
Pada suatu hari seorang lelaki datang ke rumah Umar bin Khattab ra. hendak mengadu keburukan isterinya. Namun setiba di samping rumahnya, ia mendengar isteri Umar bin Khattab mengeluarkan kata-kata yang keras dan kasar kepada suaminya, sementara Umar tidak menjawab sepatah kata pun. Akhirnya orang itu berfikir, sebaiknya ia membatalkan saja niatnya.
Ketika orang itu hendak berbalik pulang, Umar baru saja keluar dari pintu rumahnya. Umar segera berteriak memanggil orang itu. Umar langsung berkata kepadanya, "Engkau datang kepadaku tentu hendak membawa satu berita penting!"
Orang itu lalu berkata terus terang , "Ya sahabat Umar bin Khattab, aku datang kepadamu hendak mengadu keburukkan isteriku terhadapku. Akan tetapi setelah aku mendengar kelancangan isterimu tadi terhadapmu, dan sikap diammu terhadap perbuatannya, aku jadi mengurungkan niatku untk melaporkan hal itu."
Mendengar perkataan yang jujur itu, Umar tersenyum kecil seraya berkata, "Wahai saudaraku, isteriku telah memasakkan makanan untukku. Dia juga telah mencuci pakaianku, mengurus urusan rumahku, dan mengasuh anak-anakku sehingga tiada hentinya. Maka apabila ia berbuat satu dua kesalahan, tidaklah layak kita mengenangnya, sedang kebaikan-kebaikannya kita lupakan. Ketahuilah, wahai saudaraku, antara kami dan dia hanya ada dua hari. Kalau kami tidak meninggalkannya dan terbebas dari perangainya, maka dia akan meninggalkan kami dan terbebas dari perangai kami pula."
Setelah mendengar penuturan yang amat bijak dan penuh hikmah itu, orang itu pergi meninggalkan Umar bin Khattab dengan hati gembira dan puas.
Pengajaran dari cerita di atas
Setiap lelaki di bekali dengan sikap kesabaran dan kematangan dalam menghadapi setiap situasi yang sukar. Lelaki lebih berjaya dalam membuat keputusan-keputusan untuk keluar dari masalah yang dihadapi. Lelaki yang bijak adalah lelaki yang faham akan situasi isterinya dan tahu cara mengurus isterinya. Sebab itulah lelaki merupakan ketua keluarga. Suami perlu bersikap sabar apabila dimarahi dan dileter oleh isterinya, kerana suami yang sabar akan tingkah laku isterinya yang suka bercakap atau beleter, akan dihapuskan segala dosa-dosa masa lalunya. Hal ini berlaku kepada Nabi Allah Ilyas yang berdoa supaya dianugerahkan kepadanya isteri yang kuat beleter, kerana ia mengetahui inilah cara beliau menghapuskan dosa dan cara mudah untuk masuk kedalam syurga Allah.
Setiap suami kena bijak menghadapi isterinya, kadang-kadang isteri buat perangai atau marah tak tentu pasal mesti ada sebabnya, ada pepatah mengatakan bahawa wanita ini makhluk emosi dan angin tak tentu pasal. Jadi suami kena bijak menghadapinya, tindakan yang lebih baik adalah diam apabila mendengar isteri beleter atau sedang marah-marah, kerana isteri ini akan diam dan terasa perbuatannya itu salah dan dia akan segera memohon maaf kepada suaminya, waktu itulah kita kaunselingkan dia dengan nasihat-nasihat yang lembut dan kata-kata hati ke hati. Selalunya isteri lebih terbuka ketika mana ia minta maaf kepada suaminya atas perbuatannya.
Sering-seringlah menghargai diri isteri kita yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaganya untuk suaminya, seperti memasak, membasuh pakaian, menjaga anak, mengemas rumah, mengurus rumah dan sebagainya. Cara penghargaannya ialah setiap kali gaji, bawa isteri pergi makan di mana-mana restoran yang berkongsepkan romentik, kalau cara ini tidak mampu, maka keluarkan kata-kata penghargaan kepada isteri disebabkan tugas-tugas yang telah dilaksanakan. Selalunya suami payah untuk mengeluarkan kata-kata pujian dan penghargaan, kerana suami bersifat ego atau menganggap kata-kata tersebut sebagai buang masa. Hadiahkan isteri apa-apa barang yang berpatutan pada setiap saat-saat hari bahagianya seperti hari lahirnya, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.
Sebenarnya dari sudut psikologi isteri akan rasa lebih dihargai dan lebih disayangi ketika mana suami tahu menghargai dirinya. Malah setiap perkara yang kita suruh mesti akan dibuat oleh isteri kita dengan hati yang penuh taat dan tidak membantah.
Ada pepatah yang mengatakan bahawa wanita ini diibaratkan seperti kulit bawang yang sangat halus, kalau nak menanggalkan kulit bawang tersebut perlu berhati-hati dan lembut kerana kulitnya mudah terkoyak. Kesimpulan dari falsafah ini, wanita itu sangat lembut dan mudah terasa dan berfikiran sensetif setiap kali ia diabaikan.
Waktu yang paling bahaya ialah waktu ia dalam keadaan haid atau tidak suci, selalunya wanita ini seringkali berkeadaan tidak menentu emosinya, kadang-kadang tak pasal-pasal dimarahi oleh isteri. Jadi waktu sebegini suami kena faham dan kena bersikap berdiamkan diri, berdiamkan diri ini adalah lebih baik, atau keluar dari rumah pergi mengeteh dan sebagainya. Waktu seperti ini kebiasaan wanita ia akan reda sendiri kemarahannya, dan dia sendiri tidak sedar akan kelakuannya.
Bagi suami janganlah terlalu garang dengan isteri dan terlalu kasar atau keras suara dengan isteri. Perbuatan ini akan menyebabkan isteri merasa dirinya tidak dihargai dan tidak berguna untuk suami dan paling bahaya apabila isteri mengatakan suaminya hanya baik ketika ingin bersama dengannya sahaja. Semua perbuatan ini akan menyebabkan kerenganggan dan keberontokan rumahtangga. Isteri takut menegur suami kerana takut dimarahi, suami pula anggap isteri tidak memberikan layanan yang sepatutnya. Kalau masakan isteri tawar atau terlebih garam, jangan terus melenting dan memarahi isteri. Gunakan cara yang hikmah untuk menegur isteri. Pernah ketika isteri Rasulullah menghidangkan kepadanya air yang tawar tanpa gula disebabkan isterinya terlupa masukkan gula dalam minuman Rasulullah. Apabila Baginda minum minuman tersebut sehingga berkedut kening Baginda, isterinya perasan disebabkan ternampak kening Rasulullah. Lantas isterinya bertanya, bagaimana rasa air tersebut, Baginda mengatakan ok sahaja, dan isterinya merasa sedikit air yang dibancuhnya dan tersenyum kerana airnya sangat tawar. Baginda tidak berkata apa-apa dan mendiamkan diri sahaja.
Setiap kali ada pertelingkahan, pergaduhan dan selisih faham, lebih baik suami yang dahulu memohon maaf atas kejadian tersebut dan menceritakan perkara yang sebenarnya tercetus pergaduhan tersebut. Kalau boleh cuba fahamkan isteri tentang situasi yang dihadapi oleh suami. Contoh situasi tersebut seperti dimarahi bos, banyak kerja yang belum siap, kesesakkan lalu lintas, bebanan hutang dan sebagainya. Kalau boleh peluk manja kepada isteri ada setiap sesi penjelasan dan memohon maaf, ini membantu untuk menurunkan kemarahan isteri dan membantu untuk memberikan kefahaman kepada isteri atas sebab-sebab berlakunya pertengkaran.
Yang penting di sini, setiap perkara yang dihadapi oleh suami, jadikanlah isteri itu sebagai teman bercerita dan meluahkan segala kepayahan yang dialami. Situasi seperti ini akan memberikan motivasi dan dorongan kepada suami untuk keluar dari masalah tersebut dengan disokong oleh isteri.
Jangan sesekali ada konsep seperti “isteri perlu diajar dengan secukupnya, pukul isteri, pulau isteri” ini semua akan mendatangkan masalah lagi dalam rumahtangga, ingatlah kepada anak-anak ketika timbul masalah rumahtangga, ia juga dapat menenangkan diri kita dan sekaligus menurunkan kemarahan kita. Islam sangat melarang suami memukul isteri dan menengking isteri, kecuali nasihat suami atas perkara-perkara yang wajib tidak dilakukan oleh isteri barulah boleh dimarahi dan seterusnya dipukul isteri tanpa mencederakan isteri. Sebab pukulan itu adalah untuk mengajar isteri bahawa perbuatannya itu adalah salah.
Penutup
Jadikan isteri sebagai teman yang paling rapat dan disayangi, jadilah isteri kita sebagai tempat penyejuk hati dan penunjuk jalan jika kita menghadapi kesukaran. Suami juga perlu bijak mengurus rumahtangganya, kerana suami yang bijak dapat mengurus rumahtangganya dengan baik. Suami yang bijak juga adalah suami yang mempunyai akhlak yang baik dan tidak melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh oleh Allah. Keluarga yang baik adalah keluarga mawardah warahmat dan menganggap rumahnya seperti rumahku syurgaku.

alangkah bagusnya kalau kesah ini melekat di benak para suami,,,,,,
ReplyDeletesalam ustaz. kakchik cukup suka membaca kisah ini kerana kesan ilmu dan psikologi yang ada di dalamnya. semoga Allah sentiasa lindungi kakchik dari suka berleter. kakchik lebih suka melakukan daripada berleter.
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletelelaki yang bergelar suami sebenarnya mampu sahaja lakukan yang terbaik atau sebaliknya. semuanya atas kemahuan. kemahuan yang dipandu iman. :)
assalamualaikum ustaz.
ReplyDeleteinfo yg sgt baik. alhamdulillah, saya dikurniakn suami yg baik dan b'tanggungjwb. bersyukur di atas kurniaanNYA. amin.
kisah yg memberikan pengajaran buat semua lelaki... terima kasih ustaz di atas perkongsian ini..
ReplyDeletesalam..ustaz..mintak izin share ye..huhu..dah ter"share" sebelum diizinkan..halal ye ustaz
ReplyDeletememang berguna sungguhlah artikel yang diberikan ini...
ReplyDeletesalam ustaz,tq atas artikel ini...izin kan saya copy, boleh?
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteAmbillah saya benarkan, kalau boleh masukkan linknya sekali sebagai rujukan..
salam..trima kasih ustaz..sy rasa tenang dpt bc artikel2 dlm blog ustaz ni
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz..
ReplyDeletesaya selalu di belengu masalah yang ada dalam artikel ni...saya sangat berterima kasih dengan ustaz atas artikel ini..saya akan cuba amalkannya..terima kasih ustaz...asalamualaikum,,,
Assalamualaikum ustaz,
ReplyDeleteDulu suami saya pernah berlaku curang..kemudian dia berjanji dengan saya yang dia takkan buat lagi, katanya "...kalau saya buat lagi kita putus...". Apa yang saya paham itu sudah dikira taklik yang mana sekiranya dia curang lagi kami akan bercerai..Selang beberapa bulan, saya dapat tau dia buat lagi, wanita itu pun mengaku yang dia ada hubungan dengan suami saya ..
saya dapatkan penjelasan drpd suami dan dia memberitahu saya yg dia tiada niat untuk menceraikan saya melainkan dia sudah tiada perasaan lagi terhadap saya.. katanya dia masih sayangkan saya..
soalan saya, adakah jatuh talak ke atas saya?
mohon pandangan ustaz..
Wallahualam..
Salam
ReplyDeleteItu sudah dikira taklik, sebab taklik ialah lafaz kalau dia curang putus n lafaz tersebut menunjukkan makna cerai taklik. sebagai tindakan berjaga2 anda dimasihatkan merujuk ke jabatan agama Islam berdekatan tentang masalah anda ini. Di sana kes anda ini akan ditangani dengan lebih berkesan lagi..
Salam Ustaz,
ReplyDeleteISu dalam artikel di atas sememangnya membelenggu dlm fikiran dan perasaan saya dlm tempoh 7 tahun perkahwinan. Berkawan dan bercinta selama 9 tahun, tetapi konflik masih tetap berlaku. Alhamdulillah suami seorang yang bertanggungjawab terhadap rumahtangga dan anak2. Tetapi persefahaman suami isteri selalunya menjadi maslah. Miscommunication dan ego suami. Saya dah x larat nak buat perbincangan secara baik, sebab at the end saya juga yang dipersalahkan. Dia suka minta pandangan atas apa2 yg dia nak buat, tp bila saya bg buah fikiran saya juga yg kena tempelak. kita cakap elok2, bawa slow kereta, dia suruh saya diam sebab katanya bebelan saya itu tidak membawa apa-apa kebaikan pun. Menyemak saja. Jadi hati saya yang dah sekian lama luluh, semakin hancur. saya sekarang mengambil pendekatan berdiam diri... tidak mahu berurusan apa2 pun lg dengan nya. Urusan rumahtangga/kehidupan yg mampu saya handle sendiri, saya buat sendiri. Mohon pandangan ustaz...
salam ustaz,
ReplyDeletesaye ingin tahu , suami saye jenis suke melayan wanita lain , ajak jumpa dan cakap benda yang x sepatut nya .. bukan dengan sorang tap ramai wanita dalam satu masa. perkara ini sudan byk kali berlaku , dan setiap kali saya dapat tahu dia akan minta maaf . dia manyatakan yang dia mmg jenis nakal .. dia cube berubah tapi still tak berubah terutama bile dia ada duit .. saye sebagai isteri terlalu byk bersabar ,, saye cube untuk lupakn tapi susah.. tidak dinafikan pd zahir nya dia seorang suami dan bapa yang bertangungjawad cume satu tabiat dia ini yg susah dia nak ubah .. Ape yang perlu saye buat usatz sebagai isteri dan bagaimana untuk saya melupakan nya ..
as-salam ustaz,
ReplyDeletesaya dan isteri saya berjauhan disebabkan kerja, kami hanya berjumpa sebulan sekali, disebalik sering berjauhan kami hanya dapat berbual dalam telefon sahaja dan boleh dikatakan setiap hari kami bertanya khabar. Apabila berlaku perselisihan faham seperti saya menegur apa yang saya tidak suka dia buat dia akan menjadi dingin dengan saya. Biasanya saya tidak akan menelefonnya sehari dua supaya dia akan lebih sejuk sikit. bila saya menelefonnya dia tidak akan angkat. adakalanya melarat sampai berminggu2. mungkin disebabkan kesibukannya pada kerjanya namun bila saya selidiki dia lancar je berborak dengan kawan dia. apa yang saya risaukan ialah apabila isteri saya melebihkan kawan2nya daripada suaminya sendiri adakah isteri saya telah menderhaka kepada saya. saya cuba nak elakkan perkara2 begini berlaku. bolehkah ustaz cadangkan amalan-amalan atau doa2 yang boleh saya amalkan supaya isteri saya lebih mentaati suaminya. sampai sekarang saya masih bersabar tidak pernah memarahinya. hanya menegur jika apa yang dia buat itu tidak disukai saya. contohnya dia hendak keluar untuk berjumpa dengan kawan lelaki. bolehkah ustaz tolong cadangkan.
Salam
ReplyDeleteBuntu,
Suami kena bijak mengawal isterinya, kalau situasi begitu, suami kena tegas dengan isterinya dan tegas tersebut bukan bersifat memarahi tetapi tegur dengan baik, waktu yang sesuai ialah seperti anda balik rumah jumpa isteri dan bersama ketika waktu berahat itulah anda ceritakan teguran anda dan apa yang anda tidak puas hati, atau bawa isteri makan2 diluar dan jalan2 sambil didalam kereta atau kedai makan tegurlah, selalunya ia akan bersikap terbuka, sebab ketika itu keadaan melepaskan rindu.
Saya yakin isteri anda itu kesunyian dan perlukan perhatian dan sebab itulah dia keluar dengan kawan dan selesa dengan kawan. Nasihat saya carilah jalan supaya anda dapat duduk bersama dengan isteri anda. Berilah hadiah penghargaan pada setiap kali hari2 bahagianya, ini kalau mampu. Insyaallah selalunya isteri itu akan rasa dihargai dan menambahkan kehangatan rumah tangga.
Selebihnya berdoalah kepada Allah dan bertawakal kepada Allah.
Kenapa zaman sekang ni kebanyakkan lelaki kurang ilmu pengetahuan agama, bila si isteri ada ilmu agama untuk ajar suami , si suami pulak tak boleh terima. Sila bagi pendapat ustas agar saya boleh gunakan dalam keluarga saya.
ReplyDeleteTerima Kasih.
Assalamualaikum ustaz
ReplyDeleteSgt tertarik dengan entry ni.. Mohon izin utk kongsi maklumat ini di blog saya.. Insyaallah saya akan masukkan linknya sekali sbg rujukan..
Assalamualaikum ustaz
ReplyDeleteSgt tertarik dengan entry ni.. Mohon izin utk kongsi maklumat ini di blog saya.. Insyaallah saya akan masukkan linknya sekali sbg rujukan..
boleh
ReplyDeleteSalam ustaz, Semoga para suami diluar sana membaca dan menghayatinya.
ReplyDeleteRamai isteri yang 'makan hati' dengan sikap suami, dan ramai suami yang 'sampai hati' menyakiti perasaan isteri.
Semoga kita beroleh petunjuk daripadaNya.
Minta izin untuk 'copy and share' artikel ustaz. Terima kasih.
salam ustaz...
ReplyDeletesalam ustaz...sy nak tahu apakah hukumnya suami selalu menengking isteri serta memaki hamun isteri dengan perkatan BABI , SIAL , CELAKA , LAHANAT..BINATANG dan banyak lagi...padahal kesilapan yang dilakukan seperti perbezaan pendapat sahaja...ketika keadaan kemabali tenang, isteri cuba meminta suami sekiranya isteri ada buat kesilapan..mohon ditegur dgn cara berhemah dan bukan kata2 kesat...sebagai isteri...mmg la xdpat menerima kata2 sebegitu apatah lagi daripada suami sendiri..1.apakah hukumnya bagi suami tersebut.2. Adakah apa 2 cara yang boleh dilakukan si isteri bagi membetulkan keadaan supaya si suami dapat mengawal emosi marah seterusnya mngeluarkan kata2 kesat..3. Adakah patut sekiranya si Isteri Membuat aduan ke mahkamah Syariah? Mohon Bantu Saya Ustaz..
ReplyDelete