PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Saturday, November 6, 2010

Tawakal Kepada Allah


Soalan :

Assalmu'alaikum, ustaz...minta perjelaskan, soal tawakal...masih ramai yg anggap, usaha dulu kemudian baru tawakal! Dan meletakkan hadis sbg hujah...

Jawapan :

Tawakal berasal dari perkataan “wakalah” yang bererti memilih wakil. Kita mengetahui bahawa kredibiliti seorang wakil yang baik boleh dilihat, paling tidak dari empat sifat, iaitu pengetahuan yang cukup, kepercayaan, mempunyai kemampuan, dan penuh perhatian.

Jelas bahawa memilih seorang wakil untuk sebuah pekerjaan dilakukan ketika seseorang tidak mempunyai kemampuan lagi untuk bertahan. Pada saat inilah ia boleh mengunakan kekuatan orang lain untuk membantunya dalam menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.

Oleh kerana itu, tawakal kepada Allah swt. tidak mempunyai maksud lain, kecuali bahawa manusia menjadikan Allah sebagai wakilnya dalam menghadapi persoalan, musibah, musuh, para penentang, dan masalah-masalah yang sedang dihadapinya. Ketika seseorang telah sampai pada jalan buntu dalam upaya mencapai tujuan dan tidak mempunyai kemampuan lagi untuk menyelesaikan dan memecahkan persoalannya, ia akan menyandarkan diri kepadaNya dengan tanpa menghentikan usahanya. Bahkan, ia sendiri mempuyai kemampuan untuk melakukan pekerjaannya, ia tetap menganggap bahawa faktor utama yang boleh menyelesaikan masalahnya adalah Allah swt sahaja. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (At-Talaaq : 3)

Tawakal merupakan salah satu cara yang dikurniakan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya dalam mereka mencari jalan dalam mencapai sesuatu. Tawakal ini adalah satu elemen yang penting dalam kehidupan seorang Muslim. Rasulullah saw bersabda :

"Jika kamu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-sebenar tawakal, maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi-pagi keluar sarang dalam keadaan lapar, dan petang hari pulang ke sarang dalam keadaan kenyang." (At Tarmizi, Ahmad, Ibnu Majah)

Ramai umat Islam sekarang ini tersalah faham tentang konsep tawakal, ada yang bertawakal sebelum berusaha dan ada juga yang bertawakal tanpa usaha dahulu. Contohnya seorang pelajar hanya berdoa dan bertawakal sahaja kepada Allah supaya ia lulus dalam peperiksaannya tanpa berusaha. Ini pasti tidak akan lulus dalam peperiksaan. Ataupun parking kereta tanpa kunci dan kuncinya ditinggalkan di suisnya dan bertawakal kepada Allah, ini juga pasti hilang. Kemudian mereka ini menyalahkan Allah dengan mengatakan Allah tiada kuasa, Allah tak dengar tawakalnya dan sebagainya. Inilah yang dikatakan umat Islam yang jahil tiada ilmu dalam mengerjakan sesuatu.

Tetapi berlaku juga kepada orang yang berusaha, berdoa dan bertawakal dalam usahanya itu, tetapi tetap tidak berjaya dan Allah tidak memberikan kejayaan kepadanya. Hal ini perlu kita cermin dahulu diri kita, adakah usaha kita mencukupi atau kita abaikan ibadah-ibadah wajib, sering melakukan dosa atau sebagainya. Sebab itulah tawakal kita perlu bersama dengan redho dan sabar dengan apa yang akan diberikan oleh Allah. Orang yang bersabar itu adalah orang yang mempunyai iman dan keyakinan akan kekuasaan Allah. Sabda Rasulullah yang bermaksud :

“Bersabar itu separuh daripada iman”.

Konsep tawakal

Ibnu Rajab Rahimahullah dalam Jami’ul Ulum wal Hikam berkata :

“Tawakal adalah penyandaran hati pada Allah untuk meraih berbagai kemaslahatan dan menghilangkan bahaya dalam urusan dunia maupun akhirat, menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya, dan mendatangkan manfaat kecuali Allah semata.”

Perlu diketahui bahawa tawakal bukanlah hanya sikap bersandarnya hati kepada Allah semata-mata, namun disertai juga dengan melakukan usaha.

Ibnu Rajab berkata lagi :

“menjalankan tawakal tidaklah berarti seseorang harus meninggalkan sunnatullah yang telah ditetapkan dan ditakdirkan. Kerana Allah memerintahkan kita untuk melakukan usaha, sekaligus juga memerintahkan kita untuk bertawakal. Oleh kerana itu, usaha dengan anggota badan adalah termasuk ketaatan kepada Allah, sedangkan tawakal dengan hati merupakan keimanan kepadaNya.”

Sahl At Tusturi berkata bahawa :


“Barang siapa mencela usaha (meninggalkan sebab), maka dia telah mencela sunnatullah (ketentuan yang Allah tetapkan). Barang siapa mencela tawakal (tidak mau bersandar pada Allah), maka dia telah meninggalkan keimanan.”

Penutup

Sebagai umat Islam yang taat kepada Allah, maka berusahalah dengan kekuatan, tenaga dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah, selarikan berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, supaya Allah memudahkan dan memberikan kejayaan atau hasil segala usaha kita. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Barang siapa yang berusaha dia akan berjaya”.




4 comments :

  1. Salam kepada ustaz nor amin,
    apa khabar ust? harapnya sihat sentiasa...


    Agak lama juga sy tidak meninggalkan komen disini, memandangkan tajuk ust kali ini pernah menjengah ke minda sy, jd sy berasa terpanggil utk meninggalkan barang sepatah dua komen disini.

    Ust, mohon penjelasan ust ttg soalan yg sama, tetapi jwpn yg berbeza spt berikut...


    Jwpn kpd soalan diatas:

    "kita berserah dulu, kerana separuh dr keimanan ialah kesabaran, manakala separuh lagi adalh penyerahan...penyerahan iaitu menyerah seluruh anggota badan dan jiwa dan raga kpdNYA, lalu...baru lah bermula utk "ber-usaha utk mengikut gerakNYA"

    "jika dimulakan dgn berusaha lalu bertawakal, itu bermakna kita dah bertuhankan diri sendiri yg hendak berusaha (atas gerak diri sendiri), lalu meminggirkan tawakal (gerakNYA @ iradat @ upaya )...ibarat dlm ofis, main redah jer buat pembelia...n utk ofis tanpa persetujuan boss, payah juga..sepatutnya maklumkan pd boss dan boss setuju, lalu kita 'geraklah' ke arah utk mendapatkan barang yg perlu dibeli setelah boss mengarahkan kita dan menunjukkan kita di mana hendak dibeli..maka secara tak langsung, boss telah menyenangkan urusan kita...jika kita dgn diri sendiri, kita takkan tahu di mana tempat utk membeli barangan tersebut dan terhoyong hayanglah kita dgn alam fikiran diri sendiri nak mencari di mana dan di mana barangan tersebut berada..."

    -----------------------------

    Mohon pencerahan drpd ust yg lebih arif...

    Allahua'lam,
    Terika Kasih.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Orang Gombak nampaknya membawa suatu pemikiran baru yang ingin merenyuk setiap fikiran orang-orang yang jahil tentang konsep tawakkal. Dengan ilmu yang entah dari mana dipelajari TETAPI seolah-olah mereka yang mempelajari TARIKAT, HAKIKAT dan MAKRIFAT agaknya.

    Kan sudah jelas firman Allah s.w.t. dalam al-Qur'an
    "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (megenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya." Maksud QS Ali-Imran: 159)

    "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (megenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya." (Maksud QS Al-Maa'idah: 23)

    Dan banyak lagi. Nampaknya saudara Orang Gombak membuka polemik baru dalam pengertian Tawakkal. Berserah diri kepada Allah (atau bos) adalah setelah Dia memerintah kita melakukan kebaikan bukan melakukan dosa dan maksiat, tidak juga daripada mengutarakan pemikiran yang songsang.

    ReplyDelete
  3. Maaf pembetulan!!

    "Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah Tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman.(Maksud QS al-Maa'idah: 23)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG