PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, August 23, 2010

Boleh Percaya Ke Video Malaikat Turun Di Kota Mekah Ni???


Salam dan selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog ini, saya doakan kepada semua semoga Bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari Bulan Ramadhan tahun lepas. Ramadhan merupakan bulan pesta ibadah yang diturunkan Allah kepada semua hambanya untuk membersihkan diri dari segala dosa yang telah dilakukan selama setahun.

Sebenarnya saya ingin mendedahkan satu video yang saya jumpa dalam laman web YouTube, kononnya ada seorang ternampak Malaikat turun ke Masjid Al-Haram atau Baitullah. Saya sebenarnya berasa pelik dan timbul persoalan dalam benak fikiran betul ke ada orang nampak Malaikat turun di Kota Mekah. Kesedaran ini berlaku apabila ada kawan-kawan di pejabat bertanya “Betul ke ustaz ada orang boleh nampak Malaikat?”. Yang saya tahu malaikat ini dinamakan sebagai sam’iyat (dengar) dan tidak boleh dilihat dengan mata kepala kita melainkan dengan izin Allah. Nabi dan rasul dahulu lainlah sebab mereka ini maksum dan manusia yang dipilih oleh Allah. Kalau setakat orang yang macam kita yang iman seperti papan saham BSKL ini memang payah dan memang tidak dapat melihat malaikat.

Saya juga pernah melihat di laman web popular Facebook mengenai video ini dengan tajuk Kebesaran Allah, Masyaallah, Malaikat Turun Malam Lailatul Qadar dan banyak lagi tajuk yang diberikan untuk menyebarkan video tersebut. Sebagai orang Islam, sepatutnya kena cari kesahihan video tersebut terlebih dahulu, bukan terus memaparkan video tersebut. Kalaulah video yang disebarkan ini salah dan berlaku penyelewengan pihak-pihak yang busuk hati kepada Islam. Maka secara tidak langsung orang yang menyebarkan video ini dalam Facebook juga mendapat dosa dan menyebarkan perkara dusta yang melibatkan akidah umat Islam. Hal ini juga boleh berlakunya penyelewengan kepada orang awam yang malas mengaji percaya itulah rupa malaikat yang sebenarnya. Secara tidak langsung, berlaku penyesatan akidah umat Islam yang boleh merosakkan iman mereka.

Lihat pada video tersebut, tak silap saya Baitullah di penuhi dengan orang yang berihram dan menunaikan haji. Tetapi ditajuk video ialah Malaikat Turun Di Mekah Pada Malam Lailatul Qadar. Ini sudah membuktikan bahawa berlakunya pembohongan yang nyata. Siap lagi di situ ada orang dan ambil video dan ada orang tunjuk lagi malaikat turun dari langit.

Cukuplah setakat itu, jangan lagi percaya kepada perkara yang tidak mempunyai fakta yang jelas. Ini melibatkan akidah, perkara akidah bukan main-main, silap-silap boleh terkeluar dari Islam dengan mempercayai video tersebut. Tindakan yang baik, kalau jumpa video atau gambar seperti ini, rujuklah dulu kepada orang agama seperti ustaz, mufti, tok guru dan sebagainya untuk mengetahui kesahihannya dan mengetahui komen mereka terhadap perkara ini.


video

33 comments :

  1. Salam Ustaz,
    Sejak awal saya sama sekali tidak mempercayainya. Begitu mudahnya ummat Islam boleh dipermainkan oleh musuh2 Islam dengan pelbagai cara khususnya melalui media dan teknologi. Berhati-hati jgn sampai iman dan akidah kita tergugat hanya dgn sekali pandang tanpa usul periksa lalu mempercayai sesuatu dakwaan itu bulat2.

    ReplyDelete
  2. Sudah cukup jelas penjelasan Ustaz. Semoga memberi kesedaran kepada mereka yang menyebarkannya. Tak semudah itu untuk dapat ambil video. Kalau satu mungkin - manalah tahu kot Allah bukakkan hijab tapi punya lah banyak - kalau betul pun jadi mengarut.

    ReplyDelete
  3. Saya sendiri pernah menghadiri suatu ceramah Israk&Mikraj dan penceramah tersebut memainkan video ini.

    Timbul perasaan sangsi apabila melihatnya. Namun,saya jadi percaya setelah penceramah tersebut menyatakan dengan b'sungguh-sungguh.

    Persoalan saya terjawab setelah membaca entry ini.Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ust. Terima kasih banyak atas tulisan ustaz yang kakchik rasa amat terkesan di hati. Kakchik antara orang yang melihat video itu di FB tapi tidak menyebarkannya. Sekadar meninggalkan komen di wall seorang rakan. Kakchik pun tak selesa nak sebarkannya bimbang propaganda.

    Ust, boleh tak kalau kakchik salin tulisan ust utk perkongsian di Keluargaku Sayang?

    ReplyDelete
  5. Salam kak cik saya benarkan ambillah artikel ini untuk di sebarkan kepada semua orang, tetapi kalau boleh masukkan link rujukannya sekali sebagai rujukan orang.

    ReplyDelete
  6. salam ya akhi..
    bagus la enta menerangkan berkenaan dengan perkara ni...bukan sedikit umat Islam yang terpengaruh dengan video ni...moga dapat menyedarkan sesama Islam...

    ReplyDelete
  7. salam,
    saya juga rasa ini ilusi yang direkayasa dari perspektif yang prejudis kepada praktis seseorang muslim, contohnya perhimpunan yang strategik seperti di sekitar kaabah atas sebab tertentu seperti bertawaf dan bersolat; pada waktu khusus seperti di dalam waktu malam bulan ramadan. ilusi ini tak mungkin berjaya dihasilkan pada sebelah siangnya. apakah tidak terus diperhatikan jika sang malaikat 'turun' ke bumi pada siang hari? tak mungkin tanpa manipulasi oleh pelakon serta foto / cahaya yang diedit, naratif malaikat turun ini dapat diilustrasikan.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Ustaz. Insyaallah kakchik sentiasa sediakan link pemilik sebagi rujukan.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah ustaz..saya memang xtergerak hati nak buka video tu..

    mohon share info kat fb ye..

    ReplyDelete
  10. bagi pendapat saya video tersebut cuma untuk kita lihat sahaja bukan suruh percaya.bukan ke kalau kita buka youtube kita akan jumpa video yang sama tapi tajuk lain2 bermakna tajuk telah di tukar atau di ubah suai oleh orang yang tertentu.saya pun tidak tahu kesahihan video tersebut.cuma apa yang pasti kita umat islam tidak harus percaya dengan apa yang di lihat.cuma sekadar melihat sudah cukup.bukan ke malaikat boleh menjelma dengan berbagai rupa...semua itu kuasa Allah s.w.t Dizaman akhir zaman dalam hadis pun telah mengatakan bahawa diakhir zaman apa yang di dusta dikatakan benar apa yang betol di katakan tidak benar...kita boleh lihat di sekeliling kita sudah cukup...bila kawan kita menipu semua kita percaya, bila kita cakap benar di katakan menipu..itulah yang terjadi pada zaman ini...bagi saya video tersebut untuk kita lihat buat renungan bersama....supaya kita ada kekuatan untuk berubah ke arah kebaikan di hari yang mendatang.....

    ReplyDelete
  11. betul tu ustaz.
    sekarang ni dah naik muak dengan benda2 ni.
    ramai betul orang yang membabi buta percaya terus kat benda2 kat internet ni.
    kalau orang cakap camni, nanti dikatakan kita pulak yang jahil ataupun tak nak mengakui kebesaran Allah,
    tapi padahal diorang semua tu yang percaya tak tentu hala.

    ReplyDelete
  12. ....semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Surah Al Baqarah:285)

    Rasulullah menjadikan iman itu adalah dengan mempercayai semua yang disebut tadi. Sedangkan iman kepada malaikat adalah sebagian dari iman tersebut.

    Keberadaan malaikat ditetapkan berdasarkan dalil-dalil yang pasti (qath‘ie), sehingga mengingkarinya adalah kufur berdasarkan ijma’ umat Islam, kerana ingkar kepada mereka bererti menyalahi kebenaran al-Quran dan as-Sunnah.

    ReplyDelete
  13. Bagi tiap-tiap seorang manusia ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. ..... (Surah Ar Rad:11)

    Begitulah.. Keberadaan malaikat itu ditetapkan berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan as-Sunnah.

    ReplyDelete
  14. Dan lagi di dalam Surah Qaaf..

    Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.[17]

    Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).[18]

    ReplyDelete
  15. Emmm, bagi ustaz? camana? adakah betul atau tidak akan perkara sebegini?

    ReplyDelete
  16. Salam,

    Kan saya dah nyatakan di dalam artikel saya di atas, jelas dalam penjelasan di atas itu tak betul sebab malaikat ini perkara samiyat dan kita dengar dan beriman. Maksudnya Malaikat ini kita tak boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri melaikan dengan izin Allah. Jin pun kita tak boleh lihat rupanya yang sebenar, yang kita lihat hantu atau sebagainya itu adalah jelmaannya sahaja, apatah lagi dengan malaikat.


    Jangan salah faham. Ana bukan menafikan kewujudan malaikat, cuma ana kata ini perkara samiyat (dengar dan iman) dan ia jelas dalam Al-Quran dan hadis.

    ReplyDelete
  17. salam ustaz..
    Perlu di maklumi bahwa perihal sayap malaikat, termasuk soal ghaib yang kita diwajibkan untuk mempercayainya, tetapi tanpa membahas bagaimana keadaan, sifat, bentuk, warna dan lain-lainnya sebab memang kita tidak diperintah untuk mengetahui hal-hal seperti itu, sedangkan Rasulullah SAW sendiri pun tidak memberitahukan sedikit pun mengenai hal ini.Wallahualam.

    ReplyDelete
  18. salam

    orang kita makin cerdik.. makin senang kena tipu

    ReplyDelete
  19. Salam,

    Kalau nak cerita gambaran malaikat yang terdapat dalam nas boleh, saya nak bagi satu je bukti, malaikat ada banyak sayap, satu sayap dia buka gelap dunia ini. Inipun dah terbukti bahawa video itu bertentangan dengan nas.

    ReplyDelete
  20. salam ustaz..
    jujurnya saya pernah siarkan video ini baru2 ini kerana
    masih ada lagi orang bercerita. Itu satu kesilapan besar bg saya..
    post itu telah pun saya delete dan
    mahu berkongsi artikel penjelasan ustaz pd semua

    mohon di kongsi ilmu ini ustaz.. salam

    ReplyDelete
  21. salam,

    Boleh ambillah permintaan kalau boleh masukkan link saya sekali sebagai rujukannya

    ReplyDelete
  22. saya memang tolak sama sekali utk percaya video ni walaupun pertama kali tonton..tp tak bermaksud saya tolak kewujudan malaikat.

    Kes ni boleh gak kita samakan mcm sejarah sujud, sejadah duduk..orang kita cepat je pecaya. padahal manusia sendiri boleh buat. percaya benda tu bulat2 tanpa usul periksa boleh pesongkan akidah seseorang..

    ReplyDelete
  23. salam ustaz

    bagi saya tiada apa yg mustahil kalau yg Maha Pemurah nak tunjuk, no big deal...malaikat buleh merupa dlm berbagai bentuk...

    ReplyDelete
  24. Salam Ustaz,
    Saya juga x percaya kebenaran video ini, kerana sekarang adalah zaman IT, kepakaran boleh membuat apa saja. Bukan bermaksud saya x percaya kewujudan malaikat. Di pejabat saya juga video ini menjadi perbualan hangat .. sama seperti kubah terbang, sajadah terbang .. tapi bagi saya itu semua ada ciptaan manusia semata2.

    ReplyDelete
  25. Salam,

    Iye itu ketentuan Allah, tetapi selidik dahulu betul ke tak video tu, sebab banyak benda yang diragukan dalam video tersebut. Jangan mudah percaya sebab Islam dah ajar umatnya supaya mempercayai benda yang ada fakta iaitu dalil aqli dan dalil naqli.

    ReplyDelete
  26. ssalamualaikum ust.
    Alhamdulillah dan terima kasih di atas apa yang ustaz tulis dalam ruangan ini..., saya memang dari awal lagi memang tak percaya pada video itu di FB.
    Mudah2an ruangan ini dapat membantu kepada orang yg tidak memahami yang penuh dengan tanda tanya serta kefahaman tentang melaikat.

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum ustaz

    Benda2 ghaib boleh ke dirakam? saya memang dari awal tidak percaya tetapi sedih ada umat islam yang percaya dengan permainan musuh islam ini

    ReplyDelete
  28. nak caya tak pe pun banyak bende lain yang batal aqidah.setakat malaikat turun ,bentuk ke tak bentuk ,yang dosa org yang tipu gambor le,kecualilah malaikat dlm tu cakap ke,arahkanke bende2 yang bercanggah syariat baarulah x bleh nak caya.. kalu setakat video ke apeke takde apelah tu semua kuasa Allah .Dah kalau betul Dia nak tunjuk ,Tak mustahillahh tu semua maaf ni pandangan saje..

    ReplyDelete
  29. Salam

    Yang Penting Setiap benda yang kita ikut dan percaya kena ada buktinya dan dalilnya.. Jelas dah dalam perbincangan ilmu tauhid bahawa malaikat ini adalah perkara samiyyat bukan nazariat.. Kecualilah dengan izin Allah..

    ReplyDelete
  30. assalammualaikum..
    tentang video tersebut allahu'alam
    malaikat adalah mahluk ghaib, hanya orang yg suci dengan izin allah SWT yg bisa melihatnya.
    pasti allah swt akan memerintahkan malaikat untuk turun kebumi, tetapi kapan itu terjadi allahu'alam.
    sebelumnya malaikat pernah turun kebumi, diperintahkan oleh allah swt untuk bertemu dgn rasulullah SAW.
    setelah tu allahu'alam.
    jika ada salah kata mohon di maafkan.
    kesempurnaan hanya milik allah SWT.
    wassalam..

    ReplyDelete
  31. astaghfirullahh.. npk sgt edit ja..

    ReplyDelete
  32. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG