PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, September 14, 2010

Fadhilat Puasa Enam Syahwal


Salam berbahagia dan salam Aidil Fitri buat semua muslimin dan muslimat. Dah lama tidak update blog sebab sibuk beraya rumah adik beradik belah saya dan isteri, maklumlah banyak adik beradik. Di masa yang terluang ini saya siapkan satu airtikel yang ringkas dan padat untuk anda semua yang mencari fadhilat puasa enam Syahwal. Di antara fadhilat puasa enam Syahwal ialah :
  1. Puasa enam hari di bulan Syahwal setelah Ramadhan, merupakan pelengkap dan penyempurnaan pahala dari puasa setahun penuh.

  2. Puasa Syahwal dan Sya’ban bagaikan solat Sunat Rawatib, berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan Solat Fardhu atau puasa fardhu, kerana pada hari Kiamat nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan-perbuatan sunat. Sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidak sempurnaan, maka amalan puasa sunat dapat menutupi dan menyempurnakannya.

  3. Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, karena apabila Allah swt menerima amal seorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya.

  4. Puasa Ramadhan dapat menghapuskan dosa-dosa masa lalu. Orang yang berpuasa Ramadhan akan diganjarkan pahala pada hari Raya puasa yang merupakan hari kemenagan atau pembagian hadiah, puasa enam syahwal merupakan rasa syukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.

  5. Puasa enam hari dalam bulan Syahwal adalah amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini, selama ia masih hidup.

11 comments :

  1. sungguh besar fadhilat puasa enam ni

    ReplyDelete
  2. salam ustaz, saya nak ty soklan yang konfius. Boley ke kalo kita puasa 6 sekali ngan puasa ganti? Ada setengah pendapat ckp boley, namun ad ckp xley, so sy mohon pendapat ustaz la. yang mn 1 btol.. tima kasih..^^

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Ini pendapat ulamak, bagi saya anda perlu melaksanakan puasa ganti dahulu sebab puasa ganti adalah wajib. Tentang puasa 6 atau sunat itu terpulanglah, sebab itu urusan Allah. Yang penting buat yang wajib dahulu.

    ReplyDelete
  4. oh.. terima kasih ustaz atas jawapan ni..^^

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum ustaz,
    Saya sedang puasa enam syawal. Tiba-tiba saya menerima sms dari kawan saya kerumahnya kerana jamuan raya. Mana yang lebih afdal bagi saya ?

    a. pergi dan berbuka puasa , atau
    b. pergi dan tidak makan .

    terimakasih ustaz

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Menerima jemputan itu wajib pergi dan puasa enam adalah sunat. Yang afdhal adalah wajib menghadiri kenduri. Kalau sayang nak buka, pergi dan beritahu kawan atau tuan rumah bahawa anda puasa enam. Lazimnya orang tahu tentang puasa sunat ini dan orang akan faham.

    ReplyDelete
  7. Terimakasih ustaz,
    jadi maknanya pergi dan berbuka adalah lebih afdal.

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Pergi tak semestinya berbuka, kalau nak bukapun boleh sebab puasa 6 ni sunat sahaja.

    ReplyDelete
  9. salam..ustaz...sy dah berumur 26 tahun dah hampir sepuluh tahun sy tak berpuasa..skang sy telah mendapat nur hidayah dari allah,...sy dah berubah ustaz...mcm mana sy nak ganti puasa tue..bayar fidyah ker atau pon kena puasa balik selama mana sy tinggal tue

    ReplyDelete
  10. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG