PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Friday, October 22, 2010

Cara Bertaubat Yang Betul


Soalan :

Assalammualaikum ustaz...

boleh tak ustaz berkongsi dengan kami cara bertaubat yang betul dan yang diterima oleh Allah S.W.T...

Jawapan :

Taubat berasal dari kata "tawaba" dalam bahasa Arab menunjukkan makna pulang dan kembali. Sedangkan taubat kepada Allah SWT berarti pulang dan kembali ke haribaan-Nya serta tetap di pintu-Nya.

Maksud taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat atau dosa. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hambaNya agar mereka dapat kembali kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (At-Tahrim : 8)

Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata dalam kitab tafsirnya :

"Artinya adalah, taubat yang sebenarnya dan sepenuh hati, akan menghapus keburukan-keburukan yang dilakukan sebelumnya, mengembalikan keaslian jiwa orang yang bertaubat, serta menghapus keburukan-keburukan yang dilakukannya."

Hasan Al Bashri berkata :
“Taubat adalah jika seorang hamba menyesal akan perbuatannya pada masa lalu, serta berjanji untuk tidak mengulanginya.”

Al Kulabi berkata :
“Yaitu agar meminta ampunan dengan lidah, menyesal dengan hatinya, serta menjaga tubuhnya untuk tidak melakukannnya lagi.”

Sa'id bin Musayyab berkata :
“Taubat nasuha adalah: agar engkau menasihati diri kalian sendiri.”

Dari pendapat yang diberikan di atas bahawa taubat nasuha itu adalah taubat yang sebenarnya dan tidak lagi mengulangi kesalahan yang dilakukan. Taubat nasuha dilakukan dengan penuh penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Allah menerima orang yang bertaubat bersungguh-sungguh dan tidak lagi mengulangi perbuatan dosa tersebut. Manakala orang yang bertaubat kemudia masih melakukan perbuatan dosa tersebut tidak dinamakan sebagai taubat nasuha.

Ada manusia beranggapan buatlah dosa duhulu nanti kita boleh taubat pada masa tua nanti. Kalau dan bertaubat tidak mengapa, kalau tidak berkesempatan untuk bertaubat maka padah nanti di hari akhirat. Lagipun taubat sebegini diibaratkan tidak ikhlas dengan Allah, sebab orang tersebut masih berkeinginan untuk melakukan dosa. Jangan berlengah-lengah untuk bertaubat, kerana orang yang melengahkan taubat ini adalah orang yang jahil, sombong, tidak sedar diri dan zalim kepada dirinya. Firman Allah yang bermaksud :

“ Dan ingatlah, sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.” (Al-Hujurat : 11)

Syarat-syarat Taubat

Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah :

  1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.

  2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.

  3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.

Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.

Cara-Cara Bertaubat

  1. Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah saw : “Menyesali (dosa) itu adalah taubat”. (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

  2. Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.

  3. Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah zahir dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.
  4. Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah : “Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan taubat Nasuha, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai” (At-Tahrim : 8)

Hukum Taubat

Ketahuilah bahawa hukum bertaubat adalah wajib kepada semua umat Islam untuk memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang dilakukan. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (An-Nur: 31)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Wahai sekalian manusia bertaubatlah kalian kepada Allah, karena sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah seratus kali dalam sehari.” (Riwayat Al-Bukhari)

Manusia tidak pernah sunyi melakukan kesalahan, kerana manusia dibekalkan nafsu sentiasa suka kepada perkara yang lazat atau keseronokan. Maka di sini, taubat adalah wajib dan fardhu ain kepada semua umat Islam. Taubatlah cara untuk menghapuskan dosa dan diampunkan Allah atas segala kesalahan yang dilakukan. Sebagai muslim yang baik, marilah kita sentiasa memohon taubat kepada Allah, supaya segala kesalahan kita diampunkan.

Penutup

Taubat adalah kembali kepada Allah atau menyesali atas segala perbuatan dosa yang dilakukan selama ini. Ia bermunajat kepada Allah dan penuh keinsafan dan penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Taubat kepada mesti dengan sebenar-benar taubat, kerana orang yang tidak ikhlas taubatnya tidak akan diterima oleh Allah. Taubatlah dengan secepat yang mungkin dan jangan berlengah-lengah kalau kita menyedari telah melakukan kesalahan. Orang yang melengah-lengahkan taubat adalah orang yang sombong dengan Allah dan tidak takut dengan azab Allah yang sangat dahsyat. Sentiasalah bermuhasabah diri kita dan sentiasalah beristiqfar dan memohon ampun kepada Allah, mudah-mudahan Allah menerima taubat kita.

Akhir sekali saya datangkan kata-kata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin seperti berikut :

"Sedangkan ilmu adalah, mengetahui besarnya bahaya dosa, dan ia adalah penghalang antara hamba dan seluruh yang ia senangi. Jika ia telah mengetahui itu dengan yakin dan sepenuh hati, pengetahuannya itu akan berpengaruh dalam hatinya dan ia merasakan kepedihan karena kehilangan yang dia cintai. Karena hati, ketika ia merasakan hilangnya yang dia cintai, ia akan merasakan kepedihan, dan jika kehilangan itu diakibatkan oleh perbuatannya, niscaya ia akan menyesali perbuatannya itu. Dan perasaan pedih kehilangan yang dia cintai itu dinamakan penyesalan. Jika perasaan pedih itu demikian kuat berpengaruh dalam hatinya dan menguasai hatinya, maka perasaan itu akan mendorong timbulnya perasaan lain, yaitu tekad dan kemauan untuk mengerjakan apa yang seharusnya pada saat ini, kemarin dan akan datang. Tindakan yang ia lakukan saat ini adalah meninggalkan dosa yang menyelimutinya, dan terhadap masa depannya adalah dengan bertekad untuk meninggalkan dosa yang mengakibatkannya kehilangan yang dia cintai hingga sepanjang masa. Sedangkan masa lalunya adalah dengan menebus apa yang ia lakukan sebelumnya, jika dapat ditebus, atau menggantinya.”



48 comments :

  1. Tp Ustaz, ramai disebabkan terlalu sibuk dgn urusan dunia, sehingga kadang2 mereka hanya berniat shj utk tdk mahu buat lagi dosa. Adakah dgn cr ini boleh diampunkan Allah? Tapi lbh terbaik dgn kita solat sunat taubat dan berdoa kpd Allah krn ia blhkan kita lebih dekat dgn Allah S.W.T. Thanks entry ni ustaz.
    Kanak-kanak Palestin dilanggar kereta Yahudi

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ustaz,
    ada soalan, saya berdiri berhampiran imam dan nampak seluar imam sedikit terlondeh ketika sujud. bahagian pinggul nya terdedah. setahu saya ia aurat kerana sudah berada di bawah paras pusat. adakah saya harus mufaraqah atau terus menggantikan tempat imam? bagai mana kalau ia sudah berada di tahiyyat akhir? boleh kah saya bergerak bangun dan mengganti imam atau sekadar mufaraqah? jzkj.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Seluar imam londeh, kalau kita tegur imam subhanallah sahaja belum tentu imam tahu apa kesalahannya. Kalau begitu lebih baik mufaraqah sahaja. selepas solat kita bagitahu kat imam bahawa seluarnya terlondeh nampak punggungnya. Kalau imam keluar dari solat disebabkan batal barulah kita ambik alih tugas imam tersebut.

    ReplyDelete
  4. As salam,

    Ustaz,

    Saya nak tanya,
    macam mana kita nak minta maaf kepada orang yang tidak mahu sama sekali maafkan kita ??
    Tiada guna kalau kita minta maaf kepada Allah tetapi dosa kita kepada manusia masih ada..

    Boleh ustaz beri cara - cara atau pendapat mengenai komen saya ini ?

    Hidup tidak tenang kalau diri masih ada dosa walau sekecil zarah ..

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum Ustaz,
    Saya seorang Hamba Allah dari Johor. Saya ada beberapa kemusykilan untuk bertanyakan kepada ustaz, sebagai anak lelaki yang pertama saya terpanggil untuk bertanyakan soalan ini. Saya berasa tersangat tertekan dengan apa yang saya lalui sekarang ini.
    Dan saya harap ustaz dapat selami perasaan saya dan memberikan jawapan yang terbaik untuk saya.

    Sebenarnya ayah saya baru meninggal dunia seminggu yang lepas akibat sakit, semasa hayatnya ayah saya telah berkahwin lain pada 4-5 tahun yang lepas dan semenjak arwah ayah berkahwin ayah saya tidak tinggal di rumah bersama ibu, saya dan adik-adik sewa sekarang dan arwah ayah telah tinggal bersama isteri barunya serta mengabaikan tanggungjawab pada ibu saya. Arwah ayah telah duduk bersama isteri barunya dengan rumah yang saya beli sendiri dan bayar bulanan tiap-tiap bulan untuk saya dan ibu saya duduk tetapi telah didiami oleh arwah ayah dan isteri barunya itu tanpa kerelaan. Tetapi saya redha kan sahaja, dalam hati berkata bukan untuk siapa untuk ayah saya juga.

    Arwah ayah saya memang rajin berhutang, tidak kira dengan saudara mara, sahabat handai atau dengan sesiapa sahaja. Adakalanya ayah bayar adakalanya tidak. Kadang-kadang sehingga malu saya dibuatnya dengan jiran-jiran sekeliling dan saudara mara.
    Dan sekarang setelah kematian arwah ayah, baru saya tahu semasa hayatnya arwah ayah ada membuat satu permohonan pembalakan dan ia menelan belanja yang besar bersama rakan-rakannya yang lain. Arwah ayah bersama rakan-rakannya telah berkongsi duit dan membuat permohonan pembalakan yang dirancangkan itu. Sehingga sekarang permohonan pembalakannya belum mendatangkan hasil dan menunggu kelulusan dari Jabatan Hutan Johor.

    Masalahnya sekarang, pada hari ke-3 kematian arwah ayah saya semasa saya dalam keadaan sedih, datang seorang kenalan ayah yang mendakwa dia salah seorang rakan kongsi duit bersama arwah ayah saya, telah datang ke rumah yang saya diami dan menuntut duit sebanyak RM80,000.00 yang telah dikongsikan bersama arwah ayah saya untuk menjalani projek balak yang dirancangkan bersama arwah ayah saya itu. Dengan sikap kurang ajar dia mendesak saya dan adik beradik saya membayar duit itu. Untuk pengetahuan ustaz, saya bukannya seorang yang mewah, kaya atau berduit dan ayah saya juga saya rasa tidak meninggalkan sebarang harta pusaka untuk saya dan keluarga saya.

    Apakah wajib untuk saya membayar duit perkongsian dan persetujuan mereka bersama semasa hayat arwah ayah saya untuk projek pembalakan itu? Ia duit perkongsian dengan syarat jika dapat ia akan dikongsi bersama-sama mereka.
    Dan bagaimana saya hendak menentu sah kan hutang-hutang yang lain jika ada yang menuntut ?
    Saya harap Ustaz dapat menjawab persoalan saya ini.
    Terima Kasih Ustaz.

    (Dari Insan Yang Lemah)

    ReplyDelete
  6. ustaz saya dah lakukan kesilapan yang sgat bsar,,
    saya x tahu pada siapa saya harus blajar untuk berubah,, dah terlalu lama sya hidup dalam dosa,, tolong saya ustaz,,,

    saya yang berdosa..

    ReplyDelete
  7. salam ustaz,
    kalau dlu kite ni kaki ngumpat
    tapi skarang dah insaf
    tapi kite tk minte maaf dkt org yg kite tlh ngumpat dulu 2.
    mcm mane 2 ustaz ,boleh tlg jlskan

    ReplyDelete
  8. Salam ustaz , macam mana kita nak betul2 insaf??

    ReplyDelete
  9. Salam ustaz, saya betul2 ingin bertaubat. bantulah saya. saya tak tahu mahu mula dari mana. bantulah saya

    ReplyDelete
  10. ustad , sebagai manusia biasa , saya tak lepas dari membuat dosa . dalam hati saya , saya nak sangat kembali kejalan allah . apa yang membuat saya susah nak menegakkan adalah , saya mudah terpegaruh . saya mahu bersama-sama kawan2 saya tampa memikirkan batas , tapi pada masa yang sama , saya takut dgn balasan yang akan saya terima . apa yang perlu saya lakukan ustad?

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum w.bt...kita dah b'taubat atas segala kburukan yg kita buat.. tp org kata kita mestilah melakukan solat taubat....tapi saya tak pandai solat taubat...hanya solat 5 waktu yang sy pandai...

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum,ustaz saya ada couple dengan seorang lelaki nie...tapi dia selalu tinggal solat dah puas saya bagi nasihat tapi dia tetap degil...ustaz saya nak sangat tinggal dia tapi dia tak nak lepas saya...saya takut kepada allah s.w.t kerana saya selalu teringat akan balasan di hari akhirat kelak...saya dah beberapa kali buat solat istikhoroh supaya diberi petunjuk tapi setiap kali saya solat istikhoroh saya selalu mimpi dia..saya ada mintak pendapat dari kawan-kawan dan sanak saudara tapi dorang cakap terserah pada saya...ustaz saya nak sangat menjadi seorang wanita solehah dan dapat masuk syurga...ustaz tolong bantu saya....wassalam

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum ustaz.
    saya ingin bertanya tentang pebahagian harta sepencarian bila pasangan suami isteri bercerai.

    masalah saya begini. sebelum menikahi isteri saya,(janda anak 5) dia mempunyai sebuah kereta viva yang telah setahun dibayar. apabila saya bernikah dengan dia,dia tidak bekerja. jadi sayalah yang menyambung bayaran bulanan viva tersebut dan kereta ini saya buat sebagai kenderaan utk saya berniaga sbg kontraktor letrik. pejabat yg saya sewa guna nama istri sy dan segala-galanya saya guna namanya. saya memulakan perniagaan kontraktor elektrik sebulan sebelum kahwin dgn istri saya. semua pendaftaran syarikat dan akaun bank syarikat menggunakan nama istri saya. selepas setahun berkahwin dan syarikat saya agak maju. saya telah membuat pinjaman di bank atas nama syarikat yg didaftarkan atas nama istri saya tadi.dan saya telah membelikan istri saya kereta naza ria dgn membayar deposit menggunakan duit pinjaman bank td. dgn alasan ingin istri sy snang menggunakan kereta besar. dan sy tetap guna viva kerana kos minyak yg jimat.
    masalah saya bermula apabila saya kerugian dlm satu projek dan stor saya telah kena pecah masuk. pada masa tu viva dh 2 bln saya x mampu byr. pergaduhan berlaku. sy dihalau keluar rumah, kononya rumah dia, sbb nama dia. viva di ambil dn dia beri pada anaknya. apabila berbaik semula. dia tak beri semula viva yg saya guna utk mencari rezeki. naik motorlah saya, kerana itu yg nama sy. bekerja seorang diri behujan panas. saya tak dapat ceritakan mcmana siksanya kontraktor bekerja naik motor sorang2, rasanya tak pernah jumpa lagi.
    selalulah pergaduhan berlaku kerana sy kerja sampai lewat malam. 3 bln terakhir, dia mendapat duit dari arwah bekas suaminya yg baru meninggal dn dia buka restoran dibawah pjbt saya. bila dia berniaga pandai cari duit sendiri, setiap pergaduhan punca dari duit. kononya saya tidak beri dia duit, makan pun dia cari sendiri, ustaz dah dia tokey restoran, dia berkira dgn saya . bila saya katakan sy hanya mampu dgn apa yg ada skrg sbb sy kerja guna motor dn minta kereta viva semula. dia x berikan. saya sabar dgn harapan dia berubah, pernah dia hempas al quran krn nk bersumpah yg dia benar2 minta cerai pada saya. nyaris saya pukul dia kerana tiada wudhuk dan menghempas quran. jadi ustaz, dalam 3 bln ni, saya hanya mampu bayar hutang bank sebanyak rm530 sebulan dan sewa pejabat rm500. itupun telah tertunggak 2 bln. dan saya tak mahu lagi bayar viva dan naza kerana saya tak dibenarkan guna sendiri.

    setahu saya, harta sepencarian adalah harta yg diperolehi bersama tak kira atas nama siapa. kerana tak semestinya penama yg membayar.


    saya hendak menghantar borang permohonan cerai.
    alasan saya:
    1.berulang kali dia minta cerai hingga sanggup hempas al quran.
    2.dia sudah tidak mahu dengan saya kerana ketika ini saya susah dan tidak beri dia wang.
    3.usaha perbaiki sudah berulangkali saya cuba, tapi dengan jelas dia berkata sudah tidak mahu perbaiki hubungan kami

    soalan saya.
    Ustaz...
    bolehkah saya menuntut harta sepencarian yang semuanya nama istri saya?
    bolehkah saya tuntut :
    1. syarikat atas nama dia. termasuk semua akaun bank. krn telah didaftarkan dgn M.O.F
    2. kereta naza ria.
    3. premis pejabat yang saya sewa


    saya tuntut syarikat kerana saya yg memajukan dn dia dah daftar satu lagi syarikat atas nama lain.

    saya tuntut naza ria. kerana dibeli hasil dari usaha saya dan dia dah ada viva. saya akan bayar loan bank krn saya adalah penjamin

    saya tuntu pejabat, kerana dia sudah ada restoran ditingkat bawah.

    untuk pengetahuan ustaz. saya mempunyai rekod akaun keluar masuk syarikat.

    BOLEHKAH SAYA TUNTUT KETIGA2 YANG DI ATAS DAN BAGAIMANA CARANYA?
    harap ustaz membantu saya kerana sekarang saya telah dihalau keluar tanpa apa2

    ReplyDelete
  14. ustaz bagaimana nk mendapatkan keinsafan yang kekal selamanya,ini adalah kerana,perasaan sesal yg saya rasakn hanya bertahan sekejap sahaja,dan kemudiannya kembali balik kepada perbuatan yang lama,harap ustaz dapat membantu saya

    ReplyDelete
  15. assalammualaikum ustaz,saye ingn brtnye...apkh niat solat taubat nasuha??....dan bagaimanakh sye ingn mmnta maaf trhdp org itu ttpi org itu tlh mninggal dunia.....-HARAP2 USTAZ DAPT MMBNTU-terime ksh....:')

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum ustaz..
    saya ade masalah..
    dosa yg sye slalu buat berbentuk permikiran..
    sye sering menyesal terhadap dosa yg selalu sye buat tu.. (berfikir bende yg x baik terhadap Allah).
    sye sentiase takut atas pemikiran sye.
    lagi sye minta apun kpd Allah lg bnyk sy berfikir yg x baik.
    sye sedih sngt.sye x thu mcm mane nak selesaikan masalh ni..sye x nk ters buat dosa.. tapi sye x mampu nk berhenti buat nye.

    ReplyDelete
  17. Kepada yang nak bertaubat, dan xtahu cara nak bertaubat..belilah buku solat-solat sunat..di dalamnya terdapat cara2 untuk melakukan solat taubat..
    -Walaupon kita melakukan dosa berkali-kali.. berjuta-juta kali pon.. jgn pernah berhenti untuk bertaubat..memohon ampun kepada Allah.. Sesungguhnya Kasih sayang Allah melebihi Kemurkaan-Nya..

    Kepada muslimin yang ada masalah dalam hidupnya, saya mengesyorkan anda solatlah berjemaah di masjid.. dan berkenalanlah dengan orang2 masjid disitu..InsyaAllah..anda boleh ceritakan masalah anda kepada imam,ataupon org2 yg soleh yg dapat menyelesaikan masalah anda.. Semoga anda semua berjaya...

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Utaz, saya nak bertanya kalau seseorang itu telah keluar dari Islam tetapi ingin kembali pada Islam, apakah cara sebaik-baik nya?

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum ustaz,saya nak tanya kalau seseorang itu pernah melakukan hubungan terlarang dalam erti kata hubungan songsang,mampukah orang-orang ini layak bertaubat ataupon apa yang perlu dilakukan??

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum ustaz, mcm mne nk tekad kn hati untuk bertaubat

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum, ustaz,bagai mana nak menginsafi diri dengan sepenuh hati. dan macam mana care nk bertaubat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. segeralah tinggalkan hal-hal yang bisa menghalangi taubat anda... banyak-banyak lah beristighfar, terutama jangan tinggalkanl ibadah yang wajib . karna hal tersebut itu lah yang bisa menambah keimanan kita.

      karena kita itu hidup untuk mati, makanya kita di wajibkan untuk beriman. dan, orang yang tidak beriman itu akan mudah melakukan dosa.

      Delete
  22. assalamualaikum ustaz??
    saya betul2 nak insaf tpi saya tahu satu hari nanti sy akan ulangi dosa yang pernah saya buat..tolong saya ustaz..saya betul betul na bertaubat..tolong saya ustaz

    ReplyDelete
  23. Assalamuailaikum ustaz..
    saya rase saya nak taubat tap tak tau napa kadang 2x hati saya ragu-ragu dan rase macam panas dalam diri saya napa ya ustaz..
    saya harap ustaz t olong saya

    ReplyDelete
  24. As salam ustaz...saya telah melakukan dosa dan telah bertaubat untuk tidak melakukan lg perkara tersebut..macam mana kalau kita telah melakukan kesalahan terhadap seseorang,dan kita telah meminta maaf berulang kali terhadap org tersebut tetapi orang tersebut tidak mahu memaafkan kita sampai mati..sekarang saya benar2 rasa menyesal akan perbuatan yang telah saya lakukan terhadapnya..apa yang perlu saya lakukan ustaz??..agar dia dapat memaafkan saya dan saya dapat hidup dalam rasa tanpa penyesalan seperti sekarang?? Harap ustaz dapat membantu.

    ReplyDelete
  25. jom sama2 berdiskusi di facebook...
    jom like http://www.facebook.com/pages/Ya-Allah-ampunkanlah-dosaku/189852311120352

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum.....
    saya menghadapi masalah obses dengan video seks.
    saya pernah hampir sebulan tidak melakukannya namun perkara yang sama asyik berulang dan bertambah teruk apabila saya mengamalkan onani seperti yang disyorkan oleh seorang sahabat.....bantulah saya mengatasi segala ini sedit demi sedikit

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum ustaz....

    Saya ada soalan berkaitan perceraian..Bolehkah seorang isteri meminta cerai dgn suaminya yg tdk bertanggungjawab..seperti meninggalknnya dirumah ibunya(rmh ibu suami)sedangkn suami menyewa rumah lain..ini kerana dia ada hubungan dgn perempuan lain,dan melebihkn perempuan itu dr keluarga & ank2nya..walaupun tggl asing tp isteri msh melayan batinnya..tp bila dpt tahu isteri hamil dia minta supaya digugurkan kandungan itu...isteri tdk ikut ckpnya.Bolehkah isteri menuntut cerai dgn alasan suami yg tdk berperikemanusiaan itu??

    ReplyDelete
  28. salam Ustaz.

    saya ingin bertanya Ustaz tentang persahabatan. Saya mempunyai seorang kawan yang agak rapat dengan saya pada satu masa dahulu. kawan ini adalah kawan sejantina dengan saya. Namun demikian, persahabatan menjadi keruh sejak kebelakanagan ini yang mana saya sendiri tidak ketahui sebabnya. Dia cuba mengelak dari saya di dalam segenap hal samada bercakap dengan saya ataupun ketika bertembung di jalan. Pernah saya pergi berjumpa dan memohon maaf sekiranya saya ada berbuat salah kepadanya, tapi, jawapannya, itu memang sikapnya. Peliknya, kenapa kepada saya sahaja, tidak kepada kawan-kawan yang lain dan ini membuatkan saya merasa seolah-olah ada hal yang tidak kena.
    Ingin saya bertanya kepada ustaz, berdosakah saya? Saya pun manusia biasa, bila orang acuh tak acuh dengan kita, kita jadi malu dan malas untuk bertegur juga. Walau bagaimanapun, saya telah banyak kali cuba memperbaiki keadaan, tapi tidak mendapat respon malahan lebih negatif.

    ReplyDelete
  29. ustaz
    cerita saya macamnie. saya ada mencuri duit mak mertua saya. saya dah menyesal dan ingin bertaubat. tp saya takut untuk mengaku depan dia.nanti isteri saya malu dapat suami tak berguna macam saya. macam mana ustaz... saya betul2 nak bertaubat...

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum ustaz..saya ada baca buku dan dalam buku tu menyatakan yang kita hendaklah solat dalam keadaan gelap..tapi, ada satu hari saya terbaca dalam buku yang lain pula, dalam gelap ada banyak syaitan..jadi,saya confuse sikit..lebih baik kita solat dalam gelap ke..terang lagi bagus??minta tolong ustaz terangkan..

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum ustaz....
    Name saya ardi ustaz....saya nak minta tolong ustaz.....saya nak belajar tetang agama islam ustaz....
    Saya ni tak tahu pasal islam ustaz....saya kosong je ustaz.......saya rasa malu sgat2 diri sndiri ustaz saya cuba belajar sendiri tapi tak boleh juga......
    Saya tak tahu nak buat macam mane lagi ustaz.....ustaz tolong lah terangkan....kat saya
    Zuldiyan69@gmail.com

    ReplyDelete
  32. Askum ustaz...sy nk tnye ustaz..mcm mne cre sy nk tngglkn segala mksiat,prbuatan mksiat sy..sy smyang brdoa tp klo jmpe mkwe sy msti ad mksiat yg sy buat..ustaz tlg lah sy..sy mnyesal..lpas 2 bt lg..ustaz tlg lah..

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum Ustaz.
    Saya nak tnya Ustaz. Ini berkenaan dengan soal arak. Saya prnah meminum bir yang mengandungi alkohol tetapi minuman tersebut tidak memabukkan, adakah minuman bir itu dikira "HARAM"? Saya telah membuat carian d web tetapi saya tidak pasti dengan jawapan yang ada kerana terdapat banyak perbezaan dengan jawapan-jawapan tersebut. Bukan itu sahaja, saya prnah terdengar waktu sekolah dulu, sesiapa yang meminum arak, solatnya tidak akan diterima selama 40hari, adakah ini benar Ustaz? Oleh itu saya meminta pandangan Ustaz tentang hal ini. Terima kasih Ustaz

    ReplyDelete
  34. terima kasih ustaz saya harap saya dapat insafkan diri saya...dlu saya sgt susah insaf sbb nafsu sya sgt kuat saya x dpt melwan nafsu saya ...slps bca text yg ustaz bgi saya dpt insaf kan diri...tpi sya x tau iklah atau x

    ReplyDelete
  35. assalammualaikum ustaz....
    sy nak bertaubat..tapi apabila bertaubat saya mengulagi perbuatan itu....saya takot taubat saya tidak diterima Allah....apa yang harus saya buat untuk menjauhi segala perbutan dosa...

    ReplyDelete
  36. allah maha pengampun, jangan kita sesekali berputus asa dalam bertaubat..ingatlah allah x kira di mana sahaja kita berada..ingatlah mati...mati itu datang tanpa diketahui...

    ReplyDelete
  37. terimah kasih atas cara2 ini.. sekarang saya ingin bertaubat.. astarfirullah, saya memang melakukan satu dosa besar ustaz.. harap2 ustaz boleh mendo'akan saya agar allah ampuni dosa saya..

    ReplyDelete
  38. Assalammualaikum ustaz.saya seorang hamba allah yang sering melakukan dosa dan maksiat.saya sedar dan menyesali kesilapan saya.tapi ustaz saya tetap mengulangi nya.ya allah macam mana saya na sucikan diri ni yang dilumuri dosa ustaz ??saya na sangat kembali ke jalan yang benar.saya solat tiap waktu tapi kenapa hati ni gelap ustaz ?adakah taubat yang perna saya lakukan ta diterima ?saya takut ibadah yang saya lakukan ta diterima oleh allah.ustaz bantu la sya agar saya mampu kembali ke jalan nya.

    ReplyDelete
  39. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum ustad
    Ustad saya mau bertanya skaligus minta solusi ??
    Saya punya dua org cewek, cewek yg Pertama saya sudah pacaran selama 7 thn tp sampai skarang blum ada hasil kejenjang pernikahan
    Cewek yg kedua saya pacaran selama 2 thn dan blum ada jg hasil kejenjang pernikahan. Semua itu hanya janji yang saya berikan demi mendapatkan tujuan kita sebagai lelaki sedangkan skarang org tua saya memaksa saya untuk merid dengan cewek yang pertama sedangkan cewek yang kedua aq juga sangat sayang masalhnya dia skarang seorang diri tdk ada yang menemani maka dari itu aq sangat ingin bersamanya tp dari sisi lain ibu tetap tdk terima ibu saya maunya saya merid dengan cewek yang pertama sampai2 ibu saya bersumpah, apabila saya memaksakan diri untuk merid dengan cewek yg kedua dia harus meninggal dulu lalu aq seenaknya merid dengan siapa aja ?
    Sedangkan saya sering berhubungan dengan mereka berdua, selain itu aq jg peminum, dll,
    Tapi kadang saya bertaubat sudah sholat tp terkadang klo teman saya datang pasti dia ajak saya lg n akhirnya saya tergoda
    Pertanyaan saya skarang apa ada taubat yang paling mujarab sehingga saya tdk berbuat aneh2 lg dan bagaimana cara untuk mensucikan diri ini kembali n trakhir saya harus pilih yang mana ustad.
    Trimakasih

    ReplyDelete
  41. saya,anda dan kamu...
    sesungguhnya kita adalah hamba berdosa,
    tidak lari dengan picisan hina diri,
    sudah tentu rendah diri menggapai puncak,
    seringkali itu juga taubat meniti dibibir,
    tetapi bila nafsu menunggangi,
    kita ludah begitu sahaja lafaz taubat,
    saya,anda dan kamu...
    memang taubat itu kewajiban,
    ia adalah nasihat diri,
    ia adalah perjanjian baru,
    meninggalkan hamis dosa kebelakang,
    memakaikan persalinan baru,
    disertakan dengan sepatu amalan baru,
    saya, anda dan kamu...
    marilah kita berkali2 taubat,
    andaikata kerap kembalinya syahwat,
    kerap kali kan jua kembalinya taubat,
    mungkin belum tergapai maksud nasuha,
    tetapi kecekalan taubat kita ada pertimbangan,
    boleh jadi dalam ribuan tangis kita menadah,
    nasuha itu hadir setelah cukup tingkatan taubat kita... :-)

    ReplyDelete
  42. Assalammualaikum ustaz,saya nk bertanya kalau hutang nk byr tapi tidak berjumpa dgn orgnye mcmne ye ustaz...

    ReplyDelete
  43. salam...ustaz sy ada soalan ustaz..dan sy berharap sangat ustaz dapat jawab..sbb sy tak tahu kepada siapa lagi sy nak bertanya.ustaz...saya telah berkahwin 2 tahun lepas..dan alhamdulillah sy dikurniakan cahaya mata seorang...skrg anak sy berusia 10 bulan..ustaz..sy dan isteri selalu mengalami ketegangan rumah tangga yg boleh dikatakan teruk sangat ustaz...puncanya kerana ekonomi...dan sy akui sy bukan suami yg elok untuk bimbing isteri sy...bak kata orang..suami yang tak elok hanya untuk isteri yang tak elok...ustaz..sy terlalu sangat sayangkan isteri dan anak sy...walaupun sy disakiti..di maki hamun olh isteri sy...kerana jauh disudut hati sy...sy kasih sgt kt isteri sy...dia banyak bantu sy...masa sy susah..senang...cuma ustaz kadang2 mulut dia yg buat sy sakit hati dn tertekan...perkataan2 yg tidak elok selalu keluar dr mulut dia ustaz bila kami ada masalah...dan dalam setiap kali kami bergaduh teruk...dalam persaan yang amat tertekan..marah...dgn isteri sy menjerit mebuatkan jiran2 mendengar...sy telah melafazkan cerai padanya ustaz...dan boleh dikatakan sudah lebih tiga kali lafaz ustaz..pada masa yg lain..bukan masa sama..maksudnya pada lain2 pertengkaran...sy akui ustaz...sy jahil sikit bak agama..begitu juga dgn isteri sy..tp ustaz..bila keadaan dah reda...sy teramat menyesal sgt3 ustaz...dan sy memang masih lagi sygkan isteri sy ustaz...ustaz..sesungguhnya sy bukan berniat untuk melawan hukum yang Allah tetapkan..dn main2 dalam melafazkan cerai pada isteri...keadaan yang buat sy jd hilang pertimbangan...dengan di himpit kesususahan dalam hidup sy...membuatkan sy lg jd mcm org gila...soalan sy ustaz.sy memang taknak sgt2 berpisah dgn isteri sy ustaz..lg2 dgn anak sy masih kecil...demi Allah sy tak nak ustaz...adakah sy dgn isteri boleh memohon taubat dan keampunan dengan Allah dn bertekad tidak akan mengulangi lagi perkara ini..dn tidak sesekali mengeluarkan perkataan melafaz cerai lg..ada masih ada harapan ustaz...sy tak nak ustaz berpisah...sbb sy kesiankan isteri sy..dia banyak bergantung hidup dgn sy...dia datang dr keluarga bermasalah...porak peranda...ustaz...kata org...sebesar mana dosa yang telah kita lakukan...walau pn seperti buih di laut...kalau kita betul2 ikhlas mememohon keampunan dan rahmat dari Allah...nescaya Allah akan mengampuni dosa2 kita..ustaz..berilah sy petunjuk dn jalan yang elok untuk sy...sy memhon sgt ustaz...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG