PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, September 7, 2010

Iklan Raya TV3 Kontroversi


Salam sejahtera kepada semua, saya doakan anda semua sihat dan bahagia di sisi orang yang tersayang. Lagi beberapa hari Syawal akan menjelang tiba, ramai umat Islam Malaysia bersiap sedia untuk menghadapi hari lebaran. Kalau balik ke kampung, berhati-hatilah dalam perjalanan anda, saya doakan anda selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Bagaimana pula usaha ibadah kita di Bulan Ramadhan yang akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Para sahabat dan ulamak menangis atas pemergian Bulan Ramadhan yang mulia ini, kerana Bulan Ramadhan inilah peluang untuk menambahkan ibadah, peluang mendidik nafsu dan peluang untuk menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan selama setahun.

Baru ini umat Islam Malaysia digejutkan dengan video iklan raya TV3 dengan mengisahkan seorang pak cik beca berterbangan di atas ruang angkasa dan mengambil kanak-kanak untuk dibawa bersiar-siar di sekitar negeri-negeri Malaysia. Saya lihat seolahnya seperti santaclaus yang membonceng beca yang dibawa oleh rusa-rusanya. Ini melibatkan soal akidah, kerana ini dapat memesongkan umat Islam yang tidak berilmu terutamanya kanak-kanak bahawa apabila datang hari raya, akan muncul pak cik tua membawa becanya berterbangan mencari kanak-kanak untuk dibawa bersiar. Ini juga memberikan gambaran yang negatif kepada orang kristian, bahawa perayaan Islam sama dengan mereka. Walaupun ini iklan biasa sahaja, tetapi ini perlu diperhatikan kesan dan impaknya nanti.

Islam sangat mencegah umatnya melakukan acara-acara yang bersifatkan tahyul dan acara yang dilakukan oleh agama lain. Hadis Rasulullah yang bermaksud :

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka." (Riwayat Abu Daud)

Saya lihat negara Malaysia ini sering kali membuat iklan yang mencampurkan perayaan, seperti raya 1 dalam 2, Raya Cina Melayu, Raya Melayu India dan banyak lagi. Sebenarnya ini sepatutnya tidak berlaku, kerana ia telah menyamakan perayaan Islam dengan perayaan agama lain. Raya puasa ini adalah untuk orang yang berpuasa selama satu bulan dan ia merupakan kemenangan kepada umat Islam yang berpuasa dan dapat melawan nafsu semasa di dalam bulan puasa. Kalau kita menyamakan raya Islam dengan raya agama lain, maka seolahnya orang non muslim juga mendapat kemenangan dalam bulan puasa. Ini mustahil, sebab Allah menolak segala amalan orang yang tidak beriman dan tidak mengaku Allah sebagai tuhannya.

Bukan tidak boleh orang non muslim ingin menziarah dan bersama orang Islam merayakan perayaan Islam. Tetapi janganlah disamakan perayaan Islam itu dengan perayaan agama lain. Bagus orang bukan Islam merayakan perayaan Islam dengan adanya rumah terbuka, adanya jamuan, terjalinnya hubungan persaudaraan sesama Islam dan ini juga akan menjadi satu contoh yang baik untuk non muslim bahawa Islam itu agama yang terbaik dan agama yang menjalinkan hubungan silaturahim. Ini juga merupakan dakwah Islam yang mulia. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.” (Al-Baqarah : 208)

Ingat, jangan pula merayakan Aidil Fitri ini dengan berlebihan atau membazir, kerana membazir ini adalah sahabat daripada syaitan. Perbanyakkanlah amalan sedekah kepada orang-orang miskin yang tidak mampu merayakan Aidil Fitri. Ini juga merupakan sunnah Nabi Muhammad saw.

Jadikanlah sumber perundangan Islam itu sebagai rujukan, kerana Islam yang sempurnalah dapat menyelamat umat Islam dari gangguan dan tipu daya syaitan. Jangan mudah ikut-ikutan tanpa hujah yang kukuh berdasarkan dalil naqli dan dalil aqli. Sesungguhnya setiap perbuatan tanpa hujah akan membinasakan kita semua, kerana orang yang tiada pegangan Islam akan sentiasa sesat dari pangkal jalan.


video

18 comments :

  1. ustaz, bagaimana dengan theori2 melampau yang sekarang ni femes di blog2? kononnya tv3 adalah illuminati dan sebagainya?

    ReplyDelete
  2. setuju dengan anonymous, nak minta pendapat ustaz tentang teori melampau, kadang2 tidak terfikirkan dek akal..adakah kerana adanya segelintir yang terlalu taksub, dan suka mengkaji kesalahan sehingga apa juga yg dipandang menjadi salah. Macam mana pula dengan ilmu seomatik (kalau tidak silap saya mcmtu ejaannya), katanya ilmu ni dipelajari oleh mereka yang belajar ilmu berkaitan media, so mereka memamg mampu menterjemah setiap sudut dalam sesuatu hasil media. Mohon pandangan ustaz.

    ReplyDelete
  3. saya pun sedih ramadhan akan berakhir..
    slalu jugak ingat pesan ustaz masa sekolah dulu..

    ReplyDelete
  4. salam ustaz...

    mungkin diorg nak bawa konsep 1 Malaysia, tapi tersilap bawak konsep 1 Agama plak...

    ReplyDelete
  5. adoii.. ngarut betul iklan ni.. tapi, yg buat iklan ni orang china bukan islam.. cuma yg herannya, tak der nasihat agama ke kat tv3 ni..

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Saya tak faham maksud yang anda tanya anonymous pertama, tolong jelaskan lagi boleh..

    Masalah mencari kesalahan orang itu tak sepatutnya berlaku, sebab Islam mengalakkan umatnya husnuzon atau bersangka baik. Tetapi kalau benda itu jelas salah dan melanggar agama, maka wajib kita menegurnya, sebab itu menjadi tanggungjawab bersama.

    Memang wartawan ini selalu mencari berita-berita yang hangat dan selalu membuat cerita, tak salah kalau melaporkan benda yang sebenar, tetapi kalau buat2 cerita, maka itu dosa dan berita tersebut menjadi fitnah, kalau fitnah selagimana tak dimaafkan oleh orang yang kena fitnah itu semua yang terlibat dalam TV untuk menyiarkan berita tersebut dosa.

    Wartawan ini bahaya, sebab selalu mereka ceritakan untuk melariskan cerita mereka. Inilah yang menandakan hilangnya keberkatan rezeki tersebut. Besar dosa orang yang memfitnah.

    ReplyDelete
  7. Iklan yg sangat tidak boleh diterima..

    ReplyDelete
  8. salam ustaz
    apa pendapat ustaz mengenai link ni? ia mengaitkan iklan ngn illuminati n freemason

    http://aulakalimah.blogspot.com/2010/09/kebenaran-di-sebalik-penipuan-dan.html

    ReplyDelete
  9. tidak ada tenaga penapisan iklan ke sebelum di tayangkan kepada umum? jangan terlalu taksub tv3...

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Seperti yang digambarkan dalam link yang anda berikan, kat sini saya tak berani nak komen sangat, sebab saya tiada bukti. Kalau pemblog tadi mengkaji dan mendapati adanya perkara tersebut, itu dialah dengan faktanya.

    Saya rasa tak menjadi masalah kalau dia mengkaji dan bukan menuduh hal ini, tapi hal ini perlu dirujuk kepada TV3 dahulu untuk mengetahui kesahihan perkara tersebut. Kalau lihat dari segi iklan tersebut banyak perkara yang tersirat, tapi saya tak berani nak buat andaian. Saya tak berani sebab tiada bukti. Pendapat saya tentang iklan TV3 ini seperti yang dinyatakan dalam artikel di atas.

    ReplyDelete
  11. tulah ustad bila pemimpin dipeggang bukan ahli agama.Sebab tulah ana nak sangat biar kalangan ulama jadi jemaah menteri.Harap2 pru 13 boleh dapat ko.

    ReplyDelete
  12. salams ramadhan buat ustaz dan semua pengunjung blog ni..

    Syukran ya ustaz coz mengHIGHLIGHTkan isu yang amat boleh merosakkan AQIDAH umat Islam..PengHIGHLIGHTan yang ustaz buat telah dapat menokhtahkan penyiaran iklan tersebut dengan izin Allah..

    Mungkin,individu-individu yang terlibat dalam penyiaran tanpa tapisan ini kurang memahami bahawa penyiaran tersebut adalah menyalahi hukum dan boleh menjejaskan AQIDAH penonton amnya dan individu yang terlibat dalam pembikinan dan perlakonan adegan tersebut..

    Seeloknya mereka diberi penerangan jelas/diterbiyahkan oleh ulama agar dapat bertaubat dengan segera sebelum terlambat..Mudah-mudahan dalam bulan RAMADHAN yang mulia ini,segala KETERLANJURAN dapat dibetulkan semula agar tidak ramai lagi pada masa akan datang yang ,mengambil remeh bab-bab yang membatalkan AQIDAH INI//Walaupun nampak macam biasa tetapi ia amat BAHAYA sekali..

    ReplyDelete
  13. kita seolah-olah merendahkan agama kita agar dapat menyamai dengan agama yang lain. walhal agama islam tinggi letaknya - walau di mata bukan islam sekalipun

    ReplyDelete
  14. sebabnya tak perhati,teliti,sentimen agama,..jangan dipermainkan..main hentam jer..nak untung..wesak ada,paripari ada,snta claus pun ada...DASYAT

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Nurimo ana juga berharap begitu seperti yang anda katakan.

    ReplyDelete
  16. Hartohadi dot com mengucapkan :
    Selamat Iedul Fitri 1 Syawal 1431H, Taqobalallahu minna wa minkum Shiyamana washiyamakum Taqobalallahu Yaa Kariim, Minal Aidin Wal Faidzin ....Mohon maaf lahir dan batin....

    ReplyDelete
  17. Alhamdullilah naseb baik telah di tarik balik iklan ini

    ReplyDelete
  18. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG