Saturday, August 28, 2010

Boleh atau Tidak Non Muslim Masuk Masjid?


Salam dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung yang mengunjung di blog ini, saya sangat hargai anda semua yang secara tidak langsung memberikan sokongan moral kepada saya. Selamat menjalankan ibadah puasa dan ibadah Bulan Ramadhan. Terbaru ini masyarakat Malaysia digemparkan dengan seorang ADUN non muslim masuk ke dalam surau dengan memberikan tazkirah.. Dalam penulisan artikel ini tidak melibatkan mana-mana pihak dan parti politik yang ada dalam negara ini. Saya hanya membahaskan berdasarkan kepentingan agama Islam.

Di sini, saya datangkan dalil dan pendapat ulamak tentang masalah non muslim masuk masjid. Pendapat As-Syafi’iyaah mengatakan bahawa :

“Sesungguhnya diharuskan bagi kuffar (non-muslim) masuk masjid dengan kebenaran orang Islam kecuali Masjid al-Haram dan setiap masjid di Tanah Haram.”

Pendapat dari Syeikh `Atiyyah Saqr, & Syeikh Muhammad Saleh Al-Munajjid mengatakan bahawa :

“Adalah ditegaskan yang Islam menggalakkan toleransi dan kewujudan bersama secara aman antara Muslims dan non-Muslim. Jika non-Muslim masuk ke masjid utk menyampaikan ucapan yang boleh membawa kpd persefahaman lebih baik, maka ia amat di alu-alukan dan digalakkan mengikut pandangan agama. Islam ialah agama yg mengamalkan dialog yang bermanfaat dalam maksud sebenar. Sejarah Muslim ialah satu contoh yg baik berkenaan hal ini.”

Dari pandangan di atas, mengatakan bahawa orang non muslim tidak boleh menjejak kaki atau masuk ke dalam Masjid Al-Haram dan masjid-masjid lain yang terdapat di tanah haram Mekah dan Madinah. Firman Allah swt yang bermaksud :

“(Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.)” (At-Taubah : 28)

Mengikut pandangan dari Ulamak Syafi’i mengatakan bahawa orang non muslim tidak dibenarkan masuk Masjid Al-Haram dan masjid-masjid sekitar tanah haram. Selain dari masjid-masjid tanah haram dibolehkan masuk dengan keizinan orang Islam. Ini bertujuan untuk mendekatkan non muslim terhadap keindahan Islam dan membenarkan mereka melihat segala aktiviti ibadah yang terdapat dalam masjid tersebut. Ini bertepatan dengan Pandangan Fatawa Al-Lajnah Al-Da’imah – Jawatan kuasa Tetap Utk Kajian Islam dan Ifta’ mengatakan bahawa :

“Dibenarkan jika ia menepati matlamat Syariah atau menepati sebab penting, seperti jika non-Muslim perlu masuk ke masjid untuk mendengar sesuatu yang mungkin menggalakkan nya utk memeluk Islam, atau dia perlu minum air, atau seumpamanya. Ini adalah cara Rasulullah saw dengan mengikat tawanan Baginda Thamaamah ibn Athal Al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menjadi Muslim, dan rombongan dari Thaqif dan Kristian dari Najran tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Sebenarnya, banyak manfaat diperolehi dari hal ini. Mereka boleh mendengar ucapan dan khutbah Rasulullah saw untuk melihat orang solat dan membaca Al-Qur’an, dan sebagainya."

Sebagai tanda menghormati rumah Allah, maka orang non muslim mestilah menutup auratnya seperti orang muslim, kerana ini tanda penghormatan mereka kepada umat Islam. Hal ini juga telah dipraktikkan di masjid Putrajaya, Masjid Negara dan lain-lain yang membenarkan pelancong non muslim masuk masjid dengan memakai jubah dan tudung khas yang disediakan kepada mereka yang ingin memasuki masjid tersebut.
Di sini juga secara tidak langsung proses dakwah itu berlaku kepada mereka dengan memperlihatkan mereka tentang keindahan seni bina Islam, melihat info-info Islam dalam masjid dan melihat segala aktivi-aktivi yang terdapat dalam masjid. Betapa untungnya kalau orang non muslim tertarik kepada Islam dengan kesan melihat keindahan masjid sahaja.

23 comments:

  1. salam ustaz...

    saya juga bersetuju sdikit sbyk berkenaan isu ni..
    akan tetapi,
    bagaimana pula status kebersihan orang tersebut..
    maksud saya,wanita Islam yang masih belum suci(haid dsb),
    tidak boleh masuk masjid,untuk menjaga kesucian,shingga mereka mandi wajib..

    dalam kes wanita bukan beragama Islam,saya agak pasti,mereka tiada "mandi wajib" dalam pegangan mereka..

    mohon penjelasan...

    dan bg sy,seeloknya program berkenaan lebih elok dibuat di luar masjid..

    ReplyDelete
  2. salam.. pelik sungguh dengan orang malaysia ni.. bukannya haram orang kafir masuk masjid.. di New Zealand ni, pihak masjid sengaja menjemput orang kafir masuk ke masjid untuk program minggu kesedaran Islam. mereka disediakan tempat duduk di dewan solat untuk melihat orang islam sembahyang..

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Orang kafir yang masuk masjid, adalah bertujuan untuk menyampaikan kebenaran Islam dan melihat keindahan Islam. Ini merupakan dakwah Islam. Mereka tiada halal dan haram sebab mereka bukan agama Islam.

    Masalah wanita haid tidak dibenarkan masuk masjid adalah disebabkan mereka adalah Islam dan perlu mengikut segala ketetapan hukum terhadapnya. Ini perintah Nabi dan ada dalil...

    ReplyDelete
  4. salam..

    owh..jadinya,
    orang bukan Islam boleh masuk ke masjid,walaupun tanpa bersuci dan mungkin sedang haid dan nifas la ye?

    ok..terima kasih 4 the answer..

    ReplyDelete
  5. Salam..

    amat menyedihkan kerana isu ini dipolitikkan...

    ReplyDelete
  6. -MESTI BACA: Pendapat Ulamak dan Fatwa JAKIM berkaitan isu non muslim masuk ruang utama solat..(video inside)
    http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/08/pendapat-ulamak-dan-fatwa-jakim.html

    ReplyDelete
  7. Tapi macam mana dengan orang Islam sendiri tak tutup aurat masuk dan duduk di dalam masjid ..??

    ReplyDelete
  8. Politik untuk kepentingan menjadi barah perpecahan umat islam ..
    Macam mana kita nak habaq kat depa ni ustaz..??

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Sebagai adab menghormati rumah Allah, maka perlulah menutup aurat, kadang2 saya juga tak faham dengan masalah ini, Ini semua adalah disebabkan orang tersebut jahil agama, bukan masuk masjid tak pakai tudung, buka aurat tu lagi haram..

    Jadi barah apabila di politikkan masalah ini, saya setuju dengan anda.

    ReplyDelete
  10. salam ustaz,
    yg terpampang dlm paper n blog2 pmpn xbtudung siap bdiri di ruang slt btol2 blkng tmpat imam tu mcm mana?itu bkn memandang keindahan n aktiviti2 islam. kalo benda itu dibuat luar msjid bkn lgi elok ke ustaz? lg stu,pd pndangan sy la kn..mcm sumbgn la katakn seorang org bkn islam nk bg perlu ke die yg bg dlm msjid or lg baik die wkilkn je org islam ks kn?

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..

    Islam bukan main ikut rasa.. ada dalil hadis dan Ql-Quran nya.. kalo ikut rasa, hancur la islam.. so dalam kes ni, jangan duk ikut rasa-rasa aje.. dah memang orang kafir tak haram masuk masjid.. buat apa nak soal kan lagi.. lain la kalo datang buat kacau.. pelik betul, kalau orang bawa masuk program yg mendedahkan aurat ke temapt kita, macam konsert artis dan sebagainya, tak der pulak nak perang habis habisan.. sedangkan itu jelas lagi bersuluh haram nya..

    ReplyDelete
  12. Salam ustaz,

    Saya rasa penjelasan ustaz kat sini kurang jelas. Memang benar tawanan perang tu kafir dan DIIKAT di tiang masjid, memang benar pelancong dibenarkan masuk ke dalam masjid putrajaya dengan diberikan JUBAH dan TUDUNG, memang benar orang bukan Islam boleh masuk masjid dan mendengar tentang islam.Takde masalah bukan islam nak masuk minum air,tengok senibina islam, dengar tazkirah, tu semua bagi saya takde masalah langsung. Majlis muzakarah fatwa kebangsaan pun cakap ok.Tapi adakah mereka dibenarkan buat macam apa yang wakil rakyat kita buat tu??apakah ada motif lain disebaliknya??

    hanya ALLAH yang lebih mengetahui....

    ReplyDelete
  13. salam pd gapodio,

    Saya rasa anda ni dah kena sindrom terlalu berburuk sangka pd manusia..tak baik begitu saudara. Islam tidak mengajar umatnya supaya menjadi sempit pandangannya dan jgn cepat melatah ok.
    Cuba saudara bagitau apakah yg wakil rakyat tu dah buat yg boleh mengancam Islam??..sedangkan konsert Jom Heboh itu lg mengancam Islam, habis punah remaja, tkdak pulak yg nk jd jagoh mnentang maksiat tu.
    Kalau wakil rakyat tu mengamok ke, menghasut ke barulah boleh saudara nk takut..wakil rakyat tu cuma bercakap sebentar utk bg info itu saja. Awat takut sgt sampai nk demam.

    ReplyDelete
  14. well,
    mubaligh kristian pun pada mulanya dia bagi bantuan kat orang2 miskin.bantuan semata-mata..tapi lepas tu???
    in my opinion sama kes la ni...konteks mungkin berbeza tapi modus operandi sama...

    ReplyDelete
  15. Salam

    Pendapat saya telah terbukti ada hadis dan Nabi Muhammad pernah menjemput Orang Non Muslim Masuk masjid. Soal Motif atau niat lain, itu dia dengan Allah. Kita sebagai umat Islam mestilah berhujah dengan ilmu yang ada..jangan ikut hati dan perasaan sahaja. Dalam hal ini juga kita telah membuktikan bahawa Islam itu adalah agama pendamaian dan menerima semua bangsa dan agama. Islam juga agama yang membawa keamanan dan toleransi kepada semua agama dan bangsa..

    Saya ingatkan lagi, semua hujah saya tidak bermotifkan politik dan memihak kepada mana-mana parti..Ini berdasarkan dalil dan hujah ulamak..

    ReplyDelete
  16. Salam pd gapodio,
    syak wasangka mcm inilah yg membawa kpd hura hara masyarakat dan negara. Syak wasangka ini adlah dr Syaitan kena berhati2 saudara jgn terperangkap dgn helah syaitan.


    Saya stuju dgn ustaz, kita tak boleh berhukum berdasarkann niat atau rasa semata. Ini bukan peribadi seorang muslim dan ajaran Islam. Nak menghukum seseorang mestilah dgn bukti nyata saudara.

    Kalau skadar ikutkan rasa mcm yg kamu rasa itu maka jadi porak peranda lah dunia. Jika nak menghukum seseorang tak boleh hanya dgn statement" saya rasa dia bersalah". Kalau mcm ni main ikut sedap je la nk kata apa pun kt org lain.

    Mubaligh kristian tu tak salah,..yang salah adalah kita, lebih2 lagi pemerintah kerna mengabaikan org2 miskin.

    Lagi satu saudara masih belum menjawap soalan saya "apakah yg wakil rakyat tu dah buat yg boleh mengancam Islam??

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum ustaz, tidakkah yang penting disini menjaga kesucian masjid itu sendiri dimana sekiranya kita sedang beriktikaf sekalipun, kita perlu keluar daripada masjid demi menjaga kesucian tempat ibadah kita?

    Sejak bila pula ada 'double standard' untuk orang kafir..kalau kita tak boleh..mereka juga tak boleh buat..sekalipun orang Islam benarkan mereka masuk..kaedahnya bagaimana..jika Nabi ikat tawanan di masjid..kaedahnya bagaimana? Adakah mereka itu dimandikan dulu?

    Bagaimana ayat surah At-taubah yang tidak membenarkan 'selepas tahun ini' itu selepas peristiwa fatah mekah atau sebelum itu? Pokok pangkalnya orang Islam perlu memandang dengan lebih halus dan lebih berhati-hati di dalam bab ini..yang penting selepas masjidil haram dan masjidil aqsa..bukanlah seluruh masjid di dunia ini mempunyai nilai yang mulia dan tempat turunnya rahmat Allah s.w.t?

    ReplyDelete
  18. Salam,

    Anda kena faham dalam surah At-Taubah dan perlu rujuk kepada tafsirnya..Masjid yang diharamkan itu adalah masjid seluruh tanah haram iaitu mekah dan madinah.. Masjid di tempat lain dibolehkan masuk.. Tetapi ada pendapat ulamak yang membenarkan Yahudi dan Nasrani masuk..Tetapi pendapat imam assyafiee mengatakan tidak dibenarkan non muslim masuk di masjid haram dan msjid2 sekitarnya.

    Ini bukan double standar, tetapi ini berdasarkan pendapat ulamak dan sejarah nabi berdasarkan dalil hadis dan Al-Quran.

    Kat mana pulak hujah ulamak yang suruh orang kafir mandi dahulu sebelum masuk masjid? kalau ada berikan rujukan kepada saya? Kalau perbuatan itu kita buat suruh mandi dahulu, payahlah orang non muslim nak dekatkan diri kepada Islam. Ini bercanggah dengan hadis Nabi..

    Sebenarnya ada pendapat yang membolehkan wanita haid masuk dalam masjid dengan memakai kain atau tuala wanita dengan kemas sehingga diyakini tidak ada pembocoran darah haidnya. Antara yang memberikan pendapat seperti ini adalah Syeikh dr yusof Al-Qardawi.

    Jangan letak melayu itu dihadapan, letak Islam, Al-Quran, hadis dan ulamak yang benar di hadapan, barulah anda semua faham dalam masalah ini. Berhujah perlu berdasarkan ilmu jangan di ikutkan hati.

    ReplyDelete
  19. Salam,

    1. Perlu juga dilihat perbezaan antara status surau dan masjid.

    2. Dalam kes ini, sumbangan yang diberikan itu adalah dari Kerajaan Negeri Selangor. Beliau cuma menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di situ.

    3. Kita turut bersalah atas kejahilan beliau kerana tidak beri nasihat untuk berpakaian sopan sebelum naik ke surau.

    ReplyDelete
  20. salam, terima kasih ustaz atas penerangan yang jelas yang bersandarkan hujah-hujah yang kukuh daripda Al-Quran dan Hadis....semoga perkara jelas dan tidak menimbulkan keraguan lagi.

    ReplyDelete
  21. Salam,

    Soal tutup aurat ada khilaf ulamak, yang penting non muslim yang nak masuk masjid berpakaian sopan dan memelihara kesucian masjid dan surau..

    ReplyDelete
  22. Ustaz,

    Saya setuju dengan ustaz dalam bab zaman Rasulullah dulu bukan muslim boleh masuk masjid dengar dakwah nabi. Nabi pun jemput non-muslim ni untuk dengar dakwah baginda. Saya setuju tapi dalam kes ni saya nampak ada beza. Zaman Rasulullah dulu yang dok kat depan bagi ucapan dan dakwah adalah Muslim, tapi skarang ni yang dok kat saf depan bagi ucapan tu adalah non-muslim. Yang dengar pulak Muslim.

    Saya dah keliru, dulu kalau tak salah Tuan Guru Haji Hadi Awang serta Tuan Guru Haji Nik Aziz pernah cakap, yang haram kita bekerjasama dengan kafir, haram memilih orang bukan islam sebagai pemimpin. Adakah ada evolusi dalam islam?? Adakah sudah tiada pemimpin islam kat kawasan tu sehingga diperlukan seorang bukan islam untuk memberi bantuan di dalam surau?? Saya tak pernah dengar lagi sebelum ni pemimpin bukan islam bagi bantuan kepada islam dalam surau. Habis kuat pun yang saya tahu kat perkarangan. Makin lama makin pelik2 pulak jadi...

    ReplyDelete
  23. salam ustaz...

    maaf tuk brtanya...dalam masjid kaum wanita akan membuka aurat mereka untuk ambil wudhuk..aurat mereka akan dilihat oleh wanita non muslim yang berada di tempat itu.seperti mana kite tahu,aurat wanita muslim dengan wanita non muslim adalah seperti aurat wanita muslim dengan lelaki.mohon penjelasan daripada ustaz..

    time kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Comment

Followers