PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Wednesday, October 27, 2010

Aurat Terbuka Ketika Solat


Soalan :

Assalamualaikum ustaz,

Ada soalan, saya berdiri berhampiran imam dan nampak seluar imam sedikit terlondeh ketika sujud. bahagian pinggul nya terdedah. setahu saya ia aurat kerana sudah berada di bawah paras pusat. adakah saya harus mufaraqah atau terus menggantikan tempat imam? bagai mana kalau ia sudah berada di tahiyyat akhir? boleh kah saya bergerak bangun dan mengganti imam atau sekadar mufaraqah? jzkj.

Jawapan :

  1. Imam as-Syafi'i mengatakan batal solat jika terbuka aurat sama ada banyak mahupun sedikit, perlu diulang solat kecuali tiupan angin yang membuka.

  2. Ibn Qudamah pula berkata tidak mengapa jika tidak sengaja, di mana imam sujud dan auratnya terdedah. Dan selepas itu imam tersebut dihadiahkan pakaian yang lebih besar dan selesa (agar tidak terbuka lagi auratnya).

  3. Kalau makmum yakin solat imam batal, maka mufaraqah untuknya. Apabila solat imam batal, ia juga akan membatalkan solat makmumnya, sebab itulah Imam ini dipilih dari kalangan orang yang alim, baik, adil dan mempunyai bacaan yang baik dari kalangan jemaahnya.

  4. Kalau tidak sengaja, maka teruskanlah solat dan pastikan untuk solat seterusnya digunakan pakaian yang sama agar tidak terbuka auratnya. pilihlah pakaian yang lebih baik.

  5. Pendapat lain yang menyatakan bahawa pakaian yang terbuka disebelah bawah atau ketika sujud, dimaafkan seperti Imam yang memakai kain ketika sujud nampak sehingga pahanya disebelah bawah atau baju melayu yang terbuka apabila dilihat sebelah bawah nampak pusatnya.

Kesimpulannya

Saya lebih cenderung kepada pendapat Imam As-Syafi’i, kalau kelihatan pakaian imam menampakkan auratnya ketika solat, maka solat imam tersebut batal dan makmunnya perlu mufaraqah iaitu keluar dari ikut imam. Kalau aurat imam tersebut terbuka disebelah bawah seperti waktu sujudnya atau dipandang sebelah bawah mesti menampakkan aurat imam tersebut, maka ia tidak mengapa dan solatnya sah, sebab aurat yang terbuka disebelah bawah tidak dapat dikontrol oleh kita. Sebelum solat lantiklah imam yang diyakini pakaiannya dan bacaannya, kalau tiada yang lebih baik dari kita, maka kita sendirilah yang menjadi imam, kalau tiada juga bertawakallah kepada Allah.

9 comments :

  1. Assalamualaikum ustaz, baiki ejaan, bahagian kesimpulannya....Bukan batak ustaz tp batal. :) mmg nice entry ni ustaz. Mmg ramai konfius, kita kene ikut seorang mazhab sahaja. ikutlah imam As-syafie. Sy setuju dgn ustaz.
    Cara tidur Rasulullah S.A.W

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Feyus terima kasih atas teguran anda, ana hargai anda, ni tulis terus masukkan dalam post dan tak semak sebab ada kelas..

    ReplyDelete
  3. salam ustaz,
    sekadar berkongsi jawapan kepada soalan di atas, kawan2 boleh juga rujuk di sini:

    http://www.youtube.com/watch?v=hOX7zR9IQ0s

    Datuk Ismail Kamus menjawab.. bermula pada minit ke 7:00

    ReplyDelete
  4. saya nak mohon share artikel ni.

    ReplyDelete
  5. syukran atas perkongsian ustaz. mohon share ke FB ye.

    ReplyDelete
  6. Salam....terima kasih Ustaz atas artikel ini...saya minta utk share dalam blog saya... Dah lama sy nmpk perkara mcm nie, tapi tak tahu nak buat artikel yg baik...jadi, minta copy ya Ustaz....

    ReplyDelete
  7. Salam ustaz...ilmu yang sangat berguna.mohon share ye

    ReplyDelete
  8. salam ustaz,

    adakah ucapan jazakallah khairan kathira merupakan satu sunnah Rasulullah? bolehkah ustaz berikan beberapa hadis berkaitan dengan ucapan ini? terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG