Saturday, December 25, 2010

Perbandingan 4 Mazhab Berhubung Aurat Wanita Merdeka


Maliki

Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah(harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi,tetapi dengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup


Hambali

Ada dua qaul :


  1. Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.

  2. Semua badannya, tampa kecuali. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qaul yang paling sahih.

Syafi'i

Ada dua qaul berdasarkan dua riwayat daripada Iman Syafi'i :

  1. Semua badan, tanpa kecuali. Inilah qaul yang paling sahih atau paling nyata atau mu'tamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan Al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama' Syafi'iyah.

  2. Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.

Hanafi

Ada dua qaul, derdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu Hanifah :


  1. Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di dedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, maka wajib ditutup.

  2. Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya.

10 comments:

  1. Salam ustaz, mekasih atas perkongsian bermanfaat ni. Sesungguhnya variety views dalam Islam ni satu rahmat :)

    ReplyDelete
  2. salam...ana musykil tentang beberape perkara :

    1.Tudung wanita yg menunjukkan bahagian tengkuk hingga dikatakan menyerupai pakaian birawati Kristian . Halal atau haram ?

    2.Wanita memasukkan tudung ke dalam baju . Cth:pakaian kadet polis , PBSM dll .Pada pandangn ana , masih belum menutup aurat . Kerana bukankah hijab yg dipakai wanita perlu menutp bahagian atas dada. Minta penerangan ustaz..

    ReplyDelete
  3. Salam

    1. Kalau dilihat dari keterangan ahmad kamil menunjukkan bahagian tengkok ke atas, itu bukan tudung yang dituntut oleh syarak, itu tudung adat atau ikut2 orang sahaja. Jadi haram dan dosalah.. Masalah menyerupai birawati itu saya tak pasti, tapi ini jauh ana rasa, sebab birawati kristian dia ada pakaiannya, tudung warna putih atau hitam, jubah atau baju berwarna hitam. Kalau kata menyerupai birawati memang jauh sangat lah.

    2. Kalau ikutkan apa yang dihujahkan dalam artikel di atas, memang tidak mematuhi syaraklah, tetapi hal ini perlu dirujuk kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab, kerana pihak berkuasa tidak menerima Islam yang sempurna seperti yang dituntut dalam Al-Quran dan hadis. Tetapi ia lebih elok dari yang tak pakai tudung. Dalam dakwah, kita kena berhati-hati dan jangan cepat menghukum.. Susah untuk kita sampaikan mesej.

    ReplyDelete
  4. Salam...mengenai isu penggunaan hukum Allah spt hudud , qisas , diat dll dalam pentadbiran pula bagaimana ? bukankah selaku negara Islam kita wajib mengamalkannya ? adakah golongan pentadbiran sahaja yg menanggung dosa atau keseluruhan rakyat?

    ReplyDelete
  5. Aurat hamba sahaya perempuan adalah macam lelaki...hamba sahaya lelaki alat kelaminnya sahaja...
    hamba tidak pernah di haramkan dalam islam tapi tak di galakkan,di zaman kekhalifahan selama hampir 13 abad perhambaan adalah biasa.
    lelaki boleh menyimpan berapa ramai hamba perempuan yg dia mahu ,halal pula di jimak dan jika perlu di jual kembali untuk mendapatkan hamba baru...
    agaknya mereka yg dedah2 ni boleh ikut hukum had aurat hamba supaya sah selalu...

    ReplyDelete
  6. Salam

    Tak boleh sebab depa ni bukan hamba, mereka ini semua adalah orang yang merdeka. Sekarang mana ada hamba lagi.

    ReplyDelete
  7. hi ustaz dulu ada bab aurat hamba sahaya,dah hilang dah?...

    ReplyDelete
  8. Pembantu rumah tu boleh juga dikira hamba... kan?

    ReplyDelete
  9. Pembantu rumah bukan hamba, sebab dia bergaji dan orang yang merdeka.. zaman sekarang dah tak ada hamba...Islam telah membebaskan hamba..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya ingin bertanya,

    1) bagaimana pula sekiranya seorang perempuan yang mempunyai masaalah kulit kepala, dan tidak boleh memakai tudung sehingga rawatannya selesai. begitu juga sekiranya di dalam hospital wad, terpaksa membuka tudung.

    2) Ada yang mengatakan kepada saya, perempuan islam tidak diwajibkan memakai tudung, tetapi harus memakai pakaian yang longgar dan tidak mennunjukkan bentuk tubuh dari leher hingga kekaki, kecuali tangan sahaja boleh ditunjukkan.

    Maaf ustaz, saya masih baru belajar mendekati Islam dan mendalami Islam.Saya harap saya mendapat jawapan yang betul dan bernas.

    Ikhlas.

    AH

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Comment

Followers