PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Sunday, November 7, 2010

Hina Islam Dari Fan FaceBook


Salam sejahtera kepada semua umat Islam khususnya umat Islam Malaysia, Bersyukur kepada Allah kerana telah menganugerahkan nikmat kesihatan dan masih lagi meneruskan kontrak kehidupan kita semua. Selawat dan salam kepada Nabi Junjungan Muhammad saw. Berkat perjuangan Baginda Islam dapat dikecapi oleh semua pihak sehingga sekarang ini. Tetapi malangnya Islam semakin hari semakin dihina oleh musuh-musuh Islam yang tidak jemu-jemu mencari jalan untuk menjatuhkan akidah umat Islam sehingga Islam lupus di dunia ini.

Terbaru para musuh Islam menggunakan rangkaian sosial facebook untuk menghina Islam dan direka berbagai gambar yang sangat memalukan dan sangat menghina (Lihat Sini). Saya sendiri tidak sampai hati melihat umat Islam dan rumah Allah (Baitullah) dihina sebegitu rupa. Ini merupakan tempat suci umat Islam yang saban tahun dikunjungi oleh umat Islam untuk menjalankan ibadah umrah dan haji. Ini petanda bahawa umat Islam semakin lemah dan semakin rapuh dimakan usia. Saya yakin ada sebahagian umat Islam yang telah mengorbankan harta, duit, nyawa dan masa mereka untuk menegakkan Islam yang kamil sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah dahulu. Tetapi malangnya mereka tidak mendapat sokongan yang sepatutnya untuk memberi segala bantuan yang sepatutnya dalam perjuangan mereka. Inilah yang dikatakan umat Islam akhir zaman diibaratkan buih di lautan tiada gunanya lagi.

Wahai umat Islam marilah kita bersatu dibawah panji kebenaran untuk menentang musuh-musuh Islam walaupun dengan apacara sekalipun. Inilah yang dinamakan sebagai jihat fisabilillah yang bukan semua umat Islam dapat melaksanakannya, kerana ia memerlukan pengorbanan yang paling besar iaitu jiwa raga. Musuh Islam bukan sahaja orang luar dari agama Islam tetapi ia juga dari kaum munafik yang menjadi duri dalam daging dan sentiasa mengintai dan menggagalkan segala kerja yang dilaksanakan oleh pejuang Islam. Meraka ini berlakon seolahnya memperjuangkan Islam dan hidup didalam amalan Islam yang sempurna kononnya, tetapi pada hakikatnya mereka juga merupakan musuh Islam yang sangat bisa dan bahaya dari musuh Islam diluar sana.

Akhir sekali saya siarkan gambar-gambar penghinaan sebagai tontonan semua akan kekejaman dan kejahatan musuh-musuh Islam terhadap umat Islam yang tidur dan menjadikan facebook itu sebagai tempat membuang masa dan mencari kesenangan dan dosa. Hal ini bukan saya menghalang penggunaan facebook, tetapi gunakanlah kearah kebaikan dan kesejahteraan kita semua.


















14 comments :

  1. jahatnya diaorg ni..ustz,mntak izin nk copy artikel ni.moga dpt sebarkn benda ni & dpt bukakan mata org islam kita.

    ReplyDelete
  2. salam ustaz, benarkah lelaki haram mendedahkan bahagian atas badannya (tidak berbaju) kepada wanita bukan mahram? saya dengar seorang ustaz berkata, lelaki wajib menutup bahagian atas jika ada perempuan bukan mahram melihatnya. dan ini adalah pandangan jumhur ulama' mazhab shafie. adakah ini tepat? kerana setahu saya aurat lelaki kepada sesiapa shj (kecuali isteri) adalah pusat hingga lutut. wassalam.

    ReplyDelete
  3. Betul kata ustaz tersebut, sebenarnya aurat lelaki kepada ajnabi atau orang yang boleh berkahwin seperti wanita bukan mahramnya ialah semua anggota badannya kecuali yang boleh dizahirkan iaitu muka, kepala, rambut, tangan..

    ReplyDelete
  4. oh, begitu ke ustaz... baru saya tahu la ni. jazakallah khairan ustaz ! Alhamdulillah, saya tahu awal2..

    ReplyDelete
  5. Salam ustaz,
    Astaghfirullahalazim.. Al-Quran memang benar, yahudi tidak akan sekali-kali setuju dan suka kepada agama kita

    ReplyDelete
  6. salam ustaz
    minta copy di blog saya

    ReplyDelete
  7. salam ustaz, saya ada soalan penting. seorang tuan guru terkenal berkata, dalam kitab syarah sirajul tolibin, ada menceritakan Imam Ahmad Ibnu Hambal pernah berjumpa Allah dalam mimpi sebanyak 99 kali... adakah kisah ini benar atau tuan guru tersalah cakap?

    ReplyDelete
  8. Itu saya tak pasti, kadang2 ini bahasa orang sufi, memang bahasa mereka mereka penuh dengan falsafah dan makna yang tersirat.. Memang dahulu ada ulamak2 tasauf berkata Allah bersamanya, Allah ada didalam jubahnya, dan banyak lagi, tetapi kita tak boleh faham mengikut makna yang sebenar kita kena faham ikut makna tersirat..

    ReplyDelete
  9. Semua itu petanda dunia akan kiamat... Allah rasanya hanya beri masa manusia merasa seronok mengkeji nya kerana nanti mereka tak ada sebab nak kata mereka berbuat baik di dunia.
    Kalau kita miskin.. orang ejek kita kerana miskin.. kenapa kita terasa malu pada orang itu.. kita bekerja la .. belajar la dan berniaga.. orang indon pun datang malaysia berniaga, berkerja dan jika mereka dihina, ada mereka kisah.. mereka terus kerja.. tujuan mereka tetap.. baiki taraf hidup.. Itu baru betul. *** Bila dah boleh berdikari, dah mula ada rumah sendiri, kereta sendiri, tanah sendiri, orang yang mengata dulu akan diam sendiri.. Persoalannya .. Dimana kita dimalaysia ini. Lu pikir la sendiri

    ReplyDelete
  10. salam
    sy xbrape stuju tgk org2 yg maki hamun blik ble tgk bnde2 cmni.
    ni la saat2 kte utk uji kesabaran masing2.biarlah dorg nk wt pe pn.
    buang mse lah lyn org yg cetek akal tp nk ckp ttg islam.agp je lah dorg umpama bdk2 yg xthu ape2.sbr je lah.dlu mse zmn nabi2 kte berdakwah,lg trok dr yg kte kne skg,baginda sume tggung sorg2,ngn umat islam yg bpe kerat je mse tuh.tgi nye thp ksbrn mrk,knape kte xleh jdkan dorg sbg contoh?hmmm sabarlah saudara islamku

    ReplyDelete
  11. Salam, terima kasih untk perkongsian nie.

    ReplyDelete
  12. Salam ust. macammana yer, nk edit blog n nak bagi ade info2 tue?

    ReplyDelete
  13. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG