PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, November 29, 2010

Akhlak Anak-Anak kita adalah tanggungjawab kita!


Akhir akhir ini kita melihat pelbagai gejala-gelaja sosial yang melibatkan anak-anak muda/remaja terutamanya yg beragama islam, sebagai contoh baru-baru ini saya ada menerima link video yang mengejutkan saya bertajuk ' budak sekolah diraba' (lebih kurang). tanpa segan silu budak2 sekolah berani pemperlakukan sedemikian dan berani pula memperlihatkan wajah mereka yg tidak langsung memikirkan kesan pada keluarga mereka nanti.

Kalau diikutkan hati hendak saya kongsikan link itu disini dan post kan pada semua sahabat2, supaya nanti mungkin ada yang mengenal mereka, atau mungkin keluarga mereka sendiri ada disini dapat mendidik kembali anak-anak mereka yg terlibat ke jalan yg baik, tetapi memandangkan ia bakal mengundang aib dan malu pada keluarga mereka saya batalkan hasrat berkenaan.


Sahabat-sahabat yang saya hormati, Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.

Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah s.w.t.

Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.

Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Justeru itu, proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada setiap ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :

Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.

Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah Ali – Imran ayat: 38

”Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan. “

Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat keturunan yang baik. Ini memberi gambaran dan contoh kepada manusia untuk diamalkan. Di samping kita berdoa hendaklah kita memberi pelajaran yang sempurna dari segi fardhu Ain dan Fardhu Kifayah semoga mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak

Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh menyesatkan mereka.

Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudat Ibadah

Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa.

Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 :

“Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam “.

Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak

Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :

“Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia“.

Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal

Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.

Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sehat. Dan akhirnya mendorong seseorang kearah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :

”Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu “.

Marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya.

Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. terhadap anak-anak dengan baik dan sempurna. Kelima-lima perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk membina insani yang sempurna dan merupakan modal insan yang akan memainkan peranan untuk anak-anak kita dalam membangun masyarakat dan Negara.

Sumber : PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA- PPIM

9 comments :

  1. Ustaz, cmne klo sorg kwn sy ny,
    dy daa sumpa Al-Quran..
    dy buat utk slmtkn diri dy..
    tp, sblum dy sumpa, dy dah solat taubat dlu..
    dy da berdoa dan berkata yg dia x bermaksud..
    lepas sumpa pon dy solat taubat..
    dy tetap berdosa ke?
    mcm mane dosanya na diampunkan?
    adakah dia dilaknat Allah?

    ReplyDelete
  2. salam.

    tetapi ibu bapa lebih menyerahkan tanggungjwab mendidik akhlak pada cikgu sekolah. Bagaimana tu ustaz?

    p/s : ada juga orang yang mengaku diri mereka sebagai biawak setelah sudah elok2 dijadikan manusia.

    ReplyDelete
  3. Salam

    Sumpah ini mestilah kena ada perkataan wallah, billah n tallah barulah dia dikira sumpah, kalau tak ada perkataan arab tu maka sumpahnya tak boleh pakai, Sebaiknya jangan bersumpah kerana takut nanti jadi sesat pulak sebab kalau bersumpah dengan nama Allah n Al-Quran tiba2 tak jadi apa2 orang kata lain n ingat lain, Allah tak perkuasa la n apa la.

    Kalau orang tu bersumpah dia akan dikenakan kifarah iatu puasa selama 2 bulan berturut2, memerdekakan seorang hamba, memberi makan fakir miskin..

    Perkataan sumpah ini datangnya dari zaman jahiliah bukan budaya Islam, Islam ada sumpahnya dalam hal2 tertentu sahaja..

    Al-Muallim : itu adalah ibu bapa yang tak bertanggungjawab, sebab tanggungjawab utama adalah ibu bapa, di akhirat nanti yang akan ditanyakan dahulu adalah ibu bapanya tentang anaknya bukan kepada gurunya.. Sebab itulah Islam benarkan umatnya berkahwin ketika ada kemampuan dari segi zahir n batin, maksudnya ada pendidikan agama n mempunyai akhlak yang baik.

    ReplyDelete
  4. sekarang ni ibubapa banyak melalaikan anak2 dengana cetita kartun sejak mereka kecil lagi.. kdg2 ibubapa sering mengalah jika anak mengamuk nak tgk kartun. saya kesian melihat cara ibubapa skarang didik anak.. sepatutnya mereka diajar mencintai Islam sejak kecil.kalau nak seribu daya.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ustaz,
    saya ingin tahu apa hukumnya menyimpan janggut/jambang dan hukum mencukur nya bagi lelaki? saya buat beberapa kajian dan saya jumpa fatwa yang berbeza2.. saya jadi keliru mana satu hukumnya. ada artikel yang memberi pandangan pelbagai mazhab, tetapi bila saya baca dari artikel lain, lain pula hukumnya..

    adakah menyimpannya wajib atau sunat atau sunnah?
    bagaimana pula mencukurnya? adakah haram, makruh atau makruh tahrimi?

    apa pula pandangan ustaz tentang kerja di Malaysia yg tidak membenarkan lelaki berjambang? bolehkah seseorang mencukur licin janggutnya alasan supaya kelihatan kemas?

    ReplyDelete
  6. Masalah sekarang ibubapa sudah bermasalah.Mereka perlu disedarkan bahawa tanggungjawab bukan sekadar buat anak.

    ReplyDelete
  7. Salam Ustaz,

    masalah sosial yang keterlaluan sekarang ni menyebabkan saya bertekad menyekolahkan anak2 lelaki saya di intgrated islamic school. Walau terpaksa berbelanja besar. ALHAMDULLILAH anak2 saya sudah didedahkan dengan akhlak yang mulia. INSYALLAH jadi pedoman buat mereka semua..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..ustaz halal kan ilmu yang saya copy paste untuk di share dengan kawan2 di blog dan fb saya ya...http://nurhaslinas-sharingisloving.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Salam

    Halal ambiklah saya benarkan, tetapi saya harapkan anda dapat masukkan link asalnya sekali ok...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG