PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Sunday, November 21, 2010

Hukum Bekerja Di Restoran Tidak Halal


Assalamualaikum w.b.t. ustaz

Saya adalah seorang pelajar di United States. Saya ada satu pertanyaan. Di universiti saya belajar, ramai pelajar melayu Islam yang bekerja di cafe. Diantara mereka ada yang memotong daging dan menyediakan makanan. Mereka perlu memotong dan menyediakan pelbagai jenis makanan termasuklah makanan haram (yang tidak disembelih dan juga khinzir). Masalah di sini saya tidak tahu hukum yang jelas untuk melarang mereka daripada terus bekerja di bahagian makanan. Mereka berpendapat bahawa tidak ada masalah kerana makanan disediakan kepada orang bukan Islam. Jadi, mereka berkata bahawa tidak mengapa jika menyediakan khinzir sekalipun kerana mereka memakai sarung tangan dan makanan yang disediakan itu adalah untuk orang bukan Islam.

Masalah di sini ialah di universiti saya ada lebih kurang 300 pelajar Islam. Jadi bagaimanakah mereka tahu bahawa yang makan makanan yang disediakan itu tidak dimakan oleh orang Islam? Masalah yang kedua ialah duit biasiswa yang diberikan oleh pihak penaja sudah cukup untuk menampung kehidupan di universiti. Jadi, kerja yang mereka lakukan hanyalah untuk mencari duit lebih. Masalah ketiga ialah terdapat banyak lagi pekerjaan lain yang tidak melibatkan makanan.

Saya harap uztaz dapat membantu saya...

Jazakallahukhairan katsira.

Jawapannya

Islam mewajibkan umatnya mencari rezeki yang halal, maksud halal di sini ialah jauh dari tercampur benda-benda yang haram dan dilarang oleh Allah swt. Ramai umat Islam sekarang ini tidak faham dengan konsep mencari rezeki yang halal, malah mereka mengeluarkan fatwa sendiri untuk menghalalkan pekerjaan mereka tersebut, walaupun mereka sedar bahawa pekerjaan mereka itu jelas haram. Inilah yang menjadi penyakit umat Islam sekarang ini, walaupun mereka bukan dari kalangan orang yang mempunyai ilmu agama tetapi percakapan dan fatwa mereka seolah mereka orang agama. Sebab itulah jadinya sesat dan jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya. Saya sendiri pun tidak pandai dan tidak berani mengeluarkan pendapat sendiri tanpa disandarkan kepada pendapat Al-Quran, Hadis dan ulamak. Setiap hujah yang dikeluarkan mestilah berpandukan kepada 4 sumber perundangan Islam iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Inilah yang dinamakan sebagai sumber yang sahih dan lebih yakin dengan kebenarannya dan mempunyai nilai ilmiahnya.

Kembali kepada skop soalan yang dikemukakan, bekerja di restoran yang menyediakan makanan haram seperti babi, arak dan sebagainya adalah haram, hal ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud :

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).” (Al-Maidah : 2)

Ayat di atas cukup jelas bahawa Allah melarang umatnya melakukan perkara-perkara yang mungkar atau dosa seperti menjual benda-benda yang jelas haramnya. Ini seolah bersyubhat dengan pihak kedai tersebut dan meredhokan apa yang dilakukan dikedai atau restoran tersebut. Haram bagi umat Islam menjual daging babi, arak, makanan atau barang-barang yang diharamkan oleh Islam. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :

“Sesungguhnya jika Allah mengharamkan sesuatu, maka Dia juga mengharamkan nilai harganya" (Diriwayatkan oleh Ahmad)

Ada alasan yang mengatakan bahawa tidak mengapa, kami cuma jual daging babi dan arak kepada non muslim sahaja dan tidak dijualkan kepada muslim. Ini pendapat orang yang tiada ilmu dan sengaja menambah-nambah perkara baru dalam agama, orang yang menambah benda baru dalam agama tanpa dalil, maka akan ditempatkan di dalam neraka Allah. Haram juga bagi orang yang menjualkan daging babi, arak kepada non muslim, ini berdasarkan kepada hadis di atas.

Rasulullah melaknat orang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan arak. Ini berdasarkan kepada Hadis Anas Bin Malik :

“Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Jelas di sini bahawa orang yang bekerja di restoran yang menyediakan makanan yang tidak halal adalah haram walaupun ia hanya dihidangkan kepada non muslim sahaja. Lagilah besar dosanya kalau dihidangkan makanan haram kepada muslim. Kalau mereka yang telah melaksanakannya, maka kembalilah ke jalan Allah dan bertaubatlah sebelum terlambat.

Masalah duit biasiswa itu tidak menjadi masalah kalau mereka ingin mencari pendapatan lebih, pastikan pekerjaan itu adalah pekerjaan yang halal. Bagi mereka yang mahu bekerja, jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab hakiki iaitu belajar. Orang yang belajar ialah orang yang membawa amanah daripada Allah, keluarga, bangsa dan negara. Kalau mereka mensia-siakan amanah itu, maka mereka berdosa dengan Allah dan semua orang yang terlibat dalam usaha untuk memberikan bantuan pelajaran kepadanya.

25 comments :

  1. so, maknanya kalo kejer kat 7e haram n berdosa la eh?
    saya ada baca satu fatwa menyatakan bahawa kerja di negara bukan islam dan di kedai bukan islam yg menyediakan makananan n minuman yg haram hukannya adalah harus kerana dadurat dan tiada banyak pilihan..
    n ustaz leh tgk dimana kilang arak di malaysia mempunyai pekerja islam dan mempunyai surau serta mempunyai badan yang menjaga kebajikan pekerja islam.. bagaimana pula??
    sedangkan ahli parlemen sendiri pergi melawatnya

    ReplyDelete
  2. Salam

    Boleh anda berikan link atau ulamak mana yang mengeluarkan fatwa tersebut..

    Darurat itu kalau kita memang tak boleh balik atau terhanyut air sampai ke negara barat dan tiada duit langsung untuk balik, atau minta sedekah tiada orang bagi, atau memang kat sana tiada langsung pekerjaan yang jauh dari arak, babi dan benda yang haram.. Boleh bekerjapun bukan boleh jadikan pekerjaan tetap, bekerja sekadar kumpul duit untuk balik Malaysia balik sahaja sebab negara ini banyak lagi yang halal.

    Sebab dia tak faham agama sebab itu dikilang arak ada surau. Masalah ahli parlimen kena tengok dulu tujuannya.

    ReplyDelete
  3. Satu artikel yg bagus...Ramai yg confius akan hal ini. Di harapkan penerangan Ustaz ini ada inputnya..
    Tutorial letak button Share FB di setiap post (blogspot)

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas penjelasan ustaz..bagaimanakah hukumnya pula pekerjaan membasuh pinggan mangkuk yang mempunyai sisa makanan haram(khinzir dll)?adakah hukumnya sama?

    ReplyDelete
  5. kalau restoren yg menyediakan ayam sahaj e.g kfc tapi tak disembelih scr halal,apa pula hukumnya?

    ReplyDelete
  6. Salam

    Dah bekerja tak boleh, basuh pingan juga bekerja di restoran tu jugak..

    Jawapan kepada Hamizah

    Kalau tak disembelih secara halal jugak sama sebab bersyubhat dengan taukey tersebut.. Lagi pun jelas perbuatan tersebut adalah haram..

    ReplyDelete
  7. Hari ini kita dapati orang-orang islam sudah tidak peduli lagi halal haramnya....kalau tempat saya di Pengerang orang islam makan di kedai cina sudah menjadi perkara biasa dan tidak pelik langsung....bahkan Menteri melayu yang datang ke Pengerang pun makan di restoren cina...MasyaAllah.

    ReplyDelete
  8. Ustaz, saya pernah bekerja part time di supermarket...kdg2 sy perlu scan arak dan brg2 non-halal. Alhamdulillah saya dah berhenti kerja tersebut tetapi saya ingin tahu bagaimana hasil pendapatan saya? Adakah semua di kira haram.Adakah cara untuk membersihkan sumber tersebut.Jikalau memberi sedekah terhadap family, bagaimanakah hukum sedekah tersebut.Silalah bantu saya yg buntu....

    ReplyDelete
  9. Anggerik desa :

    Ada berbagai pendapat tentang rezeki ni, ada yang kata kite keje bahagian lain yang tidak melibatkan arak, ada yang kata duit hasil arak dan yang halal perlu diasingkan. Ada yang kata kalau dua-dua susah nak diasingkan maka ia menjadi halal. Ada yang kata haram, sebagai tindakan berjaga-jaga maka lebih baik kita elakkan dari berkerja di tempat2 tersebut.. Yang lepas itu tak apalah sebab itu kita tak tau apa hukumnya.. Perbuatan tersebut dimaafkan disebabkan kurangnya ilmu agama.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...saya bukan hendak membangkang, tetapi kalau ikut konsep yg dipakai dimana setiap premis, syarikat yg menjual arak atau khinzir, haram hukumnya bekerja...tetapi kalau fikir secara menyeluruh, sgt bnyk hotel2 di malaysia yg menjual arak di mana bnyk org islam yg bekerja, mungkin sebagai cleaner bilik...duit hasil keseluruhan hotel juga ade termasuk hasil menjual arak walaupun sedikit..jadi kalau mngikut pandangan ustaz, haram lah duit pekerja cleaner itu, sedangkan die sndri buat kerja yg halal, sprti ade soalan membasuh pinggan di atas...jadi saya bukanlah hendak mempertikai, tetapi merasakan benda ini bukanlah boleh difatwakan oleh sebelah pihak, tanpa mengikut perbincangan...ataupun kalaulah haram hukumnya oleh majlis fatwa, perlu dihebahkan agar semua umat islam tahu...wasalam..

    ReplyDelete
  11. saya pelajar tahun satu di universiti luar negara...soalan saya, pihak penaja telah menaja segala penginapan dan makan minum di san...termasuk membayar duit makanan kami para pelajar di sani dimana tempat makannya menyediakan khinzir...kami tahu yg khinzir itu haram, tetapi kami tiada pilihan kerana itu sahaja tempat makan yg kami ada(rumah yg desediakan juga tiada dapur dan akibat duit makan telah dibayar, elaun amat sedikit berbanding pelajar lain)..soalannya ptutkah dipersalahkan pihak penaja kami ini...lagi satu, setelah mendengar tazkirah dari sheikh2 disini, kami diajar agar tidak menjadi fanatik mazhab iaitu menganggap ajaran mazhab org lain salah...apa yg diajar iaitu keempat2 mazhab tetap di saluran yg benar iaitu ahli sunnah waljamaah...oleh yg demikian x salah kalau nak melakukan ajaran mazhab apa pun selagi masih ajaran ahli sunni...wasslam..

    ReplyDelete
  12. Salam

    Memang betul pekerjaan itu betul, tapi ia kena pastikan bahawa pekerjaannya tidak melibatkan benda yang haram, seperti clener hotel, pengurusan, akaun dan sebagainya dan ia tidak melibatkan penjualan arak seperti pelayan di bar, tukang angkut arak dan sebagainya.. Tapi kalau terlibat secara langsung dengan benda yang haram, maka itu sudah menjadi haram.. Awak kena faham tu.. Ini bukan fatwa, tapi ini pendapat saya sahaja yang berbekalkan ilmu yang sedikit.. Yang layak berfatwa adalah mufti dan badan yang dipertanggungjawabkan.

    Anonymous kedua :

    Betul tu apa yang dikatakan anda, kita kat malaysia pun tak fanatik mazhab, sebab banyak benda kita ijtihad kepada mazhab yang lain. Tetapi kalau sebagai orang awam, sepatutnya anda belajar tentang mazhab yang terdapat dinegara tersebut.. sebab kurang bagus kalau kita taqlik buta.. atau buat tanpa hujah.

    Setahu saya masalah daging babi dan anjing ini telah jelas dalam Al-Quran dan Sunnah bahawa ia adalah haram. dan tiada imam dan mazhab yang berbeza mengatakan halal dan haram, semuanya mengatakan haram.

    ReplyDelete
  13. Ustaz, terima kasih di atas penjelasan ustaz utk post saya sebelum ini. Maaf kerana ingin melanjutkan persoalan tentang hukum halal dan haram tentang binatang 2 alam. Baru2 ni saya melihat Majalah 3 membuat liputan tentang Ketam Nipah. Adakah ketam nipah/batu di kategorikan sebagai binatang 2 alam? dari segi sudut Biologi -Ketam Nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut.Kehidupan ketam Nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Diharapkan Ustaz sudi memberikan penjelasan tentang ini.Terima Kasih

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. Saya ingin menujukan bberapa soalan yang saya sendiri kurang tahu hukumnya.

    1# Saya bakal mengikuti rombongan sekolah ke Eropah (99% pelajar bkn islam). Masalah saya, risau tentang susah senangnya mencari makanan halal disana terutama datangnya waktu makan bersama2. Bolehkah saya makan sayur2 & makanan laut di kedai yang tidak halal? Ada yang memberitahu makan sahaja roti untuk makan pagi, tengahari, malam selama 2 minggu disana.

    2# Saya seoarang pelajar hotel dan bakal bekerja di hotel juga. Terbaca artikal diatas tentang hukum kerja hotel. Masalah bagi pelajar yang baru mendapat pekerjaan, mereka tidak boleh melawan, melanggar dan memilih untuk kerja melibatkan arak atau tidak. Bagaimana pula hukum tersebut?

    3# Soalan ini pula tentang makanan: Sup Sirip Ikan Yu. Bukankah haram untuk kita makan walaupun ia diketegori sebagai ikan? Kerana ikan yu adalah ikan pemburu & mempunyai taring. Tetapi, kenapa ia masih dihalalkan di negara ini?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, Saya bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran hotel di kuala Lumpur.Tempat saya terbahagi 2 bahagian restoran iaitu fine dining (masak guna arak) dan restoran coffee house yang mendapat sijil halal. 30 daripada 5 jenis masakan di tempat kerja menggunakan arak. Dulu saya selalu merasa makanan yang ada arak tetapi sekarang tidak lagi kerana saya akan meminta rakan bukan Islam yang merasanya. Saya ingin bertanya:

    * Adakah saya dilaknat oleh Allah SWT? dan dari dulu dan masa yang sama, saya berniat untuk bekerja dan belajar menjadi tukang masak yang baik, ikhlas serta bagus dan mencari pengalaman untuk masa depan yang lebih baik untuk saya kelak.

    * Saya juga menyatakan hasrat untuk belajar dan bekerja di dapur luar negara iaitu Singapura tetapi ditentang oleh kakak saya kerana di sana tidak mengamalkan sijil halal, adakah saya berdosa kerana niat saya hanya untuk belajar dan mencari pengalaman untuk tempoh jangka pendek dan pada masa yang sama menjaga ibadah dan tanggungjawab saya sebagai orang islam?

    * Kakak saya mendesak supaya saya bekerja di dapur yang halal akan tetapi kakak saya tidak mengetahui bahawa waktu kerja di dapur yang dikatakan halal sebenarnya tidak menentu, sekejap kerja subuh, sekejap tengah hari, tengah malam pendek kata memenatkan dan tiada masa untuk diri dan keluarga. Berbanding saya bekerja di fine dining, saya ada lebih kehidupan dan masa untuk diri, keluarga dan yang paling penting saya dapat beribadah dan pergi sembahyang jumaat. Adakah saya berdosa kerana memilih situasi di saya terangkan tadi?

    * Saya sudah terangkan segala teori dan cerita saya pada kakak saya tetapi dia enggan menerimanya padahal sebelum ini saya ada tanya beberapa orang penting dalam agama kakak saya berkeras menganggapkan semua sumber saya sebagai tidak boleh diterima dan dia mengatakan ianya sebahagian petanda kononnya ramai orang2 agama akhair zaman sekarang menghalalkan yang haram.

    ReplyDelete
  16. utk anynomous..saya dah keja hotel line ni dah lebih 10 thn. 7 thn kat singapore. terbukti memang haram rezeki saya. sampai sekarang tak pernah senang. bertambah susah adalah.jiwa muda memang excited. dengar nasihat akak ko. kalo fine dining lagi teruk. beef sauce ko guna air anggur ke. mesti nak guna wine. takkan tak guna liquor kat kitchen.tak yah buat lah benda baru kat coffee house. makanan arab ke turki ke kalau ko betul ikhlas nak excited dlm culinary world ni lah. aslkm...

    ReplyDelete
  17. assalam ustaz...
    kes saya x la seberat kes pelajar yg belajar d luar negara.. soalan saya.
    1. HARAMKAH seorg anak yg telah memeluk islam makan menggunakan pinggan d rumah keluarganya?
    2. Apakah hukum jika seorg anak yg sudah memeluk islam tinggal di rumah keluarganya?
    3. Apakah hukum makan makanan yg disedikan oleh org bukan islam,sdangkan kita tidak tahu kuali@pinggan yg di gunakan itu bersih atau tidak? dalam masa yg sama mrasa was2 untuk makan..

    ReplyDelete
  18. assalam ustaz...
    kes saya x la seberat kes pelajar yg belajar d luar negara.. soalan saya.
    1. HARAMKAH seorg anak yg telah memeluk islam makan menggunakan pinggan d rumah keluarganya?
    2. Apakah hukum jika seorg anak yg sudah memeluk islam tinggal di rumah keluarganya?
    3. Apakah hukum makan makanan yg disedikan oleh org bukan islam,sdangkan kita tidak tahu kuali@pinggan yg di gunakan itu bersih atau tidak? dalam masa yg sama mrasa was2 untuk makan..

    regards,
    iskandar zulkarnaen

    ReplyDelete
  19. assalam ustaz...
    kes saya x la seberat kes pelajar yg belajar d luar negara.. soalan saya.
    1. HARAMKAH seorg anak yg telah memeluk islam makan menggunakan pinggan d rumah keluarganya?
    2. Apakah hukum jika seorg anak yg sudah memeluk islam tinggal di rumah keluarganya?
    3. Apakah hukum makan makanan yg disedikan oleh org bukan islam,sdangkan kita tidak tahu kuali@pinggan yg di gunakan itu bersih atau tidak? dalam masa yg sama TIDAK mrasa was2 untuk makan..

    regards,
    iskandar zulkarnaen

    ReplyDelete
  20. sekadar pendapat, untuk semua, jika dalam al-quran telah jelas mengatakan haram dan rasulullah juga mengatakan haram, maka tak payah byk soal la.apa-apa berkait dgn yg haram adalah haram.byk lagi pekerjaan ataupun tempat yg boleh dibuat atau dilawati. zaman sahabat dulu, jika nabi s.a.w ckp haram, shubhah, mereka terus patuh tanpa byk soal. inilah penyakit org sekarang, byl sgt soal. bkn stakat yg haram, kalu yg shubhah atau bila dah rasa was-was dlm hati pun, dah perlu dijauhkan..so, tak payah byk soal.ada perkara kita perlu byk tanya tapi if dah dijelaskan dlm quran, hadith, ikut saja la.cth bab babi, tak kira mcm2mana pun, bila sebut bab babi maka haram. babi kacuk dgn lembu ke dgn ayam ke, tetap haram.jgn cepat sgt mengistilahkan darurat..sesat dlm hutan pun bkn senang2 nak isytihar darurat..byk lagi mkanan lain yg boleh dimakan kecuali kita sesat di tempat yg ada babi ahj..dh takde benda lain,tumbuhan pn tkda, ada pasir dengan babi shj.barulah darurat.ingat!.sami'na wa ato'na..kami dengar dan kami patuh (ikut)..

    ReplyDelete
  21. saya nak tanya kepada ustaz,saya bekerja di hotel sebagai pelayan vip,sebelum ini mereka tidak menyediakan arak,baru2 ni saya terpaksa served arak kepada guest2 di hotel tersebut,saya x nak tapi terpaksa,adakah haram saya bekerja dan duit yang saya dapat?

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya apa pndpt ustaz mengenai arak dan judi di Malaysia...sedangkan agama islam dijadikan agama rasmi?? cukai dikenakan terhadap penjualan arak dan judi diMalaysia dan hasil pendapatan negara diperolehi drpd cukai...jadi apakah hukum setiap gaji yang diperolehi oleh kakitangan kerajaan??? adakah iainya halal atau haram??? minta pandangan ustaz...

    ReplyDelete
  23. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete
  24. Assalamuailaikum..saya nk tanya haramkah saya mencari rezeki di negara luaq.sebagai pendatang asing??plese tolong jawab
    .kat malaysia sya mmg xleh cari duit macam saya kerja sekarang di australia..

    ReplyDelete
  25. Assalammualaikum..sy ada pertanyaan berkenaan pemakanan.
    Sy dan kakak sy tingal disebuah rumah yg mempunyai dua agama..iaitu islam dan non-muslim..yg non-muslim xmkn bnda haram dlm rumah ni sbb mereka hormat org islam yg ada d rumah ni.tetapi...mereka ada menyediakan 1 arak masakan biasa utk mereka campurkan dlm makanan mereka..mereka akan asingkan makanan utk islam & non muslim. Tetapi masalahnya sy xtahu kuali yg mna 1 digunakan utk masak yg bercampur arak tu..sbb kuali terlalu banyak.apa sy patut buat tnpa menguriskan hati mereka??? :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG