PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, August 30, 2010

Rebutlah Malam Lailatul Qadar


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t :

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Al-Qadr : 1-5)


Sebab turun surah al-Qadr


Lailatul Qadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi saw telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.


Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah wst menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah saw dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatul Qadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah saw menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra yang bermaksud :

"Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.


Rasulullah saw sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatul Qadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul Qadar yang mulia.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatul Qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah saw pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah saw menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatul Qadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatul Qadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatul Qadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatul Qadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah swt supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatul Qadar

Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah ra :

"Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

"Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku." Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Tanda Malam Lailatul Qadar


Para alim ulamak menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatul Qadar :

  1. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatul Qadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.

  2. Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.

  3. Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

  4. Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Petikan Dari http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis2.html

11 comments :

  1. salam ust..
    minta izin utk share..tq

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Ambillah saya benarkan, tetapi kalau boleh masukkan linknya sekali ok..

    ReplyDelete
  3. salm ustaz,mohon share ye

    ReplyDelete
  4. salam, info yg menarik dan penting terutama dah masuk 10 malam terakhir ramadhan...semoga kita semua dapat beribadah pada malam tersebut, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Salam Ustaz, dalam post di atas, ustaz ada tulis hadis ini:

    Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah ra :


    "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"


    "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku."

    disini adakah membawa maksud bahawa manusia boleh tau waktu tepat lailatulqadar sebelum berlakunya lailatulqadar? adakah malam lailatulqadar ini tidak tergolong dalam perkara ghaib?

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Rasulullah sendiri tidak tahu bila berlakunya Lailatul Qadar, Ada riwayat dari Saidatina Aisyah Mengatakan 10 malam terakhir Nabi lebih giat beriktikaf dan ibadah malamnya. Segala hujah yang ada di atas adalah berdasarkan hujah ulamak dan dalil.. Yang pasti 10 malam terakhir..

    Perkara yang ghaib itu adalah berpakara yang tidak boleh kita lihat dan hanya dengar dari dalil Al-Quran dan hadis sahaja. Malam Lailatul Qadar juga merupakan perkara yang Ghaib. Sesiapa yang mencari malam tersebut, maka ia akan dapat malam tersebut berdasarkan kehendak Allah.

    ReplyDelete
  7. Assalamaualikum Ustaz,

    Seperti yg kite sedia maklum, kaum wanita akan didatangi haid setiap bulan. Bagaimanakah caranya saya ingin merebut pahala dan ganjaran pada malam Lailatulkadar sama seperti muslimin-muslimin lain yg tidak uzur? Saya merasa sangat sedih kerana tidak dapat berpuasa dan bersolat, solat terawih seperti malam-malam sebelumnya. Ini kerana pada tahun inilah saya dapat menyempurnakan solat terawih bermula dari 1 ramadhan lagi disebabkan anak-anak yg masih kecil...namun, pd 2 September saya telah didatangi haid. Mintak nasihat dan panduan drpd Ustaz berkaitan doa, zikir untuk golongan seperti saya ini. Sekian.Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Bagi wanita yang haid ingin merebut malam lailatulqadar, boleh melakukan ibadah zikir, selawat dan berdoa dan banyak lagi, ibadah2 sunat..Ini juga dapat menyamakan anda dengan orang yang boleh bersolat dan membaca Al-Quran. Yang penting zikir dan selawat anda jangan dianggap ayat Al-Quran. Kalau anggap ayat Al-Quran, maka jadi haram sebab anda haid, anggap sahaja itu zikir dan selawat.

    Jangan bersedih sebab ini kerja tuhan yang menentukan wanita seperti ini. Banyak hikmah kepada wanita yang haid.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Ustaz. InsyaAllah, akan saye amalkan zikir2...semoga dpt merebut keberkatan bulan ramdahan hingga ke penghujung dan juga malam Lailatulkadar.

    ReplyDelete
  10. wst ? swt = Subhanahu wa-ta'ala

    ReplyDelete
  11. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG