PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Saturday, December 11, 2010

Hukum Liwat Atau Memasukkan Zakar Ke Dubur Isteri


Salam ustaz. Saya nak tanya soalan yang agak peribadi sedikit. Wajibkah seorang isteri menurut kehendak suaminya yg mahu si isteri belajar dan selalu menonton video lucah sedangkan dia tahu itu adalah haram. Alasannya ialah hanya untuk belajar. Ia berkenaan dengan melakukan hubungan suami isteri melalui jalan belakang dan di luar tabie. Pertengkaran selalu berlaku hanya kerana si isteri berasa amat berdosa setiap kali melakukannya. Perlukah si isteri mengubah pendiriannya untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut?

Jawapan

Perkahwinan merupakan satu kurniaan Allah kepada hambanya, perkahwinan juga banyak hikmahnya, seperti terhindar dari zina, dapat mendorong nafsu kearah yang halal, terhindar dari penyakit, merapatkan hubungan silaturahim dan sebagainya. Perkahwinan mestilah dilayari dengan tanggungjawab atau kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh pasangan, supaya perkahwinan mereka menjadi lebih barakah dan bahagia selamanya. Perkahwinan juga perlu bersandarkan kepada agama Islam, kerana Islam sahaja yang mampu atau dapat memberikan kebahgiaan kepada pasangan tersebut.

Tidak Wajib Isteri Mentaati Suami Atas Perkara Yang Mungkar

Isteri wajib mentaati perintah suami selagimana perintah suami itu tidak bercanggah dengan prinsip dan undang-undang Islam. Contohnya suami menyuruh isteri mencuri dengan tujuan untuk membantu suami menampung perbelanjaan dapur, isteri tidak wajib mengikuti perintah suami tersebut yang menyuruhnya mencuri, malah isteri wajib menegur suaminya supaya bertaubat dan mengatakan bahawa perbuatan mencuri itu adalah salah di sisi Islam. Begitulah persoalan yang ditanyakan di atas bahawa hukum suami menyuruh isteri menonton filem lucah dengan alasan belajar cara berjimak adalah dosa dan haram bagi isteri yang mentaati perintah suami tersebut, kerana perintah itu jelas perbuatan dosa dan melanggar perintah Allah. Firman Allah yang bermaksud :

“Tolong menolonglah kamu atas perbuatan baik dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong atas perbuatan keji dan dosa”.

Dosa besar bagi sesiapa yang menonton filem lucah, kerana Islam melarang umatnya menonton aurat orang lain, apatah lagi filem tersebut dapat membangkitkan syahwat orang yang menontonnya. Filem ini juga dapat menyumbangkan perlakuan maksiat dikalangan orang yang melihatnya. Salah bagi suami isteri yang melihat untuk mempelajari teknik atau adegan sex dari filem tersebut, kerana teknik sex yang ditayangkan dalam filem tersebut banyak bercanggah dengan Islam seperti liwat, tukar-tukar pasangan, sex berkumpulan, sex oral dan sebagainya. Lihat lebih lanjut perbahasan melihat filem lucah ini di sini.

Islam mempunyai cara melakukan sex yang baik dan telah diajar oleh Nabi Muhammad saw dengan memberikan kenikmatan, penuh adab, kelembutan, belaian dan tanpa mengecewakan kepada pasangan masing-masing. Banyak buku-buku di pasaran yang boleh anda baca dan pelajari cara sex yang diajar oleh Islam.

Hukum Liwat Isteri

Meliwat Isteri atau memasukkan zakar ke dubur isteri adalah haram. Banyak dalil dari Al-Quran dan Hadis yang menyatakan hukum meliwat isteri ini. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

“Berjimaklah melalui depan atau melalui belakang. Jauhi dari memasukkan zakar ke dalam dubur dan berjimak semasa haid.” (Riwayat An-Nasai)

Jelas di dalam hadis di atas bahawa Islam sangat melarang umatnya melakukan hubungan sex melalui lubang dubur isterinya, kerana perbuatan ini adalah perbuatan luar tabie dan sangat dibenci oleh Allah. Tidak menjadi masalah bagi pasangan suami isteri yang melakukan hubungan sex dengan berbagai-bagai posisi atau teknik, tetapi ia mesti halakan zakarnya ke lubang faraj isterinya. Ini bertepatan dengan Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Tidak kiralah dia berjimak dalam keadaan berdiri , duduk atau meniarap (suami menindih perempuan yang meniarap dilantai) selagi tempat masuk zakar adalah faraj.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Isteri itu adalah seperti ladang yang luas, bercucuk tanamlah suami diladang tersebut dengan benda-benda yang baik, supaya suami tersebut memperolehi hasilnya nanti. Jelas bahawa isteri itu adalah tempat suami bersuka dan berkasih sayang, ini juga merupakan amanah Allah kepada suami supaya dapat dimanfaatkan dengan baik dan tidak sesekali mensia-siakan isteri dengan cara mengabaikan mereka. Firman Allah yang bermaksud :

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara Yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal Yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah Sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira Wahai Muhammad) kepada orang-orang Yang beriman.” (Al-Baqarah : 223)

Hukum bagi suami yang meliwat isterinya ialah dosa besar dan Allah akan melaknat suami yang meliwat isterinya. Pasangan yang telah melakukan liwat akan ditarik oleh Allah akan nikmat jimak di faraj sama sekali dan ia akan sentiasa terus suka melakukan hubungan sex di jalan dubur isterinya. Mereka yang suka meliwat akan ditutup pintu hatinya dan mereka terus suka melakukan sex liwat dengan lebih teruk lagi. Mereka juga akan mudah dijangkiti dengan penyakit AIDS, penyakit kelamin dan sebagainya, kerana perbuatan liwat ini adalah sangat jijik dan kotor dengan memasukkan zakar ke dubur yang jelas jalan tersebut adalah saluran najis. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkata ia berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu.” (Al-Ankabut : 28)

Lagi dalil dari Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Allah melaknat siapa yang berbuat dengan perbuatannya kaum Luth”. (Riwayat Ahmad)

Pasangan yang telah melakukan perbuatan terkutuk dan perbuatan yang sangat dilaknat Allah ini, maka kembalilah kepangkal jalan dan bertaubatlah kepada Allah. Jadikan agama Islam sebagai cara hidup dan sebagai rujukan dalam semua aspek kehidupan, jauhkanlah dari menonton filem lucah, kerana musuh Islam itu sentiasa akan berusaha menyesatkan umat Islam. Allah Maha pengampun dan Maha Penerima Taubat. Jalanilah kehidupan berkeluarga dengan penuh keharmonian dan penghormatan di antara satu sama lain. Mudah-mudahan keluarga anda semua memperolehi keberkatan dan kebahgiaan dari Allah.

Peranan Isteri

Isteri wajib menolak permintaan suaminya untuk mengadakan hubungan liwat, kerana Islam tidak sama sekali meredhoi benda yang haram walaupun pasangan suami isteri. Isteri juga wajib menegur atau menasihati suaminya yang mempunyai keinginan sex luar tabi’i itu. Ini tidak dinamakan sebagai isteri yang derhaka, kerana isteri telah melakukan amal makruf dan nahi mungkar dalam rumahtangga mereka.

Kalau suami ingkar dan marah sehingga sering terjadinya pergaduhan di dalam rumahtangga mereka, maka si isteri boleh membuat aduan ke Jabatan Agama Islam berdekatan tentang masalah keinginan sex suaminya yang jelas haram. Pihak jabatan agama akan terus mengambil tindakan kepada suami dengan cara memberikan kaunseling dan tindakan yang sepatutnya.

45 comments :

  1. Salam

    Al-Mahadaya jugak tak ada dalam Al-Quran, dah la wei hang dengan agama hang, saya dengan agama saya rujuk surah kafarana dalam bahasa hang yang tiada dalam dunia. kalau tak jumpa hang tanya saya bagi dalam bahasa arab.

    Dah la tak payah dok bertikai perkataan, perkataan melayu keturunan nabi yang hang perjuangkan tu pun tak ada dalam al-quran yang ada berdasarkan pendapat hang sahaja bukan dari al-quran.

    ReplyDelete
  2. hahahaha ingat selama ini dah redi n dah pi menuntut, tetapi tetap jumut dengan kerisnya lagi.. dah lama saya tak berhujah dengan mahadaya yang terpedaya. sebenarnya awak tak reti tapi tunjuk pandai n sombong. kalau ikut kaedah awak yang tak ada baris tu tak boleh bunyi Al Mahadaya mesti bunyi alamahadaya. hang baca betul2 dalam artikel aku, dan satupun aku tak bagi hujah ulamak sebab hang tak pakai hujah ulamak n hadis. semua ada aku terang kat atas.

    hang kata :

    "dan ini bermaksud tuan hamba sama spt kaum nabi Luth yg menggalakkan perhubungan sejenis dan mengharamkan perhubungan berlainan jenis."

    Hang baca betul2 ada aku kata sama dengan kaum nabi luth n mengharamkan hubungan sama jenis. Kalau hang tak setuju terpulang kat hang.. takkan hang buat camtu kat zaujah hang kot.. pengotok sangat aaah.

    Aku tak kata aku jadi tuhan, hang yang kata jadi sapa yang silap ni, tak sangka ada agama baru pulak, tapi sampai sekarang aku tak jumpa lagi yang kata asalama ni wujud dan kalau hang berani hang buat pengistiharan n tunjuk identiti hang. barulah dinamakan kebenaran.

    Hang tunjuk kitab yang hang guna, hang bagi mai buku bahasa hang yang tak ada baris n titik tu, tapi malangnya semua tu cakap kosong je.. hang sorang je yang dok syok sendiri dengan agama hang.. tak ada sapa nak ikut hang..

    Kalau hang betul hang jawab semua hujah aku ni, yang dulupun hang tak jawab, hang banyak hutang dengan aku hutang jawapan atas soalan aku. dah la jangan dok masuk blog aku n cakap kosong tanpa bukti lagilah. ini cakap orang yang tak siuman sahaja.

    ReplyDelete
  3. hahahaha hang memang putaq alam betul sat hang kata bahasa arabaya sat hang kata asalama sat hang kata segala dan mana yang betul ni? dulu lebih kurang dekat setahun yang lalu hang kata debat dengan mufti melaka, jaim, jakim, ipk, lani hang kata 24 nov pulak memang putaq alam betul.. apa buktinya ada video ada gambaq hang.. kalau tak ada aku pun boleh cakap kata telah menyeyapkan pembawa agama asalama iaitu Al Mahadaya pada 24 nov dulu. hang kata berani nak berdepan, tapi identiti hang tak berani nak bubuh dalam facebook hang pun sama tak ada identiti.. tu nampak sangat hang penakut n cakap tipu sahaja...

    ReplyDelete
  4. alamak kona lagi, hang tak abis kona, saya malas nak layan orang yang tak betul camni, kalau tak tayang hang tunjuk la gambaq atau video hang debat, hang dakwa camtu aku pun boleh, mana mahadaya nak tunjuk dalam blog dia yang kalah debat dengan saya, sebab dia ada agenda dia n peribadi dia, bukan mencari kebenaran. kalau tunjuk habis la dia sapa nak ikut mahadaya. hhehehehehe

    ReplyDelete
  5. Salam ustaz. Saya sering kali rasa macam kuar titisan air dari kemaluan lepas kencing walaupun sudah bedehem lebih dari tiga kali. Ini menyebabkan saya tidak selesa ketika menunaikan solat. Adakah itu kencing tak lawas? Bagaimana nak mengatasi masalah ini?

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Kalau begitu, anda boleh kencing lebih awal sebelum memulakan solat, setelah itu basuh dan tukarkan pakaian dan ambil wuduk terus solat.

    Kalau hal ini berterusan, masuk sahaja waktu, anda cuci kemaluan, balut hingga kemas, ambil wuduk dan terus solat.. begitu juga waktu2 solat yang lain.

    ReplyDelete
  7. salam ustaz,sy fhm mslh ni..tp de kemusykilan lagi..seorg shbt mntk pndngan sy,jd sy nk mntk pdpat us dlm stuasi bgini..

    antara yg HALAL dan HARAM...
    sekiranya seorang suami ingin meliwat isterinya, tetapi isterinya tidak mengizinkan. lantas suaminya berkata akan menceraikan isterinya sekiranya tidak benarkan... apekah yg harus dilakukan isteri tersebut? membenarkan suaminya meliwat (HARAM) atau biarkan dirinya dicerai? (HALAL)
    soalan ni lbihnye kpd kaum wanita... sy mmg xtau jwpn kpd soalan ni... mmg hukum dia haram, tp if bercerai bukan ke lg byk mslh yg akan terjadi? sekadar perkongsian yg memeningkan kepala kite sume, tp ianya boleh meningkatkan kemampuan berfikir kita..wallau'alam..

    ReplyDelete
  8. Salam

    Benda yang haram dan dijelaskan dalam Al-Quran dan Hadis tidak dapat diubah menjadi halal, jadi bagaimana sekalipun berlaku ia tetap haram dan haram juga walaupun darurat..

    Penceraian itu halal dan ia tidak boleh dijadikan sebab terpaksa membenarkan suami meliwat. Sanggup bercerai disebabkan agama itukan adalah perkara yang lebih baik dan disukai Allah.

    Liwat juga akan mendatangkan musibah besar seperti penyakit dan sebagainya. Mana yang lebih besar.. Dosa dengan Allah atau kehilangan suami..

    Sepatutnya masalah anda ini boleh diadukan dijabatan agama Islam dan mereka boleh mengambil tindakan kepada suami anda.. Tetapi sebelum lapur nasihatilah suami supaya ia bertaubat..kalau ia enggan dan masih meminta untuk meliwat, maka lebih baik dibawa kes ini ke pengadilan sahaja.

    ReplyDelete
  9. askum ustaz...
    sy bertanya bg pihak kwn sy (lelaki).apakah hukum seseorang itu menanam bebola besi didlm kemaluannya utk tujuan kepuasan seksual??apakah beza menindik dgn menanam bola besi tersebut dr segi hukum agama?
    terima kasih...

    ReplyDelete
  10. salam ustaz,
    apa hukum kalo suami mejilat je lubang punggung isteri?
    tak masuk dalam pn..jilat2 kat area lubang tu je.
    boleh ke ustaz?

    ReplyDelete
  11. salam ustaz,
    adakah kalau memasukkan zakar ke dalam dubur itu dikira zina yg sebenarnye atau mukaddimah zina?

    ReplyDelete
  12. Anonymous pertama :

    Itu bukan amalan Islam, lagipun ia mendatangkan mudarat dan ia adalah haram.

    Anonymous kedua :

    Salam lubang tu kan tempat keluarnya najis, dan jijik dan perbuatan itu bukan dari sunnah nabi. Jadi jilat kat lubang pungung tu adalah haram.

    Anonymus ketiga :

    Zina ini adalah hubungan bagi orang yang tidak berkahwin kalau berlaku tanpa ikatan perkahwinan yang sah dia adalah zina. tapi kena ingat perbuatan ini adalah salah dan haram.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum ustaz,

    bagaimana kalau (suami) memasukkan alat pembantu seks dalam dubur (isteri)atas kerelaan isteri tersebut.(alat pembantu seks xmemudaratkan)

    ape yang saya phm kalau memasukkan zakar@jari ke dalam dubur adalam haram.tapi kalau menggunakan alat pembantu seks bagaimana?atas tujuan untuk menambahkan kepuasaan isteri semasa bersetebuh.

    ReplyDelete
  14. saya agak setuju dengan soalan Anonymous di atas.
    sekarang kedai seks ada menjual alat pembantu seks untuk kepuasaan suami isteri.bagaimanakah hukumnya ustaz?sebab kalau kita guna alat pembantu seks ia tidak memudaratkan dan tidak kotor kerana kita menggunakan alat pembantu bukan anggota sendiri seperti jari /lidah dan sebagainya.sebaliknya boleh dibersihkan untuk menghilangkan kuman.

    ReplyDelete
  15. Anonymous pertama & Kedua :

    Perbuatan tersebut kurang baik dan kotor sebab dubur itu adalah laluan najis.. Allah jadikan faraj untuk tujuan tu, tapi kenapa pulak buat melalui jalan belakang walaupun tidak memasukkan zakar.. Perbuatan tersebut juga adalah bukan dari sunnah nabi dan Islam tidak menggalakkan.

    Boleh guna alat pembantu seks tapi mestilah dengan cara yang baik dan tidak kotor dan jijik.. seperti memasukkannya dalam dubur isteri

    ReplyDelete
  16. Terima kasih ustaz atas jawapan yang diberikan.

    jadi hukumnya haram atau makruh ustaz?saya tidak berapa paham maksud ustaz (Islam tidak menggalakkan).

    oral sex-haram,kerana air mazi kotor,penyakit
    liwat-haram,kotor,jijik,penyakit

    kalau alat bantuan seks dalam dubur-haram @ makruh?

    ReplyDelete
  17. Salam

    Ada dalil Al-Quran yang mengatakan bahawa "isteri ibarat ladang untuk kamu bercucuk tanam dengan cara yang baik". lebih kurang begitulah maksudnya.

    Jadi di sini saya menyatakan oral dan memasukkan alat seks dalam dubur isteri itu adalah haram.

    ReplyDelete
  18. adakah memasukkan zakar ke dalam dubur dikira zina??

    ReplyDelete
  19. sy juga ingin bertanya soalan yg sama,adkah mmsukkn zakar ke dalam dubur adlah ZINA yg ALLAH mksudkan>sy ingin tau istilah zina itu sendiri

    ReplyDelete
  20. salam ustaz,saye tertarik dengan salah satu ayat diatas menyatakan bahawa 'suami diatas isteri' . Adakah boleh jika isteri yg berasa diatas suami atau isteri yg memulakan atau istri yang "drive". maaf jika saye menanyakan soalan sprti ini kerana tak lame lagi saye bakal mendirikan rumah tangga, InsyaAllah.. dan berharap dapat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan hamba Allah dengan baik samada dari segi zahir ataupon batin.

    ReplyDelete
  21. saya sudah menasihati suami tentang perkara liwat tp suami masih ingin melakukanya sehingga sy rasa benci kpada suami..apakah yg perlu sy lakukan..sy xmahu malukan dia dgn melaporkan pd jbtan agama.

    ReplyDelete
  22. salam, punye bodoh soalan2 bro bro n sister ni.. xD.. bro liwat ni bukan zina, tu konteks lain.. zina tu orang main time blm kahwin.. liwat ni seks ikut pintu belakang.. so bukan zina.. tapi HARAM. untuk bro lg satu tu.. bini ko nak drive ker ko nk drive ker ..skill tongeng ke,, doggy ke..nk dk dpn ke nk dok blkang ke boleh selagi ianya melalui faraj n ianya HALAL.. untuk cik kak lak.. mana lbh baik.. kak pilih, nak bg Allah murka ker atau nk jaga hati suami.. xde nikmatnye ikt lubang belakang ni kak.. lg susah nk berak adala.. pikir pikirkanlah... Allah Hafiz, :D.. peace..

    ReplyDelete
  23. Lol @ anonymous.. im 100% agreed hehee.. nilai dari segi abg anonymous yg bg jwpn ni memng power, n rasanya mash teenager lg.. coz cara dia sampaikan tu mcm kurang ajar sket tp xpelah sy ttp suka awak lol..rasa nk wat suami jer .. kecik kecik dh pandai bab agama.. untuk anonymouse lain lak .. tu la hangpa taknak blaja bab agama dok kejar bab dunia ja..assalamualaikum

    ReplyDelete
  24. Salam

    semua isi artikel blog ini adalah bertujuan untuk menambah ilmu saya dan menyampaikan Islam kepada semua yang memerlukan. mulakan sesuatu perkara dengan baik dan pasti ia juga akan berhasil dengan baik..

    ReplyDelete
  25. Sallam, ustaz baru2 heboh pasai Tun cakap hudud tak wajib keatas org islam sebab tiada dalam al-quran katanya hanya kata-kata ahli feqah saja. Apa pendapat ustaz pula, sedangkan para ulamak-ulamak memperjuang hukum hudud allah kerana terdapat dalam Al-Quran juga mengatakan wajib melaksanakan hukum allah...

    ReplyDelete
  26. sallam, im just wondering, i know i have done some bad things in the past,but i would really want to know how can i stop doing anal sex with my girl? we have been happily married n it was my mistake when i decided to have anal with her. I love making love with my wife. but the desire of having anal sex is there..i have done it so many times..but sometimes i rase sangat menyesal bila sudah buat. i love my wife i know she dont want it but its because of me she gave me to do it. i want to stop anal sex. what can i do?

    ReplyDelete
  27. sy nk bertya...kalo si suami memasukkan kemaluan kedlm dubur isteri adakah dikenakan mandi hadas... dh puas sy mensihati suami...tp dia ngn sikap nye yg dia dh tahu hukum liwat ... sy tak nk memalukan nye dgn membuat laporan.

    ReplyDelete
  28. askum ustaz ape hukum klau si suami n isteri malakuan hubungan seks. adakah ia haram atau sebaliknya.ustaz saya tidak faham bahagian ayat yg bekata:

    Hukum bagi suami yang meliwat isterinya ialah dosa besar dan Allah akan melaknat suami yang meliwat isterinya. Pasangan yang telah melakukan liwat akan ditarik oleh Allah akan nikmat jimak di faraj sama sekali dan ia akan sentiasa terus suka melakukan hubungan sex di jalan dubur isterinya. Mereka yang suka meliwat akan ditutup pintu hatinya dan mereka terus suka melakukan sex liwat dengan lebih teruk lagi. Mereka juga akan mudah dijangkiti dengan penyakit AIDS, penyakit kelamin dan sebagainya, kerana perbuatan liwat ini adalah sangat jijik dan kotor dengan memasukkan zakar ke dubur yang jelas jalan tersebut adalah saluran najis. Firman Allah yang bermaksud :


    “Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkata ia berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu.” (Al-Ankabut : 28)

    ReplyDelete
  29. asalamualaikum ustaz....seandainya kita telah melakukan liwat,tetapi kita bertaubat.adakah ALLAH akan memaafkan kita?

    ReplyDelete
  30. salam ustaz..adkh istri akn mengandung apabila hubungan seks melalui dbur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah kelakar punya soalan

      Delete
    2. Tak mengandung sbb kat dlm dubur xde ovum yg bleh mensenyawakan sperma..najis adelah!

      Delete
  31. aduhai, cemnala nak mngandung dah klu masuk melalui dubur,mana boleh berlaku persenyawaan benih di situ....tapi jgn nak cuba2 pulak ye...

    ReplyDelete
  32. aduh...cetek teramat sangat ke orang2 malaysia ni ya? come on lah kawan, dah ustaz (and i am sure ribuan ulama2/ustaz2/tokoh2 ilmuan), sejak zaman sekolah dah bagitau anal sex is HARAM, sudah lah..ni dok tanya kene mandi lah, hukum boleh ke tak lah, boleh ke tak atas kerelaan lah...aduhai, pening laa blogger mcm ni..benda straight fwd kan, tak blaja langsung kat sekolah ke?? guna smartphone canggih2, keter besar2, dressing maut, benda simple begini pun nak tanya berulang kali ke? kalau dah nak buat sangat silakanlah..anal sex boleh bagi mengandung yg tak tahan gua dengar tu..tu dah sampai tahap bodo (bak kata UAI)..sah2 ponteng sekolah dulu ek..masyaAllah...Dr dah kata, krim ni sapu tmpat gatal, tapi masih ada konon2 nak timba ilmu bertanya Dr " Dr, boleh makan tak krim ni? kalau makan makruh/haram??"...aduhhhhhh...kang kata bangang, marah pulak...sedih aku dengan mentaliti orang kita ni..tanya berulang2...

    ReplyDelete
  33. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete
  34. seks dubur haram..itu yang membezakan antara orang islam dan kafir.pikir-pikirlah..jgn ikut nafsu..berubatlah..buat air yassin dan minum..minta perlolongan allah supaya kita merasa jijik dengan perkara itu

    ReplyDelete
  35. seks di dubur boleh jadi kehamilan?

    ReplyDelete
  36. ya allah....truknya....smuanya ke arah duniawi...bertaubatlah sblum tlmbat...lawaklah...dlm ni lucu ...ada otak fikirlah...jgn nk ikut syaitanje..

    ReplyDelete
  37. bodo....seks di dubur mna boleh hamil ...bengap!!!...kna dh larr bngap!!!di dubur mna ada sel ovum..iaitu tmpat persenyawaan sperma.x blajaq sains ka??

    ReplyDelete
  38. Ramai gak yg bodo sains dan hukum agama kt sl

    ReplyDelete
  39. Assalammualaikum,soalan saya adalah pasal kemaluan yg di masukkan kedalam dubur ustaz..dan berdubur adalah haram.masaalahnya skrg ustaz bagaimana sy nak puaskan isteri sy dimana dia suka kedua dua belah bahagian di mana dia br mndapat kepuasaan..manakala sy tidak rasa senang jika isteri sy tidak dpt kepuasaan krn rasa bersalah.mcmmana tu ustaz?

    ReplyDelete
  40. Kawan saya cuma masuk zakar celah2 punggung ustaz..haram ke?

    ReplyDelete
  41. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  42. alam ustaz,Subhanallah.. saya telah terlanjur dengan bakal isteri saya, sedikit kepala zakar saya telah saya hunus ke duburnya, saya rasa menyesal sangat, itu pertama dan terakhir saya terlanjur, benarkah liwat itu mmbuatkan RasuluLLAH SAW tak mengaku umat seperti yang dikatakan orang? saya sudah bertaubat, adakah masih hukum RasuluLLAH SAW tak mengaku umat itu terkena pada saya....

    ReplyDelete
  43. Salam ustaz saya nk tnye suami saya suka tegok video pompuan menari n dye mintak saya lakukanua
    Nya untuk dye mersa ghairah,,,,jika saya menolak permintaanya adakah berdosa?!?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG