PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, August 12, 2010

Keberkahan Hari Di Bulan Ramadhan



Dari Abu Hurairah ra :

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan….menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."

Huraian

  1. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dan diberkati oleh Allah S.W.T.

  2. Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda berbanding pada bulan-bulan yang lain.

  3. Umat Islam diseru agar tidak mensia-siakan keberkatan di bulan ini, malah sewajarnya merebut peluang yang ada dengan menambahkan lagi ibadat dan amal kebajikan.

  4. Bersempena dengan kemuliaan bulan ini juga umat Islam ditegah daripada mendekati perkara yang dilarang dan mungkar kerana pada bulan ini rahmat dan kasih sayang Allah amat luas sehingga orang-orang yang telah dijanjikan neraka sekalipun akan dibebaskan oleh Allah dengan berkat kebaikan yang dilakukannya.


1 comment :

  1. assalamualaikum...
    ustaz,kalau boleh saya nk minta sedikit penjelasan dr ustz berkenaan fadhilat solat terawikh...
    apa pendapat ustaz..
    adakah tidak terdapat hadis mengenainya...
    atau sekadar hadis palsu..
    jika hadis palsu...adakah salah jika kita mengambil ia sebagai peringatan @ mendorong untk kita menunaikan solat sunat terawikh..

    saya inginkan penjelasan detail mengenainya dan jika xkeberatan ustaz emailkan pada sy..

    nur_islam_iz@yahoo.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG