PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, October 18, 2010

Filem From Paris With Love Hina Islam


Sebelum ini saya pernah menonton filem ini dengan kawan-kawan ketika menghadiri kursus KPLI UPSI-MARA. Adegan filem nampak hebat dan penuh teknologi terkini dan ceritanya sama seperti filem box-office sebelum ini yang berjudul B13. Misi agen perisik menyelamatkan negara. Filem “B13” menyelitkan sedikit unsur penghinaan kepada Islam apabila orang Islam dilakonkan sebagai salah satu kelompok minoriti mafia yang terlibat dengan dadah. Tetapi, filem “From Paris With Love” menyajikan penghinaan yang lebih dahsyat iaitu Muslim sebagai pengganas dan Islam agama yang menyeru kepada keganasan.

Pada permulaan cerita, watak utama, Wax yang dilakonkan oleh John Travolta sudah mengetengahkan imej menghina Islam. Kononnya, cuba menyamar sebagai salah seorang anggota mafia dengan memakai serban di tengkuk. Ironinya, ini adalah satu agenda yang ingin mendidik minda manusia bahawa pemakaian serban adalah lambang mafia dan pengganas.

Saya cukup terkejut dengan perkembangan plot cerita ini kerana secara keseluruhannya menghina Islam dari awal hingga ke penghujung jalan cerita. Kumpulan Islam adalah kumpulan pengganas yang menjadi musuh utama dalam filem ini.

Orang Asia berbangsa Cina ditonjolkan sebagai kumpulan yang dipergunakan oleh kumpulan pengganas. Kumpulan pengganas menjual dadah kepada mereka sedangkan keuntungan jualan digunakan untuk membeli senjata bagi menjalankan kegiatan kumpulan pengganas Pakistan/Islam tersebut.

Dinding bangunan sarang 'pengganas' dipenuhi dengan kalimah-kalimah yang agung; Allah, La ilaha illallah, Muhammad dan sebagainya.

Watak yang dilabel pengganas kononnya adalah orang Pakistan beragama Islam. Turut dikaitkan sebagai sarang pengganas adalah negara Lubnan.

Dalam satu adegan, salah seorang watak utama, James Reese (Jonathan Rhys Meyers) mengacukan pistol kepada ‘pengganas’. Si pengganas yang telah mengangkat tangannya secara tiba-tiba mendekatkan diri dan memasukkan pistol yang diacukan tersebut ke dalam mulutnya. Kemudian, menarik picu pistol dan sempat mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum melepaskan picu pistol sehingga hancur kepalanya.

Kemudian, seorang ketua kumpulan pengganas membawa kereta yang diisi bom dari arah yang bertentangan dengan kereta yang dinaiki oleh delegasi dari Amerika Syarikat yang sedang dalam perjalanan untuk menghadiri satu persidangan di Paris. Kononnya merancang untuk membuat aksi pengebom kereta berani mati. Watak-watak pengganas semuanya memegang nama-nama Arab/Islam seperti Rasyid dan sebagainya.

Akhirnya, satu rahsia terbongkar. Bekas kekasih Reese, Caroline kononnya menganut agama pengganas dan merancang untuk meletup diri dalam persidangan yang bakal berlangsung. Dia hadir dengan berpakaian seperti seorang Muslimah. Reese memujuknya agar meninggalkan agama yang merosakkannya yang menjanjikan ketenangan yang palsu. Akhirnya Reese terpaksa menembak mati kekasihnya sebelum sempat Caroline menekan butang bagi meletupkan diri.

Sumber : Wira Islam

6 comments :

  1. Harap isu2 ini di bawa ke PBB. sememangnya ia melanggar peraturan hak-hak keagamaan. Filem ini TIDAK sepatutnya mempermain2kan ayat-ayat Islam dan melogokan Islam itu pengganas.
    Mahnder Singh Dhoni masuk Islam

    ReplyDelete
  2. bgusnye info anda, baru je bercdg nak tgk cerita ini...boleh tak exchage link..terima kasih

    ReplyDelete
  3. salam,

    Boleh je nak exchage link dengan saya, saya setuju...

    ReplyDelete
  4. banyak lagi filem2 barat yang menggambarkan orang islam sebagai pengganas......yang peliknya, lokasi filem tersebut dibuat di negara islam dan dilakonkan oleh orang islam sendiri...

    ReplyDelete
  5. cerita terbaru lakonan angelina jolie "SALT" juga filem yg mghina Islam....

    ReplyDelete
  6. isu ini xkan dibawa ke PBB.. sbb objektif utama penubuhan PBB nk hancurkan umat islam.. Kita sama2 berdoa supaya Allah menghukum kafir laknatullah.. SUBHANALLAH..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG