PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Saturday, August 21, 2010

Haram Meletakkan Patung Perhiasan Di Rumah




Soalan :

Di Malaysia khususnya sekarang ramai yang meminati dekorasi bercirikan konsep english @ english style decoration. Salah satu unsur dalam hiasan english ini ialah patung-patung hiasan seperti chef, itik,ayam, bear. Patung ini ada yg lengkap seekor itik/ayam/bear atau seorang chef..ada juga patung yang tidak lengkap spt patung chef duduk, patung ayam/itik sedang mengerang telur. Patung-patung ini diletakkan di dalam rumah juga di peti ais jika fridge magnet.

Jawapan :

Sebagai umat Islam yang mengesakan Allah swt, sepatutnya menjadikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas ulamak sebagai pegangan hidup, supaya perjalanan hidup tidak akan tersesat jauh dari kebenaran Islam. Inilah yang dikatakan masalah kejahilan umat Islam sekarang ini yang dikenali sebagai Islam liberar atau sekular yang menjadikan tamadun atau budaya kehidupan barat sebagai idola atau cara kehidupan mereka tanpa menghiraukan perkara yang halal dan perkara yang haram. Sepatutnya sebagai umat Islam wajiblah peka dengan semua perkara yang halal dan haram, supaya pendidikan keluarga atau dirinya sentiasa berada dalam jalan yang benar. Jadikan Islam sebagai cara hidup yang jelas, Islam itulah agama yang membawa keselamatan dan kebahagiaan kepada semua umat di dunia ini.

Masalah meletakkan patung di rumah seperti yang ditanyakan oleh sahabat blogger saya di page tanyalah ustaz blog ini. Terlebih dahulu saya datangkan beberapa dalil yang mengharamkan patung perhiasa di rumah. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

“Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke sebuah rumah yang di dalamnya ada patung”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah sangat menegah umatnya meletakkan patung di dalam rumah mereka, kerana Malaikat tidak masuk ke dalam rumah orang tersebut untuk memberikan rahmat, kerana rumah yang meletakkan patung sebagai perhiasa ini seolahnya sepertimana rumah orang non muslim yang meletakkan berhala di rumah mereka. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

“Sesungguhnya manusia yang paling berat seksaannya kelak di hari kiamat adalah orang-orang yang membuat patung-patung itu”. Dalam riwayat lain dikatakan : "Orang-orang yang menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah melaknat dengan seksaan yang sangat berat kepada orang yang membuat dan meletakkan patung perhiasan dalam rumah dengan tujuan ingin mencantikkan rumah, menunjuk-nunjuk, kononnya kreatif, kononnya mampu membeli, bermegah-megah kerana mampu buat perkara yang haram atau sebagainya. Ini jelas dan dalil hadis yang terdapat di atas ini adalah merupakan dalil yang qat’i dan sahih tanpa dapat dipertikaikan lagi kesahihan hadis tersebut. Tiada alasan kepada orang-orang yang jahil mengatakan ada pendapat ulamak yang membolehkan dan ini merupakan masalah kontemporari atau 1000 alasan sekalipun untuk membolehkan perbuatan ini. Orang yang pandai-pandai merubah hukum yang telah di tetapkan oleh Allah dan Rasul, maka Allah akan memasukkan orang tersebut ke dalam neraka Allah.

Tidak salah orang yang menyimpan patung mainan anak-anak mereka di rumah. Rasulullah mengahwini Aisyah semasa umur 9 tahun. Rasulullah meletakkan patung mainan kepada Aisyah sebagai alat permainannya sewaktu Baginda tiada di rumah. Patung mainan ini bermaksud, patung yang dijadikan mainan anak-anak, bukan diletakkan di dalam cermin sebagai perhiasa. Patung mainan tersebut tidak dihormati dan dimuliakan.

Menurut Dr.Yusuf Al-Qardawi dalam kitabnya Halal dan Haram Menurut Perspektif Islam mengatakan bahawa :

  1. Diharamkannya patung adalah demi menjaga kemurnian tauhid, supaya mereka tidak sama dengan kaum musyrik yang membuat patung sendiri kemudian disembah, bahkan dengan sangat khusyuknya. Walaupun ini bukanlah satu-satunya alasan.

  2. Dilihat dari dimensi pematung, pematung menjadi angkuh, seolah-olahnya dia boleh menciptakan sesuatu yang semula tidak ada atau mencipta makhluk hidup dari benda mati. Diriwayatkan ada seorang pematung yang sudah bertahun-tahun membuat sebuah patung. Setelah selesai, dia begitu terpesona dan tergila-gila dengan lekuk-lekuk tubuh patungnya. Dengan angkuhnya dia mengajak patungnya bercakap : “Marilah bercakap. Mari bercakap!!! Oleh itulah, Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya orang-orang yang membuat patung-patung ini kelak di hari kiamat akan diseksa dan dikatakan pada mereka : “Hidupkan apa yang telah kalian ciptakan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  3. Sepanjang zaman patung merupakan kebanggaan kaum borjuis. Istana dan bilik mereka dipenuhi dengan patung-patung yang beraneka bentuk dan bahan. Islam yang memerangi kemewahan, seperti emas, perak dan kain sutera, juga mengharamkan symbol kemewahan lain yakni patung di rumah orang muslim.

Kesimpulannya

Patung hiasan yang diletakkan di rumah orang-orang muslim adalah haram berdasarkan dalil-dalil yang diberikan di atas, sebenarnya banyak lagi dalil yang mengharamkan perbuatan meletakkan patung hiasan di rumah muslim. Begitu juga dengan masalah orang yang meletakkan gambar yang bernyawa di rumah mereka sebagai hiasan, untuk mengetahui perbahasan lanjut mengenai hukum meletakkan gambar hiasa di rumah sila klik di sini. Sebagai orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, jauhilah dari melakukan perbuatan yang jelas di larang Allah, kerana orang yang tidak melakukan dosa dan melanggar larangan Allah akan diberikan ganjaran yang sangat besar dari Allah.

21 comments :

  1. (sekadar pertanyaan)
    Bukankah di zaman kegemilangan Islam. Di andalusia terdapat patung di istana Al-Hambra. Boleh ust ulas?

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Masalah itu saya tidak pasti, sebelum itu awak boleh berikan link atau buku sejarah yang awak bacakan? Setahu saya dalam pemerintahan Islam dahulu tiada meletakkan patung. Saya takut ini cerita rekaan dari musuh Islam sahaja.

    ReplyDelete
  3. salam ustaz...
    Terimakasih byk2 menajwao semua persoalan yg sy kemukakan...hargai sangat2..Selepas entry ustaz ini di blog sy, sy terima respon melalui SMS dan email ... bertanya pasal hukum menjual patung2 hiasan ini..bagaimana dengan pendapatan dr penjualan patung2 hiasan ini?

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Asalnya juga dah haram, so hasil pendapatannya juga adalah haramlah.. Sebab Allah laknat orang yang membuat, menjual dan memaparkan di rumah atau di tempat2 lain. Hadis Nabi yang bermaksud :

    “Sesungguhnya manusia yang paling berat seksaannya kelak di hari kiamat adalah orang-orang yang membuat patung-patung itu”. Dalam riwayat lain dikatakan : "Orang-orang yang menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    ReplyDelete
  5. W/salam ustaz
    Terimakasih sekali lagi menjawab pertanyaan saya..minta izin copy dan paste jawapan ini ke blog sy ..

    ReplyDelete
  6. Salam boleh je ambillah saya benarkan, tetapi masukkan linknya sekalai sebagai rujukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patung mainan sm dgn patung brhala?

      Delete
    2. Kalau sm nape tk tegur jiran2 sebelah kalau ada patung nampak. Bkn ka kta mst syg jiran kita sprt kta syg diri kita? Anak yg brmain patung masa kecil n than mnggal masuk neraka ke?

      Delete
    3. Jgn buat hukum sesuka ht lihat apa sbb, sifat, asbab nuzul etc. kita dlrg lihat aurat wanita. Tp knp masih mlihat wanita d skliling tv rambut auratkn? Ulama dhulu sblm kluarkn hukum mst hati2 mgkn hadis tu stuju kpd pmbuat dn pnyembah brhala syirik dn bukan kanak2 brmain patung mainan smta2.

      Delete
  7. salam ustaz...sy dah buat entry mengenainya ..copy dan paste jawapan ustaz dan beri link nya..terimakasih

    ReplyDelete
  8. salam ustaz, minta izin nak tepek entry ni kt blog saya ye

    ReplyDelete
  9. salam, saya nak tanya. kalau tabung berbentuk arnab pun diharamkan ye ?

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum ustaz,,, saya ingin bertanya, saya mempunyai hobi mengumpul patung robot, dan patung yg menyerupai manusia, saya kumpul patung tersebut bukan untuk di sembah atau untuk mengagung-agungkan patung tersebut, tapi saya berminat dengan bentuk fizikal patung tersebut yg unik, tp saya tidak menyembah patung tersebut, hnya sekadar memenuhi minat dan hodi. boleh atau tidak saya teruskan hobi saya tersebut?? hanya sekadar hobi

    ReplyDelete
  11. satu lagi soalan yg memeningkan saya, saya penah membuat umrah, semasa saya berada di madinah, saya lihat ramai penjual yg menjual patung2 berbentuk unta atau kibas, mungkin untuk cenderemata, ada patung unta yg dihiasi manik2, mungkin untuk lebih mencantikkan lg patung tersebut, soalan saya, boleh x ustaz komen tentang hal tersebut. memandang kan isu sekarang berkenaan dengan haram menjual patung, dan kesucian madinah. kedai tersebut berdekatan dengan masjid nabi di madinah.

    ReplyDelete
  12. ustaz,,, di sini saya bagi link contoh patung mainan yg saya simpan sebagai hobi,

    http://gwing-online.com/index.php?main_page=product_info&cPath=70_1_2&products_id=677

    dan

    http://gwing-online.com/index.php?main_page=product_info&cPath=70_1_2&products_id=677

    saya harap ustaz boleh menolong saya, kerana sekarang saya berasa serba salah..

    terima kasih ustaz

    ReplyDelete
  13. salam
    ustaz saye nak tanye..kalau teddy bear beruang dan tabung beruang pun haram ke? urmmm kalau patung anak patung anjing,itik dan lain2 pun same kee?

    ReplyDelete
  14. Salam ustaz.. Mohon respon pd soalan yg dkemukakn oleh Ali Yusof di atas. Sy mempunyai musykilah yg sama. Bgaimana jika kita tolong beli patung2 (kirim belikan) ini utk kwn non-muslim yg niatnya utk buat koleksi. Kwn non-muslim sy ni sgt minat dgn patung2 kartun. Tapi bkn utk tjuan pemujaan atau penyembahan, sekadar hobi & minat. Jazakallah ustaz

    ReplyDelete
  15. Mana ustaz ni pegi...tak jawab pun soalan yg bertubi2 nih

    ReplyDelete
  16. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete
  17. syirik kalau riak hukum tk bncang scr ijmak. Bnda ni serius mlibtkn akidah tk boleh main sbb msyrkat Islam jg ramai tebabit. Jgn tk jwb soalan2 mreka d atas tu. Gelar diri scr terangan datuk...prof...tuan...ust...haji...niat riak ke

    ReplyDelete
  18. Smua soalan tu ustaz dah jwb n jelaskn..smpn payung utk hiasan adalah haram kecuali prmainan ank2..adui..msh nk tya lg soalan sama. X kira kt mana ia dijual..haram ttp haram.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG