PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Sunday, July 4, 2010

Roh & Mati Adalah Urusan Allah


Soalan

Assalamualaikum ustaz yg budiman...mohon bantuan:

Ada orang berkata..."siapa yang lahir hari Isnin akan meninggal hari isnin. begitu jugalah dengan hari hari yang lain.. Apakah ini satu ketentuan atau kebetulan?

(Adakah terdapat hadis dan kalau blh sila masukkan sekali sumber@nama buku utk rujukan saya)

wassalam..jazakallah

Jawapan

Manusia tidak terlepas dari karut dan logik akal berdasarkan kebetulan dan kajian yang dilakukan. Dalam Islam mempunyai sumber dalil atau bukti sesuatu perkara, bukti atau dalil tersebut ialah dalil naqli dan dalil aqli. Kalau ada dua-dua sumber ini barulah yang dikatakan itu benar. Setiap perkara yang logik lebih baik dikaitkan atau didasarkan dalil naqli iaitu Al-Quran dan Sunnah. Setiap pendapat orang atau kata-kata orang itu perlu diperhatikan keilmuan dan bidang orang tersebut. Kalau orang itu kelulusan agama, maka bersesuaianlah ia mengeluarkan pendapat yang berkaitan perkara agama. Kalau orang tersebut ilmuan dalam bidang perubatan, maka sesuailah ia mengeluarkan pendapat berkaitan perubatan.

Masyarakat melayu di Malaysia cukup mudah menerima hujah-hujah orang biasa yang tidak mempunyai ilmu dan tidak ahli dalam hujah yang dikeluarkan. Contohnya seperti bidang agama, ramai orang yang tidak ahli dalam bidang agama mengeluarkan pendapat agama sehingga menyebabkan Islam itu disalah tafsirkan sehingga menyebabkan Islam berpecah. Ini tidak dikirakan lagi dengan ulamak dalam semak atau mata duitan yang mementingkan pangkat dan harta sehingga sanggup menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal.

Fokos soalan yang dikemukakan

Sebenarnya soal kematian dan roh ini adalah urusan Allah, manusia tidak mengetahui dan memang tidak akan diberitahu tentang bila kematian yang akan berlaku. Kecuali adanya tanda-tanda sebelum datangnya sakaratul maut. Ada pendapat ulamak yang mengatakan bahawa orang yang telah hampir ajalnya akan diberikan tanda-tanda sakaratul maut supaya ia dapat bertaubat dan bersedia untuk menghadapinya.

Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Jelas di sini bahawa tarikh ajal seperti yang dinyatakan oleh saudara yang mengemukakan soalan tersebut adalah secara kebetulan. Kemungkinan berlaku dan kemingkinan juga tidak berlaku. Sepertimana saya jelaskan di atas bahawa soal mati dan roh ini adalah urusan Allah sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja". (Al-Isra :85)

Sebagai orang yang bertaqwa kepada Allah, wajiblah melaksanakan segala amalan yang disuruh oleh Allah sebagai persediaan untuk menghadapi mati. Jangan sesekali menunggu hari tua, barulah kalut mencari tikar sejadah, belajar membaca Al-Quran, belajar solat dan sebagainya. Cuba anda semua bayangkan berapa lama kita telah menghabiskan masa dengan melaksanakan amalan yang sia-sia dan apabila waktu tua yang singkat baru bersedia untuk mengingati Allah. Inilah yang dikatakan manusia yang berada dalam kerugian. Tetapi bertaubat watu tua ini lebih baik dari orang yang tidak bertaubat. Hadis Rasulullah yang bermakksud :

“Pergunakan masa mudamu sebelum datang masa tuamu, Pergunakan masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, Pergunakan waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu, Pergunakanlah waktu kayamu sebelum datang waktu miskinmu dan Pergunakan hidupmu sebelum datang matimu”. (Riwayatkan Imam Hakim)

Nasihat saya

Sebagai seorang muslim yang baik, setiap amalan dan pegangan, mestilah berdasarkan kepada nas atau dalil aqli dan naqli supaya kita tidak tersesat dari ajaran Islam yang sebenar. Ini penting kerana Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu supaya umatnya mengetahui setiap amalan yang dilakukan adalah dari Allah dan bukan ikut membabi-buta sahaja dan istilah dalam kitab tua mengatakan taqlik buta. Jangan sesekali pegang dengan hujah tanpa asas yang kukuh berdasarkan sumber hukum Islam iaitu Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas.

Penutup

Ini sahaja jawapan saya secara ringkas, jika ada orang yang lebih mengetahui dari saya, maka diharapkan anda dapat berkongsi pendapat dalam ruangan komen yang disediakan di bawah ini. Saya adalah insan yang tidak sempurna amalan dan ilmu, sentiasa ada kelemahan yang tidak dapat dielakkan. Segala perkongsian anda saya ucapkan terima kasih dan semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal atas perkongsian anda semua.


7 comments :

  1. Assalamualaikum ustaz,.ini adalah persoalan kematian yang sering bermain dalam fikiran saya,.
    1 - benarkah orang dibom atau yang mati masa tidur tidak merasai azab kesakitan semasa mati mati berbanding orang yang mati sakit, atau kemalangan atau pun sebagainya?
    2 - jika seseorang itu misalnya dimakan jerung dan jasadnya tidak ditemui, benarkah ia juga mendapati azab kubur dan diseksa sama seperti yang mempunyai kubur.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    1. Orang tidur tetap merasai sakit, cuma kesakitannya tidak sepertimana orang yang mati pada waktu biasa. Kemungkinan orang yang mati dalam waktu tidur ini Allah kurangkan siksaannya disebabkan amal ibadahnya. Kalau orang banyak amal ibadahnya maka Allah kurangkan kesakitannya. Orang yang mati dibom dalam medan perang, kalau mati syahid Allah angkat kesakitannya sehingga dia merasakan kesakitannya seperti gigitan semut.

    2. Orang yang mati tidak mempunyai jasad, tetap akan diazab oleh Allah sama ada kubur atau hari akhirat. Sebenarnya azab kubur itu adalah sebagai satu jalan manusia ke hari perhitungan Allah atau dinamakan tempat rehat sementara. Disegi mata kasar kita memang tak ada jasadnya, tapi dari pandangan Allah dan menjadikan jasad manusia adalah Allah.

    ReplyDelete
  3. ada orang kata,,roh akan datang pada malam jumaat @ dalam 40 hari jenazah dikebumikan,, camne tuu ustaz

    ReplyDelete
  4. btul ke tu ustaz?

    ReplyDelete
  5. Salam

    Tu semua keje Allah, selagi tiada dalil Al-Quran dan Hadis, maka hujah camtu wajib kita tolak, sebab orang melayu ni banyak sangat benda bidah dholalah yang diamalkan.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ustaz..
    saya nak bertanya..soalannya macamni ustaz..apakah hukumnya saya sembahyang memakai pakaian yang mempunyai lambang contohnya baju jenama POLO yang mempunyai lambang manusia sedang bermain kuda dan memakai kain yang mempunyai lambang gajah duduk..adakah sembahyang saya tu sah atau tak?..

    ReplyDelete
  7. yang sembahyang tu awak....mengikut rukun2 nya. pakaian tu hanya menutup aurat saja , jangan ada najis pada pakaian dan badan sudah mencukupi .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG