PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Friday, November 26, 2010

Suami Abaikan Tanggungjawab Kepada Isteri


salam..
ape hukumnye suami menganiaya isteri dan anak2 (abai tanggungjawab).. dari segi perasaan n zahir batin isteri.. bagaimana kalau suami salah guna kuasa pd isteri hanya kerana nafsu jahat pd perempuan lain.. tolong ustaz

Jawapan

Perkahwinan merupakan anugerah Allah kepada umatnya, Hal ini telah dibincangkan oleh ulamak-ulamak Islam dengan detail sekali di dalam kitab-kitab Fekah yang berjudul bab nikah atau fasal nikah. Nikah bermaksud satu ikatan perkahwinan yang sah diantara lelaki dan perempuan dengan syarat-syarat yang tertentu seperti bakal suami, bakal isteri, wali, 2 orang saksi, ijab dan qabul. Pernikahan ini mestilah berdasarkan kepada tuntutan agama bukan berdasarkan nafsu amarah yang sentiasa menipu dan membinasakan manusia. Perkahwinan yang dilaksanakan kerana agama atau sunnah Nabi Muhammad saw akan memperolehi keberkatan dari Allah, sebab ia menjadikan agama sebagai pedoman ia mencari pasangannya. Hadis yang bermaksud :

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. (HR Bukhari dan Muslim)

Apabila pasangan pengantin telah diijab qabulkan, maka jatuhlah kepadanya satu tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Ini merupakan amanah dari Allah agar suami dan isteri dapat menjalankan kehidupan rumahtangganya sepertimana yang dituntut oleh Islam. Di antara tanggungjawab suami dan isteri ialah :

Tanggungjawab Suami Ke Atas Isteri

  1. Suami berkewajiban memberi nafkah kepada isterinya seperti makanan, minuman, pakaian mahupun tempat tinggal dengan cara yang baik. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud : “Engkau (suami) harus memberinya makan jika engkau makan dan memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Janganlah engkau menempeleng wajahnya, janganlah engkau menghinanya, dan jangan pula membiarkannya kecuali di dalam rumah.” (HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Hibban)

  2. Suami berkewajiban memenuhi keperluan seksual isterinya, walaupun hanya sekali dalam masa empat bulan, yakni jika keadaan tidak mengizinkan. Keadaan ini ditetapkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : “Kepada orang-orang yang hendak bersumpah untuk menjauhkan dirinya dari isteri-isterinya, bagi mereka ada masa tangguh sampai empat bulan. Kemudian jika mereka kembali kepada isterinya maka sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Baqarah : 226)

  3. Minimum tidur bersama isteri sekali dalam setiap empat hari. Pada masa Umar bin al-Khatthab ketetapan semacam ini pernah dilakukan. Ketetapan Umar ini diambil dari firman Allah yang bermaksud : “Nikahilah wanita-wanita yang kalian senangi dua, tiga, atau empat.” (An-Nisa : 3)

  4. Berbuat adil dalam pembahagian jika suami mempunyai isteri lebih dari seorang. Hadis Rasulullah yang bermaksud : “Siapa saja yang mempunyai dua orang isteri, kemudian dia lebih cenderung kepada salah satunya, maka orang itu pada hari kiamat akan dipapah oleh seseorang kerana jatuh atau tertatih-tatih.” (HR at-Tirmidzi)

  5. Jika isterinya seorang gadis, maka si suami hendaklah tinggal bersamanya selama tujuh hari dari permulaan pernikahannya dan tiga hari (dari tarikh pernikahan) jika isterinya seorang janda. Ini di ambil dari Hadis Rasulullah yang bermaksud : “Bagi gadis tujuh hari, sedangkan bagi janda tiga hari, kemudian barulah ia kembali kepada isterinya yang lama.” (HR Muslim)

  6. Suami disunnahkan memberikan izin kepada isterinya jika ingin melihat saudaranya yang sakit atau menziarahi jika ada yang meninggal dunia.

Tanggungjawab Isteri Ke Atas Suami

  1. Isteri wajib mentaati suaminya dalam hal kebaikan, bukan dalam kemaksiatan kepada Allah. Namun demikian, seorang suami hendaknya tidak memberatkan atau menyusahkan isterinya. Ketentuan semacam ini diambil dari Firman Allah yang bermaksud : “Jika isteri-isteri kalian mentaati kalian maka janganlah kalian mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.” (An-Nisa : 34)

  2. Seorang isteri wajib menjaga harta kekayaan dan rahsia suaminya. Ia juga tidak boleh keluar rumah kecuali atas izin suaminya. Ketentuan ini diambil dari Hadis Rasulullah yang bermaksud : “(Sebaik-baik wanita adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia memandangnya, yang sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang tidak bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibenci suaminya” (HR An-Nasa’i)

  3. Berpergian bersama suaminya jika diajak. Sebab, berpergian bersama suami merupakan hak suami yang wajib ditaati oleh isterinya.

  4. Isteri wajib melayani suami jika suami mahu bersamanya. Ini kerana, melayani keperluan seksual suami merupakan kewajipan isteri dan hak bagi suami. Dalam sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud : “Jika seorang suami mengajak isterinya untuk tidur bersama, kemudian isterinya menolaknya, hingga suaminya marah, maka malaikat akan melaknatnya hingga pagi hari.” (Muttafaq ‘alaih)

  5. Seorang isteri wajib meminta izin suaminya jika ia hendak mengerjakan puasa sunat. Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah : “Tidak halal bagi isteri untuk melakukan puasa ketika suaminya menyaksikannya, kecuali berdasarkan izinnya.” (Muttafaq ‘alaih)
Penerangan Ringkas

Apa yang diterangkan di atas hanyalah sebahagian dari hak dan tanggungjawab di antara suami isteri di dalam kehidupan rumah tangga. Jika suami tidak menunaikan hak isterinya, suami tersebut telah melakukan kesalahan. Begitu juga, jika seorang isteri tidak memenuhi hak suaminya ia telah melakukan nusyuz.

Bagi pihak isteri yang diabaikan haknya, boleh menuntut haknya kepada suaminya supaya dipenuhi haknya yang belum ditunaikan oleh suaminya. Kalau hal ini tidak dipenuhi oleh suami juga walaupun diberi nasihat dan teguran, maka isteri boleh melapurkan perkara ini kepada Jabatan Agama Islam negeri di Bahagian Pembanggunan Keluarga Islam untuk mendapatkan nasihat dan tindakan seterusnya kepada suami tersebut.

Ingatan kepada suami pada waktu selepas akad nikah dahulu anda telah melafazkan taklik bahawa jika anda mengabaikan tanggungjawab sebagai suami selama 4 bulan Hijriah dengan sengaja atau paksaan, maka mengadulah isteri kepada mana-mana Hakim Syariah atau Jabatan Agama Islam dan sabit kesalahannya, maka dengan itu jatuhlah talak satu kepada isterinya.

Isteri-isteri yang terabai atau terinaya, tak perlulah takut untuk bertindak kerana ini merupakan hak anda semua, tindakan anda jugak tidak berdosa dan tidak dinamakan sebagai isteri yang derhaka. Mentaati suami hanya atas perkara yang tidak melanggar suruhan Allah atau ketentuan agama sahaja, mana-mana perkara yang melanggar suruhan Allah tidak wajib untuk anda ikutnya.

16 comments :

  1. boleh ustaz beri sedikit cadangan untuk menyerikan rumah tangga(xnk bg ada pape msalah) dalam situasi, suami yang bekerja di luar negara dan isteri yg terpaksa menamatkan pengajian di malaysia(isteri ditahun akhir)

    ReplyDelete
  2. Kesiannya isteri-isteri yang mentaati suami tapi suami tidak tahu menilai dan menghargai pengorbanan isteri tersebut.

    ReplyDelete
  3. byk faktor yg menyebabkan isteri tidak bertindak untuk menuntut hak antaranya kasih sayang seorang ibu kepada anak2.

    ReplyDelete
  4. Sukarnya menjadi seorang suami.. tetapi jika kita mempunyai ilmu pengetahuan kesukaran itu pasti dapat diatasi dengan baik.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  5. Maknanya,kalau suami tak tiduri isteri dgn sengaja selama 4 bulan berturut2 (dlm keadaan sihat,tidak uzur), akan automatic jatuh talak ke??

    ReplyDelete
  6. Ustaz, saye mohn share artikel2 yang bermanfaat di sini...

    ReplyDelete
  7. kalau suami penipu mcm mana?

    ReplyDelete
  8. ustaz, sy mohon penjelasan bg kes saya. sy tahu SUAMI tu apa n kenapa. yg sy krg faham ialah suami sy. sebelum bernikah, dia adalah org yg plg romantik, caring n tidak pernah hurt my feelings. tambahan pula sering menggunakan ayat2 quran fabricating dia adalah insan terbaik buat saya.

    selepas bernikah, secara x sengaja sy terjumpa dokumen yg mengatakan dia pernah bernikah dan bercerai n then a lot of pictures with diff woman. bila sy confront dia, jwp mudah, yea i was married twice n ditinggalkan thats y x berani nk inform sy krn takut sy x terima dia. sedangkan dia mati2 mengatakan yg dia bujang never touch any woman in his life im gonna b his first n last!!!! then lps 1bulan kitaorg pulih atas dasar give him chance n as he is divorced. then .....sy terbaca mesej antara dia dan kwn dia yg mengatakan dia x mencintai saya, sy yg propose dia utk nikah dan jika dia reject proposal sy, sy akan bnikah dgn org lain. wooow!! sedangkan dia yg desperate mengejar saya, keep calling me day n night keep asking me for marriage n yet he is telling lies to his friends.dia x pernah jujur dgn kwn2 dia, keluarga dia n also colleague die. dia kata he loves me n wants me only in his life n yet bile keluar shopping bkn sj mata ttp mulut turut berkata: aku nak prp tu, alangkah indah kalau aku dpt tidur dgn prpm tu bla bla, keep surfing net cari perempuan lain, facebook n abaikan sy. semuanya saya buat utk dia, tinggalkan kerja utk jd full time housewife, kemaskan rumah (dia pengotor), masak, tunggu, solat, tegur secara sopan dia ttp sama? apa dosa saya sedangkan sy bukanlah hodoh, x berpelajaran atau kata org gua/kampung yg x tau dunia sedang sebelum berhenti sy adalah executive. sangat sedih sy, bila sy minta cerai dia kata baru sgt bernikah not even 2mth, nanti apa kata org, i said i cant live in denial, but he keep silents n distance since but never change his attitude. berbincang adlah benda tlrang dlm hidup dia as im the man u hv to obey me. u should not hv any feeling n must do whatever i like attitude always. apa cara terbaik utk settle this thing? any idea anyone?

    ReplyDelete
  9. Ustaz, sy ingin bertanya..Jika seseorang itu menggunakan duit halal untuk bermain judi...selepas mendapat pulangan drpd hasil judi tersebut dan beliau menggantikan semula duit halal itu... apakah hukum duit tersebut..Adakah dikategorikan sebagai duit haram..tk...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum ustaz, terima kasih atas info ini dan saya nk bertanya, baru2 ni, saya mendpt berita bahawa suami saya telah brkawin di thailand. Saya merupakn isteri yg keempat yg dia nikahi. Mempunyai 2 anak. Dan telahpun menceraikn 2 isteri. Dia telah bersumpah didepan ibunya bahawa saya perempuan terakhir yg dia nikahi. Dia telah menipu ibunya yg dia tidak berkawin dgn janda tersebut. Perkahwinan dia yg baru ini tidak didaftar di malaysia. Dan tidak akn didaftarkn katanya. Perkahwinan ini semata2 atas nafsu shj. Apa hukumnya seorang suami sering menipu utk kepentingan dirinya dgn menzalimi hati dan perasaan isteri dan anak2?

    ReplyDelete
  11. Sambunga... Suami saya berumur 60 thn dan saya 36 thn. Mempnyai 2 anak berumur 6 dan 4 tahun. Isteri tua 58 thn. Suami telah berkawin dengan janda kelantan 41 thn, telah 2 kali cerai dan mempunyai 4 org anak. Pengorbanan saya ditinggalkn bersama ank2 yg kecil selama dia bertugas diklntn telah disia2kn. Mental dan emosi saya sgt trtekan dgn sikap egonya yg tinggi. Bantu saya ustaz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeker..anta bt xth jet

      Delete
  12. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete
  13. nak minta pandangan ustaz...saya lewat 30an dan punyai anak bini..mempunyai masalah di tempat kerja baru dan sekarang jiwa kacau kerana selalu berfikir hendak berhenti..prestasi kerja menurun dan tiap hari hati resah sehingga menjadi pelupa..malam pun tidur 2-3 jam sahaja..selalu berfikir kalau berhenti nak bagi anak bini makan apa...mencari kerja yg bersesuaian kerana minda terlalu negatif dok teringat dan tidak bersyukur pada kerja lama. Seperkara lagi rasa malu nak kerja dlm industry yg sama kerana khuatir rakan2 menjauhkan diri atas tindakan saya yg tidak bertanggungjawab berhenti kerja tanpa backup plan..plan nak buat kerja sendiri atau jadi salesman kerana malu dicemuh rakan rakan di industry yg sama..pelbagai tempat perubatan islam saya pergi tetapi masih belum sembuh..saya amat sedih mengenangkan nasib sy ini..

    ReplyDelete
  14. Residences developed within a 5 to ten moment stroll of the middle.
    If you start practicing them immediately, you may find yourself getting on with your life and experiencing a heady freedom
    by tomorrow. People love to relocate to this place, as there
    are ample of opportunities for a person in Virginia.

    Also visit my blog post; moving services nashville tn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG