PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Friday, September 3, 2010

Batal Atau Tidak Keluar Mani Di Bulan Puasa


Salam sejahtera dan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat sekelian, terima kasih kerana mengunjung blog ini dan saya sangat menghargai anda semua. Dalam melaksanakan ibadah puasa ini banyak pantang larang yang perlu dilalui oleh semua muslimin dan muslimat. Kalau melanggarnya maka puasa akal terbatal atau mengurangkan pahala puasa. Kesempatan ini saya ingin membahaskan secara ringkas sahaja tentang orang yang keluar mani ketika waktu puasa (terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari).

Air mani yang keluar dengan tidak sengaja seperti bermimpi pada waktu siang puasa, secara tiba-tiba terpancar air mani bukan disebabkan memikirkan persetubuhan atau memandang aurat wanita. Maka hal ini tidak membatalkan puasa. Keluarnya mazi iaitu air yang keluar ketika seseorang bersyahwat sebelum keluarnya mani tidak membatalkan puasa. Tetapi perbuatan bersyahwat itu dapat mengurangkan pahala puasa tersebut, kerana ia memikirkan perkara membangkitkan nafsunya ketika dalam puasa.

Batal puasa bagi orang yang mengeluarkan maninya dengan sendiri atau sengaja seperti bersetubuh dengan isterinya, onani atau berkhayal memikirkan kecantikan tubuh wanita sehingga terkeluarnya mani. Begitu juga dengan wanita yang berkhayal atau onani sehingga mengeluarkan air maninya dengan sengaja. Hal ini juga merupakan dosa dan perbuatan yang dimurkai oleh Allah. Untuk mengetahui hukum orang yang beronani boleh klik di sini.

Ciri-ciri Keluarnya Mani

  1. Bau air mani yang kurang enak, bau pandan, bau Clorox, bau putih telur atau bau seperti tepung diuli.

  2. Keluar dengan keadaan syahwat dan mengairahkan, setelah keluar air mani badan akan merasa lemah.

  3. Keluarnya memancut atau meleleh.

  4. Air mani lelaki warnanya putih pekat seperti hingus atau susu getah yang melekat. Air mani wanita warnanya kuning dan agak cair sedikit.

Cara Ganti Puasa Bagi Orang Onani Ketika Puasa

Orang yang sengaja mengeluarkan maninya pada siang hari puasa Ramadhan dengan cara onani sama ada dengan tangannya sendiri, tangan isterinya atau lain-lainnya. Maka puasanya batal dan harus baginya meneruskan puasanya sebagai menghormati Bulan Ramadhan. Orang tersebut diwajibkan ia ganti kembali puasanya yang batal disebabkan onani sebelum menjelangnya Ramadhan tahun hadapan. Kalau ia belum ganti puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan tahun hadapan, maka ia diwajibkan puasa ganti dan membayar fidyah. Untuk mengetahui cara bayar fidyah klik di sini.

Cara Ganti Puasa Orang Bersetubuh Di Siang Ramadhan

Orang yang melakukan hubungan persetubuhan pada siang bulan Ramadhan dikehendaki meneruskan puasanya sebagai menghormati Bulan Ramadhan. Menurut pendapat dari Mazhab Syafi’i orang yang melakukan hubungan persetubuhan pada siang hari puasa, batal puasanya dan ia perlu membayar kifarah atas perbuatannya tersebut. Pendapat ini berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah bahwa telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw dan berkata :

”Aku telah celaka wahai Rasulullah. Baginda menjawab : Apa yang membuatmu celaka? Orang itu berkata : Aku telah menyetubuhi isteriku di bulan Ramadhan. Baginda bertanya : Adakah kamu memiliki sesuatu untuk membebaskan hamba? Orang itu menjawab : Tidak. Baginda bertanya : Sanggupkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut? Orang itu berkata : Tidak. Baginda bertanya : Apakah kamu memiliki sesuatu untuk memberikan makan enam puluh orang miskin? Orang itu menjawab : Tidak. Kemudian Baginda terdiam beberapa saat hingga didatangkan kepada Baginda setangkai kurma dan berkata : Ambil kurma ini sedekahkanlah ia. Orang itu berkata : Adakah orang yang lebih miskin dari kami. Maka tidak ada tempat diantara dua batu hitam penghuni rumah yang lebih miskin dari kami. Lalu Baginda pun tertawa hingga terlihat gigi garhamnya kemudian berkata : Pegilah dan berikanlah ini kepada keluargamu.” (Riwayat Jamaah)

Berdasarkan hadis ini, orang yang melakukan persetubuhan pada siang Ramadhan dikenakan kifarah seperti memerdekakan hamba, berpuasa selama 2 bulan berturut-turut, memberi makan 60 orang fakir miskin. Zaman sekarang ini tiada lagi hamba abdi untuk dimerdekakan, maka di sini berpuasa selama 2 bulan berturut-turut dikenakan kepada yang berkemampuan untuk puasa. Maksud kemampuan puasa adalah puasanya tidak memudharatkannya. Jika ia tidak mampu, maka cukup dengan memberi makan 60 orang fakir miskin.


64 comments :

  1. salam singgah ustaz..tm kasih atas maklumat ini.. =)salam aidilfitri

    ReplyDelete
  2. Maaf tetapi sedikit kesilapan.

    Air mani perempuan tidak berwarna, yg di maksudkan berwarna sedikit kuning itu adalah air mazi perempuan, yg terbit apabila dirangsang.

    AnunKL

    ReplyDelete
  3. Salam Ustaz,kite semue sedia maklum akan hukum batalnye puase bile keluarnye air mani di bulan puase tetapi mungkin ade yg lupe jike kite tidak "bersuci" setelah bersame apabile menjelang waktu imsyak...ape pendapat ustaz & hukumnye jike kite tidak "bersuci" selepas waktu imsyak.adakah puasenye sia2 @ boleh maneruskan puasenye...

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Maksud air mani perempuan warna kuning itu adalah warna kuning jernih..Seperti tidak berwarna.

    Kepada Zaidi Ali :

    Sumber perundangan Islam ada 4 iaitu Al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas. Awak kena faham di sini, bahawa sumber perundangan Islam ada empat bukan 2 sahaja iaitu Al-Quran dan Hadis. Ijmak dan Qiyas merupakan huraian yang dikaitkan dengan masalah tersebut.

    Soal kifarah jangan ikot suka hati je nak ambik yang mana pun, Ulamak telah menetapkan bahawa kalau orang yang berkemampuan mesti puasa selama 2 bulan berturut-turut. Kalau orang yang uzur barulah diberikan makan 60 orang miskin. Awak kena faham setangkai kurma itu bagi orang yang paling miskin dan tiada orang lain yang lebih miskin dari dia. Beginilah orang yang sentiasa mencari alasan untuk meringankan soal agama dengan mengikut hujahnya sendiri tanpa di dasarkan kepada 4 sumber perundangan Islam.

    Ni dalil Al-Quran yang mengharamkan setubuh dan mengeluarkan mani dengan sengaja :

    Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) Dengan isteri-isteri kamu. isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa Yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), Iaitu waktu fajar. kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa. (Al-Baqarah : 187)

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Sebab itulah saya katakan tadi, bahawa Hadis dan Al-Quran perlu dibahaskan dan perlu dikembangkan, sebab Al-Quran dan hadis ini yang layak membahaskan adalah alim ulamak. Ijmak Qiyas adalah hujah-hujah bagi masalah-masalah baru yang tiada dapat dalam Al-Quran dan Hadis contohnya rokok, dadah, bayi tabung dan sebagainya, jadi ulamak mengqiyaskan dengan dalil aqli dan naqli.

    Saya rasa awak kena pi belajar lagi ilmu Islam, setakat baca dalam blog dan buku tak cukup, sebab itulah hadis nabi kata tuntutlah ilmu kerana ilmu itu wajib, makasud tuntut ilmu ini adalah talaqi iaitu berhadapan atau berguru. tidak cukup dengan baca buku.

    Hadis Nabi yang bermaksud "Ulamak pewaris Nabi" maka sebab itulah Ijmak dan qiyas menjadi sumber perundangan Islam. Kalau orang tak ada ilmu dan tak mau mengaji barulah ia bersumberkan syaitan, atau berhujah dengan menggunakan logik akal dan kepentingan diri sendiri, maka inilah dinamakan berpandukan syaitan.

    Berdasarkan ayat Al-Quran saya bagi di atas, itu perlu dilihat dalam tafsir dan dikembangkan, bersetubuh tak boleh apatah lagi onani, setubuh dengan onani mana yang lebih besar? Satu lagi kalau anda tak mau berpegang kepada hujah ulamak yang sah khabarnya mutawatir atau berkesinambungan sehingga zaman rasulullah, awak yakinkah dengan amalan awak itu dari Rasulullah. Kita solat berdasarkan apa yang diajarkan oleh ulamak berdasarkan ayat Al-Quran yang mengatakan "dirikanlah solat". Hadis Nabi pulak "Solatlah seperti kamu lihat aku solat". Kalau tak ada ulamak, boleh ke kita solat seperti sekarang atau lain dari sekarang.

    Masalah hutang itu adalah dari anda, itu anda sendiri yang mencari masalah, jangan kaitkan masalah anda dengan ibadah. Kalau begitu tak perlulah bayar zakat. Rumah dah besar ada kereta, makan cukup, semua cukup, tak kan soal ibadah setangkai kurma. Beginilah kalau Allah tarik semua nikmat yang anda rasa bagaimana, Allah lumpuhkan anda tak boleh berjalan dan bercakap bagaimana sebab anda berkira sangat dalam soal ibadah.

    Sahabat nabi yang datang berjumpa rasulullah itu dengan di nasihatkan nabi supaya bertaubat kepada Allah. Kita dah suruh dia buat, kalau tak mau buat, maka dia dengan Allahlah, kalau Allah terima taubat awak, maka itu nasib awaklah. awak kena tengok huraian hadis, tak cukup dengan lihat matan sahaja.

    Soal ini saya tak terasa, biasa bagi saya, orang macam awak ini memang ramai dan besepah. Saya telah lepas tanggungjawab menyampaikan, ikut tak ikut itu awak dengan Allah. Kalau awak nak selamat dunia akhirat, maka berfikirlah dan cari rujukan dan cari guru agama untuk rujuk masalah awak ini.

    ReplyDelete
  6. xlogik la kalo umah n keta berpuluh @ beratus ribu,tapi nk byar kifarah setangkai kurma je...

    ReplyDelete
  7. Muahaha.. muahahahaha. kesian aku baca posting saudara di atas itu. Mcm ermm macam org sakit pn ada. Pocah perut den gelak pagi-pagi buta ni.

    Sedara, saya pn ada penyakit was-was cm sedara. Cam semua benda nk kena nas. Nak kena disebut dalam Quran. Betul la ustaz kata tu, Sunnah nabi pasal solat dlm bentuk perbuatan bukan lisan. Nabi x ajar. Ok, mula2 angkat takir ye. lepas tuh baca fatihah.. Nabi just demo je, ulamak rakamkan n turun kan pada kita. Sama la jugak benda2 lain pun. Apa masalahnya sedara?

    Susahlah kalau semua nk disebut dalam alquran.
    "wahai org beriman jgnlah kamu isap rokok". Kalau semua benda nk disebut sedara, Alquran tuh ntah-ntah 10 kontena saiznya. Kita x mampu utk itu. nak pindah kena usung kontena .. "Ade apa dlm kotena ko ni Zaidi?" "Alquran Bang Mat" jawab sedara. Ni semua kebesaran Allah kalau kita teliti. Allah cipta AlQuran sesuai dengan kita. Handy, lengkap, padat. Selebihnya Allah kasi akal untuk kita renung2kan maksudnya. Bukankah AlQuran ini diturunkan utk org yg berfikir? (ada disebut dalam Quran kalau x salah)

    Alquran ni bukan untuk orang lurus bendul. Tengok saja cendikiwian, saintis islam mcm Harun Yahya. mereka ni org yang berfikir dan mengkaji. Sbb tuh banyak penemuan sains berjaya dibuktikan dengan AlQuran.

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Saya geli perut baca petikan awak zaidi, kalau begitu kereta awak dan rumah awak itu awak buat pinjaman mana? tak ada pulak dalam al-quran dan hadis pinjam bank? awak bagi ayat Al-Quran dan hadis tentang pinjam bank? Awak belajar dari guru mana pinjam bank yahudi? Dalam Al-Quran juga tiada sebut kereta, tiada pakaian baju kod, seluar, baju kemeja. Kalau nak ikut Al-Quran dan sunnah awak kena pakai unta atau kuda, Awak ambik dalil dari mana?

    Saya tak berkata bergantung pada nasib, saya kata nasib kita kalau Allah ampunkan dosa kita, sebab terlepas dari siksaan neraka..

    Masalah melayu Islam buang anak, awak carilah dalam Al-Quran dan Hadis ada tak Islam suruh buang anak? mereka ikut yahudi dan barat sebab itulah melakukan hubungan zina.

    Dalil Al-Quran mengatakan berfikir dan banyak ayat yang boleh dijumpai dalam Al-Quran suruh kita fikir.. Sebab itulah kena ada dalil akal. Awak faham tak taqlik buta.. taklik buta tanpa dalil akal dan naqli, faham tak dalil naqli apa dia?

    Dalam Al-Quran dan Sunnahpun tak ada juga internet dan blog, jadi anda ambik dalil mana layari internet ini, so di sini anda juga ikut yahudilah.

    Sebab itulah Islam dibentuk dengan dalil aqli dan naqli.. Janganlah mencari alasan untuk kesenangan diri dengan mengunakan alasan tiada dalil. Hujah awak di atas hujah budak sekolah tadika.. Kalau tanya budak sekolah tadika lebih baik lagi jawab dari awak.

    Kalau tengok dari hujah anda, sebenarnya anda yang terasa dan berang.. dah la tu cukuplah berhujah dengan bersenjatakan 2 sumber hukum untuk mencari kesenangan diri sendiri..

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Saya dah bagi kat atas, tak kan awak tak pandai baca kot, itulah maknanya. Yang lebih cari sendirilah, Ini bukan pohon ilmu tapi ini nak berdebat, saya tak ada masa nak layan orang seperti awak? saya tanya kenapa awak tak jawab? so kona-kona plak, inilah ciri-ciri orang munafik yang selalu kona-kona.

    Saya dah agak dah, memang awak ni sesat, sebab mana ada ayat Al-Quran atau hadis yang menyuruh awak berkata, kalau ada bagi kat saya buktinya. Kalau tak tok sah dok melalutlah, buang masa je, awak pi cari orang lain untuk berbahas yang boleh percayakan awak.

    Awak kata semua ustaz-ustaz jawab sama, jadi itu lebih kuat dari hujah awak, sebab semuanya kembali kepada rujukan yang satu sebab itu awak tanya mana2 guru tetap jawapannya sama.

    Awak kata isap rokok, ada tak dalam al-Quran saya tanya awak sendiri, kalau tak ada bererti anda ikut syaitanlah, sebab benda itu tiada dalam Al-Quran dan sunnah, Orang Islam yang mulia sentiasa berpandukan kepada 4 sumber perundangan ISlam.

    Kami Islam tidak pernah menafikan Al-Quran dan Hadis, Cuba awak bagi bukti yang ulamak Islam menafikan Al_Quran dan Hadis? Semua hujah mereka berdasarkan kepada Al-Quran dan Hadis. Walaupun dengan akal mereka tetapi tetap dipandukan kepada Al-Quran dan Hadis, Cuba belajar usul fiqh..

    Saya dah jawab berjala dah takkan tak faham? Kalau tak faham bererti anda kurang akal, sebab itu anda tidak menggunakan akal anda.

    Bagus kalau begitu berhentilah komen, sebab ilmu saya tak sama dengan anda. Tak apalah kalau awak kata saya tak ada ilmu, tetapi Allah berfirman :

    "Dan Katakanlah:" telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang salah (kufur dan syirik); Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap lenyap". (Al-Isra : 81)

    ReplyDelete
  10. Salam...
    Pesanan saya cuma ringkas...tak ada niat nak salahkan siapa-siapa...cuma ingin mengajak kita semua supaya berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara...Saya akui ilmu saya cuma sedikit berbanding saudara Zaidi...Kita sedia maklum yang Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang DIA kehendaki....Saudara Zaidi yang dirahmati Allah...

    Semakin berisi, semakin tunduk dia. Kita pula, semakin berilmu, semakin tunduk, semakin warak dan semakin takut kita kepada Allah swt...kita ni manusia biasa...tiada yang sempurna...yang mana kurang...kita cuba cari orang yang lebih berilmu untuk mencukupkan apa yang kita kurang...kita sentiasa belajar...kewajipan kita menuntu ilmu tak kan terlepas selagi nyawa dikandung badan..saya tak mampu nak keluarkan dalil-dalil seperti saudara Zaidi kerana ilmu saya lebih nipis dari sehelai kertas...saya masih lagi belajar...

    Kita diberikan nikmat yang besar..akal...apa guna akal..Allah beri kita akal supaya berfikir...bila kita dah cuba cari jalan penyelesaian...tapi masih tak jumpa jalan penyelesaian itu..maka kita kembali kepada Allah..Maksud saya mohon diberi petunjuk tentang apa yang kita nak tahu...Kita mohon pada Allah supaya DIA beri kita petunjuk mana kita nk cari ilmu yang kita nak...

    Saudara Zaidi...kita ni manusia biasa...tak terlepas dari melakukan kesilapan...kadang-kadang kita rasa riak atau takbur dengan apa yang kita ada...tapi itulah yang kita cuba jauhi...jauhi dari perasaan riak dan takbur...saya pun tak terkecuali dari ada perasaan seperti ini..Saya cuma hamba Allah yang kerdil...

    Setiap orang ada hati dan perasaan...kita kena jaga hati dan perasaan orang..saya mohon maaf andai kata komen saya ni buat saudara rasa marah atau tak puas hati...Saya cuma ingin berpesan supaya kita sentiasa merendah diri dalam banyak perkara...sentiasa anggap diri kita kurang berilmu dari orang lain...tujuan saya pesan sebegini supaya kita dijauhkan dari perasaan riak,bongkak,sombong dan sebagainya...

    Maafkan saya sekali lagi...saya tidak berniat nak memalukan siapa-siapa ataupun bertujuan untuk menjatuhkan air muka siapa-siapa...Saya pesan apa yang perlu kita jauhi...saya akui diri saya tak sempurna...maafkan kekhilafan diri saya..

    Semoga kita semua dijauhkan dari sifat-sifat mazmummah...semoga kita berjaya memperolehi sifat-sifat mahmudah..Semoga kita sama-sama perbetulkan apa yang kita silap...Apa yang baik datang daripada Allah swt..apa yang kurang datang dari kekurangan/kesilapan diri saya sendiri...Mohon agar kita menggunakan cara yang berhemah dalam menegur ataupun dalam kita berkongsi ilmu..

    Barakallahufikum...Tegur saya jika saya salah..saya cuma manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan...sama-sama kita ingat-mengingati antara satu sama lain....

    Salam Ramadhan dal Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Ana sokong dengan anta, beginilah caranya kalau nak berkongsi ilmu.. Beginilah hujah orang yang ada ilmu..

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Hahahaha inilah hujah orang yang dah tak ada idea, last sekali kembalilah kepada Allah, seolahnya dia nak menutupkan kesalahannya dan kelemahannya.

    Oklah saya juga tak mau berhujah panjang lebar, tapi jangan samakan Islam seperti Ahli kitab Yahudi, Awak kena baca Al-Quran dan Hadis dan Sejarah bagi habis dahulu, baru anda tau kenapa Kitab Injil di pesongkan.. Jangan samakan ulamak Islam seperti ahli kitab..

    Satu lagi saya saran kepada anda, jangan lupa pi mengaji tadah kitab bagi faham betul2 tentang Islam tu.. Kalau dah faham konfom anda tak akan sesat lagi. Saya minta maaf kalau tulisan saya ini menyakitkan hati anda.

    ReplyDelete
  13. OK ustaz, jgn jd ngong cm dia dok lawan2 hujjah.
    bo layan je. kita bukan kenal dia nih sapa..takut2 ayah pin ke, sapa pe. x ke susah kita dok layan.

    Obsessive Compulsive Disorder. enough said

    ReplyDelete
  14. salam.alahai en zaidi punye hal sampai soklan saye xsempat ustaz nak jawapkan...medan sini bkn utk bertekak @ menunjuk ilmu,kite same2 utk menyelesaikan masalh masing2.jike kite tidak percaye pade ustaz Amin @ ragu2,carilah ustaz yg lebih tahu.bak kate ustaz ilmu kene berguru bkn melalui tulisan @ buku...ustaz tlg jawap persoalan saye ye..terime kasih ustaz,jgn putus asa dgn bicare2 yg x elok didgr...

    ReplyDelete
  15. Salam,

    YANA sory sebab terlepas pandang,Tak mandi wajib selepas imsak atau terbitnya fajar, puasanya tetap sah dan tidak terganggu.

    Masalah zaidi ni saya malas nak layan, buarlah dia meroyan sorang2, kalau layan kitapun jadi gila macam dia. Banyak soalan saya kat atas tak terjawab, las sekali bagi terjemahan Al-Quran, konon2 dia yang betul, pada hal dia nak tutup kelemahan sendiri.

    Zaidi ko tak payah jawab semua soalan saya, kau jawab ada dalil ke yang mengatakan boleh isap rokok dan merokok bulan puasa? kalau tak ada bererti awak yang syiatan dan ikut ajaran syaitan.

    Dah la ko tak payah bubuh ayat Al-Quran banyak2 kat sini, semua saya tau, tapi malas nak berbahas sahaja, sebab tak guna berbahas dengan orang jahil dan bodoh pandai ini.

    Ko ni seperti MAHADAYA je, kau ni MAHADAYA ke yang bawa agama asalama, tengok hujah semacam je. Kau sendiri sedia maklum undang2 yang ada sekarang bukan undang2 Islam, lagipun yang digunakan sekarang adalah undang2 takzir, nak tau lebih lanjut rujuk sendiri dalam buku dan pi mengaji. Zaman Rasulullah ada pembelot, apatah lagi zaman sekarang.

    Sebenarnya semua ayat Al-Quran yang awak bagi kena kat batang hidung awak sendiri. Cuba lihat tafsirnya dan fikir sendiri.

    ReplyDelete
  16. salam, ustaz saya nak tanya, sekiranya kita yakin yang keluar dari kemaluan itu adalah air mazi, sebab tak keluar secara terpancut pancut dan sebagainya (ciri-ciri air mani) tetapi berasa letih selepas ia keluar, apakah hukumnya?

    ReplyDelete
  17. Salam,

    Kalau tiada ciri air mani dan anda berkeyakinan bukan air mani, maka itu bukan air manilah, kalau anda ragu2 air mani ataupun tak, maka anda ambik kata air mani dan terus mandi hadas, sebab anda terlepas dari perkara yang ragu. Keluar mazi sah puasa.

    ReplyDelete
  18. salam...
    ustaz klu beronani/mengeluarkan mani pada waktu malam adakah ia membatalkan puasa?

    ReplyDelete
  19. salam ustaz...
    ada satu perkara,betul ke air mani tu sah kalw dibuat air wudhu'..
    setahu sy,air mani ni kotor....

    ReplyDelete
  20. Jawapan kepada Anonymous pertama :

    Waktu puasa pada terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari, kalau onani malam tak batal puasa sebab waktu puasa dah habis, perbuatan onani adalah dosa besar..

    Anonymous kedua :

    Tak sah air mani buat wuduk sebab dia bukan air mutlak, air mani suci menurut pendapat ulamak sebab air mani itu menjadikan manusia dan bangkai manusia adalah suci.. Soalan seperti ini tak lazim berlaku..

    ReplyDelete
  21. salam ustaz, ada sedikit pertanyaan...

    apakah hukum sekiranya ketika seseorang itu berpuasa (sunat atau wajib), pada siang hari dia mengeluarkan air mani dengan sengaja, setelah keluar maninya, dia baru teringat dia sedang berpuasa (disebabkan lupa). apakah batal puasanya? sekiranya masih sah, adakah dia dapat meneruskan puasanya tanpa mandi wajib?

    ReplyDelete
  22. Salam

    Kalau keluar mani dengan sengaja, tetap batal puasanya walaupun dia lupa kata puasa, jadi dia kena ganti balik puasanya.

    ReplyDelete
  23. salam

    bagaimana pula kaedah mengantikan puasa akibat terkeluar mani sekiranya tidak sempat menggantikannya sebelum ramadhan yang berikutnya..jika fidyah akan berganda tahun demi tahun selama mana baginya masih belum menggantikan puasa bagaimana pula dengan jangka waktu berpuasa adakah perlu digandakan hari baginya berpuasa atau masih kekal 2 bulan berturut-turut

    ReplyDelete
  24. Salam ...
    Kalau kita tiba-tiba terfikirkan semua itu tanpa disedari dan kita terlupa yang kita sedang berpuasa adakah perlu ganti?
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  25. Anonymous pertama :

    Ganti berapa hari yang ditinggalkan, dan kalau masuk ramadhan pada tahun depan, maka tetap kena ganti puasa dan bayar fidyah.

    Anonymous kedua :

    Kalau sampai keluar mani batal puasa, kalau tak keluar mani hanya berkhayal dia boleh menghilangkan pahala puasa.

    ReplyDelete
  26. Salam...
    Adakah keluar mani akan membatalkan solat?
    Bagaimana pula kalau keluar mani tanpa memikirkan perkara2 tersebut?Batalkah...

    ReplyDelete
  27. sy nak tanya,kwn sy sblum ni ade yg membaca artikel2 lucah sehingga terkeluar air mani
    tp skrg ni dia dh insaf dan adakah dia perlu mandi wajib,permpuan

    ReplyDelete
  28. kalau dia perempuan pastu dia keluar air mani dan tidak mandi wajib adakah solatnya soh

    ReplyDelete
  29. boleh tak kalu kita tak keluar air mani tapi ttp nak buat mandi wajib sbb ade rasa was2

    ReplyDelete
  30. Anonymous pertama :

    Keluar mani dapat membatalkan solat sebab dia adalah hadas besar.. jadi kena mandi wajib..Tak dosa orang keluar mani dengan tidak sengaja seperti mimpi atau sebagainya. Dengan tidak sengaja tidak membatalkan puasa, tetapi membatalkan solat..

    Anonymous kedua :

    Kena mandi wajib setiap kali keluar mani atau berhadas besar.. sebab nak menunaikan ibadah seperti solat, membaca Al-Quran dan sebagainya.

    Anonymous ketiga :

    Keluar mani tak mandi wajib, solatnya tidak sah sebab mani tu hadas besar.

    Anonymous keempat :

    Boleh tak menjadi masalah nak mandi hadas hari2 walaupun tak ada hadas besar.

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum ustaz...

    1).saya nak bertanya, apakah hukum nya jika berpuasa nazar kemudian selepas bangun pagi daripada tidur dan didapati air mani telah keluar tanpa disedari..adakah puasa nazar tersebut sah??

    2). boleh kah seandainya mandi hadas besar setelah didapati air mani keluar dengan tidak sengaja semasa kita sedang berpuasa pada siang hari tu???

    ReplyDelete
  32. Salam

    Maaf saya tidak dapat menjawab soalan anda atas sebab2 tertentu, saya ada tugas yang lebih penting untuk disiapkan segera.. maaf atas kesulitan yang berlaku...

    ReplyDelete
  33. USTAZ JIKA AIR MANI YG DI KELUAR KAN TIDAK SEPERTI YG USTAZ GAMBARKAN TETAPI IA SEPERTI AIR KELUAR SEDIKIT SAHAJA ADAKAH BATAL PUASA?

    ReplyDelete
  34. aya nak tanya…jikalau air mani keluar dengan tidak senjaga adakah puasa itu batal??

    ReplyDelete
  35. kalau keluar tak sengaja, puase x btlkan..tp kite blh smyang x ustaz????

    ReplyDelete
  36. apakah itu onani??

    ReplyDelete
  37. berdose ke jika kita melakukan onani??

    ReplyDelete
  38. 1.salam ustaz.....patutkah saya mandi wajib jika saya berasa was-was.....saya tidak tahu adakah itu air mazi atau air mani......saya kenal beza antara air mani dengan air mazi......tetapi yang membuatkan saya was-was ialah saya ingin membuang air kecil.....saya terlihat seperti air mani keluar sekali berasama-sama dengan air kencing.....patutkah saya mandi wajib....

    2.semasa saya bangun tidur.....saya tidak pasti adakah itu air mazi atau air mani.....kerana air tersebut terkena seluar dalam saya.....itu yang saya tidak dpt bezakan air mazi dan air mani....ustaz boleh terangkan.....

    ReplyDelete
  39. salam . ustaz. adakah batal puasa jika kita kluar air mani secara tiba-tiba ketika menonton/melihat video lucah/movie mat salleh?

    ReplyDelete
  40. salam ustaz. saya ada was-was terhadap air mani saya kerana saya tidak dapat mengenal pasti sama ada itu air mani/ air kencing kerana air itu meleleh hanya setitis. tambahan pula, saya tidak dapat tahu warnanya. apakah saya perlu mandi wajib?

    ReplyDelete
  41. assalamualaikum ustaz...saya nk tanye.seminggu sebelum sambut puasa 2011 sy telah melahirkn anak,jd sepanjang ramadan sy tidak puasa karana berpantang dan sampai sekarang belom mengantikn puasa..jd berapa fidyah yg perlu sy bayar?

    ReplyDelete
  42. assalamualaikum ustadz

    saya ingin bertanya apakah ada membayar fidyah itu ada niatnya dan kapan kita harus membayarnya????

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum ustadz

    saya mau tanya klo misalnya lupa batal puasanya berapa kali. Gimana ustadz?

    ReplyDelete
  44. What if u kluar air mani, AFTER u had batal puasa.. does this render your answer void ustazz.?

    ReplyDelete
  45. salam ...

    ustaz saya nak tanya
    , batalkah puasa jika kita memikikirkan aurat wanita ??

    ReplyDelete
  46. salam...
    terima kasih.

    ReplyDelete
  47. Salam ustaz... Nak tanya tentang kifarah megeluarkan air mani dgn sengaja pada siang hari bulan puasa.. Untuk bepuasa selama 2 bulan berturut2 takut x mampu nak laksanakan. Jadi untuk memberi makan 60org fakir miskin mcm mana nak mendapatkan 60org fakir miskin boleh ustaz bagi pencerahan... T.kasih.

    ReplyDelete
  48. Kalau ssorg tu tak tau yg hal ni sbnrnya tak mbtalkn puasa mcm mna ?kata kn la org tu terkeluar air mani pda siang hri dgn tdk sengajanya dan pda msa yg sma tu juga dia pun berbuka ..n apa hukumnya dlm situasi ni ?.he

    ReplyDelete
  49. siapa suka makan cookies???????

    ReplyDelete
  50. Salam ustaz..kalau keluar air mani ketika tidur walaupon tak bermimpi perlu man di wajib ke.??..adekah batal puasa saye??

    ReplyDelete
  51. Salam semua...
    Memandangka ustaz tiada jadi sy yg mengatikan tempatnya...
    Soalan2 di atas tidak dapat sy jawab sebab sy pn mcm anda haha....
    Kemana la ustaz ni menghilang hmmmmm bnyak soalan nk nk tnya ni

    ReplyDelete
  52. ustad kalaw kita tdx mngeluarkan air mani tetapi hanya merasakan ngilu / senang ny saja apa kah itu dosaaaaaaaaa/???

    ReplyDelete
  53. Ust, saya telah menonton video yang agak seksi, kemudian mani saya terkeluar..

    saya telah membaca tentang ini di artikel ust, tetapi untuk menguatkan lg, benarkah puasa saya telah batal?

    Apa perlu saya buat jika telah batal puasa saya? Saya masih lg seorang pelajar.. saya tidak punyai gaji.. hanya wang pinjaman pelajaran sahaja yang ada.. apakah fidyah wajib ke atas saya?

    Saya sesal atas perbuatan saya..
    Saya bertaubat..

    ReplyDelete
  54. salam ust..batalkah posa semasa tidur hampir terjaga dlm keadaan menyiarap dan kemaluan pun terhimpit tiba2 trasa kluar airmani..adakah sudah dikira sengaja..

    ReplyDelete
  55. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete
  56. salam ustaz sy nk tanya harap ustaz boleh jawap adakah sah puasanya untuk kesokan harinya bagi orang yg beronani di malam puasa

    ReplyDelete
  57. Salam , ustaz . Adakah puasa seseorang itu batal jika seseorang itu beronani tanpa megetahui hukumnya di bulan puasa ?

    ReplyDelete
  58. Selamat siang... mau tanya..jika pada saat berpuasa kita tertidur dan tanpa sadar kita bermimpi tentang persetubuhan kemudian mengeluarkan mani..apakah itu membatalkan puasa?? Terimakasih

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum...batal ke puasa kalau saya menggesel2 kemaluan saya di bantal? dan dikira onani ke tu? saya tak masukkan jari atau benda keras pun ke dalam kemaluan saya...tolong jawab dgn segera ustaz...terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batal puasa sb sengaja

      Delete
    2. Tp klau x cum tak batal...cuma kurang pahala.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG