
Kenyataan Harian Metro Sabtu, 11 Disember 2010
KUALA LUMPUR: “Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah (gambar) ketika mengulas laporan mengenai seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.
Beliau berkata, dalam kes seperti ini, paksaan untuk berubah bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu wanita itu. “Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu hingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.
“Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, sebaik mendapat pekerjaan lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu. “Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang berada dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan. “Sebaliknya, pihak yang membantu pula perlu memberi bimbingan. Sebagai contoh nasihat yang baik dan mengingatkan dirinya mengenai setiap yang hidup pasti akan mati supaya dia tidak terus melakukan dosa,” katanya.
Menurutnya, wanita itu memerlukan kumpulan penyokong yang kuat yang akan terus memberi semangat untuk dia berubah seperti rakan, jiran dan kewaja sendiri.
“Siapa kita untuk menghukum kesilapan dilakukan Suzie. Jika dia bertaubat nasuha, dosanya semua akan kosong dan dia akan jadi seperti bayi yang baru lahir. Itu janji Tuhan kepada kita.
“Oleh itu, masyarakat tidak boleh menuding jari kepadanya, sebaliknya sama-sama memberi dorongan untuk berubah,” katanya.
Beliau turut menasihati pembaca sama ada yang bersimpati atau yang membenci Suzie mendoakan dia berubah dan kembali ke jalan diredai.
“Saya percaya wanita ini mempunyai masalah dalaman yang agak sukar diungkapkan kerana berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, masyarakat sekeliling harus membantunya keluar dari pekerjaannya ini dengan memberi sokongan dan dekati diri mereka sebagai rakan akrabnya,” katanya.
Ulasan Ustaz
Saya kurang bersetuju dengan pendapat pakar motivasi tersebut, kerana pakar motivasi tersebut bukan berasal dari orang yang belajar agama atau bidang agama, dia hanya pakar motivasi biasa sahaja dan tahu sedikit sebanyak tentang agama. Banyak hujah-hujahnya yang saya tidak setuju seperti dia mengatakan bahawa adanya bohong sunat, sebenarnya dalam Islam tiada bohong sunat, hanya ada helah. Bohong sunat itu disandarkan kepada sunnah Nabi Muhammad saw. Jadi hal ini bertentangan dengan sifat nabi iaitu benar dan amanah. Terbaru dia mengeluarkan fatwa yang berkaitan dengan masalah pelacuran atau GRO dengan mengatakan bahawa boleh teruskan dengan sebab dharurat untuk mendapatkan sedikit sebanyak duit penyaraan anaknya nanti.
Islam tidak pernah meredhoi atau menghalalkan zina walaupun dalam keadaan dharurat sekalipun. Kaedah Fiqh dua perkara yang tidak boleh dilakukan ketika dharurat iaitu membunuh atau bunuh diri dan berzina. Jadi jelas di sini tiada istilah halal melacur atau GRO untuk menyara kehidupannya. Kalau dilihat dari sudut keupayaan dan tenaga pelacur atau GRO tersebut, masih sihat dan bertenaga lagi untuk membuat kerja-kerja yang halal, seperti basuh pingan, kilang, pengawal, peminta sedekah, pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya. Kenapa pulak pakar motivasi tersebut mengatakan dharurat, sepatutnya pakar motivasi tersebutlah yang membantunya memberikan pekerjaan atau wang zakat untuk mengelakkan dirinya terus bergelomang dalam dosa sebab pakar motivasi tersebut adalah jutawan (sindiran semata-mata).
Tidak sesuai kes-kes agama dirujuk kepada pakar motivasi yang jelas bukan dari orang yang ahli agama, sepatutnya kes seperti ini dirujuk kepada orang agama supaya pendapat yang diberikan tidak menyimpang jauh dari syarak. Saya harap pakar motivasi tersebut rujuklah dahulu kepada orang yang pakar agama supaya hujah-hujahnya mempunyai sandaran atau sanat yang teguh dan tidak menyimpang jauh. Hal agama bukan boleh dimain-mainkan, kerana ia mempunyai kaitan dengan dosa dan pahala. Pakar motivasi tersebut perlu membuat kenyataan susulan atas kesilapannya dahulu, supaya masyarakat yang membaca kenyataannya di Harian Metro 11 Disember 2010 tidak dijadikan pegangan ataupun hujah.
KUALA LUMPUR: “Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah (gambar) ketika mengulas laporan mengenai seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.
Beliau berkata, dalam kes seperti ini, paksaan untuk berubah bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu wanita itu. “Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu hingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.
“Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, sebaik mendapat pekerjaan lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu. “Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang berada dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan. “Sebaliknya, pihak yang membantu pula perlu memberi bimbingan. Sebagai contoh nasihat yang baik dan mengingatkan dirinya mengenai setiap yang hidup pasti akan mati supaya dia tidak terus melakukan dosa,” katanya.
Menurutnya, wanita itu memerlukan kumpulan penyokong yang kuat yang akan terus memberi semangat untuk dia berubah seperti rakan, jiran dan kewaja sendiri.
“Siapa kita untuk menghukum kesilapan dilakukan Suzie. Jika dia bertaubat nasuha, dosanya semua akan kosong dan dia akan jadi seperti bayi yang baru lahir. Itu janji Tuhan kepada kita.
“Oleh itu, masyarakat tidak boleh menuding jari kepadanya, sebaliknya sama-sama memberi dorongan untuk berubah,” katanya.
Beliau turut menasihati pembaca sama ada yang bersimpati atau yang membenci Suzie mendoakan dia berubah dan kembali ke jalan diredai.
“Saya percaya wanita ini mempunyai masalah dalaman yang agak sukar diungkapkan kerana berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, masyarakat sekeliling harus membantunya keluar dari pekerjaannya ini dengan memberi sokongan dan dekati diri mereka sebagai rakan akrabnya,” katanya.
Ulasan Ustaz
Saya kurang bersetuju dengan pendapat pakar motivasi tersebut, kerana pakar motivasi tersebut bukan berasal dari orang yang belajar agama atau bidang agama, dia hanya pakar motivasi biasa sahaja dan tahu sedikit sebanyak tentang agama. Banyak hujah-hujahnya yang saya tidak setuju seperti dia mengatakan bahawa adanya bohong sunat, sebenarnya dalam Islam tiada bohong sunat, hanya ada helah. Bohong sunat itu disandarkan kepada sunnah Nabi Muhammad saw. Jadi hal ini bertentangan dengan sifat nabi iaitu benar dan amanah. Terbaru dia mengeluarkan fatwa yang berkaitan dengan masalah pelacuran atau GRO dengan mengatakan bahawa boleh teruskan dengan sebab dharurat untuk mendapatkan sedikit sebanyak duit penyaraan anaknya nanti.
Islam tidak pernah meredhoi atau menghalalkan zina walaupun dalam keadaan dharurat sekalipun. Kaedah Fiqh dua perkara yang tidak boleh dilakukan ketika dharurat iaitu membunuh atau bunuh diri dan berzina. Jadi jelas di sini tiada istilah halal melacur atau GRO untuk menyara kehidupannya. Kalau dilihat dari sudut keupayaan dan tenaga pelacur atau GRO tersebut, masih sihat dan bertenaga lagi untuk membuat kerja-kerja yang halal, seperti basuh pingan, kilang, pengawal, peminta sedekah, pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya. Kenapa pulak pakar motivasi tersebut mengatakan dharurat, sepatutnya pakar motivasi tersebutlah yang membantunya memberikan pekerjaan atau wang zakat untuk mengelakkan dirinya terus bergelomang dalam dosa sebab pakar motivasi tersebut adalah jutawan (sindiran semata-mata).
Tidak sesuai kes-kes agama dirujuk kepada pakar motivasi yang jelas bukan dari orang yang ahli agama, sepatutnya kes seperti ini dirujuk kepada orang agama supaya pendapat yang diberikan tidak menyimpang jauh dari syarak. Saya harap pakar motivasi tersebut rujuklah dahulu kepada orang yang pakar agama supaya hujah-hujahnya mempunyai sandaran atau sanat yang teguh dan tidak menyimpang jauh. Hal agama bukan boleh dimain-mainkan, kerana ia mempunyai kaitan dengan dosa dan pahala. Pakar motivasi tersebut perlu membuat kenyataan susulan atas kesilapannya dahulu, supaya masyarakat yang membaca kenyataannya di Harian Metro 11 Disember 2010 tidak dijadikan pegangan ataupun hujah.

SubahanaAllah, Pandangan seperti ini boleh mengelirukan umat ISlam.
ReplyDeleteBoleh meneruskan perkerjaan sebagai GRO? adalah ini yg dikatakan fatwa dr.Fadzilah yg mengizinkan boleh melacur?
ReplyDeletetul ke bro?
nak tanye ckit,
perkerjaan GRO ni melacurkan diri ke?
adakah tu dlm skop kerja mereka.
boleh kasi penerangan skit.
Uztaz,
ReplyDeleteDr F pi jumpa reporter untuk beri ulasan? atau reporter yg terhegeh2 temuramah dia?
Itu pendapatnya sebagai pakar motivasi dan beragama Islam. Tiada hubungkait dengan fatwa untuk digunapakai atau dilaksanakan.
Dalam hal ini, merujuk kepada situasi Suzie. Jika uztaz punya kaedah yang lebih berkesan, harus diwar-warkan supaya Suzie dapat menjauhi pekerjaannya itu. Mana mungkin boleh berhenti semalam dan hari ini jadi tukang kebun.
Apa pula sumbangan Ustaz? mengkritik!!
hmmm. baru hari ni saya dengar. saya risau takut ada pihak salah tafsir atau sebagainya.
ReplyDeletemungkin beliau bermaksud jangan paksa dia secara keras. tapi memberi ruang, penerangan dan sebagainya supaya dia lebih memahami di samping kita semua mendoakan kebaikan pada dirinya.
jika dia merasa terpaksa dengan apa yg berlaku. mungkin dia akan jadi lebih jauh
tapi ini hanya husnul zhon saya, beliau manusia dan mungkin tersilap. jd satu tanggungjawab jika boleh menegur
Bismillahirahmanirahim,
ReplyDeleteAssalammualaikum ustaz, maaf, ana setuju dengan dua2 pandangan, apa2 pekerjaan berdasarkan pada niat.
Skali lagi maaf ustaz, ana nak tegur, kita pun manusia biasa, tak manis la kalau kita asyik kritik dan perlekehkan orang je. Dr F manusia, ustaz manusia, ana manusia.. sentiasa ada kelemahan dan kekurangan diri sendiri.. Agama pun motivasi gak.. kalau nak pisahkan agama dengan motivasi, susah la jadinya nanti..
Assalamualaikum..
ReplyDeletesaya setuju sangat dengan ustaz tiada darudat yang membenanrkan melacur, membunuh dan bunuh diri...
ps : entry terbaru laman MO, 40 kesilapan mendidik anak.
awat hangpa semua duk mahu pangkah ustaz amin ni? betul apa kata ustaz... tangan ada, kaki ada, darurat apa nya...
ReplyDeleteade kekeliruan kat sini... Bkerja sbgai GRO adakah sehingga berzina ngan pelangan? itu suatu yg tidak pasti.. namun ape yg pasti bkerja sbgai GRO Memg mghampiri zina.. itu yg pasti, dan yg pasti lagi.. jaganlah kamu mghampiri zina... kalau lah pada pndgn Dr GRO msih belum zina mmbolehkan die diberi ms utk brubah, tapi bknkah dikira berdosa juga sbb die msih bole buat kerja lain utk sara hidup... pndtg asing dtg negara kita sehelai sepingang pun bole cari rezeki halal lagi... bukan ape.. ajal maut kite tak tau.. malangnya kalau kite dicabut nyawa dlm keadaan msih bkerja mcm tu.. mintaklah dijaukan... amin...
ReplyDeletesejak akhir-akhir ini ramai org bijak pandai yg berjaya ditipu oleh syaitan.. antaranya alim tapi riak, dan contoh terbaru sekarang.. bijak tapi menyesatkan.. berhati2 la..
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteAna mengkritik sebab pendekatan dia tak kena, mana boleh biarkan dia terus GRO sebab itu sah dosa dan banyak dalil qat'i dalam Al-Quran n Hadis..
Memang cara teguran itu betullah, tapi tak boleh biarkan dia terus dalam keadaan GRO, dia kena ubah ayat tu, kepada behenti.. Sebab benda tu jelas dosa.
Masalah Dr Masyitah bukan masa wujudnya blog ini, jangan anggap ana tak kritik, selagi batil selagi itu kita kritik bukan mencari kemenangan, tetapi mencari kebenaran. Jangan samakan ana dengan ulamak Muda UMNO, selagi ikut Al-Quran Sunnah, selagi itu ana sokong..
Ana kritik berdasarkan ilmu yang sedikit yang ana miliki, kalau antum semua tak puas hati dengan hujah ana, itu terserah antum semua untuk menilai. Ana tak paksa antum terima hujah ana.
Usaha ana seperti adanya dakwah Alam maya, ceramah, motivasi cara pendekatan ana untuk masyarakat, kalau wartawan tanya ana isyaallah ana bagi komen, tapi sapalah saya ni orang nak tanya.
Ana bukan kritik untuk cari menang atau kalah n nak cari silap orang, tapi ini masalah hukum agama, kena berhati2 keluarkan pendapat atau pandangan.. takut jadi pegangan orang yang tak tahu je, orang buat jahat GRO berdasarkan hujah DR Fadilah Kamsah, Tak pasal2 tanggong saham dosa di sebabkan pandangan dia ni..
ReplyDeletedr fadzilah silap bila dia kata teruskan kerja & pelan2 berhenti...pandangan teman dr fadzilah suruh pelan2 berubah....x boleh la dr....you sudah silap ...kalau bab pakai tudung takpe le pelan2 hijrah....bab ni dah melakukan zina ..mana boleh teruskan...isu suzie dah heboh satu malaya...mane dia peranan polis ,jakim,yadim,jabatan2,ngo2 agama ...selamatkanlah..bila dah hebo take masalah tolong...ibu2 ayam pun x berani nak kacau suzie pasai dah heboh...kalau diam2 memang x sape nak tlg...kan MALAYSIA NEGARA ISLAM
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteperkataan GRO pun dah terserlah negatifnya, tiada yg positif.. sejauh mana hebatnya dia sbg gro, hanya ALLAH yg tahu.. semoga suzi diberikn hidayah dan menjadi muslimah yg hebat imannya.. ameen..
sekiranya seseorang itu telah membuat dosa,maka serta merta dia perlu bertaubat..x boleh tunggu pelan2 sbb hidup dan mati urusan Allah swt.kita x tau bila kita mati jadi sebelum terlambat,bertaubat secepat mungkin...wallahualam.
ReplyDeleteAna mintak maaf jika menginggung perasaan ustaz.
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteKeadaaan Malaysia sekarang masih belum darurat.
Dan malah di dalam kaedah fiqh juga niat tidak menghalalkan cara.
Sesuatu perkara boleh menjadi haram pada seseorang tetapi halal bersyarat pada seseorang yang lain pula.
Jika dirujuk pada keadaan Suzie ia masih belum darurat kerana keadaan negara yang masih mempunyai pekerjaan lain dan ia juga mampu melakukan pekerjaan lain.
Namun sebaiknya pihak pemerintah dan NGO membantu Suzie di dalam menyelesaikan masalah tersebut.Mungkin Jabatan Agama Islam Negeri perlu bertindak membantu Suzie dengan dana zakat dengan segera.
Mungkin penjelasan perlu diminta pada Dato' Dr Fazdilah Kamsah supaya ketahui perkara sebenar kerana risau apa yang diperkatakan tetapi lain pula ditulis oleh surat khabar.
Wallahualam.
Aslkm semua. Dr F bukan ilmuwan agama. klau Sheikh harussani yg kata boleh juga kata 'fatwa' sebab statusnya itu. Ini hanya pandangan seorg motivator yg perlu diperbetulkan dan diperjelaskan dgn baik kpd Dr F .Seblm ini pun MMg ada bbp kenyataan/pendapat Dr F yg bercanggah dgn hukum2 syarak yg mana beliau byk buat tanggapan sendiri berdasarkan study sendiri tanpa merujuk ilmuwan agama yg diyakini. Penjelasan Dr F di atas juga sy tak setujui dan bersetuju dgn Ustaz Amin namun teguran yg baik juga perlu diberikan kpd Dr F.
ReplyDelete...Dr F juga byk menyumbang kepada ummah dan beliau juga melakukan kesilapan spt kita.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteTerima kasih atas komen yang diberikan, ana sokong semua komen yang diberikan dan komen tersebut tidak menjatuhkan atau menghina antara satu sama lain, kita mengeluarkan pendapat tidak salah tetapi jangan mengaibkan orang lain.. Ana tidak ada masalah kepada Ustaz UMNO, tapi janganlah samakan ana dengan ulamak duit yang lain, sebab ana masih bermaruah n masih faham tentang halal dan haram. Kepada Tinta Mallimah ana sokong dengan hujah anta n ana hargai teguran anta, tetapi ingat ana tak ada niat nak menjatuhkan dia, cuma ana mengkritik pendapatnya sahaja untuk kebenaran.
sokong dgn ustaz. mcm smlm ade tgk program beliau kat astro oasis pasal "wanita bertudung kerana tuntutan agama atau sekadar berfesyen". catriona ross punye pandangan ok. tp lg sorang jemputan wanita bertudung tue.sape? atas dasar ape dia dijemput ke program beliau? sbb komen dari dat gurl mengelirukan. dia cume bercakap sbg wanita biasa.bkn atas dasar ilmu. dan juga hukum Allah. ade ke dia ckp cara didikan ayah dia "klu nk pakai tudung pakai, xpakai xpe"pastu fadzilah kamsah pn mengiyakan je. bukankah bertudung e2 wajib hukumnya. nak atau xnk e2 Hukum Allah. xperlu nak ckp, pakai tudung xbley dipaksa or ape.klu xpakai just diam je. jgn memutarbelitkan hukum.jgn tegakkan benang yang basah. saya tgk dunia skrg semua org seperti menegakkan benang y basah.dah tau n jelas HUKUM dan SURUHAN Allah. tp bile ada yang buat. semua ckp xpe, malah memihak pulak pada yang melakukan dosa. yang menegur pembuat dosa pula yang dipersalahkan.hai...dunia dunia...
ReplyDeleteoh ye. saya dulu juga xbertudung.ms sy xbertudung dulu xde pulak nk ckp sy btl n suke hati la xnk bertudung.dah mmg salah.mengaku je la apepn yang org ckp.xde lah nak buat HUKUM sendiri kat Bumi Tuhan nie.
salam...nasihat agama rujuklah pakar agama,pakar motivasi bukanlah bidang mereka melainkan hanya pengetahuan agama biasa yg tidak mendalam wallahualam...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesyukran :)
ia berkait dengn zina.tetap haram.
alhamdulillah ade ustaz yg berani menyuarakan kebenaran,,amin..
ReplyDeleteallahuakbar....\puashati tentang hujah dan ulasan ustaz Nor Amin,,,izinkan sya share ya ustaz,,,semoga kita semua dan ustaz di beri allah kemenangan,,dalam membina hati2 yg suci amin...
salam... saya sejajar dengan pendapat Ust. Amin dari sudut hukum akidah.. tapi maaf saya katakan disini... Sebenarnya dalam situasi ini kita perlu tanya Dr. Fadzilah secara live atau berjumpa sendiri baru kita membuat entri berkenaan beliau... Kerana surat khabar itu juga memilih tajuk yang menarik agar ramai yang membelinya... tambahan lagi.. blog ust mempunyai pengunjung yang tinggi... secara tidak langsung ada segelintir yang pandang serong kepada Dr. F...Tanpa kita ketahui apakah itu sebenarnya hujah daripada DR. f... seMemang benar dia seorang pakar motivasi dan bukan berlatar belakang pengajian agama
ReplyDeleteislam.. tapi inilah yang dikatakan fitrah manusia sentiasa melakukan kesilapan... maaf andai pendapat ana tidak boleh diterima majoriti pengunjung...
salam ustaz..lama sungguh tak singgah sini..hmm...saya memohon supaya ustaz jelaskan mengikut islam berhubung 2 perkara.
ReplyDelete1.bolehkah merujuk pakar feng shui dan juga mempercayainya.persoalan ini timbul setelah saya merujuk disini
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
2.dan juga pendapat ini
"Kembali pada teologi atau agama eksklusif, sebagai umat Islam mahupun umat Kristian dan umat beragama yang lain, semuanya telah mewarisi teologi eksklusif. Disebabkan pandangan itu, mereka menganggap bahawa hanya ada satu jalan keselamatan iaitu agama mereka sendiri. Pandangan itu jelas mempunyai kecenderungan fanatik dan dogmatik."
saya merujukkan disini
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Akademi&pg=ak_02.htm
pohonlah kira nya ustaz menjelaskannya..baik juga jika ustaz letak di artikel terbaru ustaz..mudah-mudahan peroleh ilmu dari penjelasan ustaz nanti..sekian terima kasih
Husnu dzon pada Dr.Fadzilah Kamsah. Jangan kerana sedikit kesilapan, beliau dituding semahunya. Mari sama-sama kita tunggu apa reaksi Dr.F selepas ini.
ReplyDeleteWahai manusia berfikirlah, kalau di bolehkan menjadi gro kerana darurat, bagaimana pula orang yg menggunakan gro, adakah darurat juga... jangan lah menghalalkan yang haram kerana ia akan berkait-kait
ReplyDeletedr f ini manusia juga, gunakan kelebihan untuk mencari duit, itu sja. kalau ada peluang rembat, contoh kes kena tipu waktu nak beli kereta murah dulu, kalau dia benar-benar mengamalkan apa yang dia cakap, tentunya perkara tersebut tak akan berlaku.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteTerima kasih kepada faris yang sudi menegur saya n saya hargai anda, sebenarnya saya bukan mengkritik semua perkara n tak suka kepadanya, tetapi saya mengkritik atas perkara agama sahaja, kalau bahasa lembut tegurlah, tegur ni baik dalam Islam, tiada saluran yang boleh menegurnya terus, saluran ini yang ada jadi saya guna, saya tegur atas kesilapannya tentang agama Islam bukan memburukkannya.
Soal agama atau hukum yang jelas haramnya tiada husnuzon, tanyalah ustaz manapun semuanya berkata sama dengan saya, jelas menghampiri zina itu haram, bagaimana nak husnuzon, hal ini juga tak boleh tunggu sebab dr fadhilah banyak pengaruhnya n banyak hujahnya orang akan terima pakai. Jadi lebih baik memperbetulkan kesilapan segera sebelum jadi parah.
aku memang dari mula tak berapa minat dengan gebang Dr. ni. Dia bercakap bukan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Dia pun memulakan kariernya sebenarnya bukan berasakan Agama Islam. Kajian dibuat dari tokoh2 barat kalau betul dia kajilah. Cara gebangnya pun macam kita ni tak cerdik dibuatnya. Gaya mengada2 agaknya itu memang stail gebang beliau atau itu salah satu cara untuk menutup kekurangan2 dalam gebangnya yang tidak berpandukan Al-Quran dan Hadith.
ReplyDeleteDulu aku panggil dia Dr. mencarut. Ramai yang terpesona dan terpukau dengan gebang beliau terutamanya makcik2 yang ketandusan haluan dan tidak nampak Al-Quran dan Hadith adalah sebaik2 petunjuk.
Tak palah nanti akan terserlah juga siapa beliau sebenarnya... orang cari makan dengan gebang...
Kita kena hati2 dengan apa2 perkhabaran atau gebang yang kita dengar. Panduan kita amat jelas, Allah S.W.T menyarankan kita supaya berpegang kepada taliNya iaitu Al-Quran dan Hadith.
Kalau kita congak2 balik, kita lihat sekarang ni semakin raaaaaamai penceramah2 motivasilah, ceramah itulah- inilah tatapi yang amat jelas akhlak muda-mudi kita semakin teruk. Jadi cuba kita fikir2kan apakah ini akibat dari kita menolak saranan Allah untuk kembali kepada Al-Quran dan Hadith atau apakah berkesan ceramah2 dan gebang2 Dr. yang seperti ini???? atau masih nak tunjuk besar kepala dan nak tunjuk pandai dengan Allah S.W.T untuk tidak menyahut sarananNya...Wallahualam
Maaf nak mencelah..dalam kes haram minum arak..walaupun dalam keadaan darurat sekalipun, seseorang itu tetap tidak boleh minum arak disebabkan pengharaman arak adalah selama-lamanya mendatangkan keburukan..
ReplyDeletesaya nak tanya..boleh tak kes di atas ni diqiaskan dengan kes arak tersebut?
wallahuta'ala a'lam..
“Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kalian kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki amalan kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian, dan barangsiapa yang menta’ati Allah dan rasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang amat besar”-firman ALLAH
ReplyDeletehai org2 yg briman taatilah ALLAH dan taatilah Rasul dan ulil amri di antara kamu brlainan pndapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kpd ALLAH dan Rasul jika kamu benar2 briman kpd ALLAH dan hari kemudianYg demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya – ( An Nisa 59 )
Pada saya..apa yang cuba untuk disampaikan oleh DFK disalah ertikan..
ReplyDeleteIngat..Arak tak diharamkan sekelip mata.
sedangkan ia dah jadik satu dosa besar..
Rami yang akan bangkang mengatakan yang itu merupakan zaman dahulu dan tidak sesuai lagi jika diberi kelonggaran yang sama. ((Betul..manusia bukan tuhan, manusia bukan pentadbir alam))..jadi, soal memberikan kelonggaran untuk dia tak timbul. tak perlu bantu..tak perlu buat apa2.
Ustaz2...berapa ramai yang kembali terjebak dengan perkara yang lepas. Hukuman bukannya sedikit. Penagih dadah contohnya..
Perlu difahami bahawa orang seperti itu tidak lagi merasa benci atau jijik.mana mungkin terfikir untuk mencari kerja halal yang bayarannya tak seberapa..ditambah pulak dengan keperluan untuk memerah lebih banyak keringat berbanding pekerjaan sedia ada.
Jadi saya sangat2 memahami cadangan DFK tersebut. Dakwah secara hikmah...itu anjuran siapa?
Salam
ReplyDeleteBagaimana dengan hadis ini yang mengatakan haram itu jelas dan halal itu jelas?
Dakwah memang baik dengan cara hikmah, tetapi awak kena sambung lagi ayat tersebut sehingga habis iaitu contoh yang baik, dan berdiskusi. Kaedah Islam yang terdapat dalam usul fiqh telah jelas cara mengambil hukum, tiada hujah lagi untuk perkara yang jelas haramnya di dalam Al-Quran dan Hadis.. Jangan bicara dari satu sudut sahaja bicarakan kesemua sudut iaitu Al-Quran dan Sunnah.
salam Ustaz..saya kurang jelas.
ReplyDeleteGRO - yang saya paham adalah pelayan di kelab2x..berbeza dengan pelacur yang menjual diri untuk wang.
Salam
ReplyDeleteGRO menghampiri zina, Islam jelas haram menghampiri zina, jadi jelas tiada lagi boleh pusing2 n peluang sikit2 untuk berubah.. Sedangkan orang tak berjemaah di Masjidpun Nabi nak bakar rumahnya. apatah lagi soal ini. Kalau ikut dalam hukum Islam kena hukum takzir.
Sepatutnya pihak berkuasa ke tegah n tangkap atau bagi zakat, pekerjaan, kauseling atau sebagainya, bukan membiarkan. Setahu saya GRO ini kena layan apa yang dimahukan oleh pelanggannya.
salam.saya sokong ustaz..pada pendapat saya jikalau seseorang itu memang ingin memperolehi wang dari sumber yang halal,mereka sanggup membuat kerja apa pun,walaupun sebagai tukang sapu sampah sekalipun,janji ia halal.mereka yg menjadi GRO selalu ingin mendapatkan wang dengan mudah dan cepat sekaligus memperoleh keseronokan dan kepuasan.sedangkan warga asing sekalipun mampu mencari rezeki yg halal,inikan kita warganegara..
ReplyDeleteapa2 pun kita tunggu reaksi dari Dr.F..mugkin pa yg beliau ingin sampaikan tidak seperti apa yg beliau fikirkan...
wallahualam..
ReplyDelete"Tahi lembu, kalau dihias dengan cantik oleh Chef yang hebat, boleh nampak macam kek cokelat"
ReplyDeleteassalamu'alaikum ustaz.
ReplyDeleteactually GRO tu kan pelayan je.
mmg kite dlarang mendekati zina.
sbb tu la fadzilah kamsah suroh die slowly cri pekejaan laen.sbb dgn tindakan cenggitu, die sedang nak menjauhi zina lah. bukan begitu ustaz?
and saye rase , mungkin ade statement yg d tulis penoh2x kot. ye laa,newspaper kan.x cukup nak tulis banyak2x.
IM SURE HE MADE HIS OPINION CLEAR INFRONT OF THE PRESS CONFERENCE.
die cakap tuh bukan nak suroh c suzie tuh jad gro jeee tym darurat.
maksud dy tuh,tym darurat cenggini,die ble la slowly dlu.nak cari keje tuh bukan senang. ye la.rezeki orang kan?
tp syukur alhamdulillah, suzie tuh dah nak brubah. i doakan die termasok dlm golongan ahli syurga.dan semua muslimin muslimah di dunie ne.
and we cannot judge people by its cover.
kan dah terang cakap
kite x leh nak kutok org yg buat dosa,sbb kalo orang tuh x btobat,darjat die akan d angkat d sisi Allah swt.
*mungkin ade statement yg TAK ditulis penoh2x kot.
ReplyDelete* kite x leh nak kutok org yg buat dosa,sbb kalo orang tuh DAH btobat,darjat die akan d angkat d sisi Allah swt.
ReplyDeleteand satu lagi. ingat tak kisah zaman nabi dulu?
ReplyDeletetentang pelacur yang beri makan kat anjing.dpt masok syurga kan?
kite xde hak nak ckp die x leh bwat cenggitu cenggini.sbb ALLAH SWT x tengok pekerjaan korang,harta korang,rumah korang, ALLAH SWT tengok HATI korang.
da c suzie tuh niat dalam hati nak btobat , insyallah Allah swt rahmati dan berkati die.
amin :)
assalamualaikum...
ReplyDeleteInsyaALLAH ada jalan penyelesaian kepada masalah yang dibincangkan di atas.
Ummi syorkan Ustaz Amin,berjumpa face to face dengan Datuk Dr Fadzilah Kamsah dan ambil /jot kenyataan yang dibuat dan buat perbandingan dengan apa yang telah dituliskan dalam jawapan kepada masalah Suzi...
Adakalanya apa yang dicatatkan oleh pencatat tidak berapa menepati apa yang dituturkan oleh penutur...dan mungkin penulisan semula jawapan dengan penambahan imbuhan dan sisipan dan lain-lain struktur ayat yang indah untuk menyedapkan ayat boleh MENCACATkan jawapan asli...
Soalan ini juga aboleh dirujuk kepada orang yang pakar dalam bidang ini>ULAMA'....
Dua-dua jawapan dipublish kat sini dan kita boleh lihat pandangan yang diberikan dalam dua sudut yang berbeza tetapi membawa maksud yang sama..InsyaALLAH semoga segala-galanya akan terjawab dengan jelas.
Salam
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian, teguran semua, saya hargai, tapi untuk pengetahuan semua, ana tak benci dr fadilah kamsah n suzie cuma ana menegur perbuatan dan kenyataan mereka sahaja.. Kalau dia bertaubat itu adalah sebenar2nya dan sebaik-baiknya.
Kepada anonymous, jangan keluarkna kenyataan Allah tak pandang pekerjaan seseorang, tapi pekerjaan seseorang itu dinilai dosa atau pahala n dinilai sebagai ibadah..
salam..tahniah ust amin..apa yuang anda utarakan mendapat tempat dihati pembaca di sini..kemungkinan besar mereka yang cettek ilmu agama nya agak tersinggunh dengan perkara ini.. tp inilah kebenarannya..haram perlu kata haram..dan kita perlu igt syaitan sentiasa membawa kita ke arah kesesatan..sentiasalah kita kuatkan iman kita..supaya segala ucapan kita menjadi ada sandaran yang kuat. bukan hanya berdasarkan logic akal yang x seberapa...
ReplyDeleteyang buruk jd kn sempadan yg baik jd kn tauladan..kita hanya manusia biasa sering melakukan kesilapan..selesaiknlah masalah secara baik.syaitan sentiasa mencari peluang untk memecah belahkn umat islam,nasihat lebih baik dari mengkritik,
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBetoi dia ni tak fakeh agama, tapi saya rasa ni silap faham ni.
Anak Umar Abdul Aziz pernah bertanya kenapa bapanya tidak mahu menggunakan kuasa untuk menghapuskan kejahatan. Umar hanya menjawab, "Jangan tergesa-gesa wahai anakku, karena sesungguhnya Allah SWT mencela khamar dalam al-Qur'an sebanyak dua kali, kemudian mengharamkannya pada kali yang ketiga. Dan sesungguhnya aku khawatir bila aku membawa kebenaran atas manusia secara sekaligus, maka mereka juga akan meninggalkannya secara sekaligus. Kemudian tercipta orang-orang yang memiliki
fitnah." (Sila rujuk fiqh al-awlawiyat, Dr Yusuf Qadarawi)
Dr Danial pernah cerita, ada sebahagian pendakwah di Indonesia yang buat 'usrah' dengan para pelacur. Mereka tak paksa pun para pelacur tukar 'kerjaya', tetapi menyuntik ilmu melalui usrah tersebut. Akhirnya ramai yang berubah dan bekas pelacur ini pulak menjadi naqib untuk kumpulan usrah tersendiri.
Mungkin niat Dr Fadzilah menjurus dalam menyatakan pendapat sebegitu, tapi kekurangan sumber rujukkan.
Husnul zan laa sikit dengan Dr Fadzilah ni. Kesian kat dia. Kalau dok serang dia, dia pun maleh nak belajaq fiqh dan semakin banyak mengeluarkan motivasi yang tak ngam dengan fiqh. Sedangkan pengikutnya berjuta-juta orang.
Ada baiknya Ustaz Noramin yang budiman hubungi Dr Fadzilah dan menegur kesilapannya. Biar dia sendiri yang keluarkan kenyataan kepada umum bahawa dia tersilap. Itu lebih baik daripada kita yang mengeluarkan kenyataan kepada umum yang dia silap. Akan wujud suasana yang berpihak-pihak.
Wallahu'alam.
Salam
ReplyDeleteSaya dengar kata dia dah buat kenyataan kedua dan memohon maaf atas kesilapannya.. Saya tak menyerang peribadinya cuba mengkeritik pendapat beliau dan beliau juga banyak berjasa kepada negara dan bangsa. benda yang baik kita sokong dan benda yang kurang baik kita tegur dan tidak sokong. Terima kasih atas teguran yang diberi, semua manusia tidak sempurna semua. jadi manusia ini banyak kelemahannya. Sebab itulah dalam Al-Quran kata ingat mengingati.
Salam,
ReplyDeleteSaya berpendapat salah untuk 'memaksa' Suzie meninggalkan kerja nya walaupun GRO kerana niat beliau untuk menyara anaknya.
Namun dalam masa yang sama, usaha perlu dilakukan untuk mendorong Suzie meninggalkan kerjanya sebagai GRO. Bagi saya, itu lebih tepat kerana adalah salah untuk kita memaksa tanpa membantu. Sekiranya Suzie diberi kerja dan peluang yang halal, maka adalah wajib untuk beliau menghindari kerja sebagai GRO.
Dalam masa yang sama, saya amat tidak setuju apabila Ustaz mempertikaikan kebolehan sesiapa pun walaupun beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama seperti ustaz, ia tidak bermakna pandangan ustaz lebih benar dan tepat.
Sebagai contoh, pelajar ekonomi dari University of Oxford tidak semestinya betul dari memberi pandangan dan fakta mengenai ekonomi berbanding pelajar yang tidak belajar di University of Oxford.
Pakar motivasi hanyalah gelaran, bukan makhluk. Makanya, sekiranya saya diberi gelaran Pakar Motivasi, adakah ia bermaksud saya tidak mempunya pengetahuan agama yang lebih dari Ustaz?
Adakah gelaran Ustaz itu diberi selepas menjalani ujian atau kursus tertentu? Sudah tentu tidak. Kita ada banyak ustaz di Malaysia dan hampir kesemuanya tidak mampu memberi idea bernas.
Mereka cuma tahun mengkritik dan terus mengkritik. Bantulah membangunkan negara. Negara memerlukan Ulama dan ustaz serta ustazah yang bukan hanya pandai mengkritik bab agama, namun bijak dari semua segi. Barulah tanggungjawab memartabatkan Islam itu selesai.
Sekiranya para Ulama masih terus hidup untuk mengkritik dan terus mengkritik, percayalah, tiada guna wujudnya ulama di negara ini.
Saya sebagai rakyat biasa, menyeru kepada semua Ulama dan ustaz serta ustazah supaya rebranding diri masing-masing untuk menjadi seorang yang mempunyai intelektual tinggi, disegani di seluruh dunia bukan hanya kerana mengkritik, tapi lebih kepada mengkritik sambil memberikan idea yang bernas, menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Wallahualam.
salam..sy tegaskan bahawa masalah seperti yang suzie alami adalah berpunca daripada jabatan agama islam sendiri yang wujud tetapi tidak berguna.kebanyakan pakar agama hanya mementingkan periuk nasi mereka sendiri sahaja daripada orang lain..gagal bertindak untuk membenteras pusat pusat hiburan yang dikunjungi oleh orang2 islam yang jahil.
ReplyDeleteUlama jadi Alamak.apa dah jadi?Ulama kita hanya pandai bersandiwara dan mencari populariti namun masih gagal membentuk masyarakat islam di Malaysia menjadi masyarakat yang lebih baik.Politik menghancurkan ulama ulama kita.tetapi mengapa ulama ulama menjadi takut untuk menegur pemimpin yang tidak baik?Masyarakat mencontohi ketua nya.Jika ketua masyarakat tidak maka timbul la isu Suzie yang tidak perlu rasa nya kita hiraukan sebab dia telah memilih jalan itu dan beliau patut ditangkap kerana terang2 telah melanggar hukum..tp bagaimana pula dengan pemimpin kita yang terang2 juga tidak mengikuti ajaran islam yang sebenar..?Ulama tetap membisu kerana periuk nasi akan kosong dan kontang jika bersuara..
salam ustaz,saya nk tnya..ibu saya bekrja sbgai GRO..mkn minum sy dia yg taggung sbb sy msih beljr.adkah haram ustaz...bgaimana penerimaan ibadah sy?
ReplyDeletex payah ustaz jawab... ibu kamulah yg mencari rezeki haram.. makanan yg kamu makan pun haram.. kamu membesar dgn rezeki haram.. kamu agak2 apa akan terjadi pada kamu dan ibu kamu kalau x taubat...
ReplyDelete