PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Friday, November 12, 2010

Pemain billiard terkenal dunia pula peluk Islam


MASHAD (Iran), 12 Nov: Pemain billiard terkenal dunia, David John (gambar) mengumumkan dirinya memeluk agama Islam dalam satu upacara di bandar Mashad, Iran timur laut.

Upacara itu turut dihadiri oleh Ketua Pendidikan Jasmani, Ali Saeid Lou dan Imam Sayyed Reza Taghavi, menurut Taqrib News Agency (TNA).

David pernah menajdi juara EBSA, kejohanan billiard yang penting di peringkat dunia, pada tahun 2002 dan 2003.

Sebelum ini, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam

Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.

"Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail.

David John menukar namanya menjadi Davood setelah memeluk Islam (Davood sama dengan David mengikut nama Iran) dan berkata, "Revolusi terjadi dalam diri saya ketika saya sampai di Mashad. Saya berharap bahawa selama ini saya boleh menjadi seorang Muslim lebih baik lagi belajar," katanya.

"Saya pernah menjadi jurulatih di Dubai, Qatar dan Bahrain untuk beberapa tahun dan selama itu saya sudah begitu akrab dengan Islam," tambah David.

"Ketika saya datang ke Iran, saya tertawan dengan budaya Iran dan setelah menuju ke Mashad saya memutuskan untuk memeluk Islam," tegas David.

Ketika upacara, Imam Sayyed Reza Taqhavi mengucapkan selamat kepada kemasukannya dalam Islam sambil menyebut, "pandangan kita terhadap Non-Muslim dan Muslim adalah humanistik."

"Menghormati semua manusia adalah salah satu peraturan dalam Islam," kata Imam Sayyed Reza Taqavi.
Selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu.

Sumber : Harakah Daily

4 comments :

  1. alhamduliillah...semoga syiar islam makin berkembang....aminn


    Kelantan Akan Keluar Dari Malaysia!!!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dan syukur diatas Hidayah yang Allah kurniakan. Semoga kemasukkan orang2 terkenal ni dapat membantu menyebarkan syiar Islam, insyAllah.

    Saya nak bertanya kepada Ustaz, apa pandangan peribadi Ustaz tentang kemasukkan muallaf2 ni kedalam Islam Syiah? Sebagaimana contoh 2 org tokoh diatas tu (David John dan Lauren Booth), mereka berasa sangat dan lebih tertarik untuk memeluk Islam selepas menziarahi Makam Fatimah al-Masumeh. Seperti yang diketahui, Fatimah al-Masumeh ialah anak kepada Imam Musa al-Khadim dan adik kepada Imam Ali al-Ridha (Imam 12) yang mana pengikut2 Syiah percaya sesiapa yang menziarahi makam Fatimah ni akan mendapat habuan syurga.

    Wallahu'allam.

    ReplyDelete
  3. Salam

    Memang syiah ini lari jauh dari ahli sunnah wal jamaah, tetapi bukan semuanya kita tolak, ada benda yang kita terima seperti mereka menentang musuh2 Islam, mereka memberikan bantuan dan sokongan kepada Hamas.. mereka juga masih lagi bersyahadah dan membaca Al-Quran dan percaya kepada Allah..

    Lebih baik mereka masuk Islam dari berada dalam kafir, walau syiah tetapi mereka mengucap dua kalimah syahadah.. Kita sebagai Ahli sunnah wal jamaah kena kerja kuat la supaya tokoh seperti ini masuk Islam dibawah ASWJ..

    ReplyDelete
  4. Hi, nice blog & good post. overall You have beautifully maintained it, you must submit your site for free in this website which really helps to increase your traffic. hope u have a wonderful day & awaiting for more new post. Keep Blogging!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG