditaja oleh pemimpin negara?

    UMNO suka program ini sebab tidak menjejaskan visi dan misi UMNO sebaliknya mendatangkan keuntungan komisyen kepada UMNO untuk tabung politik pilhanraya umum ke 13.

    Jadi, kalau nak ikut juga ESQ, ikut suka hatilah, carilah 1001 alasan untuk mengIAkan kehebatan ESQ sedangkan Al-Quran dan Sunnah serta Seerah Nawabiyah sudah cukup untuk membantu. Acuan Malaysia lebih baik dari acuan Indonesia yang dibawa oleh ESQ yang membawa Islam Liberal. Bacalah pandangan dan keputusan JAKIM di bawah ini bersandarkan iman, bukan nafsu atau emosi syok dengan ESQ

    http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:qNcSJR8E5jQJ:esqsesat.blogspot.com/+esqsesat.blogspot.com&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my [webcache.googleusercontent.com] [webcache.googleusercontent.com]

    http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:SbSj04gGZ50J:abu-syafiq.blogspot.com/2010/07/esq-sesat-ini-bukti2-sebab2nya.html+esqsesat.blogspot.com&cd=6&hl=en&ct=clnk&gl=my [webcache.googleusercontent.com] [webcache.googleusercontent.com]

    Saya tak mahu ikut program ESQ, alasan saya bukan 1001 macam tetapi saya hanya satu alasan sahaja iaitu setelah meneliti maklumat dalam website di atas itu yang dibahaskan oleh JAKIM dan JAWI

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Terima kasih atas pandangan anda atas dasar2 yang tertentu, Sepertimana saya nyatakan di atas bahawa metode dakwah itu luas dan ada sahaja teknik yang baru dapat dilahirkan untuk mengajak manusia ke ajaran Islam. ESQ ini perlu dipantau dan perlu diubah apa-apa yang mempunyai keraguan dan kesalahan dari segi agama dan akidah.

    Pihak penganjur juga bersedia untuk mengubah dan bersedia untuk menerima teguran dari para ulamak yang ada. Jadi berlapang dadalah untuk hal ini.

    Kalau yang ingin memegang kepada haram itu terpulanglah. Dan sesungguhnya anda semua mempunyai hujah sendiri. Pandangan saya bukan berdasarkan nafsu dan sukakan ESQ, tetapi dibincangkan secara ilmiah dan terbuka. Apa yang tidak betul ditegur dan apa yang betul disokong.

    ReplyDelete
  16. Pendapat saya mudah... banyak lagi benda yang Mufti KL kena haramkan contoh Sister in Islam yang berpengkalan di KL, konsert artis mendedah aurat di KL , judi di KL (kelantan boleh buat kenapa tidak KL) dan pelbagai unsur haram yang tak pernah pun di bahaskan oleh mufti-mufti... ESQ bukan program sempurna tetapi pengisiannya adalah menjurus kepada kenal Allah dan cinta Rasul, kalau ada kekeliruan pun duduklah di meja perbincangan , bukankan Jawatankuasa fatwa selalu berbincang? Mufti semua berkumpul kenapa keluar fatwa asing ikut negeri ? kemudian mengelirukan ummat! Untuk mengetahuan Mufti KL telah di jemput menghadiri traning ESQ tetapi di tak mahu hadir... manakala 8 mufti lagi telah hadir dan memperakui ESQ tidak bertentangan... Saya beri cadangan kepada mana-mana Mufti sebelum keluar fatwa apa kata hadir dulu traning ESQ selama 3 hari tersebut... dan lepas tu nak buat fatwa haram pun saya tak kisah, adilkan keluar fatwa sebegitu tanpa ikuti secara langsung traning tersebut dan hanya mendapat maklumat dari orang ketiga? fikir-fikirkan...

    ReplyDelete
  17. Saya cadangkan mufti-mufti bukan segara haramkan hal-hal agama spt ESQ tapi sila keluarkan juga fatwa haram mengenai :
    1. Konsert Dedah Aurat
    2. Judi
    3. Sister In Islam
    4. Fatwa menutup aurat
    5. Fatwa cerita hantu, khurafat, syirik di TV

    bersidanglah tentang hal-hal di atas saya rasa lebih bermanafaat kepada umat Islam yang dah kritikal dan hari-hari ada kes buang anak kat paper... so para Mufti terutama KL bertindaklah keluarkan fatwa tentang perkara diatas sebelum umat Islam terus sesat..

    ReplyDelete
  18. Lagi satu saya ingin menyangkal mengenai pendapat diatas mengenai liberisma di Indonesia... saya rasa tak payah renung jauh ke Indon Liberisma di Malaysia pun banyak juga cuba semak- semak le...

    ReplyDelete
  19. Salam,

    Saya nak tanya ko ada tak ayat Al-Quran tentang ESQ Taraining? Kalau nak buang semua orang kata Islam tertinggal dan tak ikut pembaharuan. Ada tak hadis yang cerita tentang ESQ? Untuk menjelaskan ini semua mestilah orang berilmu. bukan macam engkau MAHADAYA. Engkau hanya hujah kampung sahaja ada hati nak berdebat dengan orang. Saya sarankan engkau pergi belajar dahulu. Tentang denda orang zina itu sebab dia tak mau ikut ISlam sebab itulah dia buat denda. tak mau pegang hukum Islam. Kalau kau kata yang dibuat umat Islam itu adalah ajaran Islam kau silap MAHADAYA, guna otak sikit.. Kau punya pendapat dengan anak engkau pun tak sama. Apatah lagi umat Islam yang banyak. Kau pergi belajar bahasa arab dan belajar tafsir ayat Al-quran ikut bahasa arabaya engkau yang tiada di dunia ini. Jangan dok sibuk hai orang sedangkan hal sendiri kantoi.

    ReplyDelete
  20. Salam Ustaz...
    untuk tahu lebih lanjut tentang ESQ
    Ustaz cubala tengok
    Halaqah Sentuhan Qalbiu
    pada hari Selasa, Jam 10 Malam
    di TV 9
    sebab itu adalah kerjasama Halaqah TV9 dengan ESQ
    setiap minggu, para Trainer ESQ akan dipanggil untuk menjadi Panel Jemputan untuk Halaqah
    dan macam itu jugalah suasana Training ESQ
    tengok ya Ustaz...

    ReplyDelete
  21. salam semua...
    mungkin boleh renung sedikit kalam ari ginanjar mengatakan bahwa indonesia meluluskan esq dengan artikel ini...bukan apa walau sebaik mana pun program tersebut kalau ia menyalahi akidah ..maka ia tetap salah...saya nie tidak lah mengatakan saya ariff namun sebagani perkongsian bersama..agar kita tidak terjerumus ke jalan yang salah walaupun pada pandangan mata kita itu indah..

    dan pandangan saya kalau nak belajar dan memahami agama maka carilah pada tempat dan guru yang betul...seingat saya kebanyakkan trainer utama esq dari indonesia bukan dari latarbelakang agama..wa allahu a`lam...

    sekadar memberi pandangan dan setuju sangat haramkan sister in islam...

    http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/TEMBELANG_ESQ_PECAH.pdf

    ReplyDelete
  22. Salam,

    Saya menulis berdasarkan pemahaman saya dan juga fatwa-fatwa yang saya dapat kumpulkan dari muzakarah fatwa kebangsaan, dalam itu semua mufti masuk... Kalau kita tak bersetuju berlapang dadalah, saya berkata ini bukan berdasarkan nafsu dan mempertahankan ESQ. Ini masalah perbezaan pendapat. Bagi saya kalau dia salah kita perbetulkan dan pantau supaya dia tidak berlaku kesilapan lagi.

    Betul kata Admiral Hafiz Halaqah Sentuhan Qalbu itu seperti juga ESQ training lebih kurang lah. Kalau diharamkan terus maka hilanglah satu metode dakwah yang boleh dimanfaatkan. Apa kata diperbetulkan, kalau mereka tak mau kita haramkan dan ambil kaedah ESQ itu dimasukkan modul yang menepati syariah Islam yang tidak berlanggar dengan akidah Islam, boleh tak dan apa pandangan anda semua?

    ReplyDelete
  23. Boleh ke keluar fatwa tanpa Mufti KL ikuti traning 3 hari tersebut? 8 Mufti yg dah ke traning ESQ tak kata haram yg Mufti KL di jemput hadir percuma tapi tak dtg tup tup haram? Adil kah?

    ReplyDelete
  24. memanglah ade keraguan..seorang mufti itu tdk boleh mengeluarkan sebarang2 fatwa dgn sewenang2nya...takkan tak tahu ..silap2 keluar fatwa mengelirukan byk manusia ..entahlah..org ugama skrg nie byk dah blur ..

    ReplyDelete
  25. Salam,

    Nasihat saya jangan terus menyalahkan mufti Wilayah Persekutuan KL, Setahu saya hujahnya juga banyak mengandungi fakta dan nas Al-Quran dan Hadis. Berbeza pendapat itu biasa, sebab itulah timbul berbagai mazhab. Kita sebagai orang awam perlu berlapang dada dalam masalah ini. Terpulang kepada kita nak pakai yang mana berdasarkan hujah dan kemampuan kita.

    ReplyDelete
  26. Salam,

    pandangan saya ESQ training itu bagus utk beginner mnusuk rasa hadir Allah dlm diri dengan yakin...tp bgi pendakwah atau org yg mempunyai ilmu agama yg mendlam mungkin kurang sesuai kerana ayat2 Al Quran yg digunakan dlm training digunakan terjemahan nya secara terus ...sedangkan ayat2 itu perlu mempunyai maksud2 mendalam lg...
    also para trainer seolah2 tidak soleh utk memberi talk seperti itu, dengan tarian2 serta lain2...satu lagi pengasas nya juga tiada basic agama cume psychology doctorate kot tp sering disanjung2 kan sepanjang training itu...

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum wrt. wbt. ustaz.
    Saya baru menemui laman ustaz ni. Begitu menarik. Tambah pula dengan hal ESQ. Menarik sungguh pendapat Ustaz kerana menerima ESQ bersandarkan tiga alasan iaitu (1) pendapat Mufti Perak, (2) kesan terhadap peserta dan (3) ESQ sebagai satu metod dakwah. Saya kira amat menarik. Kelihatannya, fatwa Mufti WP seolah-olah onar dalam daging, yang mengganggu kelancaran dakwah yang dibawa oleh ESQ. Saya berpendapat bahawa hampir keseluruhan yang mempertikaikan fatwa WP sebenarnya kurang memaklumi dasar atau asas pengharaman ESQ. Ramai yang berpendapat bahawa pengharaman itu hanya berdasarkan Training 3 hari tersebut sahaja. Jadi orang ramai kurang faham mengapa boleh sampai haram. Apatah lagi Mufti Perak pula kata Harus, dan tidak bercanggah dengan akidah dan syariah. bagaimanapun, setelah saya bertanya di sanan sini (maklumat 1st. class), pengharaman tersebut adalah berdasarkan dua perkara asas iaitu (1) Training 3 hari dan (2) Beberapa buah buku Pak Ary mengenai ESQ, terutama Rahsia Kejayaan membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual yang banyak diterjemahkan di dalam bahasa Arab dan English. Saya sarankan Ustaz baca yang terjemahan English kerana ia adalah terjemahan yang belum diedit mengikut Malaysia Compliance (itupun setelah tahu ESQ disiasat). mengapa? Sebab Training itu datang kemudian setelah buku-buku tersebut. Saya juga ingin nak bertanya sikit kepada ustaz sebab saya tak berapa faham.
    1. Dalam Training 3 hari, ada disebutkan kisah Nabi Ibrahim (berdasarkan ayat-ayat Quran)dengan bintang, bulan dan matahari. Kisah ini dikaitkan dengan soal pencarian makna hidup kerana nabi Ibrahim dikatakan telah terlebih dahulu mencari makna hidup dan akhirnya menemui makna. Apakah betul maksud dan penceritaan ayat Quran itu dengan makna yang begitu? kalau Ustaz tengok Halaqah Sentuhan Qalbu bertajuk "Diari Nabi Ibrahim", maka disebut oleh Trainer begini: "Apakah beza antara pencarian makna hidup antara nabi dan orang biasa. Jawapnya ialah pencarian makna bagi nabi akhirnya mendapat wahyu sedangkan orang biasa hanya akan menemui makna hidup". Jadi, bila dikaitkan dengan cerita nabi Ibrahim, maka seolah diberikan gambaran bahawa nabi Ibrahim pun sebelum kenabian meraba-raba mencari makna hidup. Soalan saya Ustaz, boleh ke kita terima kata-kata itu dan apa konsep kenabian dalam islam itu bermula dengan pencarian. Ini seoalh-olah nak kata bahawa kenabian pun boleh dicari dan dicapai.
    2. Berkaitan dengan soalan di atas ustaz, (Dalam satu Training) Trainer ada menyebutkan bahawa ketika Nabi Muhammad menerima wahyu yang pertama "iqra'" baginda menangis. Jadi Trainer itu tanya "mengapa Nabi Menangis", lepas tu dia sendiri yang jawab bahawa nabi Muhammad menangis kerana ketika itu baginda mengenal jati dirinya. Soalan saya Ustaz, boleh ke kita kata macam tu keran ini seolah-olah memberiokan gambaran bahawa Muhammad itu tidak dijaga oleh Allah sebelum wahyu, tetapi nabi pun mencari-cari makna hidup, dan akhirnya dia mencapainya. Boleh ke Ustaz!
    3. kalau ustaz baca buku Pak Ary (The Islamic Guide to Developing ESQ (saya beli buku tu, mahalnya RM115), ada dituliskan: "In the process of sriting, I found out that the long journey that I have been through was actually a journey of in search of identity....When I learned about the strories of great people and the history of civilisation, I saw that the search of the meaning of life had already been journeyed by all big religions in the world. The journey had been done by prophet Abraham...The search had alreadu been done by the Prophet Moses.... Prophet Muhammad also experienced the same search. (halaman viii-ix).
    Apa pendapat ustaz. saya bertanya kerana Ustaz belajar agama, saya hanya kenal melalui usrah-usrah aje. Sekali imbas ia menyentuh hal kenabian, dan hal kenabian adalah menyentuh soal akidah dan syariah sekaligus. Maaf Ustaz, opanjang sangat. Perbincangan menarik, saya oun turut tertarik.

    ReplyDelete
  28. Salam,

    Itu semua saya tak pasti sebab saya tidak pernah mengikuti training ESQ cuma dengar kata2 kawan2 sahaja. Soal ini saya tak berani nak komen takut jadi fitnah.

    Cuma saya nak ingatkan jangan kita samakan nabi seperti kita, Kalau dilihat dari mula2 Nabi2 atau rasul menerima wahyu, memang mereka mencari kebenaran yang sebenar. Nabi ibrahim diperintahkan meletakkan 3 ekor burung di tiga gunung dan dipangil. perintah itu sebab nabi ibrahim mencari hakikat tuhan yang sebenar. Nabi Muhammad sebab dia mencari kebenaran dengan bertafakur di gua hira, kerana dunia dia sebelaum dilantik menjadi rasul sangat teruk dan gelap.

    Jadi susah payah Nabi dan Rasul terdahulu tidak boleh disamakan dengan kita yang ada sekarang, sebab mereka terlalu banyak berkorban contohnya nabi ibrahim sembelihkan anaknya nabi Ismail. Nabi muhammad anak yatim piatu. Hakikatnya sebenar adalah untuk menjadi pengajaran kepada umat manusia semua. seteruk pengorbanan kita, rasul dahulu lebih teruk dari kita semua berkorban untuk Islam. Hakikat pencari Nabi2 terdahulu tak boleh samakan dengan kita.

    Satu lagi tentang bayaran yang dicas dalam training atau buku2nya memang saya tak setujulah sebab terlalu mahal dan seolahnya mencari duit. Saya rasa mereka pernah merujuk Ustaz Zaharuddin tentang powerpint mereka atau kandung isi yang terdapat dalam training tersebut. Benda yang salah wajib diperbetulkan, dan benda yang betul boleh diteruskan.

    ReplyDelete
  29. salam ustaz..
    bagaimana soalan saya tempoh hari..
    harap ustaz dapat membantu saya..

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum wrt. wbt.

    1. ustaz, takkan lah bila kita tidak pergi Training, dan orang beritahu kat kita, kita tidak boleh komen. Inilah hujah ESQ apabila mereka 'bantai' Mufti WP kerana kata mereka "Mufti tak hadir sendiri, jadi tak faham apa itu ESQ. Soooo...kita kena masuk sendiri dulu ke dalam kumpulan ajaran sesat, baru boleh buat komen! Naya Ustaz. Tetapi Ustaz, saya hairan, apabila Ustaz beri komen bahawa Training itu bagus sedang ustaz sendiri pun tidak pergi! Bagusnye di mana...hanya dengar cerita orang... Ini buat saya keliru ustaz.
    2. Ustaz, Training ini mempunyai dasar seperi yang tertulis di dalam buku-bukunya Pak Ary. Ia bukanlah Training yang tiada kaitan dasar atau asas. Saya setuju bla Ustaz kata "benda yang salah wajib diperbetulkan, dan benda yang betul boleh diteruskan". Apa yang timbul dalam otak saya ialah 'kalau benda yang salah itu ialah asas dan dasar di mana training itu dibangunkan, macam mana!. Berapa banyak ajaran salah yang menggunakan ayat-ayat al-Quran seperti Arqam dan banyak lagi telah diharamkan kerana kesalahan pada masalah asas. Tiada orang boleh menafikan bahawa dalam Arqam itu contohnya banyak perakar yang baik-baik tetapi akhirnya diharamkan kesemuanya (sebab dulu saya sokong Arqam), sampai Rufaqa' dan kini Global Ikhwan pula.. Semuanya kerana gara-gara kesalahan asas. teguran Mufti WP itu pada masalah asas seperti adanya unsur Islam Liberal, Pluralisme, mukjizat nombor dll.
    3. Saya pernah baca teguran Ustaz Zaharuddin tu. dan teguran dia itu menyentuh soal-soal besar dan asas dalam Islam. jadi pada asasnya dia juga mempunyai sikap yang 50-50 dengan ESQ. Sebenarnya saya dengar ramai Ustaz-ustaz yang dijemput untuk beri komen tetapi saya rasa perubahan hanya dibuat pada bahagian yang tidak menyentuh perkara asas seperti komen Ustaz Zaharuddin.
    4. Kalau kita lihat keputusan Fatwa, ESQ boleh teruskan dengan pemantauan tetapi dalam masa yang sama membuat perubahan isi kandung Training. Oleh itu, pada saya keputusan itupun mengakui bahawa wujud perkara menggelirukan dalam ESQ tetapi masih boleh meneruskan. Bukankah itu satu yang ganjil, bila kita kata akan yang keliru tapi boleh teruskan. Bukankah lebih baik jika dihentikan sementara waktu seperti saranan Prof. Dr. Ismail Ibrahim, manta Pengerusi Fatwa Malaysia supaya pemebtulsan dibuat terlebih dahulu sebelum Training dijalankan. kalau dibiarkan jalan terus, tidakkah nanti kekeliruan akan terus berulang dan berulang sehingga barangkali "tibanya satu waktu kandungannya benar-benar menepati ajaran Islam".
    5.Tentang bayran itu, saya juga tidak setuju Ustaz. nampak sangat businessnya. jadi bila kena stop di WP pihak ESQ seperti kelam kabut dan menyebutkan kerugian sekitar 1 juta. Sedangkan apalah salahnya kalau dia buat di negeri-negeri Jiran yang dikatakan masih memberi ruang. Tetapi mengapa pihak ESQ berkeras sangat nak tarik balik fatwa itu sedang keputusan itu bukan keputusan Datuk Mufti sahaja, bahkan turut disepakati oleh jawatankuasa kajian WP dan JAKIM.

    ReplyDelete
  31. 1. Ustaz, saya yang bertanya tentang kisah Nabi tu. Tentang kisah kenabian itu, ada saya tanyakan kepada beberapa ustaz dan Ustaz Zaharuddin juga telah menjawab (komen dia itu, kata beliau, telah diberikan kepada ESQ tetapi info yang dia dapat ialah 'komen itu hanya dibakul sampahkan'. Kata mereka ini, kita tidak boleh kata para nabi itu berada atau berusaha mencari kebenaran. Penceritaan ayat-ayat kisah nabi Ibrahim itu, kalau dibaca secara zahir dan terpisah-pisah, sememangnya akan nampak bahawa nabi Ibrahim itu seolah-olah tercari-cari. Kisah Nabi Muhammad dan Musa juga begitu. Sememangnya ustaz dah jawab bahawa kitab tak boleh samakan pencarian nabi dengan manusia biasa. Ustaz Zaharuddin kata "kisah dari ayat itu adalah bersifat perdebatan ke atas kaumnya", jadi...bukannya untuk menunjukkan bahawa nabi pun tidak faham apa itu kebenaran. Keraguan saya Ustaz ialah: "Apakah kenabian itu suatu yang telah ditetapkan sejak azali", dan bukankah "seorang yang akan jadi nabi itu telah dijaga oleh Allah s.w.t selama-lamanya". Jadi apa sahaja yang dilakukan itu adalah sebenarnya sudah dalam penjagaan Allah. Bila kisah nabi ini kita cuba samakan dengan kehidupan manusia biasa, akan timbul masalah lain Ustaz, iaitu kenabian boleh diusahakan.
    2.ustaz, dalam skema ESQ, SQ dikatakan yang tertinggi kerana ia memberi manusia makna hidup. EQ dan IQ lebih rendah kerana EQ hanya berkaitan dengan perasaan dan IQ hanya berkaitan dengan kebijaksanaan. Setahu saya Ustaz, bila saya baca buku Pak Ary yang English, isi kandungan EQ ialah Rukun Iman-iman dan IQ pula ialah Rukun Islam. Jadinya, konsep tauhid, percaya nabi dan sebagainya masih pencapaian yang rendah. rukun islam kelihatannya lagi rendah. Boleh ke ajaran islam fitafsirkan sebegitu? Bukankah Rukun islam itu yang memberikan makna hidup, hala tuju Muslim dan sebagainya!
    3. jadi ustaz, bila baca punya baca, saya terfikir mengapa Dato Mufti WP kata adanya Islam Liberal, (iaitu cara pennafsiran yang bebas dari kawalan sumebr-sumber ilmu) dan Pluralisme (mengagungkan spiritual sebagai sumber teratas dan paling tinggi. Bila di sini ini, kita jumpalah dengan danah Zohar yang kata bahawa manusia ini kalau nak bahagian dia hanya perlu kepada SQ sahaja. Kita juga jumpa Huston Smith yang meletakkan skema bahawa Spiritual lebih tinggi daripada agama-agama yang berbagai. Jadi dengan katanya unsur ini banyak dipegang oleh para profesor di Indonesia.

    ReplyDelete
  32. ustaz,
    Boleh ke ambil pendekatan 'mendidik' bila bertemu dengan hal-hal yang terlihat bertentangan dengan ajaran asas Islam. Tidakkah nanti hujah ini juga akan dipakai oleh kumpulan ajaran sesat yang akan menuntut supaya pendekatan yang sama digunapakai. Satu lagi ustaz, tidak akan banyak senarai ajaran sesat apabila pendekatan ini kita pakai. Tetapi hairannya perkara ini tidak wujud sebelum ini. Andai ada aje ajaran sesat, maka tangkap dan bicara. Saya tidak faham apa yang sebenarnya yang telah terjadi.

    ReplyDelete
  33. Ustaz, kalau ada kumpulan ajaran sesat yang menyatakan kesediaannya untuk berubah, maka boleh ke kata dia boleh jalankan kegiatan dan lantiklah panel Syariah.

    ReplyDelete
  34. Salam,

    Masalah ini saya tak berani nak beri komen takut saya memfitnah dan ini saya tiada bukti dan tiada bukunya. Saya lihat ESQ ini dari program Halaqah Qalbu TV 9, Kawan2 saya yang menyertai dan ada fasilitator kursus ESQ Guru-guru MARA di Langkawi dahulu.

    Kalau dia tidak mahu dengar teguran dan bakul sampahkan, maka kita buat ESQ baru yang berpandukan Al-Quran Sunnah. ESQ tak salah yang salah adalah syarikatnya dan pengasasnya.

    Masalah ini saya no komen sebab saya tiada buku dan kurang mendalami. Saya berpendapat berdasarkan Majlis Fatwa kebangsaan. Mereka juga mempunyai hujah. Dalam masalah ini berlapang dada. Kalau ada benda yang ragu lebih baik elakkan. Ajaran sesat lainlah sebab telah difatwakan dan jelas dan semua ulamak sepakat.

    Sebanarnya awak tak perlu peningkan kepala memikirkan masalah ini, kalau pendapat anda berdasarkan Mufti WP, maka teruskan dan berlapang dada dengan Pendapat Muzakarah Fatwa KEbangsaan. Dalam hal ini semua ada hujah, saya berhujah bersandarkan kepada orang yang lebih alim sebab saya tidak layak berpendapat.

    Kalau ada keazaman untuk berubahkan itu bagus, memang perkara yang disuruh dalam Islam. Dakwah Islam juga mengajak umatnya berubah.

    ReplyDelete
  35. Dengar cerita rakan-rakan, ESQ akan diharamkan atau setidak-tidaknya dilarang untuk menjalankan kegiatannya di beberapa negeri lagi sekiranya modul yang sedia ada tidak diubahsuai. Tetapi adalah sesuatu yang amat menghairankan apabila ubahsuai itu hanya nanti kerana mengikut "Malaysia Standard", bukan "Islam Standard".

    ReplyDelete
  36. Salam,

    segala penerangan saya di atas ini adalah berdasarkan pendapat majlis fatwa, dan di sini saya juga menegaskan bahawa dibolehkan adalah disebabkan pihak ESQ bersedia untuk dipantau dan mengubah segala modul yang bercanggah dengan syarak Islam.

    Saya bukan memihak kepada ESQ, tetapi mengambil jalan tengah untuk mengutarakan pendapat. Yang diharamkan itu tidak pasti dan kenapa diharamkan atas alasan apa. Benda yang tidak sahih lagi tidak boleh dijadikan hujah, kerana dikuatiri jadi fitnah.

    ReplyDelete
  37. Salam semua,

    saya baru saja mengikuti ESQ, sebelum ini saya banyak dengar dan baca mengenai ESQ, ada pro dan kontra, tapi setelah saya ikut, memang benar, ESQ ni boleh jatuh tahap AJARAN SESAT mungkin, kalau pun ianya tak menyalahi akidah, memang kandungannya merapu, merepek tah apa2.. susah nak terangkan, tapi bagi saya pengasasnya nak buat duit dgn cara training macam ni, dia jadi kaya kita jadi keliru, takkan kita nak org melayu dan anak cucu dan generasi akan dtg jadi keliru soal akidah?

    lebih baiklah kita mengelak diri dr menyokong ESQ, mudharatnya lebih buruk drp kebaikan (kalaupun ada kebaikan? sbb pd saya buang masa dan buang duit, kalau ada yg terpengaruh dgn ajaran songsang mereka lagi lah kronik).

    saya rasa banyak lagi kursus motivasi dan cara dakwah yg boleh digunapakai. benda yg was2 walaupun nampak menarik, bukankah lebih utama ditolak?

    ReplyDelete
  38. Salam

    Saya menerima pandangan anda, dan betul saya juga tida setuju tentang bayaran yang dikenakan, tetapi artikel saya di atas tidak menyentuh bayarannya dan saya hanya menyentuh tentang modulnya.

    Apa-apapun terpulanglah kat pendapat masing2, Islam itu luas dan beza pendapat itu adalah fitrah yang penting setiap hujah mesti ada sandaran dan dalil.

    ReplyDelete
  39. Bismillaa hirrahmaa nirrahiiimm.. terpulang pada diri masing2.. bila kita melihat ianya baik, maka baiklah ia, sebaliknya bila kita melihat ianya buruk, maka buruklah ia..
    Saya menerima pendekatan ESQ ini dgn positif. Hasilnya ia memudahkan sedikit saya memperingatkan anak2 ttg gejala2 zaman sekarang dgn pendekatan yg dibawa ESQ. Para ustaz menyampaikan secara ceramah, manakala ESQ menyampaikan secara audio visual..
    Memperuntukkan sedikit wang ringgit utk ESQ tidak menjadi beban kepada yang berkemampuan, malahan ramai pula di kalangan yg banyak duit ini sponsor kumpulan yg tidak mampu agar sama2 dpt merasa..

    ReplyDelete
  40. salam ustaz,
    Saya ucapkan tahniah kpd ustaz yg begitu sederhana dalam menangani 'pertelingkahan' ini. Harapan saya janganlah kita keterlaluan menghentam training ESQ ini di kala kita ketandusan idea utk mencari pendekatan mengajak masyarakat kita yang semakin jauh terlalai dgn hidup duniawi. Nak ajak mereka ni ke masjid? kirim salamlah.
    Methode ESQ kiranya sesuailah utk mengajak kembali insan2 yg terlalai. Bagi yang dah penuh ilmu di dada, tak hadir pun tak apa. Ianya kursus kesedaran dan rasa bertuhankan Allah semata2. Ramai dari kita yang mengaku Islam tapi penuh dgn rasa hasad dan dengki, mengejar harta bagaikan tak nak mati, menindas membuta tuli dan berbagai perkara negatif yang kita buat secara tidak perasan. Eloklah tu, training ESQ ni menggali kesilapan2 yg memang ramai dari kita2 lakukan tapi tak sedar. Kalau ramai dari kita yang sedar tentulah penuh masjid2 kerana merasa seronok utk berdamping dgn Allah..

    Apa yang saya suka sangat kat training ni adalah kerana dapat tengok kat screen besar cara alam semesta bertawaf, bintang2 bertawaf malahan semua benda2/ makhluk bertawaf. Semuanya sama. Oh, indah sungguh ciptaanMu wahai pencipta langit bumi. Aku menjadi rindu.

    ReplyDelete
  41. baca kisah-kisah imam imam terdahulu...yg penting selagi tak sewenang wenangnye memasukkan logik akal dlm sesuatu perkara yg melibatkan ajaran islam dan memegang teguh Al-Quran dan As-Sunnah, insyaAllah kita selamat dari kesesatan - Khairul

    ReplyDelete
  42. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG